Tag Archive | "Puasa"

Tutorial pasang widget waktu solat di blog anda


Berikut merupakan tutorial pasang widget waktu solat di blog anda. Widget waktu solat ini teramatlah berguna lagi-lagi di bulan puasa ni, maklumlah nak tahu waktu imsak dan berbuka.

Widget ini cuma menggunakan iframe dan tidak memerlukan coding yang panjang untuk dipasang. Lebih mudah jikalau anda sememangnya mempunyai pengalaman dengan menggunakan web programming seperti HTML.

Widget yang akan digunakan ini diambil dari laman e-solat milik JAKIM.

selamat berpuasa ramadhan Tutorial pasang widget waktu solat di blog anda

Langkah-langkah dan cara-cara memasang kod waktu solat, waktu imsak, dan berbuka bagi tempat tinggal masing-masing :

  1. Mula dengan pergi pada laman untuk mengubahsuai atau menambah kod HTML pada blog anda. (WordPress : Pergi pada Appearance -> Editor, atau pada ruang Widgets, Blogspot : Pergi pada Design -> Page Elements -> Add a Gadget -> Add HTML, atau letakkan di ruang Edit HTML)
  2. Ambil Kod iframe di bawah,
    <iframe src="http://www.e-solat.gov.my/solat.php?kod=KOD&amp;lang=LANG&amp;url=URL" frameborder="0" width="320" height="240"></iframe>
  3. Ubah KOD kepada kod kawasan tempat tinggal anda, kod bagi Kuala Lumpur ialah sgr03. Rujuk disini untuk kod kawasan yang berlainan untuk setiap negeri : http://www.e-solat.gov.my/e-solat.php?PageNo=5.
  4. Ubah LANG kepada BM atau ENG, ubah URL kepada http://www.islam.gov.my.
  5. Kemudiannya tekan pada SAVE atau SUBMIT atau PUBLISH pada blog anda.
  6. SIAP! Mudah je kan?

Ada apa-apa pertanyaan boleh tanya pada ruang komen dibawah ya. Selamat Mencuba dan Selamat menjalani Ibadah Puasa!

Sumber : http://www.e-solat.gov.my

Posted in Ekslusif, Islamic, TutorialComments (2)

Senarai Bazaar Ramadhan Malaysia 2011


Tarikan yang paling mendapat sambutan di bulan ramadhan ni sudah pasti Bazaar Ramadhan. Jom tengok beberapa senarai Bazaar Ramadhan di pelbagai lokasi di Malaysia.

Kuala Lumpur

Bandar Tun Razak
Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan
Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
Pusat Penjaja Bazar Ramadhan Pekan Sg Besi
Kawasan Tempat letak Kereta Velodrom Cheras
Bazaria Larut Malam, Velodrom Cheras
Taman Len Sen
Jalan Budiman 25, Taman Mulia
Jalan 14/155C Apartment Sri Rakyat Bukit Jalil
Parking Bersebelahan LRT Cheras
Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
Dataran Padang Permainan

Bukit Bintang
Jln Benteng
Siarkaki Leboh Pudu
Jln Chow Kit (Sepanjang Siarkaki Chow Kit)
Lorong Berangan
Pasarama Kota (Depan Kelang Bus Stand)
No. 239, Jalan Tuanku Abdul Rahman
Jalan Haji Taib
Siar Kaki Persimpangan Jln Chow Kit
Jalan Masjid India
Lorong Tuanku Abdul Rahman

Tapak Parking Pasar Selayang
Rumah Pangsa Pkns, Jln Kuching
Sentul Pasar
Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh
PPR Batu Muda
Kompleks Mutiara, Batu 31/2 Jalan Ipoh
Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara
Taman Wilayah Selayang Fasa 3

Cheras
Taman Segar
Jln Susur Off Jln Pasar/Pudu

Kepong
Jalan Metro Prima 5 depan Maybank, Kepong

Seputeh
Di antara Blok D dan Blok E, PPR Kampung Muhibbah
Kiri dan Kanan Jalan Radin Bandar Baru Sri Petaling
Jalan 3/109c off Jalan Klang Lama

