Tag Archive | "Ramadhan"

Kurma tiruan atau kurma asli?


Nampaknya walau di bulan Ramadhan, masih ada segelintir pekerja yang cuba mengambil kesempatan dalam berniaga. Ada pula yang cuba menjual buah Kurma tiruan!

Kurma Tiruan/Palsu ini dijual dalam jumlah borong atau jumlah pukal, dan dijual dengan jumlah yang banyak di tepi jalan, kedai-kedai runcit ataupun bazaar ramadhan.

kurma tiruan palsu Kurma tiruan atau kurma asli?

Kurma tiruan ini dihasilkan dengan menggunakan kurma yang berkualiti rendah yang diproses. Peniaga atau pemborong akan mengimport buah kurma berkualiti rendah yang murah, gaulkan dengan gula merah yang pekat, biarkan sehingga sebati dan kemudiannya dipasarkan kepada orang awam dengan harga lebih tinggi.

Hasilnya, rasa yang manis dan ada yang mendakwa ianya lebih sedap berbanding kurma gred tinggi yang lain. Namun rasa manis itu hanyalah rasa manis gula dan bukan rasa manis khasiat dari Kurma itu sendiri.

Jadi, Awas! Pastikan anda tidak tertipu dengan tawaran kurma murah meskipun dengan harga RM1 sekilo sekali pun. Lain zatnya dengan Kurma Asli!

Posted in Food, IslamicComments (3)

Iklan Ramadhan TV9 didakwa menghina Islam?


Ada-ada je, yang terkini, Iklan Ramadhan TV9 mengenai ibadah bersahur pula didakwa mempunyai unsur penghinaan kepada agama Islam. Jom tengok,

Pemuda PAS Selangor mendakwa bahawa Iklan Ramadan TV9 itu menghina Islam apabila ianya dilihat mempersenda-sendakan ibadah bersahur dan memberi pandangan terpesong dari maksud sebenar ibadah tersebut.

iklan tv9 hina islam Iklan Ramadhan TV9 didakwa menghina Islam?

Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, “Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah didalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat,”.

Iklan tersebut memaparkan suasana apabila dua orang jiran saling mendengki dan bersaing dalam menyiapkan juadah sahur. Pada penghujungnya, memaparkan dimana salah seorang jiran tersebut terlalu asyik bersaing, sehingga apabila azan berkumandang dia tidak sempat untuk bersahur, dan jiran yang seorang lagi pula sedang membasuh pinggan sambil mentertawakan jirannya itu.

“Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah,”, itulah kenyataan yang telah ditambah oleh Ketua Pemuda Pas tersebut.

Sila saksikan video yang diperkatakan dibawah :

Video Iklan Ramadan TV9 yang didakwa menghina Islam

Posted in Islamic, Malaysia, NewsComments (3)

Tutorial pasang widget waktu solat di blog anda


Berikut merupakan tutorial pasang widget waktu solat di blog anda. Widget waktu solat ini teramatlah berguna lagi-lagi di bulan puasa ni, maklumlah nak tahu waktu imsak dan berbuka.

Widget ini cuma menggunakan iframe dan tidak memerlukan coding yang panjang untuk dipasang. Lebih mudah jikalau anda sememangnya mempunyai pengalaman dengan menggunakan web programming seperti HTML.

Widget yang akan digunakan ini diambil dari laman e-solat milik JAKIM.

selamat berpuasa ramadhan Tutorial pasang widget waktu solat di blog anda

Langkah-langkah dan cara-cara memasang kod waktu solat, waktu imsak, dan berbuka bagi tempat tinggal masing-masing :

  1. Mula dengan pergi pada laman untuk mengubahsuai atau menambah kod HTML pada blog anda. (WordPress : Pergi pada Appearance -> Editor, atau pada ruang Widgets, Blogspot : Pergi pada Design -> Page Elements -> Add a Gadget -> Add HTML, atau letakkan di ruang Edit HTML)
  2. Ambil Kod iframe di bawah,
    <iframe src="http://www.e-solat.gov.my/solat.php?kod=KOD&amp;lang=LANG&amp;url=URL" frameborder="0" width="320" height="240"></iframe>
  3. Ubah KOD kepada kod kawasan tempat tinggal anda, kod bagi Kuala Lumpur ialah sgr03. Rujuk disini untuk kod kawasan yang berlainan untuk setiap negeri : http://www.e-solat.gov.my/e-solat.php?PageNo=5.
  4. Ubah LANG kepada BM atau ENG, ubah URL kepada http://www.islam.gov.my.
  5. Kemudiannya tekan pada SAVE atau SUBMIT atau PUBLISH pada blog anda.
  6. SIAP! Mudah je kan?

Ada apa-apa pertanyaan boleh tanya pada ruang komen dibawah ya. Selamat Mencuba dan Selamat menjalani Ibadah Puasa!

