Tag Archive | "Rasmi"

Pendedahan gambar bocor iPad 2 dan Data Plan dari Maxis


Apple iPad 2 akan dilancarkan di kebanyakan negara termasuk Malaysia esok hari, (29 April 2011), dan peminat sudah mula beratur di kebanyakan Apple Store Kuala Lumpur.

Malah beberapa pakej harga juga sudah mula tersiar dan tersebar di beberapa laman web, blog, dan forum yang membincangkan mengenai Apple iPad 2 ini.

iPad2 16GB/32GB/64GB Wifi sahaja = RM1499/RM1799/RM2099
iPad2 16GB/32GB/64GB Wifi+3G = RM1899/RM2199/RM2499

Benar atau tidak harga rasmi yang ditawarkan, itu belum dapat dipastikan selagi produk tersebut belum secara rasminya dilancarkan.

Yang menarik, terdapat satu keratan ‘flyers’ yang sudah mula tersebar di internet mengenai pakej harga jualan Apple iPad 2 oleh Maxis di Malaysia. Turut disebarkan adalah gambar bocor pakej harga dan plan data untuk telco Maxis tersebut.

Jom Tengok,

maxis ipad 2 data plan Pendedahan gambar bocor iPad 2 dan Data Plan dari Maxismaxis ipad 2 Pendedahan gambar bocor iPad 2 dan Data Plan dari Maxis

Betul atau tidak, itu masih belum dapat dipastikan. Nantikan berita rasmi dari Maxis sendiri.

Nantikan kiriman akan datang mengenai maklumat harga rasmi penjualan Apple iPad 2 di Malaysia.

Posted in Ekslusif, News, TechnologyComments (4)

Tonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 secara online


Mungkin anda sedang tertanya-tanya, macam mana nak tonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 secara online? Mudah sahaja. Ada 3 cara.

Cara Pertama, kalau anda masih ingat, dahulu NK pernah ceritakan bagaimana untuk tonton perlawanan Piala Thomas secara live dan online yang ditayangkan di TV1. Cara pertama ialah menggunakan teknik yang sama iaitu tonton menggunakan software yang boleh di-muatturun secara percuma, ‘Readon TV Movie Radio Player‘.

Boleh rujuk pada entri sebelum ini untuk maklumat lanjut. Tonton TV online di Readon TV Movie Radio Player.

Cara Kedua, tonton TV secara online melalui Tonton.com.my. Apa tu Tonton.com.my? Kalau nak tahu lebih lanjut sila rujuk pada entri NK mengenai Tonton.com.my sebelum ini.

Cara terakhir, dan cara Ketiga yang rasanya telah ramai yang tahu. Tonton secara langsung (Live) dan online melalui laman rasmi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 yang disediakan oleh TV3, http://live.tv3.com.my/abpbh/default.aspx.

Apa-apa pun, kalau anda sememangnya peminat tegar industri hiburan tempatan, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 di TV3, bermula jam 9.00 Malam.

anugerah bintang popular berita harian 2010 Tonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 secara online

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (1)

Maxis10 : Apa yang menarik mengenai Gingerbread 2.3 dan Nexus S?


Mungkin ada yang sedang tertanya-tanya, berbaloi ke beli Google Nexus S? Apa yang menarik mengenai Gingerbread 2.3 dan Nexus S? Ok, jom kita tengok sama-sama.

Apa perkara pertama yang anda lihat pada setiap telefon bimbit yang anda miliki? sudah pasti bentuk telefon bimbit tersebut!.

Nexus S mempunyai bentuk melengkung yang unik dan sangat menarik berbanding telefon bimbit lain. Menjadikan Nexus S sebuah telefon bimbit yang sememangnya amat selesa untuk dipegang dan terasa seperti ianya sangat nipis dan kompak, walapun secara nyatanya, ianya datang dengan skrin lebar bersaiz 4.0 inci!

nexus s curve screen Maxis10 : Apa yang menarik mengenai Gingerbread 2.3 dan Nexus S?

Kedua, animasi ‘Screen Off’ yang paling ‘cool’ pernah dijumpai! Tak percaya? cuba lihat pada video dibawah!

Ketiga, Kamera 5.0 Megapixel yang mampu merakamkan video 720p HD dan juga gambar berkualiti tinggi, nak tengok contoh video HD? Jom tengok video di bawah ni. Gambar yang dihasilkan mampu mencapai resolusi sehingga 2560X1920! Contoh gambar di bawah, Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.

McD Big Breakfast notakosong Maxis10 : Apa yang menarik mengenai Gingerbread 2.3 dan Nexus S?

