Tag Archive | "Raya"

Sekeluarga mencuri di Al-Ikhsan pada bulan Ramadhan kantoi CCTV


Satu keluarga didapati mencuri di kedai peralatan sukan Al-Ikhsan pada bulan Ramadhan yang lalu, video mengenai kecurian ini dapat dirakam oleh CCTV kedai tersebut.

Sekumpulan pencuri yang disyaki sekeluarga ini melibatkan pencuri seramai 6 orang yang terdiri dari lelaki dan juga perempuan.

Berdasarkan apa yang diberitahu sekumpulan pencuri ini mencuri selepas waktu berbuka puasa, awal bulan ramadhan yang lalu.

Hebat betul pencuri ni, orang lain sibuk bertarawih, mereka ni pula sibuk melunaskan nafsu mencuri. Memang seronok la beraya nanti memakai baju baru serba curi. ==”

Didapati seorang dari pencuri tersebut, seorang makcik perempuan, mencuri baju dengan memasukkan baju yang diambil ke celah kangkang nya yang dilitupi baju kurungnya, lalu keluar dari premis tersebut dengan segera.

Yang mengejutkan, makcik tersebut bukan hanya melakukannya sekali, namun berulang-kali, keluar dan masuk dari premis tersebut!

Hinggakan, satu bahagian tayangan baju jenama terkenal Nike, Adidas, di Al-Ikhsan tersebut habis dicuri, dari penuh, hingga hanya tinggalkan sehelai-dua baju sahaja!

Nasib baiklah kasut yang ditayangkan disitu hanya sebelah dan tidak sepasang, kalau tak habis dengan kasut-kasut pun dicuri agaknya.

Saksikan video rakaman tersebut dibawah,

sebelum baju al ikhsan dicuri Sekeluarga mencuri di Al Ikhsan pada bulan Ramadhan kantoi CCTVselepas baju al ikhsan dicuri Sekeluarga mencuri di Al Ikhsan pada bulan Ramadhan kantoi CCTV

Posted in LOL, Malaysia, VideoComments (7)

McDonald’s Triple CheeseBurger istimewa Raya


Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, McDonald’s telah melancarkan produk baru terhad mereka iaitu, McDonald’s Triple CheeseBurger.

Burger istimewa edisi terhad ini telah dilancarkan sejak 10 September yang lalu, dan telah boleh didapati di kesemua cawangan McDonald’s seluruh negara.

Sebagaimana nama Burger istimewa ini, begitulah juga rupanya. McDonald’s Triple CheeseBurger ini dilengkapi dengan 3 keping keju dan juga 3 keping daging lembu 100% halal, lebih 1 keju dan dan 1 keping daging berbanding burger yang menjadi kegemaran ramai iaitu McDonald’s Double CheeseBurger.

Malah, lebih istimewa lagi anda boleh nikmati burger ini dengan Cheese McShaker istimewa untuk French Fries set Large anda!

Terbaru, McDonald’s nampaknya baru sahaja mengumumkan akan adanya sesuatu yang istimewa berlaku pada 20 September nanti, apakah agak-agaknya kejutan dari McDonald’s Malaysia ye?

Dapatkan maklumat mengenai kejutan istimewa ini di Laman Rasmi Facebook McDonald’s Malaysia!

Apa-apa pun, nanti kalau dah rasa McDonald’s Triple CheeseBurger bagitahu komen anda ye.

Dapatkan sementara McDonald’s Triple CheeseBurger edisi terhad ini masih ada!

Mcdonalds Triple Cheeseburger Raya Special McDonald’s Triple CheeseBurger istimewa RayaMcdonalds Triple Cheeseburger Raya Special edisi terhad McDonald’s Triple CheeseBurger istimewa Raya

Posted in FoodComments (6)

Koleksi Pantun, SMS dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri


Dah tentu-tentu hari terakhir dalam bulan Ramadhan ni, semua umat islam dah tak sabar nak menyambut kedatangan bulan Syawal yang bermaksud, Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Apa lagi, semua orang pun dah puas sibuk membeli-belah, tak kurang juga yang sedang dalam perjalanan balik ke kampung masing-masing, malah ada yang sedang meletup-letup dengan bermain mercun.

Tapi kiriman kali ni khas untuk mereka yang sibuk memberi ucapan Hari Raya pada saudara-mara dan sahabat handai.

Disini ada beberapa koleksi Pantun, SMS dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang agak-agak menarik, mana tahu anda nak pakai silakan la jangan malu-malu~

For things I did wrong,
For words which might hurt,
For jokes u can’t take
& For advise u can’t accept,
1001 apologies…
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Ketupat Pulut di atas para,
Hendak direbus diatas Bara,
SMS dihantar pengganti Kad Raya,
Tanda Ingatan Dihari Raya… ”
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Salam Aidilfitri,
SMS pengganti diri,
Kad-Kad dah tak main lagi,
Ampun dan maaf dipohoni,
Salah dan silap harap di maafi.

Uno rendek kadel guli,
Kadel gulik kunji naiir,
Amma apak kari gedik,
Dey tambi happy aidilfitri..

Anak jaws main gitar,
Anak sotong main tabla,
Kad raya malas nak hantar
Send sms jer sudahla
Semoga ingatan tak akan pudar, Terimalah ucapan Selamat Hari Raya.

Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya

Masuk paya pakai pelampung
Jemput ar singgah ke kampung
Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas

Andai Ramadan dapat ku tahan
Ingin sekali ku pohon lanjutan
Rasa tak cukup ampunan mu Tuhan
Buat diriku yang tandus amalan
Namun Syawal tanda kemenangan
Rahmat Ya Rabbi untuk setiap insan
Justeru ayuh kita raikan
Dengan doa dan kesyukuran

1 2 3 4
Raya nanti chek nak makan ketupat
5 6 7 8
Mohon maaf atas segala kesilapan!

Kambing tua naik LRT,
Katak pisang tercekik tulang,
Walau sms saja yang diberi,
Itu tandanya ingatan tak hilang.
Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir & batin.

Menarik kan? itu baru sikit je tu, ada bermacam-macam lagi! Kalau ada yang menarik yang anda terima, silakan la berkongsi di ruang komen di bawah, nanti NK update kiriman ni~

Apa-apa pun, dalam keseronokan berhari raya, jangan lupa bayar zakat, ingat juga pada mereka yang kurang bernasib baik, malah, ingat juga pada mereka yang telah lebih awal meninggalkan kita. Sama-sama doakan kesejahteraan mereka.

P/s : Ini belum ucapan raya lagi ni, tunggguuuuuu

Posted in Internet, Islamic, LOL, MalaysiaComments (1)

Koleksi Kad Ucapan Raya Percuma


Beberapa hari lagi berakhirlah bulan Ramadhan, dan tiba pula bulan Syawal di mana semua orang islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi mula lah sibuk semua orang mencari Kad Raya untuk diberi kan?

Sekarang ni dah kurang orang yang hantar Kad Raya yang dibeli dari kedai-kedai, nak jimat kos, guna sahaja Kad Raya Digital. Download dari internet, dan email kan sahaja.

Malah, ada cara untuk sampaikan salam raya lagi mudah dan jimat, SMS pun cukup lah. Baru 1 sen je duit kurang kan?

Google sahaja perkataan Kad Raya, macam-macam reka bentuk kad raya yang anda akan temui, antaranya terdapat yang anda boleh download dengan PERCUMA! Seronok kan? siapa yang tak minat pada barang-barang FREE ni kan?

Pada kiriman akan datang, nantikan Koleksi Ucapan SMS Selamat Hari Raya pula ye.

Selamat Berpuasa, Hati-Hati di Jalan Raya.

Berikut antara Koleksi Kad Raya yang dapat diperoleh dari internet. Percuma untuk anda kalau ada yang kurang rajin nak cari sendiri. icon razz Koleksi Kad Ucapan Raya Percuma

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

kad raya 1 Koleksi Kad Ucapan Raya Percumakad raya 2 Koleksi Kad Ucapan Raya Percumakad raya 3 Koleksi Kad Ucapan Raya Percumakad raya 4 Koleksi Kad Ucapan Raya Percumakad raya 5 Koleksi Kad Ucapan Raya Percuma

Posted in Internet, PictureComments (2)

Tambah duit poket anda dengan Twitter – ChurpChurp


Pernah dengar tentang ChurpChurp? ChurpChurp merupakan perkhidmatan yang mampu menjana wang kepada pengguna Twitter dan juga mampu mengiklankan produk anda di Twitter.

Pengguna Twitter perlu mendaftar dahulu sebagai seorang Churper, dan kemudiannya anda akan diberi Tweets dimana anda perlu selesaikan dan hantar. Bagi setiap Tweets yang di luluskan oleh sistem ChurpChurp, anda akan dibayar mengikut tawaran yang ditetapkan.

Maka, disamping anda dapat berkongsi dan berkenalan di laman Twitter, anda turut juga boleh menjana wang!

churp churp twitter duit money Tambah duit poket anda dengan Twitter   ChurpChurp

Jadi apa tunggu lagi? Cepat Register sebagai salah seorang Churpers! Jom Kumpul duit Raya~

http://bit.ly/cvku9g

Posted in Internet, WebsitesComments (2)

Promosi ‘Citra Ramadan Special’ Malaysia Airlines


malaysia airlines ramadhan special Promosi Citra Ramadan Special Malaysia Airlines

Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang, Malaysia Airlines kembali lagi dengan promosi penerbangan jimat untuk ke Destinasi pilihan anda!

Promosi Balik Kampung dari Malaysia Airlines (MAS) !.

Tiket untuk penerbangan jimat serendah RM99 sehala ini boleh mula ditempah mulai 2 Ogos 2010 sehingga 8 Ogos 2010, dan tempoh penerbangan pula ialah antara 9 Ogos 2010 sehingga 2 September 2010.

Promosi ‘Citra Ramadan Special’ juga dapat dinikmati oleh destinasi luar negara seperti Jakarta, Phuket, Ho Chi Minh City, Yogyakarta dan lain-lain.

Jangan lepaskan peluang ini! Untuk maklumat lanjut layari Laman Web Rasmi Malaysia Airlines (MAS)  yang rasmi.

Sumber : http://www.malaysiaairlines.com

Posted in Malaysia, TravelComments (4)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com