Tag Archive | "Polis"

Ketahui Hak Anda dan Kuasa Polis, pesanan SUARAM


Anda tahu apa nak dibuat ketika ditahan polis? Risau kepada batasan hak anda dan had kuasa polis? Saksikan video ringkas pesanan ikhlas dari SUARAM ini.

Apakah hak anda apabila ditahan polis? Apakah maklumat yang boleh anda berikan kepada pihak polis? Tontoni video pendidikan ini untuk lebih memahami hak anda apabila disoal siat apabila anda ditahan oleh pihak polis.

When the police stops you, do you know your rights? What are the information you can give to the police? Watch this educational video to understand what exactly are your rights when you are being arrested by the police.

Producer/Penerbit: SUARAM, Pusat KOMAS, Rumah Anak Teater, Amnesty International (Malaysia) dan LLG Cultural & Developtment Centre. http://youtu.be/iExMSubmOiw

Kalau anda nak tahu, SUARAM ini bermaksud Suara Rakyat Malaysia, iaitu sebuah organisasi awam yang selama ini memainkan peranan besar untuk melupuskan Internal Security Act (ISA).

Wah, tak sangka bukan? Rupa-rupanya bukan senang kalau nak berhadapan dengan Polis jika ditahan ni. Dan tak sangka juga rupanya banyak hak orang awam yang perlu diamalkan jika ditahan Polis. Ye la kan, sekarang ni takut juga banyak kes Polis salah guna kuasa.

Malah, ada pula yang buka cerita dengan komen sebegini,

Yeah, right. If you so rude wif the polis i heard they can walk around yr car and slip a small packet of ganja into your car and they say “saya syaki anda bawa dadah dan kita mau check”. That time you straight away pee in yr pants when they found the packet of ganja….

Eh, ada wujud ke kes macam ni? Kalau orang awam yang ditahan kereta tidak menghormati Polis, Polis pula akan cuba selinap ganja pada kereta sebagai bukti penahanan? Tak pernah dengar lagi kes ni setakat ni.

Apa-apa pun, lepas ni jika ditahan Polis, bolehlah praktikkan seperti dalam video ni.

Posted in Malaysia, NewsComments (0)

(Lawak) Beza skuad bom Malaysia dan luar negara


Pernah tengok Skuad Bom Malaysia beraksi? Nak tahu macam mana? Jom tengok apa beza skuad bom Malaysia dan luar negara menjalankan tugas.

Cuba perhatikan beza skuad bom Malaysia dan luar negara (Amerika Syarikat dan China) dibawah, apa beza yang paling ketara?

skuad bom china (Lawak) Beza skuad bom Malaysia dan luar negara

China

skuad bom us (Lawak) Beza skuad bom Malaysia dan luar negara

Amerika Syarikat

skuad bom malaysia (Lawak) Beza skuad bom Malaysia dan luar negara

MALAYSIA

Hebat kan! Polis Malaysia juga yang paling hebat, menghadap bom selamba je tak perlu apa-apa sut keselamatan pun. Kalau dah sampai ajal tu, mati juga betul tak? Tak perlu nak elak. icon razz (Lawak) Beza skuad bom Malaysia dan luar negara

p/s : entri lama kiriman pembaca, alamak, maaf la ye baru siarkan,

Posted in LOL, RandomComments (4)

Lokasi kamera had laju sempena Hari Raya


Seperti biasa, keghairahan pulang ke kampung sempena Hari Raya turut disertai dengan pelbagai lokasi perangkap Had Laju ataupun ‘Speed Trap’. Jom tengok lokasi pilihan,

Lokasi-lokasi ‘Speed Trap’ dibawah bukan lokasi rasmi yang pihak Polis Trafik keluarkan, tetapi merupakan senarai lokasi kegemaran untuk membuat perangkap Had Laju dan kemungkinan juga sekatan jalan raya.

radar gun speed trap Lokasi kamera had laju sempena Hari Raya

Jom tengok! :