Nantikan review akan datang yang lebih mendalam mengenai kehebatan Kamera 5.0 Megapixel pada Google Nexus S.

Keempat, ribuan aplikasi yang berguna di Android Market! Sememangnya anda tidak akan bosan dengan apa yang ada pada Android Market ini. Kalau rasa tak cukup dengan apa yang ada, muat turun sahaja aplikasi baru. Kebanyakan aplikasi di Android Market adalah PERCUMA!

 Maxis10 : Apa yang menarik mengenai Gingerbread 2.3 dan Nexus S?

Untuk kenalpasti apa aplikasi yang menarik untuk dicuba dari Android Market, sila lihat pada entri sebelum ini.

Kelima!, yang paling penting dan paling membuatkan anda bangga ialah, anda antara pengguna terawal dan istimewa kerana dapat menggunakan Google Phone yang hanya dibawa masuk ke Malaysia secara RASMI oleh Maxis! MAXIS GOOGLE NEXUS S!

Maxis Nexus S Price Harga Maxis10 : Apa yang menarik mengenai Gingerbread 2.3 dan Nexus S?

Nantikan review akan datang untuk Maxis Google Nexus S dalam entri akan datang!

Sementara itu teruskan membaca Review lain untuk Maxis10 di http://notakosong.com/category/maxis10/

Posted in Maxis10, TechnologyComments (1)

International Culture Night (ICN) Universiti Teknologi PETRONAS 2011


Notakosong.com dengan bangganya dipilih sebagai rakan media rasmi bagi acara gilang-gemilang International Culture Night (ICN) Universiti Teknologi PETRONAS 2011.

Acara ini yang berlangsung di Universiti Teknologi PETRONAS ( UTP ) akan melibatkan pelajar pelbagai bangsa, terdiri dari pelajar tempatan dan juga pelajar luar negara.

Dengan Tema Bumi Hijau, acara ini berharap agar dapat menyatukan dan meningkatkan integrasi pelajar berlainan latar belakang untuk lebih sedar dan waspada akan perubahan yang berlaku disekeliling tidak kira berkenaan alam sekitar mahupun terhadap saling satu sama lain.

International Culture Night universiti teknologi petronas UTP International Culture Night (ICN) Universiti Teknologi PETRONAS 2011

Moto rasmi acara ini tahun ini adalah “Our Cultures, Our World”.

Tahun ini acara ini bukan sahaja mempunyai acara kemuncak dimana, pelajar berlainan bangsa akan mengadakan persembahan bagi menampilkan budaya dan seni dari negara masing-masing, malah pelbagai acara sampingan akan diadakan bagi mempromosikan tujuan utama ICN.

Pelbagai acara sampingan seperti ICN Go Green, Healing the Earth, Green Expo dan Educational Talk akan diadakan sehingga tarikh kemuncak acara ini berlangsung iaitu pada 1 April 2011.

Notakosong.com dengan ini akan membuat liputan bagi kesemua acara sampingan dan juga acara kemuncak International Culture Night 2011!

Sementara itu, anda boleh dapatkan maklumat terkini di http://www.facebook.com/icnutp

Posted in Education, NewsComments (3)

Ferrari FF (Ferrari Four) : 4WD dari Ferrari


21 Januari yang lalu, pengeluar sportcar dari Itali, Ferrari mengumumkan penghasilan kereta 4WD pertamanya, yang bakal digelar sebagai Ferrari FF (Ferrari Four).

Dan pengumuman rasmi dan penampilan kepada umum akan diadakan di Motor Show Geneva, di Geneva, Switzerland, bulan depan.

Menurut Ferrari, penghasilan Ferrari FF ini adalah bagi menggantikan model lama iaitu 612 Scaglietti, selain memperkenalkan enjin baru Ferrari dengan kapasiti yang paling tinggi pernah dihasilkan Ferrari iaitu 6.3L V12.

Apa-apa pun, jom layan gambar rasmi media yang dikeluarkan oleh Ferrari ini.

Ferrari Four FF 2 Ferrari FF (Ferrari Four) : 4WD dari FerrariFerrari Four FF 3 Ferrari FF (Ferrari Four) : 4WD dari FerrariFerrari Four FF Ferrari FF (Ferrari Four) : 4WD dari Ferrari

Posted in Automotive, NewsComments (0)

Nissan Fuga disahkan sebagai Proton Perdana Replacement


Memang sah apa yang tersebar dari buah mulut sebelum ini. Sememang pelaburan Proton dalam Renault F1 membuahkan hasil dengan Nissan Fuga disahkan sebagai Proton Perdana Replacement.

