Tag Archive | "Perang"

Kucing digunakan tentera di medan perang (Gambar)


Tahukah anda binatang peliharaan comel seperti kucing digunakan oleh tentera untuk membantu di medan perang? Hebat betul kucing ni kan, boleh bantu dalam peperangan rupanya.

Jangan terkejut, kucing-kucing yang terdapat dalam gambar di bawah ni semuanya telah dilatih untuk membantu dalam peperangan.

Dikatakan kucing-kucing ini dilatih oleh Amerika Syarikat bagi program ketenteraannya iaitu Covert Anti-Terrorism Stealth (CATS). Kucing digunakan sebab kucing lebih pandai dari anjing, dan lebih tangkas dari anjing.

Yang paling istimewa, kucing mempunyai sembilan nyawa! ( Haha icon razz Kucing digunakan tentera di medan perang (Gambar) )

Kucing di medan perang Tebing Barat.

kucing perang 1 Kucing digunakan tentera di medan perang (Gambar)

Kucing digunakan ketika Perang Dunia Kedua.

kucing perang 2 Kucing digunakan tentera di medan perang (Gambar)

Kucing digunakan ketika perang di Vietnam.

kucing perang 3 Kucing digunakan tentera di medan perang (Gambar)

Kucing ketika operasi melibatkan penerjunan di udara. Tak perlu payung terjun sebab kucing mampu mendarat dengan selamat apabila jatuh dari tempat tinggi.

kucing perang 4 Kucing digunakan tentera di medan perang (Gambar)

Kucing mempunyai penglihatan waktu malam semulajadi, berguna ketika operasi pada waktu malam.

kucing perang 5 Kucing digunakan tentera di medan perang (Gambar)

Pegawai tertinggi CATS membantu dalam perancangan strategi di Pentagon. Barack Obama pun ada!

kucing perang 6 Kucing digunakan tentera di medan perang (Gambar)

Haha, menarik kan gambar-gambar di atas? Yang sebenarnya kesemua gambar tersebut adalah tidak benar dan cuma rekaan semata-mata. Sekadar hiburan lawak jenaka semata-mata.

Posted in Internet, LOL, RandomComments (2)

Bunyi Siren pelbagai negara ketika Perang Dunia ke-2


Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika perang dunia kedua, bunyi siren digunakan untuk memberi amaran kepada semua orang, jom tengok bunyi siren dari pelbagai negara.

Bunyi Siren inilah yang akan memberi amaran kepada semua orang, bahawa mungkin terdapatnya situasi merbahaya di luar dan meminta semua orang untuk mencari tempat perlindungan.

world war 2 air siren british Bunyi Siren pelbagai negara ketika Perang Dunia ke 2

Kebiasaanya digunakan untuk memberi amaran bahawa terdapatnya kapal terbang pesawat pejuang musuh yang menghampiri satu-satu kawasan itu.

Jom tengok bunyi siren untuk beberapa negara ini.

BRITISH

JERMAN

JEPUN

AMERIKA SYARIKAT

Kuat dan mengejutkan bukan bunyi Siren tersebut? Ianya sememangnya berguna ketika Perang Dunia Kedua, kerana dapat menyelamatkan ramai nyawa.

Agak-agaknya siren ni digunakan atau tidak ketika berlakunya bencana alam? sebagai memberi amaran kepada penduduk setempat untuk berjaga-jaga. Malaysia pun kena ada juga satu ni, agak-agaknya ada simpan lagi dalam Muzium kot.

Posted in RandomComments (0)

Eric Douglace vs Pembenci Justin Bieber dan 4Chan


Kenalkah anda dengan Eric Douglace? Tak perlu kenal, sebab budak 14 tahun ini baru sahaja jadi terkenal apabila beliau isytiharkan perang kepada pembenci Justin Bieber.

Video beliau yang bertajuk ‘Declaration Of War Against Justin Bieber Haters’ mendapat perhatian ramai di YouTube.

Ini kerana dalam video tersebut, beliau menyatakan perasaan benci dan marah beliau terhadap semua orang yang membenci idola beliau, iaitu Justin Bieber!

Yang menjadi perhatian ialah, beliau telah mengugut semua pembenci Justin Bieber dengan mengatakan, beliau akan ‘hack’ semua akaun mereka yang mengirim video membenci Justin Bieber.

Video beliau makin mendapat perhatian luas apabila golongan anonymous dari 4chan mula memperhatikan beliau. Eric Douglace mula menyatakan kebencian beliau kepada golongan anonymous di 4chan pula.

Eric Douglace menyatakan bahawa akan menggodam kesemua laman web mereka yang membenci Justin Bieber, dan kesemua ini akan dilakukan oleh beliau dan kumpulan beliau pada 22 Oktober 2010 nanti.

Beliau telah mendapat pelbagai perhatian dan maklum balas mengenai video beliau.