Lembah Pantai
Jalan Sri Jati 3
Sebelah Pure Life off Jalan Puchong

Segambut
Jalan 1/38j (Susur Wisma Suhati)

Titiwangsa
Jln Cochrane
Pasar Datuk Keramat
Lorong Haji Hussein 3, Jalan Raja Bot Dan Lorong Raja Bot (Chow Kit)
Persimpangan Jln Tar/ Jln Raja Alang
Siarkaki Sepanjang Jln Tar Hingga Ke Persimpangan Masuk Ke Jln Raja Alang

Setiawangsa
Jalan Rejang 11, Setapak Jaya
Jalan Wangsa Melawati 3
Jalan Wangsa Delima
Rampai Business Park, Jalan Rampai Niaga 6
Hadapan Surau Al-Ikhlasiah, Kg Semarak off Jalan Semarak

Wangsa Maju
Jalan 1a/6, Setapak Indah, Danau Kota
Siar Kaki Depan Ong Tai Kim, Gombak
Jalan Langkawi, Teratai Mewah
Kaki lima Plaza Idaman
Jalan 4/27A Seksyen 2 berhadapan Bangi Kopitiam Wangsa Maju
Jalan 3/27A berhadapan Alpha Seksyen 1, Wangsa Maju
Di atas siar kaki Jalan Gombak / Plaza Idaman
Siar kaki Jalan Danau Saujana Jalan Langkawi, Jalan Genting Klang
Di atas siar kaki Jalan jernai, Medan Idaman
Tapak Pasar Malam Taman Melati

Tapak Kosong Setinggan Kg Pasir Kiri Jalan Pantai Dalam
Kawasan Flat Kg Kerinchi 17 Tingkat

Subang Jaya
SS18, Subang Jaya (Jalan SS18/6)
USJ 7, Subang Jaya (Jalan USJ 7/3c – Hadapan Gerai Majlis USJ 7)
USJ 4, Subang Jaya (Jalan USJ 4/5)
USJ 1 Pangsapuri Angsana (Tapak Pasar Malam)
Pinggiran USJ (Jalan Pinggiran USJ 1/1)
Taman Batu Tiga (Hadapan Gerai Majlis Tmn Batu 3)
Putra Heights (Berhadapan Flat Sri Mutiara)

Puchong
Tmn Puchong Perdana (Jalan Perdana 2)
Tmn Puchong Permai (Jalan Permai 2/10)
Tmn Puchong Permai (Jalan Permai 1/10 – Sebelah Surau Ra’ayah)
Tmn Puchong Prima (Jalan Prima 5/3)
Tmn Puchong Utama (Jalan Utama 2/1)
Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong (Jalan Wawasan 2/22)
Pusat Bandar Puchong (Jalan Bandar 3- Tapak Bersebelahan Tesco Puchong)
Puchong Utama (Tapak Pasar Malam Puchong Utama – kecuali hari selasa)
Puchong Indah (Tapak Pasar Malam – kecuali hari isnin)

Kinrara
Bandar Kinrara Sek 5 (Jalan BK 5A/1)
Tmn Kinrara Sek 1 (Jalan Taman Kinrara 1/1)
Tmn Perindustrian Kinrara (Jalan TPK 2/1 & 2/2)
Tmn Kinrara Sek 4
Hadapan Gerai UPEN Puchong Jaya (Petak Letak Kereta)

Serdang
Tmn Seri Serdang (Jalan 18/35)
Tmn Universiti Indah (Jalan 2/10)

Seri Kembangan
Tmn Pinggiran Putra (Jalan PP 1/2)
Tmn Equine (Jalan PP 1B)
Puncak Jalil (Jalan PUJ 3/2)

Kajang
Sepanjang jln masuk ke smap, kajang
tapak bazaar malam reko sentral
jalan utama, sek 2, tmn kajang utama
tapak pasar malam kompleks hentian kajang
tempat letak kereta, hadapan deretan kedai taman zamrud
hadapan deretan kedai & kilang iks sg. Jelok. ( tempat letak kereta )
dataran prima saujana, tmn. Prima saujana, kajang
kawasan tanah lapang ( tapak funfair ), taman kajang prima
tapak pasar tani ( tmn ramal indah )
jln kajang mewah 10
di belakang tesco batu 14, kajang

