Tag Archive | "Price"

iPad 2 dilancarkan di Malaysia – Senarai Harga


Hari ini, Apple iPad 2 dilancarkan dan mula dijual di Apple Store di Hong Kong, India, Korea, Filipina, Singapura dan tidak ketinggalan Malaysia. Jom tengok pakej harga yang ditawarkan.

Nampaknya khabar angin sebelum ini mengenai harga Apple iPad 2 di Malaysia sememangnya benar dan berikut merupakan senarai harga yang ditawarkan bagi setiap model.

iPad 2 16GB/32GB/64GB Wifi Sahaja = RM1499/RM1799/RM2099
iPad 2 16GB/32GB/64GB Wifi dan 3G = RM1899/RM2199/RM2499

apple ipad 2 price in malaysia iPad 2 dilancarkan di Malaysia   Senarai Harga

Apa lagi, segera dapatkan Apple iPad 2 yang dijual jika anda sememangnya peminat Apple sejati!

Malah, menurut maklumat yang diberitahu, kebanyakan Apple iPad 2 yang dijual di Apple Store dan Machine, sudah habis dijual, dan jikalau anda pun, cuma model iPad 2 berwarna hitam! Pilihan warna putih kehabisan stok!

apple ipad 2 store in malaysia iPad 2 dilancarkan di Malaysia   Senarai Harga

Posted in News, TechnologyComments (0)

Maxis10 : Pelancaran Maxis Google Nexus S dan Maxis10 Nexus S


Maxis sebentar tadi baru sahaja melancarkan Google Phone pertama dari Maxis, Nexus S. Turut diumumkan adalah harga dan plan untuk Nexus S.

Pelancaran dihadiri ramai pihak media termasuk rakan-rakan blogger lain. Turut menyertai pelancaran tersebut sudah pasti penerima program #Maxis10 untuk review Nexus S.

Maxis Nexus S launch 1 Maxis10 : Pelancaran Maxis Google Nexus S dan Maxis10 Nexus S

Maxis Google Nexus S dilancarkan oleh COO Maxis, Jean Pascal, dan MD Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, Yu Jai Sul. Video pelancaran akan dimuat naik kemudian, nantikan ruangan ini.

Maxis Nexus S launch 2 Maxis10 : Pelancaran Maxis Google Nexus S dan Maxis10 Nexus S

Bertambah lagi keluarga telefon bimbit Android dari Maxis! Ehem, bila nak bawa masuk Samsung Galaxy S 2 (II)?

Bagi yang tertanya-tanya berapa harga Nexus S dari Maxis, boleh dapatkan maklumat di laman web maxis, atau perhatikan pada keratan flyers dari Maxis ketika pelancaran tersebut. (Ekslusif di Notakosong.com)

Maxis Nexus S Price Harga Maxis10 : Pelancaran Maxis Google Nexus S dan Maxis10 Nexus S

Hebat, apa-apapun tahniah kepada Maxis kerana berjaya untuk membawa gajet canggih ini ke Malaysia, dan merupakan pengedar Google Nexus Phone rasmi pertama di Malaysia!

Maxis Nexus S Launch stage Maxis10 : Pelancaran Maxis Google Nexus S dan Maxis10 Nexus S

P/s : Nantikan kejutan berkaitan dari Notakosong.com~

Posted in Maxis10, TechnologyComments (2)

DiGi bukan lancarkan iPad 2, tetapi promosi iPhone 4


Khabar angin sebelum ini mengenai DiGi akan lancarkan Apple iPad 2 termasuk data plan, nampaknya hanyalah rekaan semata-mata.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah DiGi sedang sibuk mempromosikan Apple iPhone 4 dan DiGi Smart Plan.

Menurut pengumuman dari DiGi,

Morning! Starting from today until 31st March 2011, all new iDiGi subscriptions are entitled to purchase a 2nd Apple iPhone 4 without a contract! Price starts from RM2290.

So, get a 2nd iPhone for your loved one today! Visit any of the outlets listed here http://cot.ag/b4PVhO to grab not one, but two iPhones.

