Tag Archive | "Penyakit"

Budu Kelantan merupakan makanan kesihatan


Tahukah anda Budu, makanan tradisional masyarakat di Kelantan dan selatan Thailand merupakan makanan yang penuh dengan zat dan khasiat untuk kesihatan?

Siapa sedar makanan yang agak mudah pembuatannya dengan campuran ikan bilis dan garam ini mempunyai kandungan Protein yang sangat tinggi dan mempunyai pelbagai khasiat lain yang baik untuk kesihatan.

Budu yang berasal dari Kelantan, mempunyai banyak persamaan dengan resepi pembuatan makanan lain berasaskan ikan bilis di negara lain seperti, patis di Filipina, ketjap-ikan di Indonesia, ngapi di Myanmar, nuoc mam di Vietnam, ishiru atau shottsuru di Jepun, colombo-cure di India dan Pakistan, yeesu di China, dan aekjeot di Korea.

Tahukah anda Budu Cap Ketereh merupakan budu pertama yang diberi pengiktirafan sebagai Harta Intelek negara pada 2007?

budu cap ketereh kesihatan Budu Kelantan merupakan makanan kesihatan

Budu mengandungi kimia Glutathione yang bertindak sebagai antioksidan, mampu membuang toksik dalam badan, dan meningkatkan imuniti badan kepada penyakit merbahaya seperti kanser.

Malah, Budu juga dikira sebagai produk kecantikan kerana kandungan antioksidannya mampu memberikan awet muda pada penggemarnya.

Nantikan entri akan datang berkenaan Budu yang telah dijadikan sebagai kandungan dalam produk kosmetik.

Posted in Food, HealthComments (5)

Datuk Seri Najib diserang Demam Cacar (Chicken pox)


Nampaknya Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak, berada dalam keadaan tidak sihat setelah beliau disahkan dijangkiti Demam Cacar.

Perkara tersebut disahkan oleh Doktor setelah sebelum itu beliau disahkan mempunyai tanda-tanda awal Chicken Pox.

Pejabat Perdana Menteri juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

Turut dinyatakan adalah Datuk Seri Najib diminta untuk hanya berehat dirumah dan mengelakkan diri dari tempat awam. Beliau sebelum itu baru sahaja pulang dari Hanoi untuk ASEAN summit.

Sejurus dengan itu, Majlis Makan Malam bersama Perdana Menteri yang dianjurkan beliau pada 5 November 2010 (Jumaat) ini akan ditunda kepada tarikh yang akan diberitahu kemudian.

Semoga Datuk Seri Najib dapat segera pulih.

Datuk Seri Najib diserang Chicken pox Datuk Seri Najib diserang Demam Cacar (Chicken pox)

Posted in Malaysia, NewsComments (3)

Lelaki berpayudara sebesar bola sepak dibedah


Guo Qingpo, lelaki berusia 53 tahun dari China menghidap penyakit yang dikenali dengan nama gynecomastia. Penyakit ini menyebabkan beliau mempunyai payudara bersaiz ekstrem.

Payudara beliau yang didapat mula membesar sejak dari tahun 2008 dikatakan mendapat perhatian 20 orang Doktor Pakar dari 8 jabatan berlainan di sebuah Hospital di Dezhou, Shandong.

Pembedahan yang mengambil masa lebih 6 jam itu akhirnya berjaya mengeluarkan sepasang payudara tersebut yang mempunyai berat dianggarkan lebih 5 kilogram.

Gynecomastia merupakan simptom kepada berlakunya ketumbahan tumor yang berkait dengan hormon pada dada, hati dan juga organ badan lain.

lelaki berpayudara sebesar bola sepak Lelaki berpayudara sebesar bola sepak dibedah

Posted in LOL, Weird, WorldComments (10)

Selsema Babi : Virus H1N1 menyerang Malaysia lagi


swine flu h1n1 Selsema Babi : Virus H1N1 menyerang Malaysia lagi

Ingat lagi sepanjang tempoh pertengahan 2009, di antara bulan Mei hingga Oktober, seluruh dunia dikejutkan dengan serangan Virus Selsema Babi (Influenza A H1N1 Virus / Swine Flu) yang turut menyerang Malaysia? Ratusan Rakyat Malaysia yang menghidap penyakit tersebut telah meninggal dunia dan pelbagai inisiatif telah diambil oleh kerajaan untuk membendung wabak tersebut.