PUSAT BANDARAYA
KM 15 JLN KL-RAWANG-KL HAD LAJU 90KM/J
KM 32 L/RAYA KL-KARAK HAD LAJU 90KM/J
KM 433 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 444 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 447 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 400 L/RATA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 13 L/RAYA CHERAS KAJANG HAD LAJU 90KM/J
KM 289 L/RAYA JB-KL-JB HAD LAJU 110KM/J
JALAN IPOH HAD LAJU 80KM/J
JALAN MAHAMERU HAD LAJU 80KM/J
KM 6.2 KL-SBN H’WAY HAD LAJU 80KM/J
MRR2 BKT JALIL HAD LAJU 90KM/J
KM 59 T/INTAN-KLANG HAD LAJU 60KM/J
KM 62 T/INTAN-KLANG HAD LAJU 80KM/J
KM 64 T/INTAN-KLANG HAD LAJU 60KM/J
KM 11 NKVE HAD LAJU 110KM/J
KM 5.5 L/RAYA ELITE HAD LAJU 90KM/J
KM 8.5 L/RAYA ELITE HAD LAJU 90KM/J
KM 35 L/RAYA KESAS HAD LAJU 90KM/J
KM 44 L/RAYA KESAS HAD LAJU 90KM/J

KAWASAN UTARA ATAS
KM 13.2 K/PERLIS-CLN HAD LAJU 90KM/J
KM 13.4 K/PERLIS-CLN HAD LAJU 90KM/J
KM 8 JALAN KULIM MAHANG HAD LAJU 60KM/J
KM 72 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 12.6 BORR BAGAN AJAM HAD LAJU 80KM/J

KAWASAN UTARA BAWAH
KM 23 JLN IPOH-LUMUT HAD LAJU-90KM/J
KM 6 TK INTAN-BIDOR HAD LAJU 60KM/J
KM 6 TK INTAN-S/BERNAM HAD LAJU 60KM/J
KM 19 T/INTAN-BIDOR HAD LAJU 60KM/J
KM 58 IPOH-T/INTAN HAD LAJU 60KM/J
JLN TASEK IPOH HAD LAJU 70KM/J
KM 11.5 JLN IPOH-C.HIGHLANDS HAD LAJU 60KM/J
KM 32 JLN IPOH-KL HAD LAJU 80KM/J
KM 301 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 90KM/J
KM 26.5 JLN IPOH-K/KANGSAR HAD LAJU 60KM/J
KM 77 IPOH-GRIK HAD LAJU 90KM/J
KM 239.7 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 38 JLN IPOH-LUMUT HAD LAJU 90KM/J
KM 365 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 388 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 214.7 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 223.8 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 10 JLN BIDOR-T/INTAN HAD LAJU 60KM/J
KM 46 JLN IPOH-T/INTAN HAD LAJU 60KM/J
KM 81 JLN IPOH-KL HAD LAJU 60KM/J
KM 339 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J

KAWASAN PANTAI TIMUR
KM 40 L/RAYA KL-KARAK HAD LAJU 90KM/J
KM 45 L/RAYA KL-KARAK HAD LAJU 90KM/J
KM 64.6 L/RAYA KL-KARAK HAD LAJU 90KM/J
KM 66 JLN K/TRG-KTN HAD LAJU 70KM/J
KM 120 K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 90KM/J
KM 123 K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 80KM/J
KM 97 JLN K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 60KM/J
KM 98 K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 60KM/J
KM 14 JLN LIPIS-MERAPOH HAD LAJU 70KM/J
KM 41 JLN LIPIS-MERAPOH HAD LAJU 70KM/J
KM 21 JLN KUANTAN-GAMABANG HAD LAJU 80KM/J
KM 197 JLN KTN/KTRG HAD LAJU 90KM/J
KM 33 JLN K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 60KM/J
KM 50 JLN K/BHARU-G/MUSANG HAD LAJU 60KM/J
KM 30.5 JLN K/BHARU-TERENGGANU HAD LAJU 60KM/J
KM 334-333 JLN K/L-K/B HAD LAJU-80KM/J
KM 349-348 JLN K/L-K/B HAD LAJU-80KM/J
KM 73 JLN K/BHARU-JELI HAD LAJU 70KM/J
KM 41 JERANTUT-TEMERLOH HAD LAJU 90KM/J
KM 42 JERANTUT-TEMERLOH HAD LAJU 90KM/J
KM 101 LPT KTN HAD LAJU 110KM/J
KM 126 JLN KTN-KL-TEMERLOH HAD LAJU 60KM/J

