Tag Archive | "Picture"

Lapangan Terbang Sendai, Jepun – Sebelum dan selepas Tsunami


Sedih melihat keadaan di Jepun yang ditimpa bencana alam. Apa kata sama-sama lihat pada gambar Lapangan Terbang Sendai, Jepun – Sebelum dan selepas Tsunami.

Gempa bumi yang melanda Jepun berukuran 8.9 pada skala Richter, merupakan antara bencana alam yang paling teruk dalam sejarah.

Lapangan Terbang Sendai, yang berada di daerah Miyagi, Jepun, terletak pada lokasi yang teramat dekat dengan sumber gempa bumi yang melanda Jepun. Malah boleh dikatakan sebagai daratan terdekat dengan sumber gempa bumi tersebut.

Ianya juga dikatakan sebagai kawasan paling teruk terjejas akibat Tsunami, hasil dari gempa bumi yang berlaku.

Saksikan gambar Lapangan Terbang Sendai sebelum dilanda tragedi ini.

sendai airport 1 Lapangan Terbang Sendai, Jepun   Sebelum dan selepas Tsunamisendai airport 2 Lapangan Terbang Sendai, Jepun   Sebelum dan selepas Tsunamisendai airport 3 Lapangan Terbang Sendai, Jepun   Sebelum dan selepas Tsunamisendai airport 4 Lapangan Terbang Sendai, Jepun   Sebelum dan selepas Tsunami

Selepas berlakunya Gempa Bumi dan Tsunami.

sendai airport after tsunami 1 Lapangan Terbang Sendai, Jepun   Sebelum dan selepas Tsunamisendai airport after tsunami 2 Lapangan Terbang Sendai, Jepun   Sebelum dan selepas Tsunamisendai airport after tsunami 3 1024x619 Lapangan Terbang Sendai, Jepun   Sebelum dan selepas Tsunami

Sendai Airport, Japan, Before and After Earthquake + Tsunami

Posted in News, WorldComments (8)

Justin Bieber gunting rambut?! Gambar baru terkini


Justin Bieber pendekkan rambut? Justin Bieber gunting rambut? Fesyen rambut terkini Justin Bieber? Jangan terkejut, ini sememangnya perkara yang benar berlaku!

Pada mulanya, Justin Bieber telah menyatakan sesuatu seumpama memberi petunjuk mengenai perkara tersebut melalui Twitter beliau.

“Thinking about getting a haircut….hmmmmmm.”

Nampaknya tiada lagi trademark Justin Bieber yang sebelum ini sangat terkenal dengan fesyen rambutnya yang menjadi kegilaan ramai anak gadis.

Justin Bieber kemudiannya keluar bertemu peminat malam tadi dengan fesyen rambutnya yang terkini.

Hmm, ini sebab teman wanita beliau Selena Gomez suruh potong ke agaknya?

Apa-apa pun, ini bermakna Konsert Justin Bieber Live in Kuala Lumpur nanti Justin Bieber akan buat pertunjukan dengan gaya rambut terbaru beliau!

Berikut merupakan gambar gaya rambut baru Justin Bieber.

Shocking picture of Justin Bieber new Haircut!

justin bieber hair Justin Bieber gunting rambut?! Gambar baru terkinirambut baru justin bieber Justin Bieber gunting rambut?! Gambar baru terkinirambut justin bieber baru Justin Bieber gunting rambut?! Gambar baru terkini

Sumber : TMZ

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (4)

Gambar Pelancaran Proton Inspira dan Harga Rasmi


Hari ini, 10 November 2010, berlangsung satu detik gemilang bagi Proton, dimana pelancaran rasmi kepada umum Proton Inspira telah berlangsung.

Pelancaran Proton Inspira baru yang berlangsung di Proton’s Centre of Excellence pagi tadi dihadiri ramai media dan tidak kurang juga penerima awal baki tempahan Proton Inspira baru ini.

