Tag Archive | "Poster"

Indonesia tampilkan Sora Aoi dalam filem Suster Keramas 2?


Penerbit filem di Indonesia buat lagi. Selepas penampilan artis filem porno Maria Ozawa, kini Sora Aoi pula yang diambil berlakon bagi filem yang baru ditayangkan, “Suster Keramas 2″.

Macam-macam, agaknya pelakon-pelakon disana sudah bosan ditayangkan di pawagam mungkin?

Walaupun begitu, mengapa mesti pelakon filem pornografi juga yang diambil berlakon? Adakah sebagai modal untuk mempromosikan filem tersebut?

suster keramas 2 sora aoi movie poster Indonesia tampilkan Sora Aoi dalam filem Suster Keramas 2?

Yang jadi persoalannya, boleh ke pelakon macam Sora Aoi (Sola Aoi) ni bertutur dalam bahasa Indonesia? Atau, dialog yang diberi semuanya dalam bahasa Jepun?

Apa-apa pun, Filem ini telah pun ditayangkan 21 April yang lalu di pawagam-pawagam di Indonesia. Malah, Filem ini turut mempunyai tajuk dalam bahasa Inggeris yang diberi nama “Evil Nurse 2″.

Apa sinopsis filem ni? Apa la agaknya ya, tak hendak pula nak ambil tahu.

Trailer Filem Suster Keramas 2 dengan penampilan khas Sora Aoi.

Posted in Entertainment, MovieComments (4)

Promosi 50% Diskaun di Pizza Hut?


Agak-agaknya, apa maksud poster teaser yang Pizza Hut keluarkan ini? Adakah berkenaan promosi 50% diskaun di Pizza Hut? Jom tengok poster yang dikeluarkan.

Berdasarkan poster tersebut, terdapat simbol 50% pada kesemua tarikh hari bekerja pada dan selepas 14 April 2011. Namun, sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya, apakah maksudnya simbol 50% tersebut.

Pizza hut 50 peratus discount Promosi 50% Diskaun di Pizza Hut?

Adakah ini untuk bersaing dengan promosi keluaran KFC dan McDonald’s yang begitu hebat sekali dengan promosi jualannya? Diskaun 50% atau separuh harga untuk kesemua pembelian Set Pizza pada tarikh-tarikh yang dinyatakan?

Apa-apa pun, kita nantikan sama-sama kejutan istimewa dari Pizza Hut ini!

Posted in FoodComments (1)

Baru! Samsung Galaxy Tab 8.9


Selepas begitu kecewa dengan pelancaran Apple iPad 2 yang begitu menakjubkan, Samsung kini cuba buat kejutan dengan Samsung Galaxy Tab 8.9!

Samsung sebelum ini mengumumkan pelancaran Samsung Galaxy Tab 10.1 dimana ianya dikatakan saingan kepada Apple iPad 2, namun kenyataan tersebut ditarik semula setelah iPad 2 mula dijual.

Dikatakan bahawa Samsung Galaxy Tab (SGT) 10.1 tidak mampu menandingi kenipisan iPad 2 meskipun dari segi Hardware, SGT 10.1 jauh lebih mengagumkan berbanding iPad 2.

Maka, dengan pengumuman pelancaran SGT 8.9 ini, Samsung berharap dapat menandingi kenipisan iPad 2. Seperti sedia maklum, SGT 8.9 akan mempunyai skrin dengan saiz 8.9 inci.

Apa yang pasti, ianya akand mempunyai Dual-Core Processor dan dilengkapi dengan Operating System (OS) Android Honeycomb 3.0 Tablet.

samsung galaxy tab 2 8 9 Baru! Samsung Galaxy Tab 8.9

Berdasarkan teaser yang dipaparkan, SGT 8.9 ini yang boleh dikatakan saiz yang sempurna akan dilancarkan pada 22 Mac 2011 di Orlando, Florida, Amerika Syarikat.

Pada acara Samsung Mobile Unpacked 2011 tersebut, anda mungkin akan terpegun dengan saiz table tersebut yang jikalau berdasarkan teaser di bawah, ketebalan mungkin lebih kurang sahaja dengan saiz audio port 3.5mm!

samsung galaxy tab 2 8 9 picture Baru! Samsung Galaxy Tab 8.9

Samsung unveiled the Samsung Galaxy Tab 8.9 inch

Posted in News, TechnologyComments (0)

DiGi lancarkan Apple iPad 2 dan data plan?


DiGi lancarkan Apple iPad 2 dan data plan? Betul ke ni? Kalau benar, berapa pula harga yang ditawarkan?

Menurut sumber, dan berdasarkan poster iklan yang tersebar, pengumuman mengenai perkara ini akan disebarkan pada 8 Mac 2011 nanti.

Apa-apa pun, layan dulu poster teaser dari DiGi ini.

digi launch apple ipad 2 DiGi lancarkan Apple iPad 2 dan data plan?