KAWASAN SELATAN ATAS
KM 209 L/RAYA KL-JB HAD LAJU 90KM/J
KM 178 L/RAYA HAD LAJU 110KM/J
KM 181 L/RAYA HAD LAJU 110KM/J
KM 4 JLN MELANG-K/PILAH HAD LAJU 70KM/J
KM 32 JLN SEREMBAN-K/PILAH HAD LAJU 70KM/J
KM 5 JLN MALIM-MELAKA HAD LAJU 70KM/J
KM 12 A/KEROH-MELAKA HAD LAJU 80KM/J
KM 4 JLN SBAN-PILAH (PETRONAS) HAD LAJU 70KM/J
KM 250 L/RAYA KL-JB HAD LAJU 110KM/J
KM 256 L/RAYA JB-KL HAD LAJU 110KM/J
KM 268 L/RAYA KL-JB-KL HAD LAJU 90KM/J

KAWASAN SELATAN BAWAH
KM 100 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 12 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 13 JLN J/BHARU-SENAI HAD LAJU 80KM/J
KM 21 J/BAHRU-PTN HAD LAJU 70KM/J
KM 14 J/BAHRU-ULU TIRAM HAD LAJU 70KM/J
KM 15 JLN KLUANG-T.W.HENG HAD LAJU 60KM/J
KM 37 J/BAHRU-MERSING HAD LAJU 60KM/J
KM 44 J/BAHRU-MERSING HAD LAJU 60KM/J
KM 19 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 31 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 46 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 49 L/RAYA UTARA-SELATAN HAD LAJU 110KM/J
KM 170 L/RAYA HAD LAJU 90KM/J
KM 172 L/RAYA HAD LAJU 110KM/J
KM 9 JLN MUAR-MELAKA-KESANG HAD LAJU-80KM/J
KM 236 L/RAYA J/B-KL HAD LAJU 110KM/J
KM 135 JLN J/B-SEREMBAN-CHAAH HAD LAJU 60KM/J

Dan dibawah ini pula lagi satu senarai berlainan (Kemungkinan besar mempunyai beberapa lokasi yang sama seperti diatas) yang dikongsi secara meluas di Facebook :

Plus North Highway (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)

Plus South Highway:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 – Km 249 (Persimpangan Seremban – Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Center:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi

NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam
Jaga-jaga

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 – Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang – Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

Diharap semua pemandu tidak menggunakan senarai ini untuk cuba lari dari kesilapan, tetapi lebih mengambil langkah berhati-hati ketika dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Dipersilakan untuk kongsikan senarai ini, semoga semua dapat memandu lebih berhati-hati dan tidak perlu tambah kos pulang ke kampung dengan duit bayar saman.

Apa-apa pun, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, Ingatlah orang yang tersayang.

Posted in RandomComments (0)

Video Polis trafik ambil rasuah pemandu Singapura


Beberapa hari yang lalu, media internet kecoh dengan tersebarnya sebuah video yang memaparkan Polis trafik Malaysia ambil rasuah dari pemandu Singapura. Jom tengok.

Video yang mempunyai tempoh lebih 3 Minit itu memaparkan bagaimana pemandu Singapura tersebut ditahan pihak polis dalam satu sekatan jalan raya, dipercayai lokasi kejadian di kawasan Tambak Johor.

Punca pemandu tersebut ditahan adalah kerana dia didakwa memandu lebih had laju lebuhraya di Malaysia iaitu memandu dengan kelajuan 125KM sejam. Had kelajuan adalah cuma 110KM sejam.

singaporean rasuah polis trafik Video Polis trafik ambil rasuah pemandu Singapura

Berdasarkan maklumat, pada awalnya Polis tersebut ingin mengeluarkan saman terhadap pemandu tersebut. Ini adalah berikutan kesalahan pemandu itu yang tidak membawa lesen memandu dan memandu kenderaan dengan laju tanpa mempunyai lesen memandu. (Jumlah saman dianggarkan RM400)

Kemudiannya warga Singapura ini cuba untuk mempelawa untuk memberi rasuah pada polis itu, yang mana diterima polis tersebut dan meminta sebanyak RM100. Warga Singapura itu cuba mintah diskaun dan kemudiannya keduanya setuju dengan tawaran RM50.