Agak pelik digi masih menjual Apple iPhone 4 pada harga yang tinggi iaitu RM2290, sedangkan di pasaran luar iPhone 4 sudah turun harga sehingga cuma mencecah RM2000.

Apa yang dilihat sebagai promosi ini, nampaknya cuma kelihatan seperti cubaan dari DiGi untuk menghabiskan stok Apple iPhone 4.

Dengan ini, sudah terang dan nyata nampaknya Apple iPhone baru, (iPhone 5?) sudah hampir untuk diumumkan.

Entri sebelum ini mengenai khabar angin Apple iPad 2 dari DiGi : http://notakosong.com/3267/news/digi-lancarkan-apple-ipad-2-dan-data-plan/

digi launch apple ipad 2 DiGi bukan lancarkan iPad 2, tetapi promosi iPhone 4

Posted in News, TechnologyComments (0)

Gambar Proton R3 Satria Neo – Harga RM79,797


Proton R3 Satria Neo baru sahaja dilancarkan dan sudah mula dijual kepada orang awam. Saksikan gambar yang diedarkan untuk pihak media.

Satria Neo R3 ini dilancarkan dengan pilhan warna merah garang yang semestinya lambang asli Proton R3. Harga yang ditawarkan pula ialah RM79,797 seunit, termasuk insuran.

Pelbagai peningkatan dibuat berbanding Proton Satria Neo yang asal. Berikut merupakan spesifikasi Proton R3 Satria Neo.

Proton R3 Satria Neo spec Gambar Proton R3 Satria Neo   Harga RM79,797

Berikut merupakan gambar-gambar lain Proton R3 Satria Neo.

Proton R3 Satria Neo interior Gambar Proton R3 Satria Neo   Harga RM79,797Proton R3 Satria Neo interior 2 Gambar Proton R3 Satria Neo   Harga RM79,797Proton R3 Satria Neo interior gps Gambar Proton R3 Satria Neo   Harga RM79,797Proton R3 Satria Neo engine bay Gambar Proton R3 Satria Neo   Harga RM79,797Proton R3 Satria Neo Gambar Proton R3 Satria Neo   Harga RM79,797

Sumber : Paultan.org

Posted in Automotive, NewsComments (0)

DiGi lancarkan Apple iPad 2 dan data plan?


DiGi lancarkan Apple iPad 2 dan data plan? Betul ke ni? Kalau benar, berapa pula harga yang ditawarkan?

Menurut sumber, dan berdasarkan poster iklan yang tersebar, pengumuman mengenai perkara ini akan disebarkan pada 8 Mac 2011 nanti.

Apa-apa pun, layan dulu poster teaser dari DiGi ini.

digi launch apple ipad 2 DiGi lancarkan Apple iPad 2 dan data plan?

Apple iPad 2 from DiGi : Price and Data Plan waiting for unveiling?

Posted in News, TechnologyComments (1)

Proton Saga FaceLift (FL) 2011


Proton Saga FaceLift (FL) 2011 akhirnya dilancarkan di Malaysia selepas sebelum ini didedahkan di Thai Auto Expo 2010, dan ianya amat serupa dengan gambar spyshot yang dikirimkan sebelum ini.

Menurut Pengarah Urusan Proton Holdings, Datuk Syed Zainal berkata Proton Saga FL ini disasarkan kepada golongan muda untuk dijadikan kenderaan belian pertama, dimana kebanyakan dari golongan ini sebelum ini lebih memilih untuk membeli Perodua Myvi.

Walaupun Proton Saga FL masih menggunakan enjin sama seperti sebelum ini, iaitu enjin Campro 1.3L, ianya mendapat perubahan ketara dari segi rupa dalaman dan luaran kereta.

Rupa luaran Proton Saga mendapat perubahan dengan kelainan terhadap rekabentuk gril hadapan, bentuk lampu hadapan dan lampu belakang LED.

Malah cermin sisi Saga FL akan dilengkapi dengan lampu signal LED.

Turut ditambah adalah perkataan FL pada emblem SAGA di bahagian boot.

Perubahan dalaman adalah diberi keutamaan kepada pilihan model Eksekutif iaitu spesifikasi tambahan berbanding pilihan model Hi-Line sebelum ini.