Apa-apa pun, #Kesian budak ni, apa la jadi agaknya ya, entah-entah akan berlaku macam kes Jessy Slaughter, mangsa Buli Internet

Eric Douglace Declaration Of War Against Justin Bieber Haters

Eric Douglace justin bieber haters Eric Douglace vs Pembenci Justin Bieber dan 4Chan

Posted in Internet, LOL, Random, YouTubeComments (3)

Laman Xtive Utusan Malaysia kena Hack!!


Sedang seluruh Malaysia sibuk menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53, tidak semena-mena laman mini sebuah web portal berita, Utusan Malaysia Online, Xtive, telah di hack dan deface oleh Hacker yang dipercayai dari Negara Indonesia.

Seluruh laman dan laman mini yang berada di bawah subdomain Utusan Malaysia Online tesebut telah digodam dan digantikan dengan laman lain yang amat memalukan dan menghina Malaysia.

Antara kata-kata yang diletakkan di laman mini tersebut ialah,

SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN YANG KERAP KAU USIK,
PADAHAL KAMI TIDAK BERBUAT SALAH DI NEGARAMU.
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN TANAH AIR,
TANAH AIR YANG MERDEKA DENGAN TANGAN KAMI SENDIRI.
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN DARAH DAGING KAMI.
SATU KESATUAN KAMI, ADALAH BANGSA YANG KAU USIK DAN KAMI MEMBALAS DENGAN CARA KAMI.
SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN YANG KERAP KAU USIK,PADAHAL KAMI TIDAK BERBUAT SALAH DI NEGARAMU.SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN TANAH AIR,TANAH AIR YANG MERDEKA DENGAN TANGAN KAMI SENDIRI.SATU BANGSA KAMI ADALAH SATU DARI KESATUAN DARAH DAGING KAMI.SATU KESATUAN KAMI, ADALAH BANGSA YANG KAU USIK DAN KAMI MEMBALAS DENGAN CARA KAMI.

Mungkin ini adalah reaksi marah segelintir rakyat Indonesia.

Namun demikian mungkin ini boleh diambil sebagai pengajaran bahawa Laman Web mini Utusan Malaysia Online perlu mempunyai lebih sistem keselamatan untuk mengelakkan dari perkara sama berulang lagi.

Agak sedih apabila sambutan Kemerdekaan tahun ini menjadi medan para Hacker yang berkemungkinan dari Indonesia ini untuk menguji kehebatan masing-masing.

Namun, harus diingati bahawa, menjadi pegangan seorang penggodam (Hacker) bahawa tidak meninggalkan jejak dalam setiap tingkah-laku, Mana tahu serangan ini datang dari dalam Malaysia sendiri?

Laman tersebut : http://xtive.utusan.com.my/

xtive utusan kena hack1 Laman Xtive Utusan Malaysia kena Hack!!

Click image to view larger

Posted in Internet, News, Picture, WebsitesComments (10)

Indonesia kirim surat damai isu konflik Malaysia


Diplomasi hubungan dua hala Indonesia-Malaysia terjejas selepas insiden serangan Demonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia oleh Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) baru-baru ini.

Namun Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, telah mengirim surat rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengajak menyelesaikan konflik ini secara damai.

Dikatakan juga bahawa, dalam kandungan surat itu turut menyatakan bahawa, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono turut mengundang Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang untuk mengelak berlakunya ketegangan yang menggugat hubungan damai Indonesia-Malaysia.

Negara Indonesia dan Malaysia yang dianggap seperti abang dan adik ini, telah sepakat untuk mengadakan pembicaraan perbatasan pada 6 September 2010.

Dalam isu lain, surat kiriman Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dianggap menunjukkan Indonesia lemah oleh Ketua Dewan Direktur Sabang-Merauke Circle (SMC), Syahganda.

indonesia bakar bendera malaysia Indonesia kirim surat damai isu konflik Malaysia

Posted in Malaysia, News, WorldComments (6)

Konflik Indonesia hina Malaysia – Respon pemuda Umno


Hari ini pemuda Umno mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan ‘bertindak balas’ keatas tindakan rakyat Indonesia yang menghina Malaysia.

Kenyataan ini adalah berhubungan dengan situasi dimana kedutaan besar Malaysia di Jakarta, Indonesia, telah diserang oleh sekumpulan rakyat Indonesia yang menghina Malaysia. Malah, kumpulan ini turut membaling najis pada bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan juga ke laman kedutaan besar Malaysia tersebut.

Tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia ini dipercayai didalangi oleh kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang sebelum ini pernah mengugut untuk membunuh rakyat Malaysia di Indonesia.

Najis yang dilempar ke kedutaan Malaysia itu dikatakan sebagai ‘hadiah’ kepada Malaysia yang selama ini telah banyak kali memberi najis ke Indonesia.

Dipercayai bahawa serangan ini berlaku disebabkan konflik insiden perairan Bintan pada 13 Ogos yang lalu.

Setakat ini, tindakan yang telah diambil oleh Pemuda Umno ialah dengan menghantar memorandum tidak puas hati ke kedutaan Indonesia di Malaysia, petang tadi.