Menurut pemerhatian, sememangnya tidak banyak perbezaan dari segi dalaman untuk Proton Inspira dan model asasnya iaitu Mitsubishi Lancer.

Namun, rupa luaran, terutamanya bahagian bumper hadapan mendapat perubahan ketara bagi membezakan kedua-dua model kereta tersebut.

Berikut merupakan senarai harga yang dikeluarkan ketika pelancaran rasmi ini.

Harga di Semenanjung Malaysia

  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999

Harga di Sabah dan Sarawak

  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999

Harga di Langkawi (Bebas Cukai)

  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999

p/s : Promosi harga diskaun mungkin boleh didapatkan bergantung kepada showroom yang anda pergi.

Selain itu, sebuah microsite rasmi untuk Proton Inspira turut dilancarkan, http://www.protoninspira.com/

Berikut merupakan Video pelancaran Proton Inspira,

Pelancaran Proton inspira Gambar Pelancaran Proton Inspira dan Harga RasmiPelancaran Proton inspira merah Gambar Pelancaran Proton Inspira dan Harga Rasmi

Sumber : Paultan

Posted in Automotive, NewsComments (3)

Gambar Interior Proton Inspira Baru


Pelbagai gambar baru mengenai Proton Inspira telah dikeluarkan. Nampaknya gambar-gambar interior (dalaman), Proton Inspira yang dinantikan telah tiba.

Untuk spesifikasi sila rujuk kiriman sebelum ini.

Untuk senarai harga termasuk kiraan bayaran pinjaman, sila rujuk kiriman sebelum ini.

Amaran, kesemua gambar ini adalah dalam saiz resolusi yang besar.

Untuk paparan yang lebih jelas, sila klik pada gambar tersebut.

Gambar Proton Inspira yang ditayangkan mungkin adalah Proton Inspira Premium 2.0.

New Proton Inspira Interior Picture/Images

Proton Inspira interior 1 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 2 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 3 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 4 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 5 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 6 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 7 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 8 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 9 1024x768 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 10 1024x682 Gambar Interior Proton Inspira BaruProton Inspira interior 11 1024x768 Gambar Interior Proton Inspira Baru

Posted in Automotive, NewsComments (5)

Senarai Harga Proton Inspira Baru


Setelah dilancarkan minggu lepas, Proton Inspira telah boleh mula ditempah di mana-mana bilik pameran Proton Edar, malah ada jurujual yang sudah banyak mendapat jualan.

Proton Inspira didatangkan dengan 3 ‘trim-level’ iaitu, 1.8 Executive Manual, 1.8 Executive CVT, dan 2.0 Premium CVT. Setakat ini masih belum ada maklumat mengenai 2.0 Manual.

Proton Inspira akan dilengkapi dengan sistem keselamatan yang canggih, dilengkapi dengan ABS, EBD dan juga Airbag. Malah bagi mereka yang sukakan teknologi pada kereta, Proton Inspira turut mempunyai fungsi Auto Cruise bagi model Premium.

Mungkin akan menjadi masalah untuk Proton mengenai jualan Proton Inspira ini ialah kadar bunga pinjaman minima (Minimum interest rate) yang dikenakan oleh bank tempatan.

Kadar bunga pinjaman untuk kenderaan tempatan adalah sangat tinggi berbanding kenderaan import!

Untuk pinjam 5 tahun, kadar 3.65% setahun dikenakan, 7 tahun, kadar 3.90% setahun dikenakan, dan untuk 9 tahun, kadar 4.00% setahun dikenakan!

Apa bila dikira, pembeli perlu menambah 1/3 harga asal kereta untuk bayaran pinjaman sehingga 9 tahun.

Senarai Harga Proton Inspira Baru


senarai harga proton inspira Senarai Harga Proton Inspira Baru

senarai harga proton inspira sabah serawak Senarai Harga Proton Inspira Baru

Untuk Sabah/Sarawak - Semenanjung kurang RM2,500

Posted in Automotive, NewsComments (0)

Gambar Test Drive Proton Inspira (P3-90A) baru


Gambar rasmi Test Drive Proton Inspira dari Proton Berhad. Gambar Proton Inspira kelihatan dibaluti sebahagaian dari badannya.