Apple iPad 2 from DiGi : Price and Data Plan waiting for unveiling?

Posted in News, TechnologyComments (1)

Kejutan baru dari Pizza Hut 4 Januari 2011?


Kejutan baru dari Pizza Hut 4 Januari 2011? Apa agaknya kejutan ini sebenarnya ya? Begitu seronok sekali disebarkan di Facebook.

Pizza berperisa baru agaknya? Diskaun Promosi dari Pizza Hut? Beli satu percuma satu?

Apa lagi, jangan lupa untuk serbu semua restoren Pizza Hut berdekatan anda 4 Januari ini untuk lihat sendiri apa kejutan yang sebenar!

Apa-apa pun, saksikan beberapa poster teaser dari Pizza Hut.

Pizza Hut Surprise 4th January 2011

kejutan pizza hut Kejutan baru dari Pizza Hut 4 Januari 2011?pizza hut surprise Kejutan baru dari Pizza Hut 4 Januari 2011?pizza hut exciting Kejutan baru dari Pizza Hut 4 Januari 2011?

Sumber : Facebook Pizza Hut

Posted in FoodComments (1)

Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimaki


Baru beberapa hari filem 2 Alam hasil produksi Dr Rozmey ditayangkan, namun telah menerima kritikan dahsyat dari semua penontonnya.

Habis pelbagai komen dan review dari pelbagai media di internet tersebar luas mengkritik filem 2 Alam arahan Hairie Othman dan Ed Zarith.

Sedikit sedutan sinopsis filem 2 Alam ini,

Filem bergenre seram ini memaparkan kejelekkan sifat manusia yang lupa diri menggunakan ilmu yang dituntut, agama yang dianuti untuk kemahuan diri, mengikut tuntutan hawa nafsu melakukan perkara keji, jelek hanya kerana tuntutan nafsu duniawi.

Akibat gagal mengawal diri, ilmu tinggi yang dituntut tidak mampu menjadikan Amy lakonan Suhaila Salam manusia yang berguna lantas menjadi anak derhaka.

Amy menjadi umat yang mensia-siakan diri. Bukan hanya Amy, malah dia mencalitkan dosa dan noda kepada rakan-rakan dan sesiapa yang mendampinginya.

Lantas dunia adalah segala-gala baginya, walaupun pasti masuk neraka. Tiada beza bagi Amy kerana merasakan dunia dia yang punya.

Akibat dosa yang terpalit, rahsia terbongkar, maruah diri dihina. Amy menjadi tuan pada diri, menjadi hakim pada diri, ambil nyawa sendiri dengan membunuh diri.

Pelbagai komen hampa dan kecewa diberikan para blogger dan pengguna media internet.

Penuh di Facebook page Dr Rozmey dengan komen-komen dan hinaan terhadap filem 2 alam ini. Namun kesemuanya telah ‘selamat’ di-delete oleh admin page tersebut.

Cuba la cari, mungkin nasib baik boleh la jumpa yang tinggal-tinggal.

Yang tak boleh di-delete cuma komen-komen hashtag #2alam di twitter je, haha, silakan la mencari.

Tak kurang juga dengan facebook group yang banyak dicipta semata-mata kerana Dr Rozmey.

Namun, kalau anda tak sempat melihat komen-komen tersebut, dibawah ada disertakan screenshot untuk komen-komen itu.

Bukan sahaja dari penonton, malah juga mereka yang belum lagi menonton, namun meluat dengan Dr Rozmey?

#Kesian jutawan melayu kita, DDR…

2 alam dr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimakifacebook benci dr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimakifacebook dr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimakidr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimaki2 alam Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimakitwitter 2 alam dr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimakiposter filem 2 alam dr rozmey Filem 2 Alam Dr Rozmey dicaci dan dimaki

Posted in Entertainment, LOL, MovieComments (8)

Voucher KFC Egg Tart RM1 untuk anda!


Wow, nampaknya KFC Malaysia bawakan lagi kelainan dalam pilihan hidangan untuk anda dan keluarga, KFC Egg Tart!.

Hebat, makanan tradisional masyarakat Cina dan Portugis sedunia ini nampaknya diberi sentuhan unik tersendiri oleh KFC dan dijadikan sebagai menu sampingan terbaru.

Mungkin ianya akan lebih sedap berbanding sememangnya enak Egg Tart dari Hong Kong dan Portugal? Belum cuba, belum tahu!

” Rich, Creamy, and Simply Irresistible “,

Apa-apa pun, bagi yang berminat untuk mencuba KFC Egg Tart ini, dapatkan Voucher diskaun untuk anda dibawah.

Kini anda boleh dapatkan KFC Egg Tart dengan hanya RM1 setiap satu! (Tertakluk kepada terma dan syarat)

voucher egg tart kfc Voucher KFC Egg Tart RM1 untuk anda! Voucher KFC Egg Tart RM1 untuk anda!