Tapak parking desa serdang ( hadapan bangunan minlon )
jalan temenggung 21/9, sek. 9, bdr mahkota cheras ( tapak pasar malam )
lebuh taming, taman taming jaya
berhampiran loji kumbahan taman harmoni, seri kembangan
tmn. Suntex, bt. 9, cheras
jln chengal 4, taman impian ehsan
kawasan lake valley jalan suarasa 8/4, bdr tun hussein onn
di jalan cp 4/38, tmn cheras perdana
jalan cj 8, taman cheras jaya
padang awam, taman cheras utama ( tapak pasar malam lama )

Bandar Baru Bangi
Tapak Pasar Malam Seksyen 16, Bandar Baru Bangi
Tempat Letak Kereta Jalan 3/69, Seksyen 3, Bdr Baru Bangi
Dihujung Jalan 2/3a, Kawasan Dua, Bdr Baru Bangi
Hadapan Asrama Kolej Polytech Mara Bangi
Jalan Seri Putra ½, Bdr Seri Putra
Jln 7/7b, Sek 7, Bdr Baru Bangi
Di Tempat Letak Kereta & Jln Susur Kompleks Pkns Bangi

Beranang
Tapak Pasar Malam, Bdr Tasik Kesuma
Tapak Pekan Sehari Beranang

Hulu Langat
Tapak Pasar Malam Taman Seri Nanding
Bersebelahan Padang Futsal,Tmn Desa Sentosa

Semenyih
Jalan Semenyih Sentral 1
Seksyen 1, Berhampiran Dengan Pasaraya Billion Bdr Teknologi Kajang
Di Jln Tps 1/5, Tmn Pelangi Semenyih

Shah Alam
Seksyen 2
Seksyen 7 (tpm)
Seksyen 13 (stadium shah alam)
Seksyen 17 (tpm)
Seksyen 18 (tpm)
Seksyen 20 (berhampiran tpm)
Seksyen 25
Sekolah U2 TTDI jaya (tps)
Seksyen u3 (subang perdana)
Seksyen 6 (tlk rest. Daud)
Seksyen 7 (jln platinum ad 7/ad) rest ali corner
Seksyen 7 (jalan kristal as7/as)
Seksyen 8 (dekat surau blok 17-18)
Seksyen 16 (hdpn dewan org ramai)
Seksyen 18 (jln 18/34 – klinik ahmad shah)
Seksyen 19 (tpm)
Seksyen 24 (tpk usahawan mikro)
Seksyenn 27 (tapak pasar malam)
Seksyen 28 (berhampiran kfc)
Seksyen 31 ( jln anggerik aranda b 31/b depan pondok polis kota kemuning)
Seksyen u5 (jln utarid u5/10) tpm
Seksyen u8 (jalan c u8/c bkt jelutong hdpn my mydin)
Seksyen u10 (tapak penjaja sementara)
Subang 2 (tapak pasar malam)
Seksyen u13 (setia alam – cimb bank)
Seksyen u20 (bbsb fasa 1) (bukit rahman putra)
Seksyen u20 (bbsb fasa 2) (pej luncai emas)
Seksyen u20 (bbsb fasa 3) (econsave)

Ampang
Pandan Indah (Tlk Padang Perbandaran Mpaj)
Pandan Jaya (Tlk Jalan Pandan 3)
Cheras Indah (Hadapan Dewan Komuniti)
Pandan Mewah (Tlk Sebelah Padang)
Pandan Cahaya (Tlk Jalan Pandan Cahaya 1/1)
Tmn Melawati ( Hadapan Pejabat Pos Lama )
Kg Pandan (Tlk Pandan Utama)
Medan Selera Angsana Hilir (Tlk)
Lembah Maju (Berhampiran Simpang Empat)
Kg Tasek Permai ( Hadapan Masjid )
Kg Melayu (Jalan Jati)
Au 2 ( Jalan Au2a/16 )
Au 4/1 (Hadapan Seven-Eleven)
Au 5 (Tlk Medan Selera)
Tmn Permata (Hadapan Pasaraya Hari-Hari)
Melawati Jalan E1
Bukit Antarabangsa (Jalan Wangsa Ukay 2)
Ukay Perdana (Hadapan Restoran Ali Maju)
Taman Melor (Tlk)
Bandar Baru Ampang (Pasar Bandar Baru Ampang)
Ampang Water Front (Tlk Fasa 2)
Bukit Indah (Sebelah Restoran Dalila, Tlk)
Ampang Jaya (Tlk Jalan 1)
Kompleks Muhibbah ( Taman Nirwana )
Keramat Permai ( Jalan Au1d )
Au3 (Tlk Flat Pkns 13 & 14)
Pandan Indah Jln 3/2b
Taman Kosas (Tlk Jalan Kosas 1/1)
Pandan Perdana (Hadapan Guardian)
Cheras Hartamas (Blok A1, Flat Bukit Segar)