Seperti mana umum sudah tahu, Renault-Nissan merupakan pemegang saham terbesar dalam Renault F1, dan Lotus Group (Anak Syarikat Proton) sebagai pemegang saham kedua terbesar.

Hasil dari pelaburan tersebut, terhasillah perkongsian teknologi antara Nissan dan Proton, dan yang boleh disahkan ialah mengenai pembinaan pengganti model Proton Perdana.

Perkara ini disahkan dengan kenyataan di Berita Harian Online : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/ModelgantianPerdanagunaplatformNissanFuga/Article

Namun, sepertimana yang pernah dibincangkan sebelum ini, penggunaan Nissan Fuga sebagai pengganti model Proton Perdana ini cuma akan dilaksanakan bagi menggantikan model Proton Perdana yang digunakan sebagai kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan, dan bukan untuk dijual kepada umum.

Tetapi tidak dinafikan kemungkinan bahawa model Proton-Nissan Fuga ini turut akan dijual kepada umum jikalau ianya mendapat maklum balas positif.

Proton-Nissan Fuga yang masih belum didedahkan nama rasmi itu akan menggunakan kapasiti enjin 2.5 liter.

Apa yang pasti, ianya akan menggunakan lambang Proton.

Entri khabar angin yang tersebar lebih awal dahulu : http://notakosong.com/2546/news/proton-perdana-replacement-nissan-fuga-hybrid/

Apa pendapat anda? Berminat ke dengan model baru Proton ni?

nissan fuga hybrid proton perdana Nissan Fuga disahkan sebagai Proton Perdana Replacement

Posted in AutomotiveComments (5)

Manchester United beli Nor Shahrul Idlan Talaha dan Safee Sali ?


Apa pendapat anda kalau Manchester United nak beli Nor Shahrul Idlan Talaha dan Safee Sali? Itu la apa yang cuba dicadangkan oleh seorang manusia ni.

Perkara tersebut yang dibincangkan di Komuniti Forum Rasmi Manchester United, pada mulanya dicadangkan oleh salah seorang ahli forum tersebut iaitu HaIDaR.

Mungkin perkara itu dianggap kelakar dan memalukan, tapi, forumer di forum tersebut mengambil baik idea tersebut dan bertolak ansur dengan idea tersebut.

Saksikan sendiri,

HaIDaR :

I like to recommend both Nor Shahrul Idlan Talaha and Safee Sali from malaysia to be part of Man Utd squad.. They are a very good player with great skills..

domokunLOL :

Congratulations on winning the Suzuki Cup. But you can’t be serious can you? It takes more than scoring goals in a competition or doing shimmys and assists to qualify being a United player, unless they prove themselves at a more difficult competition or a better league it’s just fanboy fantasy talk. Every tom, hick and harry can be a United player. Cheers

makaveli1 :

i want to see some more Asians come and play for united as well as the premier league , because i watch a lot of Asian football and i see some very good players , the only problem is its very hard to judge from seeing them playing over there to know if they’d be good enough to play over here that’s the thing, footballs very big over where you are though anyway its good to see, has it always been as big or has it just blown up recently?

i don’t know who them players are you’ve named but iv seen Malaysia and Malaysia are a very good team so congratulations, man united is the best team if not then one of them so we need the best players so i don’t know if them players could cut it but good looking out anyway man

generally talking on Asian footballers anyway, i know for one that Honda from japan is a very good player , i think hes one of the few that could probably do well here of which we know about

Sumber : http://community.manutd.com/forums/t/142324.aspx

Apa pendapat anda?

Tak mustahil pun kan?

Tapi adakah ini cuma satu cubaan ‘trollin’ dari orang malaysia mana tah ni? Haha, kalau betul, anda memang seorang troll yang berjaya.

Klik pada gambar untuk lebih jelas

Nor Shahrul Idlan Talaha and Safee Sali manchester united Manchester United beli Nor Shahrul Idlan Talaha dan Safee Sali ?

Posted in LOLComments (1)

Proton Perdana Replacement : Nissan Fuga Hybrid?


2011 dikatakan akan diingati sebagai tahun gemilang bagi Proton. Maklumat terkini berkata Proton bersedia untuk melancarkan model baru untuk menggantikan Proton Perdana.

Sebelum ini, Proton terlebih dahulu menyatakan bahawa akan memperkenalkan teknologi hijau kereta hibrid (Hybrid Proton Cars).

Kemudian, baru-baru ini Proton dikatakan sudah pun bersedia untuk mengambil alih 25% pegangan saham ekuiti Renault F1 Team.

