Posted on 06 February 2012. Tags: Belakang, Bumper, Gambar, P3-21A, Proton, Reka Bentuk, Terdedah
Jom cepat-cepat tengok gambar rahsia yang terbocor ke maklumat awam ni. Gambar reka bentuk belakang Proton P3-21A! Nampak amat ekslusif dan menarik!

Wah, rasanya ini adalah gambar pertama model Proton P3-21A yang betul-betul tidak dibaluti apa-apa pelindung sedikit pun, dan memang keseluruhan kereta terdedah! Walaupun cuma bahagian ‘bumper’ belakang yang terdedah, rasanya sudah cukup untuk memuaskan hati yang begitu teruja menanti model baru dari Proton ini.
Model Proton P3-21A ini dikatakan akan dilancarkan dalam pertengahan 2012 ini dan didatangkan dengan teknologi Proton untuk membawakan model ini sebagai model utama pasaran antarabangsa.
Apa pendapat anda? Menarik atau tidak?
Posted in Automotive, News
Posted on 01 December 2011. Tags: Baru, Flyers, Gambar, Iklan, Pameran, Pandu Uji, Proton, Proton SAGA 1.6 FLX SE, Spesifikasi
Masih ingat lagi entri sebelum ini berkenaan gambar flyers iklan dan spesifikasi Proton SAGA 1.6 FLX SE? Kali ni jom pula tengok gambar-gambar sebenar dari bilik pameran Proton!






Nak tahu maklumat lanjut berkenaan Proton SAGA 1.6 FLX SE ni? Boleh rujuk pada kiriman entri sebelum ini di sini.
Menarik? Tak sabar nak pandu uji Proton SAGA 1.6 FLX SE Baru ni!
Sumber : Proton SAGA BLM Facebook Group
Posted in Automotive
Posted on 24 November 2011. Tags: Baru, Flyer, Gambar, Harga, Iklan, Model, Perodua Myvi, Proton, Proton Saga FLX 1.6 SE, Spesifikasi
Esok 25 November 2011, Proton akan melancarkan varian baru bagi model Proton Saga yang diperkemaskinikan, Proton Saga FLX 1.6 SE Baru!
Proton Saga baru ini akan dilengkapi dengan enjin Campro IAFM 1.6L dan diberi keistimewaan dengan penambahan pelbagai ciri-ciri baru sejajar dengan penggunaan nama SE pada Saga ini.
Proton Saga FLX 1.6 SE ini turut akan dilengkapi dengan pilihan transmisi baru yang dibangunkan Proton, CVT dilengkapi dengan SAT 6 kelajuan, yang sebelum ini turut digunakan pada Saga FLX model 1.3L.
Jom tengok keratan iklan Proton Saga FLX 1.6 SE Baru ini!

Bukan itu sahaja penambahan beberapa aksesori baru dan perubahan kosmetik turut diberikan khas kepada Saga FLX SE ini agar dapat lebih menyerlah dan membezakan varian ini dengan varian yang lebih biasa. Ianya dilengkapi dengan Rim Aloi 15″, dan juga rekaan lampu belakang baru.
Jom lihat spesifikasi pada keratan iklan ini dengan lebih jelas. (Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.)


Menarik bukan? Nantikan gambar rasmi pelancaran dan model varian baru oleh Proton Saga ini.
Berkenaan harga, berdasarkan maklumat, varian baru Proton Saga ini akan diperkenalkan pada harga bawah RM50,000! Mungkin ini bagi mencabar harga jualan Perodua Myvi 1.5L agaknya.
Apa-apa pun, yang pasti ianya adalah berita yang baik untuk semua orang! lebih pilihan kepada pengguna dan sudah pasti lebih berbaloi!
Posted in Automotive, News
Posted on 06 November 2011. Tags: Baru, Beijing, Campro, China, Dato' Sri Haji Syed Zainal Abidin, Enjin, Euro-5, Exora, Hawtai, Hawtai Motor Group Ltd, Jenama, Model, New, P3-21A, Persona R, Phoenix, Popular, Proton, Proton Persona, Replacement
Pengarah Urusan Proton tempohari mengeluarkan kenyataan kepada wartawan menjelaskan mengenai model Proton P3-21A yang begitu hangat diperkatakan.
Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin dengan jelas berkata, model Proton yang diberi nama produk P3-21A adalah model yang sepenuhnya adalah model baru yang diperbangunkan dengan reka bentuk baru dan tidak mempunyai bayangan Proton Persona walau sedikit pun.
Sekaligus menambahkan lagi ragu-ragu keatas pelbagai khabar angin yang tersebar berkenaan Proton Persona Replacement, ataupun model yang digelar sebagai Persona-R.
Model P3-21A sebelum ini banyak kali dilihat sedang dipandu uji di jalan raya, contohnya dalam kiriman sebelum ini. Proton P3-21A.
Lain maklumat yang tersebar juga turut mengatakan model baru P3-21A akan mempunyai iras rupa dengan Proton Tuah (Model inspirasi Proton Persona) iaitu salah sebuah model dari ‘Proton Pahlawan Series‘.