Namun pada awal tahun 2010 ini, sejak dari bulan Mac, Virus H1N1 dilihat kembali menular dengan semakin kurangnya kesedaran awam terhadap wabak ini, sehingga hari ini sudah 86 orang rakyat Malaysia maut pada tahun ini. Dengan kes terbaru, seorang lelaki berumur 48 tahun meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Malah dikatakan sebanyak 17 kes terbaru positif H1N1 yand telah didaftarkan masuk ke Hospital semenjak semalam. Menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 14,631 kes yang telah direkodkan.

Dengan ini NK menasihatkan agar semua orang diluar sana agar lebih peka dan awas dengan bahaya ancaman wabak H1N1 ini, jaga-jaga dengan serangan kedua virus H1N1 . Amalkan gaya hidup sihat, pesanan ikhlas dari notakosong.com untuk diri sendiri juga. icon smile Selsema Babi : Virus H1N1 menyerang Malaysia lagi

Posted in Malaysia, NewsComments (6)

Stephen Hawkings minat Simpsons


simpsons 1387957i Stephen Hawkings minat Simpsons

Pakar dalam Bidang Fizik, dan juga Direktor Kajian bahagian Matematik dan Fizik Universiti Cambridge ini Dikatakan amat meminati kartun The Simpsons. Sehinggakan beliau ada watak ‘cameo’ dalam siri kartun tersebut!

Beliau yang kini berumur 68 tahun menyimpan niat untuk menulis lebih banyak buku tentang minat beliau, antara minat beliau juga adalah rancangan Siri The Big Bang Theory, yang mana NK minat sangat-sangat tengok watak-watak NERD/GEEKS dalam cerita tu berbalah sesama sendiri. Malah direktor filem untuk dikatakan cuba untuk menampilkan cerita The Big Bang Theory berdasarkan kisah hidup Hawkings semasa beliau masih muda.

Sukar untuk dipercayai dengan rupa beliau yang sentiasa berada di atas kerusi roda, semasa muda beliau sangat meminati menunggang kuda.

hawking Stephen Hawkings minat Simpsons

He has also told the media in an interview that he loves watching TV crime series and The Simpsons.

A figurine of him sitting in a wheel chair, specially made for him as a gift by the producers of the TV cartoon show, sits proudly on his table. It is one of his favourite ornaments. There are more caricatures of him with the Simpsons characters. Hawking has appeared in cameo roles in the series.

There is also a picture on the wall of a grinning and delighted Hawking with a super-imposed visual of a very sexy Marilyn Monroe. The late actress remains one of his idols.

Dalam keratan artikel yang NK baca, ada juga mengatakan bahawa Hawkings menunjukkan rupa gembira yang amat semasa dapat mengalami sendiri ‘Zero Gravity’,

There are also photographs of Hawking at a zero-gravity excursion at Zero Gravity Corporation in the US in 2007. For the first time in 40 years, the quadriplegic could move freely without his wheelchair. The child-like delight on his face is clearly captured in the pictures on the walls at the entrance of his office.

Selepas melakukan sedikit googling, NK terjumpa gambar yang dimaksudkan itu. Lihatlah betapa gembiranya beliau!

427hawking550x367 Stephen Hawkings minat Simpsons427hawkingzerog550x367 Stephen Hawkings minat Simpsons

“Perhaps, one day I will go to space,” <- itulah kata-kata Stephen Hawkings selepas seronok dengan ‘Zero-Gravity’ tersebut.

The english quote sourced from : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/2/28/focus/5765749&sec=focus

Posted in LOL, News, PictureComments (4)








Partly powered by CleverPlugins.com