Burger King buat promosi jualan gila-gila lagi! Kali ni dengan promosi belian Burger Spicy Chick ‘N’ Crisp dengan harga cuma RM1! Berminat? Jom tengok ni!
Tapi sebelum itu, untuk belian ini ianya ada syarat tertentu!
Untuk membolehkan anda membeli Burger Spicy Chick ‘N’ Crisp ini dengan harga RM1, anda perlu membeli minuman berkarbonat bersaiz ‘medium’ terlebih dahulu. Kecewa? Tak langsung! Masih lagi berbaloi!
Habis lah, dah pasti Burger King kat mana-mana seluruh Malaysia ni dah pasti kena serbu dengan ramai orang! Lebih-lebih lagi apabila ianya cuma sah untuk 16 November sahaja!!
Dalam banyak-banyak cara lamaran kahwin yang pernah dibuat orang, mungkin lamaran yang dibuat Loke Hing Seong ini antara yang paling romantik atau gila.
Apa-apa pun, jom tengok dulu seluruh laman Groupon Malaysia yang dijadikan sebagai ruang lamaran kahwin Loke Hing Seong.
Yang paling menarik dan kelakar dah pasti keterangan yang ditulis pada ‘promosi tawaran’ Groupon itu sendiri, cuba lihat! :
A lifetime of marital bliss, child rearing and IT support.
Free cuddles, nuzzles and snuggles.
Portable, easy to bring along for dinner dates and family reunions.
Infrared sensors detect female emotions and react accordingly.
Serves edible food at all times of the day.
Infinite supply of truthful exchanges with adjustable settings for sensitive topics.
Lifetime warranty covers feeding children and household repairs.
No expiry date
Redemption period: Nov 8, 2011 – ∞
Valid for pick-ups: 24 hours daily (not including sleeping hours).
Limited stock, restocking takes up to 80 years.
Limit 1 per person.
Start-up time may vary depending on weather conditions and product age.
Valid from Loke Hing Seong.
Amboi! Bukan main lagi, lawak betul la Loke Hing Seong ni. Antara yang diberi dalam pakej termasuk lah pelukan percuma, ada jaminan seumur hidup atas tanggungan anak-anak lagi.
Siap dengan laman Facebook dia sendiri lagi, mana tahu ada yang nak mengenalinya dengan lebih lanjut kan.
Yang pasti, ini memang kreatif dan berhasil! Segalanya demi Mei Chen!
Wah! Plaza Lowyat akan mengadakan promosi jualan barangan elektronik dengan harga runtuh! Promosi ‘Crazy Sale’ dengan jualan barang bermula RM1 sahaja!
Tak percaya? Cuba tengok kepingan risalah iklan yang diiklankan di surat khabar tempohari.
Promosi ‘Crazy Sale’ Plaza Lowyat ini akan bermula hari ini, 15 September 2011 sehingga 18 September 2011, bermula jam 1 tengahari dan selanjutnya!
Yang dah pasti menjadi perhatian sudah pasti jualan murah pelbagai alatan elektronik berjenama pada barisan pertama risalah itu! Antaranya, CSL Mi 700 Droid Pad boleh didapatkan dengan cuma RM11 sahaja! Samsung Galaxy Ace dengan RM450, Apple iPad 2 cuma RM750! Hebat kan?
Namun demikian, berdasarkan beberapa maklumat yang disampaikan, terdapat beberapa syarat-syarat dan langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum dapat membeli barangan itu dengan harga sedemikian. Sila rujuk dibawah :
Membuat belian bernilai RM50 atau lebih dalam satu resit, di kedai-kedai yang turut serta.
Setiap seorang dengan satu resit boleh membuat undian pada hari sama resit tersebut dikeluarkan.
Undian ini akan menentukan barangan elektronik yang anda boleh beli dengan harga runtuh ‘Crazy Sale’ ini.
Alamak! Lecehnya! Berbaloi ke habiskan RM50 semata-mata untuk dapatkan diskaun membeli barangan yang belum tentu menjadi pilihan walaupun dengan harga murah?
McDonald’s kembali lagi dengan promosi pertengahan bulan Julai yang sudah pasti sentiasa dinanti-nantikan, jom dapatkan Kupon Beli 1 Percuma 1 McDonald’s Double Cheeseburger!
Apa yang anda perlu buat, cuma perlu cetak sendiri kupon dibawah ini. Dapatkan salinan cetakan dari url ini.
Ini bermakna, anda cuma perlu belanjakan RM6.55 (Tidak termasuk cukai), untuk dapat 2 biji Burger istimewa McDonald’s Double Cheeseburger ini!
Promosi ini berlangsung sepanjang 11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011, bermula 11 Pagi sehingga 12 Tengahmalam setiap hari tersebut.
Cetakan hitam dan putih adalah dibenarkan, terhad untuk satu pembelian bagi setiap pelanggan dan tidak sah untuk pembelian McDelivery.