Sumber : http://www.e-solat.gov.my

Posted in Ekslusif, Islamic, TutorialComments (2)

McDonald’s Double GCB istimewa Ramadhan!


Apa yang lebih lazat dan istimewa berbanding Grilled Chicken Burger McDonald’s? Sudah pasti DOUBLE Grilled Chicken Burger istimewa sempena Ramadhan!

Seperti tahun sebelumnya, McDonald’s kali ini membawakan lagi hidangan istimewa setiap kali bulan Ramadhan, iaitu Double Grilled Chicken Burger (DGCB!!).

Yang lagi menarik,  Double Grilled Chicken Burger, bersama-sama dengan adiknya yang lebih kecil Grilled Chicken Burger (GCB) turut disertakan dalam pakej murah McDonald’s McValue Buka Puasa!

McDonald’s McValue Buka Puasa ini ditawarkan pada jam 6pm – 9pm bagi semenanjung Malaysia, manakala 5pm – 8pm di Sabah dan Sarawak.

Mesti Cuba!!

double gcb mcdonald ramadhan McDonalds Double GCB istimewa Ramadhan!

Posted in FoodComments (1)

Tips mudah menjalani ibadah puasa ramadhan


Esok secara rasminya akan bermula 1 Ramadhan, tiba masa untuk umat islam seluruh dunia menjalani ibadah berpuasa. Jom baca tips mudah menjalani ibadah puasa ramadhan.

TIPS KETIKA BERSAHUR

  1. Jangan lupa bersahur dengan makanan berkhasiat cukup mengandungi protein, lemak, karbohidrat, vitamin, dan mineral.
  2. Lebihkan makanan berserat atau ‘fiber’, sebab makanan berserat lebih lama untuk dihadam menyebabkan rasa kenyang sentiasa. (Buah-buahan, sayuran hijau)
  3. Kurangkan pengambilan makanan bergaram dan makanan pedas ketika sahur, untuk mengurangkan rasa haus ketika berpuasa.
  4. Elakkan rasa lapar dengan kurangkan makanan berlemak.
  5. Amalkan memakan kurma kerana nutrien pada kurma amat penting untuk berpuasa.
  6. Amalkan meminum air kosong pada malam sebelum berpuasa dan ketika sahur bagi mengelakkan dehidrasi.
  7. Jangan terus tidur selepas sahur, ambil sedikit masa untuk biarkan makanan hadam terlebih dahulu
Rasulullah saw. bersabda: Makan sahurlah kalian, karena pada makan sahur itu terdapat keberkahan. (Shahih Muslim)

ramadhan code Tips mudah menjalani ibadah puasa ramadhan

TIPS KETIKA BERBUKA

  1. Jangan mula berbuka dengan minum air yang mengandungi ais, mulakan dengan air yang kurang sejuk.
  2. Cuba mulakan berbuka dengan 3 butir kurma dan sejumlah makanan ringan lain terlebih dahulu.
  3. Solat Maghrib dan kemudiannya rehat seketika sebelum sambung dengan hidangan lain bagi memberi ruang untuk penghadaman yang seimbang.
  4. Berbuka puasa secara bertahap-tahap dan tidak terlalu gelojoh bagi mengelakkan letih dan perut kembung.
Dari Sulaiman Ibnu Amir Al-Dlobby bahwa Nabi SAW bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu berbuka, hendaknya ia berbuka dengan kurma, jika tidak mendapatkannya, hendaknya ia berbuka dengan air karena air itu suci.” Riwayat Imam Lima. Hadits shahih menurut Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Hakim.

Cukup tak dengan beberapa Tips-tips mudah itu? Banyak lagi tips lain, mungkin masing-masing ada petua sendiri untuk menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang lebih sihat. Silakan berkongsi.

Tapi, jangan pula bila berpuasa ni jadi semakin malas, jangan lupa untuk terus amalkan gaya hidup sihat dan bersukan.

Apa-apa pun, Selamat Datang Ramadhan, dan Selamat menjalani ibadah Puasa bagi semua umat Islam seluruh dunia.

Posted in Ekslusif, HealthComments (2)

Grilled Chicken Burger (GCB) McDonald’s kembali lagi!


Ingat lagi tawaran terhad Grilled Chicken Burger (GCB) McDonald’s tahun lepas? Kini ianya kembali dijual di McDonald’s juga dalam masa tawaran yang terhad!

Ianya akan mula dijual di McDonald’s seluruh negara bermula pada 16 Jun 2011 (Khamis) akan datang dan sudah ianya akan menjadi menu pilihan peminat McDonald’s.

Agak-agaknya, mungkin tak lama lagi turut akan ditawarkan menu istimewa Ramadhan seperti tahun lepas iaitu, Double Grilled Chicken Burger Ramadhan Special!

