Tag Archive | "Percuma"

Promosi 50% Diskaun di Pizza Hut?


Agak-agaknya, apa maksud poster teaser yang Pizza Hut keluarkan ini? Adakah berkenaan promosi 50% diskaun di Pizza Hut? Jom tengok poster yang dikeluarkan.

Berdasarkan poster tersebut, terdapat simbol 50% pada kesemua tarikh hari bekerja pada dan selepas 14 April 2011. Namun, sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya, apakah maksudnya simbol 50% tersebut.

Pizza hut 50 peratus discount Promosi 50% Diskaun di Pizza Hut?

Adakah ini untuk bersaing dengan promosi keluaran KFC dan McDonald’s yang begitu hebat sekali dengan promosi jualannya? Diskaun 50% atau separuh harga untuk kesemua pembelian Set Pizza pada tarikh-tarikh yang dinyatakan?

Apa-apa pun, kita nantikan sama-sama kejutan istimewa dari Pizza Hut ini!

Posted in FoodComments (1)

Konsert antarabangsa PERCUMA TWIN Towers @live 2011


Bermula hari ini, 8 April 2011, sebuah konsert percuma diadakan di taman KLCC mempersembahkan ramai artis tempatan dan juga artis antarabangsa. Sempena F1™ Grand Prix di Kuala Lumpur.

Antara artis yang akan turut sama membuat persembahan ialah, nama-nama besar dunia hiburan seperti, Wonder Girls, Hoobastank, Yuna, The Azenders, dan Bunkface.

Maklumat lanjut mengenai konsert ini adalah seperti berikut :

Tarikh : 8 & 9 April 2011
Masa : 6PM – 12PM
Tempat : Taman KLCC

Hari Pertama :
Wonder Girls, Hoobastank, Yuna, The Azenders, Bunkface.

Hari Kedua :
Joe Flizzow, Mizz Nina, Colby O’Donis, The Earth Wind & Fire Experience featuring Al McKay.

twin towers @live kl 2011 Konsert antarabangsa PERCUMA TWIN Towers @live 2011

Apa lagi, jangan lepaskan peluang ini untuk saksikan Artis-artis terkenal seperti Yuna, Hoobastank dan bagi peminat K-POP, Wonder Girls pun ada!

Yang lagi menarik, Ianya PERCUMA!! Konsert terbuka untuk semua orang!

twin towers @live kl 2011 klcc percuma Konsert antarabangsa PERCUMA TWIN Towers @live 2011

Posted in Concert, EntertainmentComments (0)

McDonald’s percuma lagi dengan Sausage McMuffin Egg!


Ingat lagi bulan lepas dengan promosi Big Breakfast McDonald’s? Bukan main hebat lagi sambutannya! Kali ini, McDonald’s datang lagi dengan Percuma Sausage McMuffin with Egg!

Kali ini, anda tidak lagi berbelanja apa-apa pun untuk menggunakan kupon ini, apa yang anda perlu lakukan cuma paparkan kupon tersebut dan anda boleh nikmati Sausage McMuffin with Egg percuma anda! Malah, jika anda berminat, terdapat menu Add-on dengan diskaun menarik untuk anda!.

Namun, agak dukacita sedikit mungkin, kupon ini tidak boleh di cetak sendiri dan kupon ini adalah terhad pemberiannya. Anda cuma perlu dapatkan kupon ini di restoran McDonald’s berdekatan anda, dan gunakannya.

Contoh kupon tersebut adalah seperti dibawah, harap maklum ya, walaupun anda cetak sendiri, kupon ini tetap tidak dapat digunakan. Cuma Kupon Asal yang diterimapakai.

McDonald’s FREE Sausage McMuffin with Egg Coupon!

mcd free sausage egg kupon McDonalds percuma lagi dengan Sausage McMuffin Egg!