Apabila ditanya mengenai enjin yang akan digunapakai, DSZA mengatakan bahawa enjin CamPro yang ditambah baik akan digunakan, dan tidak menyebut langsung mengenai ura-ura dimana Proton sedang bersiap sedia dengan pelancaran enjin baru (Phoenix?).
Model P3-21A ini juga akan dijadikan sebagai antara 2 model Proton yang akan dibina di China sebagai salah-satu hasil kerjasama Proton dan syarikat automotif di Beijing, Hawtai Motor Group Ltd. Sebuah lagi model adalah Proton Exora.
Model baru P3-21A ini akan dipasarkan di pasaran tempatan China dengan jenama Hawtai, dan bagi pasaran eksport termasuk Malaysia, akan menggunakan jenama Proton.
Turut dinyatakan, Proton sedang dalam proses ujikaji sistem enjin Diesel jenama Hawtai yang mempunyai taraf gred Euro-5. Adakah ada kemungkinan Proton akan menghasilkan kereta berenjin Diesel pada masa hadapan? Yang pasti, di Eropah sememangnya penggunaan kereta berenjin Diesel adalah amat luas dan semakin Popular.
Apa-apa pun DSZA telah menyatakan dengan jelas, Model Proton P3-21A ini akan dilancarkan pada awal tahun 2012, sepenuhnya sebagai model baru, reka bentuk baru, teknologi baru dan disebut sebagai model pasaran antarabangsa!.
Posted in Automotive, News
Posted on 18 October 2011. Tags: Basikal, BMW, Canggih, Ciptaan, Ferrari, Ford, Jenama, Kereta, Land Rover, Maserati, Mclaren, Mercedes, Mini Cooper, Porsche, Proton, Volkswagen
Bayangkan kalau pembuat jenama kereta terkenal dunia seperti Ferrari, Mercedes, bina basikal pula. Macam mana rupanya? Jom tengok 10 ciptaan sebenar basikal canggih ni!

Basikal BMW (Bavarian Motor Works)

Basikal Ferrari CF9

Basikal Ford E-Bike

Basikal Land Rover - Range Rover Evoque

Basikal Maserati 8CTF
Ada basikal Fixie tu! Sah kalau ada ramai peminat Fixie yang baca ni, mesti nak simpan duit. Tapi maaf la, harga basikal ni pun dah boleh beli 3-4 biji kereta Proton Persona. Jom sambung lagi 5 gambar terakhir.

Basikal McLaren Venge

Basikal Mini Cooper FDB166

Basikal Porsche S

Basikal Volkswagen E Concept

Mountain Bike Mercedes
Menarik bukan??
Memang lah menarik dah canggih basikal ni, dah kalau harga pun mampu cecah RM200,000.
Agak-agaknya, Proton ada keluarkan basikal juga tak? Mana la tahu kan, Perodua ke keluarkan dulu.
Posted in News, Sport
Posted on 23 August 2011. Tags: Baru, Exora Turbo, Gambar, Model, Paultan.org, Proton, Proton Gen-2, Proton P3-21A, Proton Persona, Proton Tuah, Spesifikasi, Spyshot
Selain dari Exora turbo yang sudah pasti akan dilancarkan pada penghujung tahun ini, Proton sedang bersiap sedia dengan model baru dengan kod nama, Proton P3-21A.
Beberapa gambar ‘Spyshot’ telah dikirimkan kepada Paultan oleh pembacanya yang terserempak dengan model-model baru Proton yang sedang diuji diatas lebuhraya. Jom tengok!




Menarik bukan? Nampak macam ada gaya eropah pada rekabentuk baru ni. Nama rasmi model ni sememangnya masih menjadi rahsia dan tanda tanya, rupa sebenar model ini juga masih lagi jauh dari bayangan.
Kemungkinan besar ia akan kelihatan lebih kurang sama seperti model konsep proton sebelum ini, Proton Tuah.
Sama ada ianya akan menjadi model gantian kepada Proton Persona atau tidak, itu masih belum ada sebarang spekulasi, mungkin ya kerana model Proton Persona yang dilancarkan pada tahun 2007 sudah hampir dengan 5 tahun usia kitaran model.
Atau ianya menjadi model ganti Proton GEN-2? Proton GEN-2 sudah berada di pasaran semenjak tahun 2004 lagi, dan sememangnya sudah sampai masanya untuk Proton menggantikannya dengan model yang lebih menepati citarasa kini.
Soal spesifikasi, langsung tiada maklumat.
Nantikan maklumat lanjut pada masa akan datang!
Posted in Automotive, News
Posted on 25 July 2011. Tags: Baru, Berita, CVT, Gambar, Paultan.org, Proton, Proton Saga FLX, SAT, Showroom, Stepped Automatic Transmission
Meskipun tiada berita rasmi dan heboh diumumkan mengenai Proton Saga FLX Baru dengan CVT SAT, kereta ini sudah mula dipamerkan di Showroom Proton. Jom tengok!
Walaupun didatangkan dengan dua versi berlainan, versi yang paling mendapat perhatian sudah pasti versi model ini yang serba baru dan paling banyak perubahan iaitu, Proton Saga FLX 1.3 Executive yang dilengkapi dengan CVT SAT, ABS serta EBD. Dan sudah pasti Airbag turut didatangkan sekali.
Jom tengok beberapa gambar Proton Saga FLX Executive baru ini,