Proton Saga FL dilengkapi denga 2 Airbag, Steering wheel kini dilengkapi dengan kawalan audio, dan tambahan USB/AUX ports untuk Head Unit Clarion Proton.

Keempat-empat cermin tingkap kini dilengkapi dengan sistem power window berbanding hanya 2 tingkap dengan power window sebelum ini.

Dan untuk kesemua tambahan ekstra ini, Proton Saga FL turut akan membawa tag harga baru iaitu lebih RM1,000 berbanding harga sebelum ini.

Harga baru Proton Saga Facelift (FL).

1.3 Standard Manual – RM37,998
1.3 Standard Auto       – RM40,998

1.3 Executive Manual – RM40,698
1.3 Executive Auto       – RM43,298

proton saga facelift side Proton Saga FaceLift (FL) 2011proton saga facelift side 2 Proton Saga FaceLift (FL) 2011proton saga facelift bumper belakang Proton Saga FaceLift (FL) 2011proton saga facelift Proton Saga FaceLift (FL) 2011

Posted in Automotive, NewsComments (1)

Fakta mengenai Harga RON 95 – Rakyat ditipu?


Beberapa fakta mengenai spekulasi Harga Minyak Petrol telah tersebar luas sejak dari awal tahun ini, namun ianya semakin kecoh tersebar awal bulan ini.

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan harga minyak yang telah beberapa kali diubah-ubah dimana setiap kali perubahan tersebut, semestinya akan memberi kesan kepada mana-mana perniagaan yang amat bergantung pada komoditi penting tersebut.

Terbaru beberapa hari lepas, Harga Petrol RON 95 ‘dikurangkan subsidi sebanyak 5 sen’ atau dengan kata lain, dinaikkan lagi harga sebanyak 5 sen menjadikan harga terkini Minyak Petrol RON 95 kepada RM1.90/seliter.

Seperti umum sudah tahu, menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Harga minyak terkini ialah, RON 97 RM2.30/seliter, RON 95 RM1.90/seliter, dan Diesel RM1.80/seliter.

Antara spekulasi yang tersebar luas di internet ialah dakwaan dimana Harga Minyak di Malaysia terlalu tinggi meskipun Malaysia merupakan negara Pengeluar Minyak.

Harga minyak di negara pengeluar minyak lain :

  1. UAE – RM1.22 / L
  2. Baharin – RM0.89 / L
  3. Qatar – RM0.72 / L
  4. Kuwait – RM0.69 / L
  5. Libya – RM0.46 / L
  6. Arab Saudi -RM0.39 / L
  7. Iran -RM0.36 / L
  8. Nigeria – RM0.33 / L
  9. Turkmenistan – RM0.26 / L
  10. Venezuela – RM0.16 / L

Dan masyarakat dikatakan tertipu dengan dakwaan sebelum ini yang dikatakan tiada lagi kenaikan pada harga Petrol RON 95 sepanjang 2010 yang dikeluarkan di akhbar awal bulan November yang lalu.

Mungkin sudah sampai masa dimana kita perlu kurangkan kebergantungan kepada Minyak ini, dan mula untuk menjadi negara maju lain yang tidak terlalu bergantung kepada Minyak seperti Jepun.

Apa-apa pun, semoga kita teruskan dengan amalan berjimat-cermat, bijak berbelanja, manfaatkan pengangkutan awam (kerajaan perlu pertingkatkan). Hapuskan Korupsi!

berita mengenai Ron95 tidak naik lagi Fakta mengenai Harga RON 95   Rakyat ditipu?

Posted in Malaysia, NewsComments (8)

Apple iPhone 5 terbaru!


Belum sampai sebulan Apple iPhone 4 dilancarkan di Malaysia, Kini sibuk pula dengan ura-ura mengenai Apple iPhone 5!

Apple iPhone 5 ini dikatakan akan mengalami perubahan sepenuhnya berbanding iPhone 4, dan turut akan diberikan teknologi baru.

Menurut Philip Thomas, Vice President Imaginary Technology Apple, iPhone 5 ini akan tidak dapat dilihat secara nyata, dengan erti lain, ianya akan Lutsinar!

