Tag Archive | "Puasa"

Wah KFC Hot and Spicy Shrimp!


KFC kembali lagi dengan promosi istimewa bulan Ogos, KFC Hot and Spicy Shrimp! Ini merupakan Produk ketiga dari KFC selepas menampilkan Shrimp Stix dan Shrimp Hearties.

KFC Holdings (Malaysia) Bhd melaksanakan tindakan bijak apabila memperkenalkan menu baru ini yang menggabungkan keenakan keeistimewaan baru KFC iaitu Udang dan juga Keistimewaan pilihan semasa Hot and Spicy kepada KFC Hot and Spicy Shrimp.

Dengan pelancaran produk baru KFC ini, Pengarah KFC Holdings (Malaysia) Bhd, Jamaludin Md Ali, berharap ianya akan menjadi pilihan kepada semua rakyat Malaysia dan menjadi pilihan menu berbuka puasa.

Berikut merupakan Poster menu baru tersebut,

kfc hot and spicy shrimp Wah KFC Hot and Spicy Shrimp!

Sumber : KFC.com.my

Posted in Food, Malaysia, PictureComments (2)

Real Madrid vs Malaysia – Batal?


3906043079 a9ffe85f54 Real Madrid vs Malaysia   Batal?

Perlawanan persahabatan antara skuad Bola Sepak Malaysia menentant pasukan gergasi dari Sepanyol, Real Madrid berkemungkinan besar akan dibatalkan.

Sebelum ini, Football Asia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pasukan Real Madrid akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang pasukan Malaysia pada 21 Ogos nanti. Perlawanan tersebut akan diadakan di Stadium nasional Bukit Jalil.

Kelab itu yang sebelum ini pernah bercadang untuk hadir ke Malaysia pada tahun 2003 tapi dibatalkan, dikatakan tidak dapat ke Malaysia atas sebab yang sama. Seperti yang dilaporkan oleh FAM, wujud masalah kewangan untuk membawa Real Madrid ke Malaysia.

Malah, FAM menyatakan kekhuatiran prestasi pemain Malaysia yang perlu bermain dalam bulan Ramadan. Kesibukan ketika melakukan ibadah berpuasa mungkin akan menjejaskan permainan skuad Malaysia.

Walaubagaimanapun, kelab Liga Inggeris, Cardiff City yang kini dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan dan Chan Tien Ghee akan tetap hadir ke Malaysia untuk dua perlawanan persahabatan, pada 15 Julai, dan juga 17 Julai nanti.

Sumber : Malaysian Insider

Kesian peminat Pasukan Real Madrid, kempunan tak dapat nak tengok Christiano Ronaldo dan Kaka beraksi depan mata kan?

Posted in News, SportComments (10)

Puasa 70 tahun, mampukah anda?


Hebat, orang tu yang berumur 82 tahun dari India ini dikatakan telah berpuasa tanpa makan dan minum selama 70 tahun, dan setelah diperiksa doktor, beliau tidak mengalami apa-apa masalah kesihatan!. Bayangkan orang ni dah puasa 7 dekad, ada antara kita puasa tak sampai 12 jam pun dah tak larat… ish ish ish.

Read the full story

Posted in Food, LOL, PictureComments (4)







Partly powered by CleverPlugins.com