Posted in FoodComments (0)

Maxis10 : Aplikasi wajib anda dapatkan dari Android Market


Anda pemilik telefon bimbit Android? Tak tahu apa aplikasi menarik? Jom tengok apa aplikasi WAJIB untuk Android, lebih-lebih lagi yang penting untuk Maxis Nexus S!

Kenapa anda perlu ada aplikasi-aplikasi yang ditunjukkan ini? Jom kita tengok adakah diri anda betul-betul kena dengan ciri-ciri mereka-mereka yang inginkan aplikasi tersebut.

Yang penting, segala aplikasi yang NK sarankan ini semuanya PERCUMA atau orang lagi senang faham, FREE!

Pertama : Mereka yang tak boleh berhenti berada di dunia online!

best android communication apps Maxis10 : Aplikasi wajib anda dapatkan dari Android Market

Twitter
Semestinya aplikasi android yang paling tidak boleh dilepaskan kalau anda sememangnya gilakan dunia online.
Segalanya ingin di-tweetkan. Makan dimana, Tidur dimana, Sedang buat apa,… sehinggakan sedang garu kepala pun hendak di-tweetkan!
Berfungsi dengan sempurna di Nexus S. Walaupun terdapat pelbagai lagi aplikasi Twitter di Android Market, aplikasi asli ciptaan Twitter Inc, tetap jadi pilihan.

Facebook
Facebook for Android. Sememangnya aplikasi yang WAJIB ada kalau anda gila dengan dunia online.
Anda tidak boleh berpisah walau seketika pun dengan Facebook, segala notification anda akan tengok, update status pun seumpama seorang artis.
Dengan Nexus S, update status facebook dan pengalaman Facebook lebih pantas dan interaktif!

Foursquare
Foursquare merupakan aplikasi menarik untuk anda bermain jikalau anda merupakan seorang yang sememangnya rajin berjalan-jalan dan meneroka tempat baru.
Anda boleh ‘check-in’ pada kawasan pilihan anda dan dengan itu anda boleh membaca pendapat orang lain mengenai tempat tersebut dan juga mengumpul lencana dan gelaran ‘mayor’.
Wah, sambil meneroka, sambil bermain permainan interaktif! Keseronokan Foursquare digandakan lagi dengan teknologi GPS yang ada pada Google Nexus S.

Skype
Sememangnya untuk kaki chatting dan video call sejati. Skype merupakan tambahan aplikasi chatting selain dari Google Talk yang sudah sedia ada pada Google Nexus S.
Yang menarik pada skype ialah ada boleh gunakan ‘front-facing video camera’ pada Nexus S untuk buat Video Call pada pengguna Skype lain!.

Miren Browser
Kenapa perlu Miren Browser sedangkan Android pada Nexus S sudah mempunyai pelayar internet sendiri? Ha, kalau anda nak tahu, Miren Browser ini seumpama pelayar internet Google Chrome yang memang tidak asing lagi pada pengguna internet. Malah siap ada tab lagi untuk setiap page yang anda masuk. Waktu loading juga lebih pantas!

Kedua : Mereka yang gilakan segalanya mengenai sukan-sukan!

sport apps for android Maxis10 : Aplikasi wajib anda dapatkan dari Android Market

Formula1.com 2011
Kalau anda seorang yang sangat gemarkan sukan automotif, ini adalah aplikasi yang anda tak boleh lepaskan.
Ini merupakan aplikasi khas keluaran rasmi dari Formula1.com sendiri.

Soccer LiveScores
Aplikasi wajib untuk kaki bolasepak! Kebanyakan liga bolasepak terkemuka dunia ada tersenarai dalam aplikasi live score ini.
Anda tidak akan terlepas lagi keputusan perlawanan bola sepak kegemaran anda, lebih-lebih lagi English Premier League (EPL) .

Ketiga : Kesihatan adalah segala-galanya bagi anda!