Menurut sumber, Model baru Proton Inspira ini sudah boleh mula ditempah mulai esok (14 Oktober 2010) di beberapa cawangan rangkaian Proton Edar dengan bayaran pendahuluan RM1,000.

Namun, mengenai pelancaran tarikh rasmi Model Proton Inspira ini ke pasaran adalah pada 10 November 2010.

Berdasarkan maklumat, Proton Inspira ini turut akan diberikan ekstra tambahan dengan pengubahsuaian pengendalian dan suspension khas dari jenama supercar terkemuka Lotus.

Saksikan gambar Test Drive Proton Inspira baru ini, namun, tiada gambar interior atau dalaman kereta yang dapat disiarkan.

Mungkin akan datang boleh buat review untuk Test Drive pula kan?,

Untuk makluman, gambar tersebut adalah telah dihadkan oleh Proton mengenai pengedarannya.

proton inspira 1 Gambar Test Drive Proton Inspira (P3 90A) baruproton inspira 2 Gambar Test Drive Proton Inspira (P3 90A) baruproton inspira 3 Gambar Test Drive Proton Inspira (P3 90A) baruproton inspira 4 Gambar Test Drive Proton Inspira (P3 90A) baruproton inspira 6 Gambar Test Drive Proton Inspira (P3 90A) baruproton inspira 5 Gambar Test Drive Proton Inspira (P3 90A) baru

Posted in Automotive, MalaysiaComments (9)

Apple iPhone 5 terbaru!


Belum sampai sebulan Apple iPhone 4 dilancarkan di Malaysia, Kini sibuk pula dengan ura-ura mengenai Apple iPhone 5!

Apple iPhone 5 ini dikatakan akan mengalami perubahan sepenuhnya berbanding iPhone 4, dan turut akan diberikan teknologi baru.

Menurut Philip Thomas, Vice President Imaginary Technology Apple, iPhone 5 ini akan tidak dapat dilihat secara nyata, dengan erti lain, ianya akan Lutsinar!

Pelik kan? Mungkin antara anda sudah tahu mengenai video spoof tentang Apple iPhone 5 ini. Video ini nampaknya dibuat semata-mata untuk menunjukkan betapa besar perubahan yang mungkin akan dibawa oleh Apple untuk model iPhone yang akan datang.

Hehe, apa-apa pun, saksikan video spoof dari BiteTV ini.

iphone 5 logo Apple iPhone 5 terbaru!

Posted in LOL, Technology, VideoComments (4)

Casing Keyboard untuk Apple iPhone 4


Berminat dengan iPhone 4 tapi anda tak minat touchscreen? lebih suka dengan penggunan keyboard seperti smartphone biasa? Jangan risau, ada penyelesaian untuk itu~

Casing untuk iPhone yang dilengkapi keyboard ini merupakan model TK-421.

Keyboard ini boleh disorokkan ke bahagian bawah iPhone apabila tidak digunakan, dan kemudiannya dikeluarkan apabila anda ingin menaip.

Yang menarik, Casing Keyboard ini tidak menggunakan sebarang sambungan kabel, sebaliknya menggunakan Bluetooth untuk berhubung!

Keyboard ini boleh digunakan untuk semua aplikasi iPhone, contohnya Email, Safari, Notes, malah fungsi terbaiknya adalah untuk menaip SMS dan Chatting.

Hmm, menarik kan? tapi kemungkinan juga akan jadi kekurangan apabila dah ada keyboard ni, contohnya, anda akan lebih kerap ber-SMS, kredit anda anda akan cepat hilang dengan SMS. icon razz Casing Keyboard untuk Apple iPhone 4

Bluetooth menggunakan bateri yang agak banyak, jadi mungkin juga bateri iPhone 4 anda akan lebih cepat habis dan perlu lebih kerap dicas.