Antara kandungan memorandum tersebut ialah, menggesa supaya pihak yang terbabit akan diambil tindakan keras oleh kerajaan Indonesia. Malah media juga harus tidak bertindak menjadi kayu api konflik Malaysia-Indonesia ini.

Ini adalah bagi menjamin keharmonian dalam hubungan kedua-dua negara.

indonesia hina malaysia Konflik Indonesia hina Malaysia   Respon pemuda Umno

Apa pendapat anda?

Posted in Malaysia, News, WorldComments (6)

Tentera Israel hina tahanan Palestin dengan gambar Facebook


Seorang wanita bekas tentera Israel, Eden Aberjil cetuskan kontroversi apabila mengirim gambar beliau bergaya dengan tahanan Palestin yang diikat tangan dan matanya pada laman Facebook beliau.

Gambar tersebut yang beliau paparkan dalam album “The Army – the best years of my life” pada Facebook beliau menyebabkan kemarahan rakyat Palestin dan juga masyarakat dunia.

Malah, Israel Defence Forces (IDF), Tentera Israel turut marah dengan tindakan Eden tersebut yang dikatakan memalukan Tentera Israel.

Namun, walaupun Tentera Israel mengeluarkan kenyataan tersebut, tiada tindakan diambil terhadap Eden oleh kerana beliau telah pun mengubah “privacy setting” Facebook beliau dan ianya tidak boleh lagi dilihat melainkan kenalan rapatnya sahaja.

Atas jasa orang ramai dan blogger lain di serata dunia, gambar beliau tersebut sempat dirakam sebelum diubah tetapan Facebook.

israel soldier facebook Tentera Israel hina tahanan Palestin dengan gambar Facebookisrael soldier with palestinian Tentera Israel hina tahanan Palestin dengan gambar Facebook

Posted in Internet, News, WorldComments (13)

Hiroshima selepas 65 tahun bom Nuklear


Pada 6 Ogos 1945, sebuah bom nuklear diberi nama “Little Boy” telah dijatuhkan ke bandaraya Hiroshima, Empayar Jepun, dibawah arahan Presiden Amerika Syarikat, Harry Truman.

Dan hari ini, 6 Ogos 2010, genaplah 65 Tahun selepas letupan Nuklear bersejarah tersebut.

hiroshima bombing 65 anniversary Hiroshima selepas 65 tahun bom Nuklear

Rakyat jepun dilihat berkumpul dan berkabung bagi merenung kembali peristiwa sedih yang mengorbakan puluhan ribu manusia di wilayah tersebut

Jepun sejurus selepas itu mengeluarkan kenyataan menyeru semua negara di seluruh dunia untuk menghapuskan penggunaan senjata nuklear, sebaliknya lebih fokus kepada pembangunan kemanusiaan dan ekonomi.

Majlis tersebut turut dihadiri Setiausaha PBB,Ban Ki-moon dan juga duta AS di juepun, John Roos. Kehadiran ini merupakan kali pertama jawatan tinggi di PBB dan Duta AS hadir ke majlis berkabung Hiroshima ini.

Semestinya segala yang terjadi itu ada sebabnya dan setiap orang perlu mempelajari dan mengenang sejarah agar ianya tidak akan berulang lagi.

bomb hiroshima nuclear Hiroshima selepas 65 tahun bom Nuklear

Posted in Events, News, WorldComments (7)

Kapal Mavi Marmara konvoi ke Gaza diserang


tunggu 300x200 Kapal Mavi Marmara konvoi ke Gaza diserang

Salah satu dari antara kapal yang mengikuti konvoi misi bantuan ke Gaza, Mavi Marmara telah diserang olah pasukan komando Israel. Kapal Mavi Marmara yang turut menempatkan 11 orang sukarelawan Malaysia, dan ramai lagi sukarelawan termasuklah dari Indonesia.

Menurut laporan sekurang-kurangnya 10 orang yang telah terbunuh, manakala ramai penumpang lain cedera dengan serangan tentera komando Israel tersebut. Berdasarkan maklumat dari Astro Awani, dikatakan juga 2 orang rakyat Malaysia mungkin antara mereka yang telah terbunuh dalam misi bantuan tersebut.

“If you ignore this order and enter the blockaded area, the Israeli navy will be forced to take all the necessary measures in order to enforce this blockade,”

Begitulah antara bunyi ugutan dari Israel yang cuba untuk menghalang misi bantuan ke Gaza ini. Konvoi ke Gaza ini memuatkan segala keperluan asas bagi rakyat Palestin disana, malah turut memuatkan segala bahan binaan seperti simen.

Sumber : The Star

Lifeline4Gaza Kapal Mavi Marmara konvoi ke Gaza diserang

Ikutan kisah dan perkembangan konvoi misi bantuan ke Gaza ini di Lifeline4Gaza.Org

Posted in NewsComments (3)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com