Health apps for android Maxis10 : Aplikasi wajib anda dapatkan dari Android Market

BodyBuilding.com
Sudah terang dan nyata, aplikasi android ini untuk mereka yang ingin dapatkan badan tegap dan berotot, seumpama ahli bina badan.
Ini sudah pasti aplikasi yang tidak boleh dilepaskan oleh anda. Apa yang anda perlu buat cuma daftar akaun anda, dan anda akan dapat akses kepada banyak teknik bina badan, malah dapat berinteraksi dengan pakar bina badan lain secara dalam talian!

Daily Ab Workout FREE
Ingin mantapkan bahagian abdomen anda?
Ini aplikasi yang anda mesti cuba! Cuma dengan 5 minit sehari menggunakan aplikasi ini, ianya akan membantu anda dalam memaksimakan 5 minit tersebut dengan pelbagai teknik untuk memberikan anda penampilan abdomen yang paling menarik!

RunKeeper Pro
Aplikasi canggih ini mampu mengesan dan merekod segala aktivit jogging atau larian anda.
Ianya menggunakan teknologi GPS pada Nexus S anda untuk mengesan aktiviti senaman anda seperti masa, jarak dan kepantasan larian anda.
Sangat berguna untuk mereka yang giat membuat senaman larian dan ingin merekod aktiviti senaman anda.

Keempat : Untuk mereka yang gilakan gambar dan kamera!

camera and image apps for android Maxis10 : Aplikasi wajib anda dapatkan dari Android Market

Flickr
Sama fungsi seperti laman foto Flickr, aplikasi ini akan membolehkan anda mengakses album Flickr anda, muat naik gambar ke akaun Flickr anda, dan juga paparkan album gambar Flickr milik pengguna lain.

Camera360 Free
Hasilkan pelbagai gambar dengan efek menarik menggunakan aplikasi ini. Gambar 5 Megapixel dari kamera Nexus S, ditambah dengan efek khas dari aplikasi hebat ini, anda sudah pasti akan mendapat hasil gambar yang amat mengagumkan!

FxCamera
Lebih kurang juga seperti Camera360, namun aplikasi ini lebih ringan untuk berfungsi, cuma dengan efek yang dikurangkan. Efek khas menarik yang dibekalkan ialah ToyCam, Polandroid, Fisheye, SymmetriCam, Warhol, Normal. Sangat menarik untuk dicuba!

Adobe Photoshop Express
Aplikasi lengkap dengan segala-galanya untuk ada olah gambar menggunakan telefon bimbit anda. Dengan Nexus S yang mempunyai processor dan ram yang laju, pengolahan gambar anda begitu pantas dan mudah! Yang menarik, segalanya dengan sentuhan jari!.

BONUS! Aplikasi mesti dapatkan dari Android Market!

best bonus apps for android Maxis10 : Aplikasi wajib anda dapatkan dari Android Market

Untuk maklumat lanjut untuk aplikasi berikut, sila klik pada nama aplikasi tersebut dibawah :

Cukup puas hati tak dengan senarai aplikasi yang NK berikan ini? Apa-apa pun, ini cuma sekadar sebagai aplikasi permulaan untuk anda dapatkan dari Android Market, terdapat lebih 250,000 aplikasi untuk anda terokai!

Nantikan entri seterusnya mengenai permainan atau Games menarik untuk anda cuba dari Android Market!

 Maxis10 : Aplikasi wajib anda dapatkan dari Android Market

 

Posted in Maxis10, TechnologyComments (4)

Kupon Big Breakfast McDonald’s PERCUMA untuk anda!


Inginkan Big Breakfast McDonald’s PERCUMA? Bukan 1 set, tapi 2 set percuma untuk anda! Dapatkan Kupon Big Breakfast McDonald’s dalam entri kali ini.

Anda cuma perlu berbelanja minimum RM5 untuk berpeluang menggunakan KUPON di bawah. Malah anda boleh teruskan untuk tebus Kupon tersebut sehingga hujung bulan ini, 31 Mac 2011.

Malah, Kupon yang dicetak secara hitam dan putih juga akan diterima.