Pelik kan? Mungkin antara anda sudah tahu mengenai video spoof tentang Apple iPhone 5 ini. Video ini nampaknya dibuat semata-mata untuk menunjukkan betapa besar perubahan yang mungkin akan dibawa oleh Apple untuk model iPhone yang akan datang.

Hehe, apa-apa pun, saksikan video spoof dari BiteTV ini.

iphone 5 logo Apple iPhone 5 terbaru!

Posted in LOL, Technology, VideoComments (4)

Casing Keyboard untuk Apple iPhone 4


Berminat dengan iPhone 4 tapi anda tak minat touchscreen? lebih suka dengan penggunan keyboard seperti smartphone biasa? Jangan risau, ada penyelesaian untuk itu~

Casing untuk iPhone yang dilengkapi keyboard ini merupakan model TK-421.

Keyboard ini boleh disorokkan ke bahagian bawah iPhone apabila tidak digunakan, dan kemudiannya dikeluarkan apabila anda ingin menaip.

Yang menarik, Casing Keyboard ini tidak menggunakan sebarang sambungan kabel, sebaliknya menggunakan Bluetooth untuk berhubung!

Keyboard ini boleh digunakan untuk semua aplikasi iPhone, contohnya Email, Safari, Notes, malah fungsi terbaiknya adalah untuk menaip SMS dan Chatting.

Hmm, menarik kan? tapi kemungkinan juga akan jadi kekurangan apabila dah ada keyboard ni, contohnya, anda akan lebih kerap ber-SMS, kredit anda anda akan cepat hilang dengan SMS. icon razz Casing Keyboard untuk Apple iPhone 4

Bluetooth menggunakan bateri yang agak banyak, jadi mungkin juga bateri iPhone 4 anda akan lebih cepat habis dan perlu lebih kerap dicas.

Harga? Harga casing menarik ni cuma $49.99! (RM150-160)

Apa-apa pun, ini merupakan usaha yang menarik!

Dapatkan maklumat lanjut disini http://www.thinkgeek.com/gadgets/cellphone/e66e

iphone 4 Casing Keyboard untuk Apple iPhone 4iphone 4 keyboard Casing Keyboard untuk Apple iPhone 4

Posted in TechnologyComments (3)

Harga Pakej dan Plan Apple iPhone 4 dari DiGi


Jumaat yang lalu, 24 September 2010, DiGi telah melancarkan pakej dan plan untuk pembelian produk terbaru mereka dari Apple iPhone 4.

Sekali imbas, sekali pandang, kelihatan seperti Harga yang ditawarkan untuk pembelian Apple iPhone 4 dari DiGi jauh lebih murah berbanding apa yang ditawarkan oleh Maxis.

Yang menarik, buat masa singkat ini, anda dapat mendaftar plan panggilan dan data dari DiGi khas untuk Apple iPhone 4 dengan harga serendah hanya RM58 sebulan!

Malah, untuk pakej paling murah iaitu RM58 sebulan selama 2 tahun, anda boleh dapatkan Apple iPhone 4 32GB dengan harga cuma RM2,490 dan  Apple iPhone 4 16GB cuma RM2,090! RM200 lebih murah berbanding harga pasaran yang dicadangkan oleh Apple!

Tapi bukan itu sahaja, jikalau anda memilih pilihan diatas bermakna anda memilih untuk membayar secarai tunai atau kad kredit, yang menariknya, DiGi turut menawarkan pembelian melalui bayaran ansuran atau easy payment!

Sudah pasti, bayaran easy payment ini akan menarik lebih ramai pembeli dengan bayaran bulanan yang serendah RM102.16 sebulan!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk Harga Plan dan pakej dibawah, atau layari laman web DiGi.

option 1 payment iphone 4 digi Harga Pakej dan Plan Apple iPhone 4 dari DiGi

Click image to view larger

option 2 payment iphone 4 digi Harga Pakej dan Plan Apple iPhone 4 dari DiGi

Click image to view larger

digi maxis iphone 4 plan price Harga Pakej dan Plan Apple iPhone 4 dari DiGi

Posted in Malaysia, TechnologyComments (2)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com