Harga? Mungkin sama dengan tawaran tahun lepas agaknya.

Jom tengok keratan iklan yang dikeluarkan McDonald’s.

ingredient gcb mcdonalds malaysia Grilled Chicken Burger (GCB) McDonalds kembali lagi!Mcdonalds grilled chicken burger Grilled Chicken Burger (GCB) McDonalds kembali lagi!

Ingat lagi tawaran terhad Grilled Chicken Burger (GCB) McDonald’s tahun lepas? Kini ianya kembali dijual di McDonald’s juga dalam masa tawaran yang terhad!

Posted in FoodComments (2)

Sekeluarga mencuri di Al-Ikhsan pada bulan Ramadhan kantoi CCTV


Satu keluarga didapati mencuri di kedai peralatan sukan Al-Ikhsan pada bulan Ramadhan yang lalu, video mengenai kecurian ini dapat dirakam oleh CCTV kedai tersebut.

Sekumpulan pencuri yang disyaki sekeluarga ini melibatkan pencuri seramai 6 orang yang terdiri dari lelaki dan juga perempuan.

Berdasarkan apa yang diberitahu sekumpulan pencuri ini mencuri selepas waktu berbuka puasa, awal bulan ramadhan yang lalu.

Hebat betul pencuri ni, orang lain sibuk bertarawih, mereka ni pula sibuk melunaskan nafsu mencuri. Memang seronok la beraya nanti memakai baju baru serba curi. ==”

Didapati seorang dari pencuri tersebut, seorang makcik perempuan, mencuri baju dengan memasukkan baju yang diambil ke celah kangkang nya yang dilitupi baju kurungnya, lalu keluar dari premis tersebut dengan segera.

Yang mengejutkan, makcik tersebut bukan hanya melakukannya sekali, namun berulang-kali, keluar dan masuk dari premis tersebut!

Hinggakan, satu bahagian tayangan baju jenama terkenal Nike, Adidas, di Al-Ikhsan tersebut habis dicuri, dari penuh, hingga hanya tinggalkan sehelai-dua baju sahaja!

Nasib baiklah kasut yang ditayangkan disitu hanya sebelah dan tidak sepasang, kalau tak habis dengan kasut-kasut pun dicuri agaknya.

Saksikan video rakaman tersebut dibawah,

sebelum baju al ikhsan dicuri Sekeluarga mencuri di Al Ikhsan pada bulan Ramadhan kantoi CCTVselepas baju al ikhsan dicuri Sekeluarga mencuri di Al Ikhsan pada bulan Ramadhan kantoi CCTV

Posted in LOL, Malaysia, VideoComments (7)

Koleksi Pantun, SMS dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri


Dah tentu-tentu hari terakhir dalam bulan Ramadhan ni, semua umat islam dah tak sabar nak menyambut kedatangan bulan Syawal yang bermaksud, Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Apa lagi, semua orang pun dah puas sibuk membeli-belah, tak kurang juga yang sedang dalam perjalanan balik ke kampung masing-masing, malah ada yang sedang meletup-letup dengan bermain mercun.

Tapi kiriman kali ni khas untuk mereka yang sibuk memberi ucapan Hari Raya pada saudara-mara dan sahabat handai.

Disini ada beberapa koleksi Pantun, SMS dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang agak-agak menarik, mana tahu anda nak pakai silakan la jangan malu-malu~

For things I did wrong,
For words which might hurt,
For jokes u can’t take
& For advise u can’t accept,
1001 apologies…
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Ketupat Pulut di atas para,
Hendak direbus diatas Bara,
SMS dihantar pengganti Kad Raya,
Tanda Ingatan Dihari Raya… ”
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Salam Aidilfitri,
SMS pengganti diri,
Kad-Kad dah tak main lagi,
Ampun dan maaf dipohoni,
Salah dan silap harap di maafi.

Uno rendek kadel guli,
Kadel gulik kunji naiir,
Amma apak kari gedik,
Dey tambi happy aidilfitri..

Anak jaws main gitar,
Anak sotong main tabla,
Kad raya malas nak hantar
Send sms jer sudahla
Semoga ingatan tak akan pudar, Terimalah ucapan Selamat Hari Raya.

Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya

Masuk paya pakai pelampung
Jemput ar singgah ke kampung
Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas

Andai Ramadan dapat ku tahan
Ingin sekali ku pohon lanjutan
Rasa tak cukup ampunan mu Tuhan
Buat diriku yang tandus amalan
Namun Syawal tanda kemenangan
Rahmat Ya Rabbi untuk setiap insan
Justeru ayuh kita raikan
Dengan doa dan kesyukuran

1 2 3 4
Raya nanti chek nak makan ketupat
5 6 7 8
Mohon maaf atas segala kesilapan!