Dan melalui pegangan saham tersebut, Proton memandang lebih jauh lagi dengan menyatakan untuk menarik minat pelaburan dan perkongsian teknologi dengan Renault-Nissan.

Dan jika ianya berlakunya, Proton turut berharat untuk mendapatkan kerjasama strategik bagi pembangunan model kereta Hibridnya tersendiri iaitu Proton Emas.

Dan selain itu, Proton juga masih mencari kerjasama untuk membangunkan model baru bagi menggantikan Proton Perdana, dan ianya akan digunakan sebagai kereta Rasmi kerajaan Malaysia.

Wow, Hebat Proton, mungkin ini merupakan langkah Proton untuk menjana jenama ke arah pasaran Global.

Berdasarkan beberapa kenyataan di atas, beberapa kesimpulan telah dibuat apakah sebenarnya yang berlaku terhadap idea model serba baru Proton Perdana Replacement ini?

Antaranya, Proton Perdana serba baru ini akan dibangunkan berasaskan model kereta mewah teknologi hibrid dari Nissan, model Nissan Fuga Hybrid!.

Logik juga, ini kerana, Teknologi Hibrid Proton + Platform dibangunkan kerjasama Proton dan Renault-Nissan = Proton Perdana Replacement?

Apa pendapat anda?

Proton Perdana Replacement : Nissan Fuga Hybrid?

nissan fuga hybrid proton perdana Proton Perdana Replacement : Nissan Fuga Hybrid?

Posted in Automotive, NewsComments (11)

Apple iPad di Malaysia, dari Maxis?


Syarikat Telekomunikasi Maxis, hari ini mengumumkan bahawa Maxis akan melancarkan pelan data dan panggilan khas untuk Apple iPad tidak lama lagi.

Plan tersebut hanya khas untuk Apple iPad yang dilengkapi dengan Wifi dan talian 3G, tidak dimaklumkan saiz data untuk alat tersebut.

Mungkin ini bermakna Maxis turut akan membawa masuk Apple iPad ke Malaysia sebagaimana Maxis membawa masuk Apple iPhone 4?

Maxis setakat ini menyatakan tidak ada komen untuk pertanyaan tersebut.

Meskipun begitu, Apple iPad telah lama berada dalam pasaran Malaysia menerusi individu dan syarikat yang mengimport alat tersebut dari luar negara.

Namun, harga yang ditawarkan oleh “grey importer” tersebut masih belum cukup untuk menawan hati pengguna.

Turut didengari khabar angin bahawa Apple iPad akan dilancarkan oleh Apple secara rasmi pada 29 November tidak lama lagi.

Apa-apa pun, nantikan perkembangan terbaru mengenai maklumat ini.

apple ipad in malaysia Apple iPad di Malaysia, dari Maxis?

Posted in News, TechnologyComments (1)

Gambar Pelancaran Proton Inspira dan Harga Rasmi


Hari ini, 10 November 2010, berlangsung satu detik gemilang bagi Proton, dimana pelancaran rasmi kepada umum Proton Inspira telah berlangsung.

Pelancaran Proton Inspira baru yang berlangsung di Proton’s Centre of Excellence pagi tadi dihadiri ramai media dan tidak kurang juga penerima awal baki tempahan Proton Inspira baru ini.

Menurut pemerhatian, sememangnya tidak banyak perbezaan dari segi dalaman untuk Proton Inspira dan model asasnya iaitu Mitsubishi Lancer.

Namun, rupa luaran, terutamanya bahagian bumper hadapan mendapat perubahan ketara bagi membezakan kedua-dua model kereta tersebut.

Berikut merupakan senarai harga yang dikeluarkan ketika pelancaran rasmi ini.

Harga di Semenanjung Malaysia

  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999

Harga di Sabah dan Sarawak

  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM80,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM86,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM93,999

Harga di Langkawi (Bebas Cukai)

  • Proton Inspira 1.8 M/T – RM71,999
  • Proton Inspira 1.8 CVT – RM75,999
  • Proton Inspira 2.0 CVT – RM82,999

p/s : Promosi harga diskaun mungkin boleh didapatkan bergantung kepada showroom yang anda pergi.

Selain itu, sebuah microsite rasmi untuk Proton Inspira turut dilancarkan, http://www.protoninspira.com/

Berikut merupakan Video pelancaran Proton Inspira,

Pelancaran Proton inspira Gambar Pelancaran Proton Inspira dan Harga RasmiPelancaran Proton inspira merah Gambar Pelancaran Proton Inspira dan Harga Rasmi

Sumber : Paultan

Posted in Automotive, NewsComments (3)







Partly powered by CleverPlugins.com