Putrajaya
Putrajaya Tapak Ekspo Presint 2

Petaling Jaya
Seksyen 14 ( area masjid bulat)
Sri manja ( dkt area taman dato harun)
Kerinchi

Kuching, Sarawak
Satok
Matang
Stutong
Batu 7
Kota Samarahan

Sumber : Facebook

bazaar ramadhan satok Senarai Bazaar Ramadhan Malaysia 2011

Itu baru sikit tu. Sesetengah tempat tu, jarak Bazaar Ramadhan yang berlainan cuma dalam 1 Kilometer je, tapi kedua-duanya penuh orang! Hebat sambutan Bazaar Ramadhan ni.

Selamat Berpuasa!

Posted in Food, IslamicComments (0)

Tips mudah menjalani ibadah puasa ramadhan


Esok secara rasminya akan bermula 1 Ramadhan, tiba masa untuk umat islam seluruh dunia menjalani ibadah berpuasa. Jom baca tips mudah menjalani ibadah puasa ramadhan.

TIPS KETIKA BERSAHUR

  1. Jangan lupa bersahur dengan makanan berkhasiat cukup mengandungi protein, lemak, karbohidrat, vitamin, dan mineral.
  2. Lebihkan makanan berserat atau ‘fiber’, sebab makanan berserat lebih lama untuk dihadam menyebabkan rasa kenyang sentiasa. (Buah-buahan, sayuran hijau)
  3. Kurangkan pengambilan makanan bergaram dan makanan pedas ketika sahur, untuk mengurangkan rasa haus ketika berpuasa.
  4. Elakkan rasa lapar dengan kurangkan makanan berlemak.
  5. Amalkan memakan kurma kerana nutrien pada kurma amat penting untuk berpuasa.
  6. Amalkan meminum air kosong pada malam sebelum berpuasa dan ketika sahur bagi mengelakkan dehidrasi.
  7. Jangan terus tidur selepas sahur, ambil sedikit masa untuk biarkan makanan hadam terlebih dahulu
Rasulullah saw. bersabda: Makan sahurlah kalian, karena pada makan sahur itu terdapat keberkahan. (Shahih Muslim)

ramadhan code Tips mudah menjalani ibadah puasa ramadhan

TIPS KETIKA BERBUKA

  1. Jangan mula berbuka dengan minum air yang mengandungi ais, mulakan dengan air yang kurang sejuk.
  2. Cuba mulakan berbuka dengan 3 butir kurma dan sejumlah makanan ringan lain terlebih dahulu.
  3. Solat Maghrib dan kemudiannya rehat seketika sebelum sambung dengan hidangan lain bagi memberi ruang untuk penghadaman yang seimbang.
  4. Berbuka puasa secara bertahap-tahap dan tidak terlalu gelojoh bagi mengelakkan letih dan perut kembung.
Dari Sulaiman Ibnu Amir Al-Dlobby bahwa Nabi SAW bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu berbuka, hendaknya ia berbuka dengan kurma, jika tidak mendapatkannya, hendaknya ia berbuka dengan air karena air itu suci.” Riwayat Imam Lima. Hadits shahih menurut Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Hakim.

Cukup tak dengan beberapa Tips-tips mudah itu? Banyak lagi tips lain, mungkin masing-masing ada petua sendiri untuk menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang lebih sihat. Silakan berkongsi.