Kambing tua naik LRT,
Katak pisang tercekik tulang,
Walau sms saja yang diberi,
Itu tandanya ingatan tak hilang.
Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir & batin.

Menarik kan? itu baru sikit je tu, ada bermacam-macam lagi! Kalau ada yang menarik yang anda terima, silakan la berkongsi di ruang komen di bawah, nanti NK update kiriman ni~

Apa-apa pun, dalam keseronokan berhari raya, jangan lupa bayar zakat, ingat juga pada mereka yang kurang bernasib baik, malah, ingat juga pada mereka yang telah lebih awal meninggalkan kita. Sama-sama doakan kesejahteraan mereka.

P/s : Ini belum ucapan raya lagi ni, tunggguuuuuu

Posted in Internet, Islamic, LOL, MalaysiaComments (1)

Koleksi Kad Ucapan Raya Percuma


Beberapa hari lagi berakhirlah bulan Ramadhan, dan tiba pula bulan Syawal di mana semua orang islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi mula lah sibuk semua orang mencari Kad Raya untuk diberi kan?

Sekarang ni dah kurang orang yang hantar Kad Raya yang dibeli dari kedai-kedai, nak jimat kos, guna sahaja Kad Raya Digital. Download dari internet, dan email kan sahaja.

Malah, ada cara untuk sampaikan salam raya lagi mudah dan jimat, SMS pun cukup lah. Baru 1 sen je duit kurang kan?

Google sahaja perkataan Kad Raya, macam-macam reka bentuk kad raya yang anda akan temui, antaranya terdapat yang anda boleh download dengan PERCUMA! Seronok kan? siapa yang tak minat pada barang-barang FREE ni kan?

Pada kiriman akan datang, nantikan Koleksi Ucapan SMS Selamat Hari Raya pula ye.

Selamat Berpuasa, Hati-Hati di Jalan Raya.

Berikut antara Koleksi Kad Raya yang dapat diperoleh dari internet. Percuma untuk anda kalau ada yang kurang rajin nak cari sendiri. icon razz Koleksi Kad Ucapan Raya Percuma

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

kad raya 1 Koleksi Kad Ucapan Raya Percumakad raya 2 Koleksi Kad Ucapan Raya Percumakad raya 3 Koleksi Kad Ucapan Raya Percumakad raya 4 Koleksi Kad Ucapan Raya Percumakad raya 5 Koleksi Kad Ucapan Raya Percuma

Posted in Internet, PictureComments (2)

Hotel dan Restoran tawar bufet Ramadhan tidak halal?!


Sebanyak 24 Restoran dan Hotel telah disenaraikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai tidak memenuhi keperluan pensijilan halal Malaysia.

Restoran dan Hotel yang menawarkan bufet berbuka Ramadan ini antaranya merupakan bertaraf sehingga 5 bintang.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata bahawa senarai tersebut dikeluarkan setelah pemeriksaan dilakukan terhadap 34 Restoran dan Hotel pada minggu pertama Ramadhan.

24 Restoran dan Hotel dikatakan menggunakan bahan mentah berasaskan alkohol, bahan diragui dan bahan mentah yang tiada pengesahan halal dalam masakan bufet yang disediakan.

Senarai Restoran dan Hotel yang tidak mempunyai sijil Halal :

One World Hotel First Avenue (Petaling Jaya)
Bistro & Theatre Restaurant, Pusat Pelancongan Malaysia (Kuala Lumpur)
Impiana KLCC Hotel & Spa (Kuala Lumpur)
Hotel Equatorial (M) Sdn Bhd (Kuala Lumpur)
Putrajaya Shangri-La
Hotel Nikko Kuala Lumpur
Shah’s Village Hotel (Petaling Jaya)
Prescott Inn Kajang
Lagenda Cuisine Sdn Bhd (Prescott Inn Kajang)
Oriental Cyrstal Kajang
Restoran Tupai-Tupai (Kajang)
Eastin Hotel Petaling Jaya
Concorde Hotel KL
Novotel KL City Center (Concierge-Dept)
Bangi Golf Restaurant
Cititel Mid Valley (Kuala Lumpur)
Kanpei Restaurant (Kuala Lumpur)
The Zon All Suites Residences (Kuala Lumpur)
The Royale Bintang Kuala Lumpur
R & B Services Berjaya Times Square Hotel (KL)
The Saujana Kuala Lumpur
Hilton Kuala Lumpur
Le Meridien (Kuala Lumpur)
The Regency Hotel (Kuala Lumpur)

Jadi para pembaca yang bercadang untuk berbuka di Restoran dan Hotel, berhati-hati dengan makanan yang dihidangkan ye, nak selamat berbuka sahaja di rumah atau masjid.

logo halal malaysia 300x290 Hotel dan Restoran tawar bufet Ramadhan tidak halal?!

Posted in Food, Islamic, Malaysia, NewsComments (8)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com