Menarik bukan? Jom kongsi maklumat ni dengan rakan-rakan anda!
Penerbit filem di Indonesia buat lagi. Selepas penampilan artis filem porno Maria Ozawa, kini Sora Aoi pula yang diambil berlakon bagi filem yang baru ditayangkan, “Suster Keramas 2″.
Macam-macam, agaknya pelakon-pelakon disana sudah bosan ditayangkan di pawagam mungkin?
Walaupun begitu, mengapa mesti pelakon filem pornografi juga yang diambil berlakon? Adakah sebagai modal untuk mempromosikan filem tersebut?
Yang jadi persoalannya, boleh ke pelakon macam Sora Aoi (Sola Aoi) ni bertutur dalam bahasa Indonesia? Atau, dialog yang diberi semuanya dalam bahasa Jepun?
Apa-apa pun, Filem ini telah pun ditayangkan 21 April yang lalu di pawagam-pawagam di Indonesia. Malah, Filem ini turut mempunyai tajuk dalam bahasa Inggeris yang diberi nama “Evil Nurse 2″.
Apa sinopsis filem ni? Apa la agaknya ya, tak hendak pula nak ambil tahu.
Trailer Filem Suster Keramas 2 dengan penampilan khas Sora Aoi.
Wah, teringin nak menikmati KFC sebagai sarapan pagi anda? Kini terdapat lebih banyak pilihan menu sarapan pagi di KFC yang and boleh nikmati, jom tengok~
Cuba lihat pada gambar Cheezy Egg Bun di atas, sememangnya amat menyelerakan!
Malah, harga yang ditawarkan juga adalah sehingga serendah RM4.00 untuk setiap set sarapan.
Jom dapatkan menu Smart breakfast KFC am di restoran KFC berdekatan anda~
Mana la tahu nanti KFC pun buat promosi dengan kupon sarapan pagi percuma macam McDonald’s sebelum ni kan, nantikan promosi dari KFC di Notakosong.com.
Agak-agaknya, apa maksud poster teaser yang Pizza Hut keluarkan ini? Adakah berkenaan promosi 50% diskaun di Pizza Hut? Jom tengok poster yang dikeluarkan.
Berdasarkan poster tersebut, terdapat simbol 50% pada kesemua tarikh hari bekerja pada dan selepas 14 April 2011. Namun, sehingga kini masih lagi menjadi tanda tanya, apakah maksudnya simbol 50% tersebut.
Adakah ini untuk bersaing dengan promosi keluaran KFC dan McDonald’s yang begitu hebat sekali dengan promosi jualannya? Diskaun 50% atau separuh harga untuk kesemua pembelian Set Pizza pada tarikh-tarikh yang dinyatakan?
Apa-apa pun, kita nantikan sama-sama kejutan istimewa dari Pizza Hut ini!
Pernah cuba KFC Lunch Treats? Ala menu KFC yang ada KFC Famous Bowl tu, dengan harga serendah RM4.95 tu. Dan merupakan antara menu jimat makan tengahari di KFC tu.
Kini ada boleh dapatkan lebih ekstra pada menu yang anda beli dengan penggunaan kupon online dibawah.
Apa yang anda perlu buat cuma pastikan anda berpeluang untuk menikmati KFC Lunch Treats dengan pergi ke Restoren KFC antara 12 Tengahari sehingga 3 Petang, dan kemudian tampilkan kupon dibawah yang sudah dicetak terlebih dahulu.
Apa-apa pun, sila baca pada kupon tersebut untuk maklumat lanjut apa tawaran ekstra yang anda akan perolehi.
Khabar angin sebelum ini mengenai DiGi akan lancarkan Apple iPad 2 termasuk data plan, nampaknya hanyalah rekaan semata-mata.
Apa yang berlaku sebenarnya adalah DiGi sedang sibuk mempromosikan Apple iPhone 4 dan DiGi Smart Plan.
Menurut pengumuman dari DiGi,
Morning! Starting from today until 31st March 2011, all new iDiGi subscriptions are entitled to purchase a 2nd Apple iPhone 4 without a contract! Price starts from RM2290.
So, get a 2nd iPhone for your loved one today! Visit any of the outlets listed here http://cot.ag/b4PVhO to grab not one, but two iPhones.
Agak pelik digi masih menjual Apple iPhone 4 pada harga yang tinggi iaitu RM2290, sedangkan di pasaran luar iPhone 4 sudah turun harga sehingga cuma mencecah RM2000.
Apa yang dilihat sebagai promosi ini, nampaknya cuma kelihatan seperti cubaan dari DiGi untuk menghabiskan stok Apple iPhone 4.
Dengan ini, sudah terang dan nyata nampaknya Apple iPhone baru, (iPhone 5?) sudah hampir untuk diumumkan.
Recent Comments