Cuba baca Terma dan Syarat di bawah :

Full T&C for the voucher:

  1. Present coupon at time of redeption.
  2. Valid for a single transaction.
  3. One redemption per customer in a single transaction.
  4. One coupon is valid for TWO free Big breakfast a la carte redemption only with a minimum purchase of RM5 in a single transaction.
  5. Redemption of TWO FREE Big Breakfast a la carte is valid between 4am – 11am.
  6. Coupon is not exchangeable for cash or any other McDonalds product.
  7. McDonald;s reserve the right to refuse redemption of coupon is found to have been tampered with.
  8. McDonald’s reserves the right to replace the free item stated on coupon at its discreation and without prior notice.
  9. Valid only for restaurants serving breakfast.
  10. Not valuid for McDelivary service.
  11. Original proce featire may vary according to restaurants.
  12. Valid until 31 Mar 2011
  13. Black & white copy accepted announced by MCD.

Apa lagi, jangan lepaskan peluang anda, ambil Kupon di bawah, simpan dalam komputer anda, cetak dan segera ke McDonald’s berdekatan.

Tapi ingat, hanya boleh digunapakai untuk McDonald’s Breakfast sahaja, pada jam 4 pagi hingga 11 pagi.

Klik pada gambar untuk besarkan. URL untuk gambar : http://www.mymcd.com.my/fb/coupon/mcdbigbreakfast.jpg

Mcd free big breakfast voucher coupon 722x1024 Kupon Big Breakfast McDonalds PERCUMA untuk anda!

Posted in FoodComments (8)

Scam Ebook cuba tiru Facebook!


Makin canggih Scammer di dunia internet sekarang ni, mungkin selama ini anda sering dapat email scam dari orang Nigeria, tapi pernah dapat dari Malaysia?

Kalau sekali pandang email tersebut, buka je email tu dah pasti anda akan ingat ianya email notification dari Facebook.

Ini kerana ianya memang iras-iras rupa Facebook! Memang hebat penipu tersebut sampai sanggup gunakan kreativiti ke tahap itu.

Kalau anda tidak peka dengan beberapa perbezaan pada email tersebut, sudah pasti anda akan tertipu dan menjadi mangsa kepada email Scam tersebut.

Email ini kononnya ingin membantu anda untuk berjaya dalam perniagaan internet. Dan memberi peluang anda untuk belajar secara percuma melalui Ebook yang diberikan.

Masih tidak pasti apa penipuan sebenar yang cuba dilakukan, tapi kemungkinan besar selepas anda Download Ebook percuma tersebut, untuk dapatkan lebih teknik. anda akan diminta pula membeli Ebook lain yang sudah pasti, akhirnya membuatkan anda membazir beratus-ratus wang anda pada sesuatu yang mungkin tidak berguna untuk anda.

Cuba anda lihat gambar screenshot dibawah, dan lihat contoh email yang dihantar oleh kononnya “Rozita Diana”.

Beberapa perbezaan ketara telah ditunjukkan pada imej dibawah.

scam mlm facebook Scam Ebook cuba tiru Facebook!

Klik gambar untuk paparan lebih besar

Sumber : Lyn /K

Posted in Internet, RandomComments (1)

Kejutan baru dari Pizza Hut 4 Januari 2011?


Kejutan baru dari Pizza Hut 4 Januari 2011? Apa agaknya kejutan ini sebenarnya ya? Begitu seronok sekali disebarkan di Facebook.

Pizza berperisa baru agaknya? Diskaun Promosi dari Pizza Hut? Beli satu percuma satu?

Apa lagi, jangan lupa untuk serbu semua restoren Pizza Hut berdekatan anda 4 Januari ini untuk lihat sendiri apa kejutan yang sebenar!

Apa-apa pun, saksikan beberapa poster teaser dari Pizza Hut.

Pizza Hut Surprise 4th January 2011

kejutan pizza hut Kejutan baru dari Pizza Hut 4 Januari 2011?pizza hut surprise Kejutan baru dari Pizza Hut 4 Januari 2011?pizza hut exciting Kejutan baru dari Pizza Hut 4 Januari 2011?

