Satu kajian mengenai kereta api ‘peluru’ berkelajuan tinggi yang akan menghubungkan Malaysia dan Singapura sedang dijalankan oleh kerajaan Malaysia.
Dan jikalau kajian ini membuktikan wujudnya keberkesanan tinggi, ianya berkemungkinan besar akan mula dibina bermula tahun hadapan.
Sebelum ini, YTL Corp pernah mencadangkan usul tersebut pada tahun 2006, namun projek tersebut dibatalkan oleh kerajaan Malaysia pada April tahun 2008.
Projek yang akan menelan belanja lebih RM8 bilion tersebut akan menyingkatkan masa perjalanan menggunakan tren yang ketika ini memakan masa lebih 7 jam dari Kuala Lumpur, kepada hanya 90 minit.
Kenyataan ini diberi oleh Menteri dalam Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Idris Jala.
Ketika ditanya mengenai projek ‘Mass Rail Transit’ (MRT) Lembah Klang pula, keputusan mengenai projek ini dari segi reka bentuk, laluan destinasi dan modus operandi akan diumumkan sebelum hujung tahun ini, setelah ditengahkan kepada Majlis Ekonomi dan Kabinet.
Fender Katsalidis, firma arkitek yang ibu pejabat nya terletak di Melbourne, Australia, telah memenangi tender untuk rekaan Menara Warisan Merdeka.
Menara Warisan Merdeka, akan menjadi menara kedua tertinggi didunia selepas menara Burj Khalifa di Dubai.
Malah, menara yang akan mempunyai ketinggian sebanyak 580 meter dan 100 tingkat ini, jauh lebih tinggi daripada Menara Berkembar Petronas yang mempunyai ketinggian 452 meter.
Pengarah Firma Fender Katsalidis, Karl Fender berkata, menara tersebut akan direka cipta seumpama bangunan kristal, ditambah nilai dengan reka bentuk ciri-ciri tradisi islamik.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan mengenai keputusan tender tersebut, dan sekiranya beliau dipilih semula dalam pilihanraya akan datang, projek pembinaan Menara Warisan Merdeka ini akan diteruskan.
Menurut Karl Fender, pembinaan menara ini perlu perancangan yang teramat rapi. Untuk pembinaan sebuah menara yang begitu menyerlah di Kuala Lumpur, ianya akan menjadi satu cabaran yang menarik.
Katanya lagi, mengapa kami dipilih adalah kami merupakan firma yang paling dekat dalam rantau ini, dan kami lebih faham mengenai situasi di rantau ini.
Wah, Namewee atau nama sebenar beliau Wee Meng Chee nampaknya mempunyai aplikasi sendiri dalam Apple iTunes untuk Apple iPhone.
Aplikasi tersebut yang boleh didapati dan dimuat turun dengan percuma tersebut turut boleh digunakan untuk Apple iPod Touch.
Aplikasi ini dihasilkan oleh sebuah syarikat digital The Octagonal Production, dan hasil karya penciptanya iaitu Hung Hing Wong.
Nampaknya aplikasi ini masih lagi baru didapati di iTunes, dimana tarikh keluarannya adalah 9 November 2010.
Berikut merupakan keterangan yang didapati pada Aplikasi ini.
Download this app to stream & listen to high quality Namewee 黄明志 music audios & videos. Visit Namewee’s facebook page to understand his latest status with this apps, all at your finger tips.
A real time chat room is embedded to allow listeners from around the world to share experience about Namewee music.
This is an unofficial Namewee’s app developed to pay tribute to Namewee, a young Malaysian music talent.
Walaupun Namewee ni merupakan artis yang penuh dengan kontroversi dan didakwa sebagai ‘racist’, namun tetap ada mereka yang sanggup untuk menghasilkan aplikasi sebegini khas untuk beliau.
Nampaknya Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak, berada dalam keadaan tidak sihat setelah beliau disahkan dijangkiti Demam Cacar.
Perkara tersebut disahkan oleh Doktor setelah sebelum itu beliau disahkan mempunyai tanda-tanda awal Chicken Pox.
Pejabat Perdana Menteri juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.