Tapi, jangan pula bila berpuasa ni jadi semakin malas, jangan lupa untuk terus amalkan gaya hidup sihat dan bersukan.

Apa-apa pun, Selamat Datang Ramadhan, dan Selamat menjalani ibadah Puasa bagi semua umat Islam seluruh dunia.

Posted in Ekslusif, HealthComments (2)

Sekeluarga mencuri di Al-Ikhsan pada bulan Ramadhan kantoi CCTV


Satu keluarga didapati mencuri di kedai peralatan sukan Al-Ikhsan pada bulan Ramadhan yang lalu, video mengenai kecurian ini dapat dirakam oleh CCTV kedai tersebut.

Sekumpulan pencuri yang disyaki sekeluarga ini melibatkan pencuri seramai 6 orang yang terdiri dari lelaki dan juga perempuan.

Berdasarkan apa yang diberitahu sekumpulan pencuri ini mencuri selepas waktu berbuka puasa, awal bulan ramadhan yang lalu.

Hebat betul pencuri ni, orang lain sibuk bertarawih, mereka ni pula sibuk melunaskan nafsu mencuri. Memang seronok la beraya nanti memakai baju baru serba curi. ==”

Didapati seorang dari pencuri tersebut, seorang makcik perempuan, mencuri baju dengan memasukkan baju yang diambil ke celah kangkang nya yang dilitupi baju kurungnya, lalu keluar dari premis tersebut dengan segera.

Yang mengejutkan, makcik tersebut bukan hanya melakukannya sekali, namun berulang-kali, keluar dan masuk dari premis tersebut!

Hinggakan, satu bahagian tayangan baju jenama terkenal Nike, Adidas, di Al-Ikhsan tersebut habis dicuri, dari penuh, hingga hanya tinggalkan sehelai-dua baju sahaja!

Nasib baiklah kasut yang ditayangkan disitu hanya sebelah dan tidak sepasang, kalau tak habis dengan kasut-kasut pun dicuri agaknya.

Saksikan video rakaman tersebut dibawah,

sebelum baju al ikhsan dicuri Sekeluarga mencuri di Al Ikhsan pada bulan Ramadhan kantoi CCTVselepas baju al ikhsan dicuri Sekeluarga mencuri di Al Ikhsan pada bulan Ramadhan kantoi CCTV

Posted in LOL, Malaysia, VideoComments (7)

Koleksi Pantun, SMS dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri


Dah tentu-tentu hari terakhir dalam bulan Ramadhan ni, semua umat islam dah tak sabar nak menyambut kedatangan bulan Syawal yang bermaksud, Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Apa lagi, semua orang pun dah puas sibuk membeli-belah, tak kurang juga yang sedang dalam perjalanan balik ke kampung masing-masing, malah ada yang sedang meletup-letup dengan bermain mercun.

Tapi kiriman kali ni khas untuk mereka yang sibuk memberi ucapan Hari Raya pada saudara-mara dan sahabat handai.

Disini ada beberapa koleksi Pantun, SMS dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang agak-agak menarik, mana tahu anda nak pakai silakan la jangan malu-malu~

For things I did wrong,
For words which might hurt,
For jokes u can’t take
& For advise u can’t accept,
1001 apologies…
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Ketupat Pulut di atas para,
Hendak direbus diatas Bara,
SMS dihantar pengganti Kad Raya,
Tanda Ingatan Dihari Raya… ”
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Salam Aidilfitri,
SMS pengganti diri,
Kad-Kad dah tak main lagi,
Ampun dan maaf dipohoni,
Salah dan silap harap di maafi.

Uno rendek kadel guli,
Kadel gulik kunji naiir,
Amma apak kari gedik,
Dey tambi happy aidilfitri..

Anak jaws main gitar,
Anak sotong main tabla,
Kad raya malas nak hantar
Send sms jer sudahla
Semoga ingatan tak akan pudar, Terimalah ucapan Selamat Hari Raya.

Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya

Masuk paya pakai pelampung
Jemput ar singgah ke kampung
Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas

Andai Ramadan dapat ku tahan
Ingin sekali ku pohon lanjutan
Rasa tak cukup ampunan mu Tuhan
Buat diriku yang tandus amalan
Namun Syawal tanda kemenangan
Rahmat Ya Rabbi untuk setiap insan
Justeru ayuh kita raikan
Dengan doa dan kesyukuran

1 2 3 4
Raya nanti chek nak makan ketupat
5 6 7 8
Mohon maaf atas segala kesilapan!

Kambing tua naik LRT,
Katak pisang tercekik tulang,
Walau sms saja yang diberi,
Itu tandanya ingatan tak hilang.
Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir & batin.

Menarik kan? itu baru sikit je tu, ada bermacam-macam lagi! Kalau ada yang menarik yang anda terima, silakan la berkongsi di ruang komen di bawah, nanti NK update kiriman ni~

Apa-apa pun, dalam keseronokan berhari raya, jangan lupa bayar zakat, ingat juga pada mereka yang kurang bernasib baik, malah, ingat juga pada mereka yang telah lebih awal meninggalkan kita. Sama-sama doakan kesejahteraan mereka.

P/s : Ini belum ucapan raya lagi ni, tunggguuuuuu

Posted in Internet, Islamic, LOL, MalaysiaComments (1)

Koleksi Kad Ucapan Raya Percuma


Beberapa hari lagi berakhirlah bulan Ramadhan, dan tiba pula bulan Syawal di mana semua orang islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi mula lah sibuk semua orang mencari Kad Raya untuk diberi kan?

Sekarang ni dah kurang orang yang hantar Kad Raya yang dibeli dari kedai-kedai, nak jimat kos, guna sahaja Kad Raya Digital. Download dari internet, dan email kan sahaja.

Malah, ada cara untuk sampaikan salam raya lagi mudah dan jimat, SMS pun cukup lah. Baru 1 sen je duit kurang kan?

Google sahaja perkataan Kad Raya, macam-macam reka bentuk kad raya yang anda akan temui, antaranya terdapat yang anda boleh download dengan PERCUMA! Seronok kan? siapa yang tak minat pada barang-barang FREE ni kan?

Pada kiriman akan datang, nantikan Koleksi Ucapan SMS Selamat Hari Raya pula ye.

Selamat Berpuasa, Hati-Hati di Jalan Raya.

Berikut antara Koleksi Kad Raya yang dapat diperoleh dari internet. Percuma untuk anda kalau ada yang kurang rajin nak cari sendiri. icon razz Koleksi Kad Ucapan Raya Percuma

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

kad raya 1 Koleksi Kad Ucapan Raya Percumakad raya 2 Koleksi Kad Ucapan Raya Percumakad raya 3 Koleksi Kad Ucapan Raya Percumakad raya 4 Koleksi Kad Ucapan Raya Percumakad raya 5 Koleksi Kad Ucapan Raya Percuma

Posted in Internet, PictureComments (2)

New Zealand Natural Merdeka Ice Cream Madness


Sambut hari kemerdekaan anda yang ke-53 dengan menikmati Ais Krim New Zealand Natural!

Dapatkan 30% diskaun dengan setiap pembelian Take Home Packs di New Zealand Natural! Promosi 5 hari ini akan bermula hari ini, 27 Ogos.

Promosi Ais Krim Merdeka ini berlangsung dari 27 Ogos 2010 hingga 31 Ogos 2010!

Dapatkan rasa enak sempena kemerdekaan ini dengan pelbagai perisa yang berlainan~ Cuma jangan cuba waktu berpuasa ye, cuba di malam hari~

Merdeka Ice Cream new zealand New Zealand Natural Merdeka Ice Cream Madness

Posted in Food, PromotionComments (2)

Hotel dan Restoran tawar bufet Ramadhan tidak halal?!


Sebanyak 24 Restoran dan Hotel telah disenaraikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai tidak memenuhi keperluan pensijilan halal Malaysia.

Restoran dan Hotel yang menawarkan bufet berbuka Ramadan ini antaranya merupakan bertaraf sehingga 5 bintang.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata bahawa senarai tersebut dikeluarkan setelah pemeriksaan dilakukan terhadap 34 Restoran dan Hotel pada minggu pertama Ramadhan.