Video kejadian itu boleh disaksikan dibawah :

Malaysian Traffic Officer Accept Bribe From Singaporean Driver (Video)

Terkejut bukan? Tindakan memalukan ini mencemarkan nama baik pihak polis yang berpegang kepada moto “Integriti Amalan Kita” dan kempen “Anti-Rasuah”.

Apa pendapat anda?

Posted in Malaysia, NewsComments (1)

Galeri gambar rusuhan di London


Ramai yang tertanya-tanya, apa yang berlaku sampai ada rusuhan di London? Kenapa ada rusuhan? Sebelum tu, jom tengok dulu galeri gambar rusuhan di London dibawah.

Teruskan membaca dibawah untuk tahu kisah sebenar dan punca di sebalik Rusuhan London 2011.

london riot picture gallery Galeri gambar rusuhan di London

Kesemuanya bermula dengan protes di sekitar Utara London apabila polis, pada 4 Ogos 2011 bertindak menembak Mark Duggan, seorang lelaki berkulit hitam yang berasal dari Tottenham, atas tindakan Mark Duggan yang menggunakan senjata api haram dan menembak anggota polis terlebih dahulu.

Dan apabila orang awam cuba mendapakan penjelasan dari pihak polis, pihak polis cuba melengahkan masa bagi menunggu perintah mahkhamah, menyebabkan orang awam yang mula dengan protes mengamuk dan mula melakukan huru hara di sekitar Utara London itu.

Siapa yang salah? Masih belum dapat disahkan, kerana pelbagai media yang berlainan memaparkan cerita yang berlainan. Masing-masing menuding pada pihak tertentu.

Namun demikian, satu kenyataan menarik yang boleh dijadikan perhatian mengenai tragedi ini adalah :

“If these were Muslims, we would brand them Terrorist. Because they are black, we call it local unrest. NO. Last night was done by terrorists!” – kendra27UK@yahoo

- Kalau mereka adalam orang muslim, sudah pasti semuanya akan dilabelkan sebagai pengganas. Tapi disebabkan mereka berkulit hitam, ianya di panggil gangguan ketenteraman awam. Tidak, malam semalam sememangnya kerja pengganas!

Ada betulnya kenyataan di atas bukan?

Bagi yang tertanya-tanya adakah ianya ada kaitan, walau sedikit pun persamaan dengan BERSIH 2.0, jawapannya tidak. Jadi tak perlu cuba kaitkan BERSIH 2.0 dengan tragedi rusuhan di London ini ya.

galeri gambar rusuhan london Galeri gambar rusuhan di London

Posted in News, Picture, WorldComments (0)

‘Lelaki kucing’ penculik kanak-kanak disyaki kembali


‘Lelaki kucing’ penculik kanak-kanak disyaki kembali, ini adalah berikutan kejadian penculikan selama 3 jam yang berlaku di daerah Sentul, Kuala Lumpur tempohari.

Dania Syazwana Azahar Ahmad, 10 tahun, diculik hampir 3 jam selepas dilepaskan oleh sekumpulan 3 orang lelaki.

Mangsa diculik ketika dia baru pulang dari sekolah, dan tidak dapat memasuki rumah kerana ketiadaan ibu-bapanya. Suspek dikatakan mendekati mangsa dan menekup mulut mangsa lalu mendukungnya ke taman permainan berdekatan, dimana 2 rakan suspek sedang menunggu untuk melarikan mangsa.

Mangsa diselamatkan oleh seorang pakcik tua 50-an yang lalu di kawasan persembunyian suspek, lalu bergelut dengan penculik tersebut, sebelum ketiga-tiga mereka melarikan diri.

Pihak polis berkata peristiwa ini harus dijadikan pengajaran dan turut tidak menafikan kemunculan semula ‘Lelaki kucing’ yang terlibat dalam kes penculikan Nurin Jazlin Jazimin (2007) dan Sharlinie Mohd Nashar (2008).

lelaki kucing Nurin Jazlin Jazimin Lelaki kucing penculik kanak kanak disyaki kembalilelaki kucing penculik kanak kanak Lelaki kucing penculik kanak kanak disyaki kembali

Diharap sangat-sangat tidak akan lagi berlaku kes sekejam kes Nurin Jazlin dan Sharlinie, diharap semoga kes sebegini dapat dibanteras terus dan pesalah-lakunya dihukum maut!