Sumber : Facebook Pizza Hut

Posted in FoodComments (1)

Gambar Pelancaran Proton Inspira dan Harga Rasmi


Hari ini, 10 November 2010, berlangsung satu detik gemilang bagi Proton, dimana pelancaran rasmi kepada umum Proton Inspira telah berlangsung.

Pelancaran Proton Inspira baru yang berlangsung di Proton’s Centre of Excellence pagi tadi dihadiri ramai media dan tidak kurang juga penerima awal baki tempahan Proton Inspira baru ini.

Menurut pemerhatian, sememangnya tidak banyak perbezaan dari segi dalaman untuk Proton Inspira dan model asasnya iaitu Mitsubishi Lancer.

Namun, rupa luaran, terutamanya bahagian bumper hadapan mendapat perubahan ketara bagi membezakan kedua-dua model kereta tersebut.

Berikut merupakan senarai harga yang dikeluarkan ketika pelancaran rasmi ini.

Harga di Semenanjung Malaysia

  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999

Harga di Sabah dan Sarawak

  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999

Harga di Langkawi (Bebas Cukai)

  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999

p/s : Promosi harga diskaun mungkin boleh didapatkan bergantung kepada showroom yang anda pergi.

Selain itu, sebuah microsite rasmi untuk Proton Inspira turut dilancarkan, http://www.protoninspira.com/

Berikut merupakan Video pelancaran Proton Inspira,

Pelancaran Proton inspira Gambar Pelancaran Proton Inspira dan Harga RasmiPelancaran Proton inspira merah Gambar Pelancaran Proton Inspira dan Harga Rasmi

Sumber : Paultan

Posted in Automotive, NewsComments (3)

Tempat duduk percuma tiket RM0 promosi Air Asia!


Air Asia kembali lagi dengan promosi gila-gila! Kali ini promosi Harga Tempat Duduk RM0, atau dengan kata lain PERCUMA!

Promosi ini adalah berkesan keatas semua destinasi AirAsia sama ada dalam negara mahupun luar negara.

Jadi sesuai la bagi mereka-mereka yang bercadang nak melepaskan tekanan perasaan di bandar, mahupun mereka yang baru sahaja berkahwin, dan mahu berbulan madu.

Maklumat mengenai promosi ini adalah seperti berikut :

Tempoh tempahan : 9 November 2010 – 14 November 2010
Waktu perjalanan : 1 Julai 2011 – 10 November 2011

Setakat ini, NK dapati masih banyak lagi tempat duduk kosong yang ada dalam promosi gila-gila ini. Tapi kemungkinan besar kesemuanya habis dijual 2 atau 3 hari lagi.

Jadi apa tunggu lagi? Segera ke laman web AirAsia untuk buat tempahan!

Airasia promotion free seats Tempat duduk percuma tiket RM0 promosi Air Asia!

Posted in Promotion, Random, TravelComments (1)

Gambar Interior Proton Inspira Baru


Pelbagai gambar baru mengenai Proton Inspira telah dikeluarkan. Nampaknya gambar-gambar interior (dalaman), Proton Inspira yang dinantikan telah tiba.

Untuk spesifikasi sila rujuk kiriman sebelum ini.

Untuk senarai harga termasuk kiraan bayaran pinjaman, sila rujuk kiriman sebelum ini.

Amaran, kesemua gambar ini adalah dalam saiz resolusi yang besar.

Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik pada gambar tersebut.

Gambar Proton Inspira yang ditayangkan mungkin adalah Proton Inspira Premium 2.0.

New Proton Inspira Interior Picture/Images

Proton Inspira interior 1 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 2 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 3 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 4 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 5 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 6 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 7 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 8 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 9 1024x768 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 10 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 11 1024x768 Gambar Interior Proton Inspira Baru

Posted in Automotive, NewsComments (5)







Partly powered by CleverPlugins.com