Harga yang ditawarkan adalah dijangka RM44,298 termasuk insurans. Dan kemungkinan besar sejumlah unit yang besar telah disediakan dan boleh didapatkan oleh pembeli sebelum sambutan Hari Raya akan datang.
Bagi yang tertanya-tanya, fungsi CVT adalah membolehkan penghasilan purata gear tanpa had maksimum, dan yang dilengkapkan pada Proton Saga FLX CVT ini adalah transmisi CVT dengan 6 gear.
Fungsi SAT (Stepped Automatic Transmission) pula adalah untuk menghasilkan rasa pengalaman transmisi automatik dengan 6 gear sebenar.
Sumber Gambar : Paultan.org
Posted in Automotive, News
Posted on 13 June 2011. Tags: Arena, Beli, CUSCO, Gambar, Japan, Jepun, Jual, Kategori, Lumb, Lumba, Modifikasi, Perlumbaan, Permotoran, Proton, Racing, Rally, Satria Neo, Satria Neo CUSCO Rally Japan Spec, Spec, Spesifikasi, Syarikat
CUSCO merupakan sebuah syarikat permotoran dari Jepun yang amat aktif dalam arena perlumbaan terkemuka.Tahukah anda CUSCO juga menjual Satria Neo di Jepun?
CUSCO mula menjual Proton Satria Neo di Jepun setelah menggunakan beberapa unit Satria Neo sebagai unit lumba dalam perlumbaan Rally Kategori N.
Kesemua Proton Satria Neo yang dibeli khas ini, telah diubah suai mengikut spesifikasi lumba dan alat modifikasi dari CUSO Japan sendiri.
Jom tengok gambar menarik Satria Neo CUSCO Rally Japan Spec Racing yang digunakan untuk perlawanan perlumbaan Rally, dan juga dijual di Jepun.








Posted in Automotive, News
Posted on 24 March 2011. Tags: 2.58%, Bank, Baru, Beli, Dekat, Faedah, Kadar, Kereta, Model, Murah, Normal, Pinjaman, Proton, Proton Edar, Proton Exora, Proton Inspira, Proton Persona, Pusat, Showroom
Anda sedang mencari-cari pilihan kereta untuk dibeli? Mungkin anda akan tertarik dengan tawaran promosi kereta baru dari Proton ini.
Anda boleh dapatkan kereta baru dari Proton dengan kadar faedah pinjaman bank serendah 2.58% setahun! Jauh perbezaannya dengan kadar faedah normal yang seperti umum sedia maklum paling rendah ialah 3.75%. (Bergantung kepada bank)
Kereta pilihan dari Proton yang termasuk dalam promosi kadar faedah rendah ini adalah, Proton Persona, Proton Exora, dan juga Proton Inspira.
Serendah 2.58%, namun ianya bergantung kepada tempoh pinjaman anda dan juga tertakluk kepada pilihan model kereta Proton anda.
Apa tunggu lagi, dapatkan maklumat lanjut di pusat pengedar dan showroom Proton berdekatan dengan anda.

Posted in Automotive, News
Posted on 08 March 2011. Tags: Asli, Awam, Gambar, Harga, Insuran, Lambang, Media, Merah, Neo, Price, Proton, Proton R3 Satria Neo, Satria, Spesifikasi, Warna
Proton R3 Satria Neo baru sahaja dilancarkan dan sudah mula dijual kepada orang awam. Saksikan gambar yang diedarkan untuk pihak media.
Satria Neo R3 ini dilancarkan dengan pilhan warna merah garang yang semestinya lambang asli Proton R3. Harga yang ditawarkan pula ialah RM79,797 seunit, termasuk insuran.
Pelbagai peningkatan dibuat berbanding Proton Satria Neo yang asal. Berikut merupakan spesifikasi Proton R3 Satria Neo.

Berikut merupakan gambar-gambar lain Proton R3 Satria Neo.





Posted in Automotive, News
Recent Comments