Tag Archive | "Percuma"

Kupon promosi Burger King BKrazy Sabtu!


Burger King promosi BKrazy RM1 untuk hari Sabtu, beli Burger King Whopper Jr dengan cuma RM1! Dapatkan kupon untuk dicetak disini!

bkrazy kupon sabtu Kupon promosi Burger King BKrazy Sabtu!

Tawaran ini boleh digunakan pada setiap hari Sabtu dari tarikh 19 Disember 2011, sehingga 8 Januari 2012!

Apa yang anda perlu lakukan cuma beli satu Burger King Value Meal, dan hulurkan kupon berkenaan untuk dapatkan menu promosi dengan cuma RM1!

Anda boleh muat-turun kupon untuk promosi BKrazy Burger King Sabtu (Burger King Whopper Jr) ini disini : http://rt.my/ww

Anda boleh gunakan sama ada cetakan berwarna ataupun cetakan hitam-putih.

Apa lagi, kongsikan tawaran promosi ini dengan rakan-rakan anda!!

Posted in FoodComments (2)

Alahai KFC, kupon percuma dihentikan, teruk dikritik


Sedih, cuma disebabkan tawaran kupon percuma KFC dihentikan, habis kecoh media di internet mengkritik tindakan KFC yang dikatakan menipu pelanggan itu.

Tak sampai 24 jam KFC menawarkan promosi kupon untuk Double Zinger Burger Combo PERCUMA, KFC kemudiannya mengeluarkan kenyataan berikut di laman Facebook Rasmi mereka, KFC Malaysia, menyatakan tawaran promosi itu telah tidak sah lagi.

KFC double zinger troll Alahai KFC, kupon percuma dihentikan, teruk dikritik

Sehingga kini, komen pada status KFC Malaysia itu masih meningkat jumlahnya menghampiri 3,000 komen! (Mungkin paling banyak yang pernah diterima oleh KFC?)

Dan lepas pada itu juga, kat mana-mana cawangan KFC pula ditampal dengan notis seperti dibawah ini :

kupon percuma tak valid Alahai KFC, kupon percuma dihentikan, teruk dikritik

Amboi, makin mengamuk la semua pelanggan bila datang ke KFC, dan baca notis ni.

Ada yang tak puas hati sehinggakan sanggup tulis kes berkenaan KFC di laman humor antarabangsa yang agak-agak popular semenjak dua menjak ini, 9Gag.com.

Cuba lihat kiriman 9Gag ini di URL ini : http://9gag.com/gag/1049869. Bukan main terkenal lagi KFC Malaysia lepas ni!

Kesian KFC, lagipun, di kupon itu sendiri telah ditulis tawaran adalah terhad dan tertakluk kepada stok yang ada. Ramai pula yang kritik, kalau dah nak buat promosi tu, sediakan la lebih banyak. Alamak, bungkus la KFC Holdings tu nanti agaknya.

Lepas ni, KFC kena kaji balik untuk buat tawaran promosi agak ianya tidak memakan diri dan dapat memuaskan hati semua pihak.

Ada yang sampai nak boikot KFC dah lepas ni!, Eh, rugi la boikot, lepas ni kalau ada promosi lagi yang untung orang yang tak boikot la.

Apa-apa pun, jangan dengki lepas lihat gambar di bawah ni ya,

double zinger burger percuma Alahai KFC, kupon percuma dihentikan, teruk dikritik

P/s : gambar bukan milik penulis icon razz Alahai KFC, kupon percuma dihentikan, teruk dikritik

Sumber : /k/

Posted in FoodComments (2)

Kupon PERCUMA KFC Double Zinger Burger Combo FREE!!!


KFC pula buat promosi gila gempak, nah cepat ambil Kupon PERCUMA KFC Double Zinger Burger Combo ni, cetak dan serbu KFC berdekatan!

KFC Double Zinger Burger Combo FREE COUPON!

kupon free kfc double zinger burger Kupon PERCUMA KFC Double Zinger Burger Combo FREE!!!

Apa yang anda perlu buat cuma ikuti langkah seperti dibawah ini :

  1. Pergi ke URL ini untuk cetak kupon tersebut : http://rt.my/vf
  2. Cetak! cetak! dan cetak lagi!
  3. Beli apa sahaja pilihan menu di KFC. (Roti/Bun KFC tu baru RM0.55 je, atau kalau kesian boleh la beli Cheezy Wedges dalam RM4.20)
  4. Hulurkan kupon kat atas ni.
  5. ????
  6. Makan! makan dan makan lagi!