Harga? Harga casing menarik ni cuma $49.99! (RM150-160)

Apa-apa pun, ini merupakan usaha yang menarik!

Dapatkan maklumat lanjut disini http://www.thinkgeek.com/gadgets/cellphone/e66e

iphone 4 Casing Keyboard untuk Apple iPhone 4iphone 4 keyboard Casing Keyboard untuk Apple iPhone 4

Posted in TechnologyComments (3)

Jasmine Villegas dan Justin Bieber?


Siapa yang tak kenal dengan Justin Bieber kan? Artis muda yang amat terkenal dengan lagu Hit Single beliau iaitu ‘Baby’.

Tapi kenalkah anda dengan gadis yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Justin Bieber, Jasmine Villegas?

Jasmine V. , atau nama sebenar beliau Jasmine Marie Villegas merupakan seorang lagi artis muda yang dipaparkan sebagai teman wanita Justin Bieber didalam video klip muzik lagu Baby.

Terbaru, gambar skandal Justin Bieber dengan Jasmine Villegas telah tersebar luas di internet dimana gambar tersebut memaparkan Justin Bieber dan Jasmine Villegas sedang bercium dan berpeluk didalam sebuah kereta Honda.

Adakah ini bermakna Girlfriend atau Teman Wanita Justin Bieber ialah Jasmine Villegas???

Boleh tahan juga ye, Jasmine Villegas = JV, Justin Bieber = JB, jadi “JV and JB”???

Macam-macam Justin Bieber ni, sebelum ni pernah jugak dikaitkan dengan Artis Wanita seksi dan cantik lain contohnya seperti Kim Kardashian. Ish ish ish,

Habis la, lepas ni Jasmine Villegas pun akan kena ugutan bunuh dari peminat Justin Bieber yang terkena BieberFever ni.

Jasmine Villegas gambar Jasmine Villegas dan Justin Bieber?

Posted in Celebrity, WorldComments (10)

Harga Pakej dan Plan Apple iPhone 4 dari DiGi


Jumaat yang lalu, 24 September 2010, DiGi telah melancarkan pakej dan plan untuk pembelian produk terbaru mereka dari Apple iPhone 4.

Sekali imbas, sekali pandang, kelihatan seperti Harga yang ditawarkan untuk pembelian Apple iPhone 4 dari DiGi jauh lebih murah berbanding apa yang ditawarkan oleh Maxis.

Yang menarik, buat masa singkat ini, anda dapat mendaftar plan panggilan dan data dari DiGi khas untuk Apple iPhone 4 dengan harga serendah hanya RM58 sebulan!

Malah, untuk pakej paling murah iaitu RM58 sebulan selama 2 tahun, anda boleh dapatkan Apple iPhone 4 32GB dengan harga cuma RM2,490 dan  Apple iPhone 4 16GB cuma RM2,090! RM200 lebih murah berbanding harga pasaran yang dicadangkan oleh Apple!

Tapi bukan itu sahaja, jikalau anda memilih pilihan diatas bermakna anda memilih untuk membayar secarai tunai atau kad kredit, yang menariknya, DiGi turut menawarkan pembelian melalui bayaran ansuran atau easy payment!

Sudah pasti, bayaran easy payment ini akan menarik lebih ramai pembeli dengan bayaran bulanan yang serendah RM102.16 sebulan!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk Harga Plan dan pakej dibawah, atau layari laman web DiGi.

option 1 payment iphone 4 digi Harga Pakej dan Plan Apple iPhone 4 dari DiGi

Click image to view larger

option 2 payment iphone 4 digi Harga Pakej dan Plan Apple iPhone 4 dari DiGi

Click image to view larger

digi maxis iphone 4 plan price Harga Pakej dan Plan Apple iPhone 4 dari DiGi

Posted in Malaysia, TechnologyComments (2)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com