Turut dinyatakan adalah Datuk Seri Najib diminta untuk hanya berehat dirumah dan mengelakkan diri dari tempat awam. Beliau sebelum itu baru sahaja pulang dari Hanoi untuk ASEAN summit.
Sejurus dengan itu, Majlis Makan Malam bersama Perdana Menteri yang dianjurkan beliau pada 5 November 2010 (Jumaat) ini akan ditunda kepada tarikh yang akan diberitahu kemudian.
Laman Facebook Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, teruk dihina dan dimaki pada status nya yang terkini.
Status beliau tersebut yang berbunyi,
Looking forward to my meeting with Sultan Hassanal Bolkiah of Brunei Darussalam later for our 14th annual consultation.
Status itu kemudiannya menerima beribu komen yang berunsur kebencian tidak kurang juga yang cuba menangkis komen berunsur benci tersebut.
Antara komen-komen menghina dan memaki tersebut ialah,
Najib Pukimak : Kahkah… Mana jepon? Sdh pigi ngocok ke? Kahkah
Tuntaskan hasrat kau na dl
Najib Pukimak : SEMOGA MALAYSIA TERTIMPA BENCANA BESAR
Kahkah
dan banyak lagi komen hina yang tersiar pada ruang komen status tersebut.
Perbuatan memalukan ini dikatakan adalah perbuatan dari segelintir rakyat Indonesia di Facebook, namun ini masih tidak dapat dipastikan kerana mungkin ini cuma perbuatan orang dalam negara yang cuba menyemarakkan api kebencian.
Malah, turut dihina bukan sahaja Perdana Menteri kita, tetapi juga Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin!
Berikut merupakan imej gambar paparan Facebook tersebut.
Sambutan Hari Malaysia diadakan pada setiap tahun iaitu pada 16 September 2010. Dan pada tahun 2010 ini, ianya diumumkan sebagai cuti awam seluruh Malaysia.
Hari Malaysia diadakan kerana ianya menandakan suatu peristiwa yang amat bermakna bagi seluruh Malaysia kerana pada tarikh tersebutlah, Persekutuan Tanah Melayu, Kepulauan Borneo dan Singapura bergabung untuk membentuk sebuah gagasan Negara Malaysia.
Beberapa Fakta menarik mengenai tarikh 16 September (Hari Malaysia).
Tahukah Anda?
2010 merupakan tahun pertama 16 September menjadi Cuti Umum
16 September merupakan hari ulangtahun kelahiran Yang di-Pertua Sabah
16 September merupakan hari ulangtahun kelahiran Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew
Tarikh asal untuk pengisytiharan Hari Malaysia ialah 31 Ogos 1963 (Sempena Hari Kemerdekaan), namun ditunda atas sebab khas dari Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Dan sempena Sambutan Hari Malaysia ini juga, Syarikat Telco Digi telah melancarkan sebuah video viral yang amat menarik. Video ini telah disebarkan secara meluas di laman Facebook dan juga Laman Youtube.
Apa-apa pun, Selamat Menyambut Sambutan Hari Malaysia 16 September 2010, Salam 1Malaysia.
Wee Meng Chee, atau lebih dikenali di seluruh negara dengan panggilan Namewee, merupakan seorang Artis, Ahli Muzik dan juga Direktor Filem yang berasal dari Muar, Johor.
Beliau pernah menjadi punca berlakunya kekecohan seketika pada tahun 2007 mengenai lagu ciptaan beliau “Negarakuku” yang dipaparkan di laman YouTube. Lagu tersebut dikatakan menghina Negara Malaysia, Kerajaan Malaysia, dan juga Rakyat Malaysia.
Namun, beliau kemudiannya telah membuat pengumuman maaf secara terbuka.
Bekas pelajar dalam bidang Komunikasi massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan, ini juga pernah melancarkan album beliau yang berjudul “Namewee” pada 3 September 2007.
Pada tahun 2008, sejurus selepas kembali ke Tanah Air, Namewee telah dipanggil oleh Polis Diraja Malaysia untuk membuat siasatan mengenai video klip “Negarakuku” beliau.