Apa syarat-syaratnya?

  1. Yang paling UTAMA! Tawaran ini cuma TERHAD sementara stok masih ada.
  2. 1 Kupon cuma sah untuk satu tukaran.
  3. Cuma cetakan warna dan hitam-putih sah digunakan.
  4. Tidak sah digunakan ketika cuti umum.
  5. Sah digunakan sehingga 15 Januari 2012
  6. Mampu habiskan dalam tempoh satu minit.

Terms and conditions apply.

  • This coupon is only valid with any purchase
  • Offer is valid until stocks last
  • Limited to one offer per coupon
  • Not exchangeable for cash
  • Only printed color and b/w accepted for redemption
  • Promotion is not valid during public holiday
  • Not applicable with any other promotions and discount
  • Servings featured are for illustration purposes only
  • Valid until 15th January 2012

Apa lagi? Kongsikan dengan rakan-rakan anda, dan jangan lupa serbu KFC berdekatan untuk nikmati tawaran terhad dan gila-gila KFC ini!!

Oh, ada yang kata tawaran telah pun ditarik semula oleh KFC, benar atau tidak, tak dapat dipastikan. Yang pasti, oleh kerana sambutan menggalakkan, beberapa restoran KFC mula kehabisan stok dan tidak dapat menawarkan bekalan PERCUMA Double Zinger Burger Combo ini lagi.

Mungkin boleh cuba lagi keesokan harinya? Maklum la, tawaran ni kan sehingga 15 Januari 2012.

Kredit : MSallehuddin05

Posted in FoodComments (2)

Video gol Malaysia tewaskan Indonesia dan istimewa Harimau Malaya


Tahniah Malaysia! Sekali lagi juara pingat Emas Sukan SEA bola sepak, jom saksikan semua video gol kemenangan, dan hadiah istimewa untuk peminat Harimau Malaya!

Skuad Harimau Malaya bawah 23 tahun, berjaya membawa pulang pingat Emas terakhir Sukan SEA untuk Malaysia setelah menundukkan skuad Garuda tuan rumah, Indonesia yang tewas pada keputusan sepakan penalti 4-3 setelah terikat 1 sama setelah masa tambahan tamat.

Jom tengok kesemua video gol yang terhasil dalam perlawanan ini, kredit kepada sokernet.com.

Gol pembukaan oleh Indonesia.  Gol Gunawan. Minit ke-4


Gol penyamaan oleh Malaysia.  Gol Asrarudin Putra Omar. Minit ke-33


Sepakan Penalti. 4-3. Malaysia menang Pingat Emas. Indonesia Pingat Perak

Dan sempena kejayaan Khas Skuad Harimau Malaya berjaya mempertahankan pingat Emas dalam acara Bola Sepak ini, Notakosong.com akan menggantikan ‘header’ kepada tema Harimau Malaya dan Malaysia selama tempoh seminggu untuk menghargai usaha anak muda Malaysia mengharumkan nama negara!

logoharimaumalaya istimewa Video gol Malaysia tewaskan Indonesia dan istimewa Harimau Malaya

Buat masa ni, jom kita layan lagu istimewa Selamanya (Harimau Malaya) – Ultras Malaya ft Altimet, Joe Flizzow & Carleed.

Nak muat turun (download) lagu ni secara percuma? Ianya sememangnya di edarkan secara percuma khas untuk semua peminat Harimau Malaya! Boleh download pada link khas disediakan oleh pihak ERA Fm ini : Download MP3 Selamanya (Harimau Malaya) – Ultras Malaya ft Altimet, Joe Flizzow & Carleed.

Tahniah Malaysia! Tahniah Harimau Malaya!

p/s  : Teringat pula kata-kata Ong Kim Swee, “Khairul Fahmi Che Mat adalah penyelamat karier saya sebagai jurulatih skuad bawah 23 tahun”. Ada benarnya tu, Khairul Fahmi jadi anak emas negara la lepas ni….

 

Posted in Malaysia, News, SportComments (0)

Lamaran kahwin guna Groupon, bernilai RM0?


Dalam banyak-banyak cara lamaran kahwin yang pernah dibuat orang, mungkin lamaran yang dibuat Loke Hing Seong ini antara yang paling romantik atau gila.

Apa-apa pun, jom tengok dulu seluruh laman Groupon Malaysia yang dijadikan sebagai ruang lamaran kahwin Loke Hing Seong.