Posted in FoodComments (2)

Mantera The Movie : Filem Transformers Malaysia


Pernah dengar tentang Mantera The Movie? Filem baru karya anak tempatan ini nampaknya sudah dalam fasa terakhir untuk ditayangkan tahun depan.

Filem gabungan ‘live-action’ dan animasi ini bertemakan sains fiksyen dan teknologi robotik. Kalau nak tahu, Mantera membawa maksud “Man Transformable Exo-Robotic Armor”.

Dikatakan juga filem ini mendapat ilham berdasarkan filem terkenal Transformers dan juga Filem Iron Man.

Filem arahan Aliyar Alikutthy ini menampilkan gabungan artis dalam negara dan juga luar negara. Antara artis tempatan yang terlibat ialah Tomok yang memegang watak utama (Hero), dan Shiqin Kamal sebagai Heroin.

Turut ditampilkan ialah Ratu Cantik Dunia 2008 yang juga penyanyi popular Ukraine, Natalya Shmarenkova.

Berikut merupakan sinopsis filem tersebut,

MANTERA The Movie

MANTERA mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik takbir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions. Kumpulan Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia yang dinamakan Mantera iaitu singkatan ‘Man Transformable Exo-Robotic Armor yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik.

Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera. Dia menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia bernama Azman.

Azman dengan bantuan rakannya, Kevin membina semula Mantera sehingga menjadi motosikal berkuasa besar. Tanpa mereka sedari, motosikal itu boleh bertukar menjadi baju amor robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan ‘superhuman’ kepada pemakainya.

Sementara itu, Weston Tech menjejaki Dr Natasha dan Azman bersama sistem Mantera yang kini menyertai Alliance of Light sehingga ke ibu pejabat rahsia Alliance of Light di Timur Tengah. Pertempuran sengit antara Azman yang menjadi Mantera dengan robot pembinasa Weston Tech yang dipanggil Vega akhirnya tercetus.

Saksikan video Teaser Trailer, diikuti dengan Poster MANTERA The Movie.

poster mantera Mantera The Movie : Filem Transformers Malaysia

Posted in Entertainment, Malaysia, Movie, VideoComments (3)

Apple iPhone 5 terbaru!


Belum sampai sebulan Apple iPhone 4 dilancarkan di Malaysia, Kini sibuk pula dengan ura-ura mengenai Apple iPhone 5!

Apple iPhone 5 ini dikatakan akan mengalami perubahan sepenuhnya berbanding iPhone 4, dan turut akan diberikan teknologi baru.

Menurut Philip Thomas, Vice President Imaginary Technology Apple, iPhone 5 ini akan tidak dapat dilihat secara nyata, dengan erti lain, ianya akan Lutsinar!

Pelik kan? Mungkin antara anda sudah tahu mengenai video spoof tentang Apple iPhone 5 ini. Video ini nampaknya dibuat semata-mata untuk menunjukkan betapa besar perubahan yang mungkin akan dibawa oleh Apple untuk model iPhone yang akan datang.

Hehe, apa-apa pun, saksikan video spoof dari BiteTV ini.

iphone 5 logo Apple iPhone 5 terbaru!

Posted in LOL, Technology, VideoComments (4)

Casing Keyboard untuk Apple iPhone 4


Berminat dengan iPhone 4 tapi anda tak minat touchscreen? lebih suka dengan penggunan keyboard seperti smartphone biasa? Jangan risau, ada penyelesaian untuk itu~

Casing untuk iPhone yang dilengkapi keyboard ini merupakan model TK-421.

Keyboard ini boleh disorokkan ke bahagian bawah iPhone apabila tidak digunakan, dan kemudiannya dikeluarkan apabila anda ingin menaip.

Yang menarik, Casing Keyboard ini tidak menggunakan sebarang sambungan kabel, sebaliknya menggunakan Bluetooth untuk berhubung!

Keyboard ini boleh digunakan untuk semua aplikasi iPhone, contohnya Email, Safari, Notes, malah fungsi terbaiknya adalah untuk menaip SMS dan Chatting.

Hmm, menarik kan? tapi kemungkinan juga akan jadi kekurangan apabila dah ada keyboard ni, contohnya, anda akan lebih kerap ber-SMS, kredit anda anda akan cepat hilang dengan SMS. icon razz Casing Keyboard untuk Apple iPhone 4

Bluetooth menggunakan bateri yang agak banyak, jadi mungkin juga bateri iPhone 4 anda akan lebih cepat habis dan perlu lebih kerap dicas.

Harga? Harga casing menarik ni cuma $49.99! (RM150-160)

Apa-apa pun, ini merupakan usaha yang menarik!

Dapatkan maklumat lanjut disini http://www.thinkgeek.com/gadgets/cellphone/e66e

iphone 4 Casing Keyboard untuk Apple iPhone 4iphone 4 keyboard Casing Keyboard untuk Apple iPhone 4

Posted in TechnologyComments (3)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com