Tag Archive | "Polis"

Senjata ganas rusuhan, telefon bimbit Nokia?


Kalau di Indonesia, polis yang mengawal rusuhan paling takut dengan senjata perusuh yang satu ni, telefon bimbit Nokia! Dibaling boleh membahayakan nyawa tu!

perusuh nokia di jakarta Senjata ganas rusuhan, telefon bimbit Nokia?

INDONESIA: A protester aims a nokia at riot police in Jakarta yesterday during the latest in a week-long string of protests across the country against plans to raise fuel prices by more than 30 per cent.

Amboi, ganas betul perusuh kat Jakarta ni, boleh meletup agaknya Nokia 3310 tu kalau dibaling!

p/s: nasib baik la rusuhan kat Malaysia ni perusuh tak serang guna Nokia kan? icon razz Senjata ganas rusuhan, telefon bimbit Nokia?

Posted in News, WorldComments (0)

Syarifah Noor Azmiera Syed Daud, remaja dari Temerloh hilang


Syarifah Noor Azmiera Syed Daud, remaja perempuan yang berasal dari Temerloh ini hilang. Diharap orang ramai yang ada sebarang maklumat untuk membantu.

SYARIFAH NOOR AZMIERA SYED DAUD Syarifah Noor Azmiera Syed Daud, remaja dari Temerloh hilang

Mohon Bantuan Sahabat2 yg ternampak Adik sahabat CMK ni, Nama SYARIFAH NOOR AZMIERA SYED DAUD dari Temerloh yg kini sudah hampir dua minggu hilang. Laporan polis dan bantuan pihak berkaitan sudah diperolehi namun beliau masih gagal dijumpai. So, mana2 pihak yg terjumpa atau nampak kelibat beliau bolehlah hubungi kakaknya IDA (017-9736930) atau hubungi CMK 012-3854400. Mohon sebarkan ..

Sumber: Cmk Cucumatkilauhttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=439052632787025&set=a.114400355252256.15918.100000468768277&type=1&ref=nf

Remaja perempuan ini sudah lebih dua minggu dipercayai hilang dari rumah, dan ada pula yang mengesyaki bukan hilang kerana diculik, tapi khuatir jika gadis remaja ini sebenarnya lari dari rumah.

Apa-apa pun, diharap adik Syarifah berjaya ditemui atau pulang ke rumah dengan selamat dan dalam keadaan sihat.

Posted in Culik, JenayahComments (0)

Video Polis Malaysia biadap dengan pelancong


Jom tengok ni, satu video memalukan mula tersebar dimana pelancong luar dikatakan disoal di-’serang’ dengan Polis Malaysia secara tidak berhemah didalam bas.

Eh, garangnya polis ni? Sampai menjerit-jerit ketika bersoal.

Video yang dikirim ini kelihatan agak tidak jelas apabila cuma sedikit bahagian yang ditayangkan, dan tidak pasti dan jelas apa punca berlakunya pertelingkahan ini.

Dalam erti kata lain, pelancong ini juga silap kerana tidak membawa passport dirinya ketika berjalan-jalan di kawasan awam, kerana itu adalah satu kewajipan bagi sesiapa sahaja yang melancong di Malaysia.

Dan juga polis ini tidak sepatutnya meninggikan suara, kerana bukanlah adab sebenar rakyat Malaysia apabila bertindak kurang-ajar terhadap tetamu negara kita.

Apa pendapat anda?

Posted in Random, YouTubeComments (2)

Polis tendang remaja sehingga cedera jatuh motosikal


Kejadian yang berlaku di Tangkak, Johor, ini amat mengejutkan apabila seorang anggota polis didakwa menendang remaja sehingga jatuh motosikal dan cedera teruk!

polis pukul penunggang motorsikal Polis tendang remaja sehingga cedera jatuh motosikal

就是这位警察!!
帮忙·(因为我弟没带帽,他直接踢我弟的摩哆。开罚单也就算了!为什么要对我14岁的弟弟做出如此的行为?!
害到我弟昏迷、颈项积血、颈项扭到吊着、头撞伤流血、耳朵出血、缝针!还有全身都有一些伤口。
结果这位警察还狡辩说我弟要撞他,他才踢我弟。幸好有3位好心人当目击证人!很感谢你们的相助。。
我们现在已经请了律师来搞这位警察!就连吴慈慈YB都说这位警察留在东甲就是祸害!因为他不只对我弟这样,曾经也犯了多次这种类似的案例。
也希望大家能在此对他的行为发表我们(东甲的这位警察!!)也把这share出去!谢谢。。

Translation : The policeman kicked a fourteen-year-old boy (without helmet) off his bike. The boy sustained injuries in many parts of the body. The policeman claimed the boy tried to ram him. Luckily there were three person who witnessed the whole incident. Police report has been made against the policeman. Turned out this policemen already got few records of similar complaint. This incident happened at Tangkak, Johor.