Spoiler SelectShow

Yang paling menarik dan kelakar dah pasti keterangan yang ditulis pada ‘promosi tawaran’ Groupon itu sendiri, cuba lihat! :

  • A lifetime of marital bliss, child rearing and IT support.
  • Free cuddles, nuzzles and snuggles.
  • Portable, easy to bring along for dinner dates and family reunions.
  • Infrared sensors detect female emotions and react accordingly.
  • Serves edible food at all times of the day.
  • Infinite supply of truthful exchanges with adjustable settings for sensitive topics.
  • Lifetime warranty covers feeding children and household repairs.
  • No expiry date
  • Redemption period: Nov 8, 2011 – ∞
  • Valid for pick-ups: 24 hours daily (not including sleeping hours).
  • Limited stock, restocking takes up to 80 years.
  • Limit 1 per person.
  • Start-up time may vary depending on weather conditions and product age.
  • Valid from Loke Hing Seong.

Amboi! Bukan main lagi, lawak betul la Loke Hing Seong ni. Antara yang diberi dalam pakej termasuk lah pelukan percuma, ada jaminan seumur hidup atas tanggungan anak-anak lagi.

Siap dengan laman Facebook dia sendiri lagi, mana tahu ada yang nak mengenalinya dengan lebih lanjut kan.

Yang pasti, ini memang kreatif dan berhasil! Segalanya demi Mei Chen!

Jom tolong beli Grouposal ni?

grouposal loke hing seong Lamaran kahwin guna Groupon, bernilai RM0?

Posted in RandomComments (0)

Download percuma koleksi lagu-lagu raya


Kurang 2 minggu saja lagi untuk menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, mesti semua dah tak sabar. Tak lengkap raya tanpa Lagu Raya, jom download percuma koleksi lagu raya ni.

Anda mungkin tengah tercari-cari kat mana nak download lagu raya, tak kira lagu raya sejak zaman P. Ramlee dahulu ke, atau zaman Siti Nurhaliza, Alleycats dan Raihan ke, atau yang lebih moden kini lagu raya nyanyian pelajar Akademi Fantasia.

Disini ada beberapa URL untuk anda dapatkan beberapa lagu raya mengikut album dan juga senarai yang diberikan.

Jom download! :

Bila Tiba Hari Raya 21 Lagu lagu Hari Raya Aidilfitri Download percuma koleksi lagu lagu raya

Spoiler SelectShow

SITI NURHALIZA ANUGERAH AIDILFITRI Download percuma koleksi lagu lagu raya

Spoiler SelectShow

Raihan Maafkan lagu raya Download percuma koleksi lagu lagu raya

Spoiler SelectShow

Hurey Raya album lagu Download percuma koleksi lagu lagu raya

Spoiler SelectShow

Dan kalau anda ada mencari lagu-lagu khas selain dari yang diberi diatas, sila tinggalkan di komen, mana tahu nanti akan ada yang kongsikan URL untuk download ke.

 

Posted in RandomComments (0)

10 hari terakhir Giveaway Notakosong di Andyhowtt


Anda ada blog sendiri? Ada blog tapi tak aktif? Jom sertai ‘Giveaway’ percuma untuk blogger dan anda mungkin berpeluang memenangi hadiah-hadiah misteri dan istimewa!

‘Giveaway’ anjuran blogger terkenal Andyhowtt.com ini diadakan dengan kerjasama ramai blogger-blogger terkenal lain, dan pelbagai hadiah misteri turut ditaja oleh mereka. Blogger-blogger tersebut adalah, Nisa KayAkmal HilmiFaizal FredleySaya DoodleNorfanilMohd KhairiMunzir ShafieAzri Johan,  Alya EsprezzoKaizen Shinobi dan Malcube.

giveaway notakosong dan andyhowtt 10 hari terakhir Giveaway Notakosong di Andyhowtt

Nak tahu cara lanjut untuk sertai Giveaway PERCUMA ni, sila lihat pada entri khas di http://bit.ly/rlrcxL.

Yang pasti, Notakosong.com ada tawarkan beberapa hadiah misteri yang bernilai hingga mencecah RM100 jumlahnya.

Apa tunggu lagi, antara syarat-syarat penyertaan Giveaway ini, anda perlu ‘Like’ dan ‘Follow’ Notakosong.com di Facebook.

Semoga Berjaya!

Posted in EkslusifComments (2)

FarmVille versi Lady Gaga = GagaVille!