Pada 23 September 2010, Namewee dimaklumkan polis bahawa kes tersebut telah ditutup, dan beliau mendakwa tiada tindakan akan diambil terhadap beliau. Namun, Polis Diraja Malaysia berkata kes tersebut masih dalam siasatan dibawah akta Hasutan dan Derhaka.
Antara lain perkara yang mendapat perhatian mengenai Namewee ialah, apabila beliau membuat sebuah video klip mengkritik dan mengutuk tenaga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB). Video klip yang dibuat pada Oktober 2009 memaparkan Namewee yang marah dengan masalah ‘blackout’ di seluruh Muar, cuba mendapat penjelasan di Ibu Pejabat TNB Daerah, namun dihalau pulang oleh petugas di sana.
15 Minit sebelum tepat 31 Ogos 2010, Namewee atau nama sebenar beliau Wee Meng Chee telah diminta oleh polis yang datang ke rumah beliau di Muar, untuk memberi keteringan mengenai video kilp sensitif beliau.
Namun, keterangan itu kemudiannya diminta untuk dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur pada esok harinya.
Namewee yang kemudiannya tiba di Balai Polis tersebut 9.15pm semalam dikerumuni oleh ramai wartawan dan jurukamera dari pelbagai pihak Media.
Beliau dilihat hadir diiringi dengan peguam beliau.
Keterangan untuk polis yang mengambil masa sehingga jam 12.25am itu dilaporkan berjalan lancar oleh kerana kerjasama baik yang diberi oleh Artis Rapper ini.
Berikut merupakan antara kata-kata Namewee selepas memberi Keterangan kepada Polis,
My name is NAMEWEE, is a Film Director, an artist, and a musician.
And it doesnt mean when i see something wrong in my country,i keep quite,because i am a MALAYSIAN , So i anti rasicm,i support 1MALAYSIA , that’s why i am here to cooperate with the police officer.
And i believe the police will support me anti racism and i believe my country will support me Anti Rasicm.
And yes i love my country. Ok thank you bye.
I am MENTALLY very healthy and i not going to suicide ok. I am no injured in my body, ok.
I explain everything, and i believe everything is ok now.
Isu mengenai pengetua “racist”, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra Kulai Jaya, Johor, Siti Inshah Mansor, yang mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan perkauman setakat ini masih belum selesai.
Pengetua tersebut, yang dikatakan sehingga kini memiliki lebih dari 30 aduan laporan polis terhadap kenyataan beliau, sehingga kini masih diarahkan bercuti oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri.
Menurut saksi, Pengetua tersebut, Siti Inshah mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat Cina dan India hanyalah penumpang dalam konsep 1Malaysia yang dialungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Malah beliau turut memberikan analogi berikut;
“Saya bawa kereta Proton Saga, Ah Chong dan Muthu menumpang dalam kereta saya. Kami sama-sama menuju ke satu destinasi tetapi itu tidak menjadikan Ah Chong dan Muthu memiliki kereta Proton Saga tersebut kerana saya tetap pemandu.”
Siti Inshah Mansor merupakan salah seorang penerima anugerah pengetua cemerlang negeri Johor, dan beliau baru sahaja berpindah ke sekolah berkenaan.
Turut menjadi dakwaan ialah dimana beliau mengeluarkan kenyataan yang teramat memalukan dan berunsurkan perkauman dimana beliau berkata pelajar Cina tidak diperlukan di sini (Malaysia) dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang yang dipakai penganut agama Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing dan amat menjijikkan.
Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi mengkaji mengenai kes ini.
Sebuah video klip khas turut dihasilkan oleh “rapper” penuh kontroversi yang pernah didakwa kerana menghina lagu kebangsaan, Namewee.
Namewee atau nama sebenar beliau, Wee Meng Chee, telah menghasilkan sebuah video klip lagu yang menghina tindakan Siti Inshah Mansor yang dikatakan keterlaluan dan beliau sangat menentang kenyataan perkauman pengetua “racist” tersebut.
Video klip tersebut berjudul “Nah!! Sucks Banana” <– (Amaran, lirik sangat sensitif)
Recent Comments