Mintak tolong ibu-bapa sentiasa memainkan peranan penting dalam menjaga anak masing-masing, tidak boleh juga kalau terlalu mengharapkan pihak berkuasa, mereka juga ada tugas lain yang perlu diutamakan.

Posted in Malaysia, NewsComments (1)

Senarai sekatan jalan, maklumat trafik KL, dan perhimpunan #Bersih


Berikutan demonstrasi BERSIH 2.0 yang diadakan hari ini (9 Julai), Pihak Polis mengadakan sekatan jalan mulai semalam dan berikut beberapa maklumat untuk dikongsi.

Beberapa senarai sekatan jalan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang disampaikan melalui email :

Beberapa senarai Sekatan Jalan pihak Polis mulai semalam hingga hari ahad :

Putrajaya ke Kuala Lumpur, menghala Tol Kajang dari Bangi,
Jalan Enggang menghala AU2 danAU3,
Dari Damansara menghala Penchala,
Selepas Bukit Jelutong/Shah Alam trafik ke Kampung Subang,
Tol Damansara ke Kayu Ara,
Jalan sekitar Lapangan Terbang Subang,
Jalan Haji Sirat menghala ke  Taman Sri Pekan, Klang,
Di hadapan Monash University, menghala ke Cyberjaya,
Jalan Kampung Pandan menghala ke Kuala Lumpur.

Bagi yang merancang untuk keluar dari Kuala Lumpur atau masuk ke kawasan Kuala Lumpur, anda boleh semak laporan trafik secara online di beberapa Lebuhraya melalui http://www.llmtrafik.gov.my/traffic.aspx dan jika anda mempunyai akaun Twitter, dapatkan maklumat melalui http://twitter.com/kltrafficupdate.

Bagi maklumat mengenai beberapa kawasan yang dikawal ketat oleh pihak polis, anda boleh semak pada http://twitter.com/insider_latest dan untuk beberapa ketika, maklumat juga boleh didapatkan melalui maklumat berita yang disampaikan agensi berita terkenal, Al-Jazeera http://english.aljazeera.net/watch_now/.

Jika anda berminat untuk melihat situasi di sekitar Kuala Lumpur, boleh lihat pada gambar-gambar yang di ambil oleh wartawan MalaysiaKini di http://bit.ly/oULoHy.

Ikut juga laporan secara langsung wartawan MalaysiaKini mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 di http://www.malaysiakini.com/bm/.

Pihak Polis mengeluarkan kenyataan agar anda tidak menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 ini dan semua orang dinasihatkan untuk tidak keluar dan berada di rumah masing-masing.

kawasan jagaan polis bersih Senarai sekatan jalan, maklumat trafik KL, dan perhimpunan #Bersih

Kawalan ketat pihak Polis di KL Sentral

Jikalau anda mempunyai lebih maklumat mengenai kawasan kawalan polis, maklumat trafik, dan sekatan jalan di sekitar Kuala Lumpur, harap dapat kongsikan bersama.

 

Posted in Malaysia, NewsComments (0)

Peperiksaan di China guna CCTV dan pantaun Polis!


Tahukah anda Peperiksaan Kemasukan Kolej Kebangsaan (National College Entrance Exams) di China mengunakan CCTV dan ada pantauan pihak polis? Hebat tu! Jom tengok,

Peperiksaan Kemasukan Kolej Kebangsaan merupakan sesuatu yang amat penting dalam sistem akademik di China. Setiap tahun lebih 9 juta pelajar menduduki peperiksaan tersebut pada bulan Jun, setiap tahun.

Jadi tekanan untuk berjaya dalam peperiksaan tersebut membuatkan ramai yang cuba meniru, malah ada juga yang menggunakan pelbagai gajet canggih atau paling tidak menggunakan ‘walkie-talkie’ untuk menipu dalam peperiksaan.

scan exam china Peperiksaan di China guna CCTV dan pantaun Polis!

Disebabkan itu, Pihak Polis berkerjasama untuk membanteras gejala tersebut dengan turut menggunakan teknologi untuk menangkap pelajar yang cuba meniru. Gambar diatas memaparkan pihak polis menggunakan alat untuk mengesan isyarat radio.