Anda pernah main pemainan terkenal FarmVille di Facebook? Tak lama lagi versi baru FarmVille bertemakan Lady Gaga akan dilancarkan, bersedia untuk ke GagaVille!

Lady Gaga tidak lama lagi akan menawan dunia permainan internet pula setelah pengumuman dari Zynga (Pengeluar FarmVille), akan melancarkan GagaVille yang akan menggunakan Lady Gaga sebagai motif utama dalam permainan internet tersebut.

GagaVille akan dibina bertemakan album terbaru Lady Gaga yang akan dikeluarkan tidak lama lagi, yang memuatkan lagu seperti “Born This Way”. Malah, para pengguna FarmVille yang akan bermain GagaVille akan dapat memperoleh lagu tersebut, “Born This Way” secara percuma melalui permainan tersebut.

farmville lady gaga version FarmVille versi Lady Gaga = GagaVille!

Segala binaan dalam GagaVille ini akan bertemakan Lady Gaga. Contohnya pokok kristal, kuda unicorn, biri-biri menunggang motorsikal, dan sebagainya.

Selain dari itu, para pemain juga mampu untuk membuka pelbagai ganjaran istimewa seperti muat turun percuma lagu terbaru Lady Gaga, sebelum ianya dimainkan di stesyen radio!

Macam-macam Lady Gaga ni, jangan sampai ada pemain yang sampai habis duit beribu main FarmVille seperti sebelum ini cukuplah ya.

gagaville lady gaga FarmVille versi Lady Gaga = GagaVille!

Sumber : http://www.zynga.com/ladygaga/gaga.php

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (1)

Main Angry Birds di Google Chrome!


Dah pasti semua orang pun tahu mengenai permainan Angry Birds pada gajet seperti iPhone, iPad, telefon bimbit Android. Kini anda boleh main Angry Bird di Google Chrome!

Permainan terkenal ini sememangnya mendapat perhatian orang ramai, dan sudah menjadi kemestian sebagai aplikasi mesti muat-turun bagi apa-apa gajet sekali pun (Kecuali BlackBerry icon razz Main Angry Birds di Google Chrome! ).

Yang menarik seperti permainan Angry Birds di gajet-gajet lain, Angry Birds pada Google Chrome juga adalah PERCUMA!

Bagi yang tertanya-tanya, permainan Angry Birds ini juga boleh dimainkan menggunakan pelayar internet lain seperti Mozilla Firefox, Safari, mahupun Opera. Namun pengguna Google Chrome mendapat kelebihan ekstra dengan mempunyai mod dalam permainan yang tersendiri.

Jom cuba! http://chrome.angrybirds.com/?version=hd

angry birds for chrome beta picture Main Angry Birds di Google Chrome!angry birds for chrome beta Main Angry Birds di Google Chrome!

Posted in Internet, RandomComments (4)

Malaysiakini diserang DDOS, Server down


Laman web jurnalis berkenaan politik yang terkemuka di Malaysia, Malaysiakini.com, kini sudah masuk hari kedua sukar untuk diakses pembaca, disebabkan serangan DDOS.

Serangan DDOS terhadap server Malaysiakini.com menyebabkan server laman web tersebut menjadi lembab dan laman web tersebut menjadi sukar untuk diakses.

Punca serangan ini dipercayai ada kena mengena dengan pilihanraya umum yang sedang berlangsung di Sarawak. Mungkin ianya berpunca dari mana-mana parti politik yang ingin menyukarkan pembaca untuk mendapat berita berkenaan politik.

malaysia kini ddos Malaysiakini diserang DDOS, Server down

Namun, ianya tidak menghentikan usaha Editor laman tersebut untuk menyampaikan berita politik kepada pembacanya, buat masa sementara ini, Malaysiakini.com akan beroperasi melalui beberapa saluran seperti yang dinyatakan dibawah :

Melalui Facebook : https://www.facebook.com/notes.php?id=47298465905

Melalui WordPress : http://malaysiakinicom.wordpress.com/

Melalui Blogspot : http://malaysiakinicom.blogspot.com/

Kesemuanya adalah percuma.

Editor Malaysiakini.com berupaya untuk membuatkan laman Malaysiakini kembali dapat diakses, walaupun dalam rupa yang telah dipermudahkan bagi mengurangkan beban pada server laman web tersebut.

Menurut laman web tersebut, terdapat juga kenyataan dimana mereka sedang menambah beberapa server lain bagi menampung beban trafik yang ada.

Posted in Internet, RandomComments (0)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com