Tag Archive | "Rapid KL"

Harga baru Flexi Rapidpass RapidKL


rapidkl Harga baru Flexi Rapidpass RapidKL

Perjalanan tanpa had seharian menggunakan bas RapidKL, LRT RapidKL dan monorail dengan harga serendah RM10 sehari. Pakej Flexi Rapidpass RapidKL yang ditawarkan amat berbaloi dibeli oleh golongan yang sering menaiki pengangkutan awam. Pakej ini akan dimulakan bermula esok, iaitu 1 jun 2010.

Dengan menggunakan Flexi Rapidpass RapidKL ini, anda akan boleh menaiki semua perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana). Flexi Rapidpass RapidKL ini akan digunakan bersama-sama dengan Pass Touch n Go.

rpp rm150 Harga baru Flexi Rapidpass RapidKL

Kalau rasa tak cukup jimat lagi, boleh beli Flexi Rapidpass RapidKL dengan lebih murah lagi apabila beli untuk banyak hari sekaligus, penjimatan yang anda dapat adalah seperti berikut :

  • Flexi Rapidpass RapidKL untuk 3 hari : RM25
  • Flexi Rapidpass RapidKL untuk 1 minggu : RM50
  • Flexi Rapidpass RapidKL untuk 15 hari : RM90
  • Flexi Rapidpass RapidKL untuk 1 bulan : RM150

Lebih menarik, bagi pelajar warganegara Malaysia, dapat menikmati penjimatan lebih dari 30%!

  • Flexi Rapidpass RapidKL untuk 1 minggu : RM40
  • Flexi Rapidpass RapidKL untuk 15 hari : RM60
  • Flexi Rapidpass RapidKL untuk 1 bulan : RM100

Hmm, bagus ni, tak lama lagi harga minyak petrol akan naik lagi, NK yakin tawaran baru dari RapidKL ni akan mendapat sambutan meriah.

Sumber : Laman Web RapidKL

Posted in Malaysia, NewsComments (0)

Hentian Puduraya dipindah ke Bukit Jalil sementara


Nampaknya hentian puduraya yang dah beropesai berapa sejak zaman purba lagi tu akan dinaiktaraf. Dulu dah pernah naik taraf, tapi cuma sikit yang di naik taraf. Kali ni proses naik taraf ni akan berlangsung selama 4 bulan. dan selama 4 bulan ni, segala operasi perkhidmatan bas dan teksi akan beralih sementara ke padang letak kereta F Bukit Jalil. Segala operasi akan bermula di situ bermula 12 April.

Read the full story

Posted in Malaysia, News, PictureComments (9)

Website Rapid Penang kena Hack! Cepat tengok!


rapidpen Website Rapid Penang kena Hack! Cepat tengok!

Laman Web Rapid Penang kena Hack! NK dah tengok dan dibawah ni adalah ‘screenshot’ yang sempat NK ambil. Kalau ada para pembaca yang nak lihat, bolehla terus ke laman web Rapid Penang, itupun kalau masih ada lagi Hack tersebut dan webmaster web tersebut masih tidur.

Laman web tersebut : http://rapidpg.com.my/latest-news/

rpg Website Rapid Penang kena Hack! Cepat tengok!

Click image for bigger view

rpg2 Website Rapid Penang kena Hack! Cepat tengok!

Berdasarkan ‘image’ tersebut, NK rasa web ni telah di’hack’ oleh ‘hackers’ dari indonesia. Hmm, boleh google tentang Malingsia ni, memang wujud gerakan menentang Malaysia dari Indonesia yang menamakan Malaysia dengan Malingsia. Setahu NK, Maling membawa maksud Curi dalam bahasa jawa. Selanjutnya boleh la pembaca buat kajian sendiri ya.

Terima kasih ke atas prihatin forumers dari lowyat.net dengan berita ini.

Posted in LOL, Malaysia, News, PictureComments (15)








Partly powered by CleverPlugins.com