Malah, setiap dewan peperiksaan turut dilengkapi CCTV selain daripada pemeriksa yang akan berjalan di sekitar dewan peperiksaan.

cctv exam china Peperiksaan di China guna CCTV dan pantaun Polis!

Dahsyat kan?

Baru tahu kan, kalau Malaysia buat macam ni, agak-agak berapa ramai yang tertangkap? Opps, icon razz Peperiksaan di China guna CCTV dan pantaun Polis!

Mungkin, sangat jarang ada orang yang ditangkap meniru dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) kot. Atau mungkin langsung tiada kes meniru untuk SPM. Bagus pelajar Malaysia ni,

Posted in Internet, RandomComments (0)

Remaja China jual buah pinggang demi iPad 2


Seorang remaja 17 tahun berasal dari daerah Anhui, China, sanggup gadai buah pinggang dengan menjualnya di pasaran gelap demi memiliki iPad 2. (Gambar kesan pembedahan disertakan)

Pelajar tersebut yang dikenali dengan nama Zheng, berkata beliau mahu beli Apple iPad 2, tapi beliau langsung tidak mempunyai wang. Beliau kemudiannya terserempak dengan iklan di internet yang mengiklankan pembelian buah pinggang.

Setelah menghubungi agen iklan tersebut, beliau kemudiannya sanggup membuat perjalanan hingga ke sebuah hospital di bandar Chenzhou di daerah Hunan, China.

Setelah 3 hari terlantar di hospital akibat dari pembedahan tersebut, beliau kemudiannya pulang ke rumah. Namun, tidak dapat menyorokkan kes tersebut dari diketahui oleh ibunya.

China Teens sells kidney for iPad 2

chinese kids sells kidney Remaja China jual buah pinggang demi iPad 2

Ibunya kemudian melaporkan kes tersebut kepada pihak polis. Pihak berkuasa yang melakukan siasatan berkata bahawa tiada kesan atau rekod pernah berlakunya pembedahan buah pinggang di hospital yang didakwa oleh remaja tersebut.

Kes penjualan dan pencurian buah pinggang di China adalah kes yang amat serius kerana ianya mempunyai harga yang amat tinggi di pasaran gelap. Pelanggan dari luar negara sanggup membelanjakan beratus ribuan Dollar Amerika Syarikat untuk mendapatkan walau satu bahagian buah pinggang sekali pun.

Macam-macam, lepas ni jual anak untuk dapat Apple iPad 2 pula agaknya. Harap-harap jangan berlaku kes ni di Malaysia.

Posted in News, WorldComments (0)

Ribuan telefon bimbit palsu China dibuang melalui tingkap


Sebuah pusat memasang gajet telefon bimbit palsu di China diserbu pihak polis, dan ribuan telefon bimbit palsu China dibuang melalui tingkap apartment 18 tingkat.

Lokasi bengkel memproses telefon bimbit palsu China tersebut yang terletak di daerah Huaqiangbei, Shenzhen, merupakan lokasi membeli-belah peralatan elektronik dan gajet-gajet popular di China.

Polis pada awalnya mendapat maklumat dari orang ramai berkenaan bengkel memproses telefon bimbit palsu tersebut. Pintu rumah tersebut pada awalnya diketuk, dan apabila tiada respon dari dalam rumah, polis kemudiannya bertindak menendang pintu tersebut untuk serbuan tersebut.

4 orang ditemui dalam rumah tersebut didapati sedang membakar longgokan dokumen dan pelbagai maklumat transaksi.

iphone 4 china malaysia Ribuan telefon bimbit palsu China dibuang melalui tingkap

4 orang tersebut kemudiannya bertindak mencampak 4 kotak besar mengandungi telefon bimbit pelbagai jenama, termasuk iPhone 4, pelbagai model telefon Nokia, malah telefon bimbit Sony Ericsson termasuk model terbaru Xperia Arc dan Xperia Play.

Berikut merupakan video pendedahan mengenai serbuan pihak polis ke bengkel memproses telefon bimbit palsu China.

Posted in News, WorldComments (0)







Partly powered by CleverPlugins.com