24 Restoran dan Hotel dikatakan menggunakan bahan mentah berasaskan alkohol, bahan diragui dan bahan mentah yang tiada pengesahan halal dalam masakan bufet yang disediakan.

Senarai Restoran dan Hotel yang tidak mempunyai sijil Halal :

One World Hotel First Avenue (Petaling Jaya)
Bistro & Theatre Restaurant, Pusat Pelancongan Malaysia (Kuala Lumpur)
Impiana KLCC Hotel & Spa (Kuala Lumpur)
Hotel Equatorial (M) Sdn Bhd (Kuala Lumpur)
Putrajaya Shangri-La
Hotel Nikko Kuala Lumpur
Shah’s Village Hotel (Petaling Jaya)
Prescott Inn Kajang
Lagenda Cuisine Sdn Bhd (Prescott Inn Kajang)
Oriental Cyrstal Kajang
Restoran Tupai-Tupai (Kajang)
Eastin Hotel Petaling Jaya
Concorde Hotel KL
Novotel KL City Center (Concierge-Dept)
Bangi Golf Restaurant
Cititel Mid Valley (Kuala Lumpur)
Kanpei Restaurant (Kuala Lumpur)
The Zon All Suites Residences (Kuala Lumpur)
The Royale Bintang Kuala Lumpur
R & B Services Berjaya Times Square Hotel (KL)
The Saujana Kuala Lumpur
Hilton Kuala Lumpur
Le Meridien (Kuala Lumpur)
The Regency Hotel (Kuala Lumpur)

Jadi para pembaca yang bercadang untuk berbuka di Restoran dan Hotel, berhati-hati dengan makanan yang dihidangkan ye, nak selamat berbuka sahaja di rumah atau masjid.

logo halal malaysia 300x290 Hotel dan Restoran tawar bufet Ramadhan tidak halal?!

Posted in Food, Islamic, Malaysia, NewsComments (8)

Photography Outing KukuBesi di UTP, Tronoh


Pakar dalam bidang Fotografi di Malaysia, Kukubesi, akan mengadakan sebuah Outing Fotografi di sekitar Perak. Dan lokasi yang dipilih ialah Universiti Teknologi Petronas, Tronoh.

Outing Fotografi Ramadhan ini akan di adakan pada 26 Ogos 2010.

KukuBesi dan rakan-rakan telah menjemput mereka-mereka yang berada di sekitar lokasi tersebut untuk datang dan turut sama-sama turut serta pada sesi outing fotografi ini.

Jadi siapa yang berdekatan jangan lepaskan peluang ini, lebih-lebih lagi pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Jangan lupa juga untuk bawa segala peralatan kamera anda, dan yang pasti Kamera DSLR anda ye.

photo outing kuku besi di utp Photography Outing KukuBesi di UTP, Tronoh

Source : KukuBesi.com

Posted in Events, Malaysia, PictureComments (6)

Menu berbuka terbaik sepanjang Ramadhan


Alhamdulillah, nampaknya selesai sudah hari pertama berpuasa, Apakah lauk pilihan berbuka anda?

Disini NK ada lampirkan pilihan terbaik sepanjang zaman menu untuk berbuka puasa. Yang pasti, segala pilihan lauk pauk berbuka ini sangat mudah didapati di mana saja malahan di bazaar-bazaar Ramadhan berdekatan anda.

ayam percik terbaik Menu berbuka terbaik sepanjang Ramadhan

Ayam Percik!!

ikan bakar terbaik Menu berbuka terbaik sepanjang Ramadhan

Ikan Bakar!!

nasi kerabu special Menu berbuka terbaik sepanjang Ramadhan

Nasi Kerabu Special!!

nasi dagang special Menu berbuka terbaik sepanjang Ramadhan

Nasi Dagang!!

murtabak daging special1 Menu berbuka terbaik sepanjang Ramadhan

Murtabak Special!!

5 Pilihan Utama Wajib beli dan makan sepanjang bulan Ramadhan. Betul tak??

Apa pula pilihan anda?

p/s : Makan-makan juga, tarawih jangan lari~

Posted in Food, MalaysiaComments (2)







Partly powered by CleverPlugins.com