Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Beliau telah memenangi kerusi Presiden dalam Pilihanraya MCA yang diadakan baru-baru ini.
Beliau mendapat 901 undi, berbanding dua bekas Presiden, Tan Sri Ong Ka Ting yang memperoleh 833 undi, manakala Datuk Seri Ong Tee Keat, 578 undi.
NK berharap, dengan pemilihan Presiden MCA yang baru ini, akan wujudnya perubahan ketara dalam komuniti masyarakat 1Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa ini.
Persaingan bagi jawatan Timbalan Presiden pula menyaksikan calon favourite, Datuk Seri Liong Tiong Lai mendapat kepercayaan perwakilan apabila memperoleh 1,171 undi sekali gus menyingkirkan pencabar tunggalnya yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Kong Cho Ha dengan majoriti 65 undi. Kong mendapat 1,106 undi.
Pengumuman keputusan pada kira-kira jam 6.50 petang itu melakar era baru kepemimpinan MCA apabila gabungan Dr Chua dan Liow akan bersama menerajui MCA sehingga tempoh penggal ini berakhir pada 2011.
Malah, kepemimpinan mereka akan menentukan hala tuju parti berkenaan terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Kemenangan Dr Chua mencatatkan sejarah peribadinya dalam politik apabila berjaya membuat ‘comeback’ walaupun menang tipis pada pertandingan tiga penjuru itu.Petikan dari Berita Harian : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SoiLek901_KaTing833_TeeKeat578/Article/
The former MCA deputy president polled 901 votes. His nearest challenger was Tan Sri Ong Ka Ting, who received 833 votes while incumbent party president Datuk Seri Ong Tee Keat garnered 578 votes.
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek celebrates with his wife Datin Seri Wong Sek Hin after winning the MCA presidency.Dr Chua says he would be “inclusive” and practise collective leadership as the new party president.










Recent Comments