Dahsyat! Anggota polis ni didakwa menendang seorang remaja dari motosikalnya setelah remaja itu cuba melarikan diri dari ditahan. Remaja itu dikatakan cuba merempuh anggota polis itu sebelum itu.

Remaja 14 tahun ini mengalami kecederaan teruk pada badannya. Yang mengejutkan, anggota polis itu dikatakan sudah mempunyai beberapa rekod dan amaran yang hampir sama.

p/s : hmm, tak pasti nak salahkan siapa, remaja itu sebab dia tak berhenti ke, atau polis itu yang bertindak melampau?

Sumber : Facebook

Posted in Malaysia, NewsComments (0)

Hebahan Polis mengenai kenderaan Penjenayah, sebarkan!


Ketua Polis Balai Polis Beranang, Sayed Hashim Sayed Ahmad, mengeluarkan satu hebahan kepada orang awam untuk membantu mengesan kenderaan penjenayah, jom tengok!

polis kenderaan penjenayah Hebahan Polis mengenai kenderaan Penjenayah, sebarkan!

Maklumat mengenai suspek penjenayah :

  1. 4 orang Lelaki India, tinggi 175cm.
  2. Mempunyai tatu di lengan dan leher.
  3. Ford Ranger (Kuning) : BHN 336/BFN 366
  4. Waja (Silver) : WVM 2646, WLT 473, WLT 478, WLT 486
  5. Wira (Biru) : WKW 3018
  6. Perodua Myvi (Hitam) : No. Tidak Pasti
  7. Semua kenderaan bercermin gelap.

Minta jasa baik, barang siapa yang mempunyai maklumat, sila hubungi pihak polis, atau anda boleh terus hubungi Balai Polis Beranang di talian : 03 – 8766 7222.

Sebarkan pada rakan-rakan anda, mari bersama banterasi jenayah!

 

Posted in RandomComments (0)

Pos Malaysia beri amaran ‘Scam’ penipuan identiti


Pos Malaysia mengeluarkan kenyataan di laman webnya mengenai ’Scam’ penipuan identiti yang dilaporkan oleh beberapa penggunanya. Dapatkan berita lanjut dalam artikel ini.

BEWARE OF SCAM!

Dear valued customers,

Pos Malaysia have received several inquiries from our customers informing us that certain irresponsible individuals have been calling and leaving voice messages, purportedly from Pos Malaysia, requesting for their personal details in order to facilitate the delivery of their document including the document that was allegedly sent from the High Court.

We wish to inform our customers that Pos Malaysia or any of its subsidiaries do not solicit and/or request such information from customers through the telephone or other means of communication. We would also like to highlight that Pos Malaysia or any of its subsidiaries have not authorized any third party to request such information on behalf of Pos Malaysia.

Please do not to respond to the call and/or voice messages and be alert towards any suspicious calls requesting for such details. If you received such call, please contact our Customer Care at 1-300-300-300 for verification and those who have fallen victim to the scam are advised to lodge a police report.

We thank you for your kind attention and cooperation.

DISCLAIMER :
Pos Malaysia shall not be responsible and liable for any conclusion, loss or damage of any nature whatsoever suffered or may be suffered by any members of the public arising from or as a result of reliance or usage of any information provided in responding to the phone calls and/or voice messages which are not authorized by Pos Malaysia.

Sumber : http://www.pos.com.my/pos/Files/upload/pdf/beware_scam.pdf

pos malaysia scam Pos Malaysia beri amaran Scam penipuan identiti

Dalam kenyataan yang dikeluarkan itu, Pos Malaysia memaklumkan kesemua pelanggan dan pengguna perkhidmatan Pos Malaysia, perlu berhati-hati dengan panggilan telefon yang kononnya cuba menyamar sebagai perkhidmatan pelanggan dari Pos Malaysia, dan cuba menipu pelanggan bagi mendapatkan butiran dan maklumat peribadi.

Pos Malaysia dengan jelas memaklumkan ia tidak mendapatkan khidmat mana-mana pihak ataupun orang ketiga bagi wakil pihak Pos Malaysia untuk mendapatkan maklumat peribadi dari orang awam.

Jika anda mendapat sebarang maklumat, atau telah menjadi mangsa cubaan penipuan ini, sila laporkan kepada pihak polis, dan hubungi talian khidmat pelanggan Pos Malaysia di 1-300-300-300 untuk mendapatkan pengesahan.

Sampaikan kepada rakan-rakan dan kenalan anda, semoga ramai dapat mengelakkan diri dari tertipu dengan panggilan palsu ini!

Posted in Random, ScamComments (0)

Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikan


Menampilkan diri dengan budaya luar adalah HARAM di Aceh, Indonesia. Konsert PUNK diserbu dan remaja PUNK dibotakkan serta ‘dibasuh’ pihak polis.

59 remaja lelaki, dan 6 remaja perempuan ditahan pihak berkuasa Aceh, ketika sedang menyertai sebuah konsert muzik PUNK yang diadakan di Banda Aceh. Ramai diantara remaja tersebut berasal dari luar Aceh dan datang kesana semata-mata untuk ke konsert itu.

Dikatakan juga, motif konsert itu adalah sebenarnya untuk mengumpul dana untuk di disampaikan kepada rumah anak yatim.

punk rock aceh 1 Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikan

Mereka ini kemudiannya ‘dibersihkan’ oleh pihak berkenaan dengan ditanggalkan segala aksesori dan perhiasan seperti rantai, gelang tangan, rantai leher dan kemudiannya dibotakkan beramai-ramai.

Mereka ini kemudiannya dihumban kedalam sungai beramai-ramai untuk dimandikan dan dibersihkan kononnya sebagai upacara men-suci-kan semula perangai mereka itu yang terlalu menjijikkan dengan amalan Punk Rock.

punk rock aceh 2 Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikanpunk rock aceh 6 Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikanpunk rock aceh 3 Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikanpunk rock aceh 5 Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikan

Mereka ini kemudiannya diberikan pakaian baru yang jauh dari pengaruh Punk itu.

Kemudian, mereka ini akan di’sekolahkan’ semula oleh pihak berkuasa, dimasukkan ke sekolah polis untuk dididik semula dengan ajaran yang benar dan berdasarkan Islam.

Sepanjang 10 hari dalam ‘tahanan sekolah’ itu mereka akan dididik dari segi mental dan spiritual. Diajar dengan nilai-nilai murni Islamik, dan juga diajar untuk bersolat.

Hanya selepas 10 hari itu sahaja mereka akan dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

punk rock aceh 4 Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikanpunk rock aceh 7 Remaja PUNK Rock Aceh dibotakkan, dimandikan

Amboi, bukan main ketat lagi undang-undang pihak berkuasa di Aceh. Untuk makluman, pentadbiran di Aceh adalah berlainan dengan wilayah lain di Indonesia atas desakan pemimpin Islam Aceh ketika pergolakan pada tahun 2005 di wilayah itu.

p/s : budak-budak Punk Rock Aceh ni ada nampak gaya macam budak-budak dalam fanpage Anti-Pavillion Kids tu je. Sama tak?

Kredit gambar : Associated Press

Posted in News, WorldComments (0)

PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!


NAZA World tempohari menganjurkan satu majlis penyerahan 3 biji kereta polis baru, Chevrolet, kepada PDRM sebagai inisiatif baru pemodenan PDRM. Jom tengok!

Majlis penyerahan dan penerimaan 3 biji model kenderaan polis berjenama Chevrolet ini diadakan di Kementerian Dalam Negeri (KDN), Putrajaya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Dalam Negeri Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, dan Pengerusi NAZA Group, SM Faisal Nasimuddin.

3 biji model kenderaan polis itu adalah terdiri dari 2 biji Chevrolet Captiva (Warna putih dan warna hitam), dan sebiji Chevrolet Cruze. Kedua-dua kenderaan dilengkapi dengan peralatan yang akan digunakan bagi anggota polis

Sebelum ini, PDRM juga pernah bercadang untuk menaiktaraf kereta perondanya dengan memperbanyakkan kenderaan pelbagai guna SUV. Dengan munculnya Chevrolet Captiva SUV ini, PDRM sedikit sebanyak akan menambahkan lagi kereta perondanya.

Jom tengok gambar kenderaan Chevrolet Polis Di-Raja Malaysia yang dinanti-nantikan!

chevrolet polis pdrm baru 1 PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!chevrolet polis pdrm baru 2 PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!chevrolet polis pdrm baru 3 PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!chevrolet polis pdrm baru 4 PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!chevrolet polis pdrm baru 5 PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!chevrolet polis pdrm baru 6 PDRM terima 3 kereta polis canggih Chevrolet baru!

Tahniah NAZA World atas satu usaha yang murni, semoga kenderaan baru yang dibekalkan ini akan memberi manfaat besar kepada PDRM.

Sumber : @SMFaisal10

 

Posted in Automotive, Malaysia, NewsComments (0)

Kedai runcit dirompak Mat Rempit di siang hari!


Kurang ajar Mat Rempit! Siang hari terang benderang pun cuba rompak kedai, kali ni kejadian dirakam oleh CCTV lagi, saksikan video dalam entri ini.

Kejadian ini berdasarkan maklumat berlaku di Cheras, sebuah kedai runcit di rompak Mat Rempit yang menggunakan senjata parang, dan berjaya melarikan diri.

Pemilik kedai dilihat cedera diserang 2 orang Mat Rempit yang memakai topi keledar serta cermin mata itu. Penyamaran Mat Rempit itu menyukarkan pihak polis untuk mengesan pesalah laku sebenar.

Berdasarkan video CCTV itu, kejadian berlaku pada 26 Oktober 2011, pada jam lebih kurang 1 Tengahari.

Melampau gila Mat Rempit sekarang ni! Menyusahkan orang awam je!

Posted in RandomComments (0)

200 Mat Rempit sertai demonstrasi di Pulau Pinang


200 Mat Rempit sertai demonstrasi di Pulau Pinang ditahan pihak Polis dengan protes dan permintaan untuk sebuah trak litar lumba dibina khusus untuk mereka.

Bukan sahaja itu, ‘pesta’ membuat sekatan jalan raya sesuka hati, dan menyesakkan jalan raya itu turut mempunyai tujuan lain iaitu membuat bantahan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atas dakwaan rasis.

Ada antara mat-mat rempit yang membuat protes itu memakai baju t-shirt yang mempunyai slogan, ‘Selamatkan Pulau Pinang, Lim Guan Eng Rasis!’

Teruskan dengan gambar-gambar insiden tersebut,

rempit pulau pinang 1 200 Mat Rempit sertai demonstrasi di Pulau Pinangrempit pulau pinang 2 200 Mat Rempit sertai demonstrasi di Pulau Pinangrempit pulau pinang 3 200 Mat Rempit sertai demonstrasi di Pulau Pinangrempit pulau pinang 4 200 Mat Rempit sertai demonstrasi di Pulau Pinangrempit pulau pinang 5 200 Mat Rempit sertai demonstrasi di Pulau Pinangrempit pulau pinang 6 200 Mat Rempit sertai demonstrasi di Pulau Pinangrempit pulau pinang 7 200 Mat Rempit sertai demonstrasi di Pulau Pinang

Kejadian itu yang berlaku di tengah kota Pulau Pinang, menjadi punca kepada kesesakan lalu lintas melebihi tempoh 2 jam lamanya. Pihak polis yang cuba menyuraikan keadaan lebih awal pada itu tidak diambil endah oleh mat-mat rempit itu.

Ada antara mat rempit itu yang bertidak samseng dengan cuba melanggar anggota polis yang bertugas. Akhirnya pihak polis Pulau Pinang terpaksa mengerahkan lebih ramai anggota untuk membuat penahanan terhadap mereka. Beberapa mat rempit berjaya melarikan diri.

Yang menjadi persoalannya, apakah relevan memakai baju mendakwa Lim Guan Eng rasis, walhal permintaan sebenar mereka adalah untuk diwujudkan litar lumba? Persoalan kedua, nampak bersungguh-sungguh betul mat-mat rempit ni sampai sempat reka dan cipta baju untuk tujuan khas ni? Banyak duit, atau dapat tajaan pihak luar?

Amboi litar lumba khas untuk mat rempit melepak, kalau litar ni tidak dikawal dan dijaga, alamatnya mungkin makin banyak remaja bawah umur memandu motorsikal secara haram, ataupun bertambah kes buang bayi, mungkin tak?

Posted in Malaysia, NewsComments (0)







Partly powered by CleverPlugins.com