Alamak, nampaknya Facebook makin lama makin dipenuhi dengan profile spam dan profile tipu yang dicipta dengan tujuan tidak baik dan menipu pengguna yang lain.
Mungkin sudah ramai yang sudah sedar akan masalah yang berlaku di Facebook ini, tapi apa yang anda boleh lakukan agar ianya tidak lagi berleluasa?
Setiap kali anda temui profile spam atau profile palsu, contohnya profile yang dicipta menggunakan nama perempuan lain dan gambar perempuan lain, sila klik pada bahagian ”Report/Block This Person”, dan serahkan tugas seterusnya kepada pihak Facebook.
Manakala mesej Spam yang diterima pula jangan lupa untuk anda laporkannya dengan klik pada bahagian “Report Spam”.
Contoh mesej Spam di Facebook.
Apa-apa pun, yang penting anda jangan mudah percaya dan tertipu dengan segala tawaran di Laman Sosial selagi ianya tidak wujud secara terang dan nyata.
Macam mana kalau anda terima mesej mengenai perniagaan contohnya MLM? Terpulang pada anda untuk tentukan kesahihannya, tapi jangan mudah percaya tanpa buat sebarang kajian terlebih dahulu.
Wah, Namewee atau nama sebenar beliau Wee Meng Chee nampaknya mempunyai aplikasi sendiri dalam Apple iTunes untuk Apple iPhone.
Aplikasi tersebut yang boleh didapati dan dimuat turun dengan percuma tersebut turut boleh digunakan untuk Apple iPod Touch.
Aplikasi ini dihasilkan oleh sebuah syarikat digital The Octagonal Production, dan hasil karya penciptanya iaitu Hung Hing Wong.
Nampaknya aplikasi ini masih lagi baru didapati di iTunes, dimana tarikh keluarannya adalah 9 November 2010.
Berikut merupakan keterangan yang didapati pada Aplikasi ini.
Download this app to stream & listen to high quality Namewee 黄明志 music audios & videos. Visit Namewee’s facebook page to understand his latest status with this apps, all at your finger tips.
A real time chat room is embedded to allow listeners from around the world to share experience about Namewee music.
This is an unofficial Namewee’s app developed to pay tribute to Namewee, a young Malaysian music talent.
Walaupun Namewee ni merupakan artis yang penuh dengan kontroversi dan didakwa sebagai ‘racist’, namun tetap ada mereka yang sanggup untuk menghasilkan aplikasi sebegini khas untuk beliau.
Wee Meng Chee, atau lebih dikenali di seluruh negara dengan panggilan Namewee, merupakan seorang Artis, Ahli Muzik dan juga Direktor Filem yang berasal dari Muar, Johor.
Beliau pernah menjadi punca berlakunya kekecohan seketika pada tahun 2007 mengenai lagu ciptaan beliau “Negarakuku” yang dipaparkan di laman YouTube. Lagu tersebut dikatakan menghina Negara Malaysia, Kerajaan Malaysia, dan juga Rakyat Malaysia.
Namun, beliau kemudiannya telah membuat pengumuman maaf secara terbuka.
Bekas pelajar dalam bidang Komunikasi massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan, ini juga pernah melancarkan album beliau yang berjudul “Namewee” pada 3 September 2007.
Pada tahun 2008, sejurus selepas kembali ke Tanah Air, Namewee telah dipanggil oleh Polis Diraja Malaysia untuk membuat siasatan mengenai video klip “Negarakuku” beliau.
Pada 23 September 2010, Namewee dimaklumkan polis bahawa kes tersebut telah ditutup, dan beliau mendakwa tiada tindakan akan diambil terhadap beliau. Namun, Polis Diraja Malaysia berkata kes tersebut masih dalam siasatan dibawah akta Hasutan dan Derhaka.
Antara lain perkara yang mendapat perhatian mengenai Namewee ialah, apabila beliau membuat sebuah video klip mengkritik dan mengutuk tenaga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB). Video klip yang dibuat pada Oktober 2009 memaparkan Namewee yang marah dengan masalah ‘blackout’ di seluruh Muar, cuba mendapat penjelasan di Ibu Pejabat TNB Daerah, namun dihalau pulang oleh petugas di sana.
15 Minit sebelum tepat 31 Ogos 2010, Namewee atau nama sebenar beliau Wee Meng Chee telah diminta oleh polis yang datang ke rumah beliau di Muar, untuk memberi keteringan mengenai video kilp sensitif beliau.
Namun, keterangan itu kemudiannya diminta untuk dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur pada esok harinya.
Namewee yang kemudiannya tiba di Balai Polis tersebut 9.15pm semalam dikerumuni oleh ramai wartawan dan jurukamera dari pelbagai pihak Media.
Beliau dilihat hadir diiringi dengan peguam beliau.
Keterangan untuk polis yang mengambil masa sehingga jam 12.25am itu dilaporkan berjalan lancar oleh kerana kerjasama baik yang diberi oleh Artis Rapper ini.
Berikut merupakan antara kata-kata Namewee selepas memberi Keterangan kepada Polis,
My name is NAMEWEE, is a Film Director, an artist, and a musician.
And it doesnt mean when i see something wrong in my country,i keep quite,because i am a MALAYSIAN , So i anti rasicm,i support 1MALAYSIA , that’s why i am here to cooperate with the police officer.
And i believe the police will support me anti racism and i believe my country will support me Anti Rasicm.
And yes i love my country. Ok thank you bye.
I am MENTALLY very healthy and i not going to suicide ok. I am no injured in my body, ok.
I explain everything, and i believe everything is ok now.
Isu mengenai pengetua “racist”, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra Kulai Jaya, Johor, Siti Inshah Mansor, yang mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan perkauman setakat ini masih belum selesai.
Pengetua tersebut, yang dikatakan sehingga kini memiliki lebih dari 30 aduan laporan polis terhadap kenyataan beliau, sehingga kini masih diarahkan bercuti oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri.
Menurut saksi, Pengetua tersebut, Siti Inshah mengeluarkan kenyataan bahawa masyarakat Cina dan India hanyalah penumpang dalam konsep 1Malaysia yang dialungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Malah beliau turut memberikan analogi berikut;
“Saya bawa kereta Proton Saga, Ah Chong dan Muthu menumpang dalam kereta saya. Kami sama-sama menuju ke satu destinasi tetapi itu tidak menjadikan Ah Chong dan Muthu memiliki kereta Proton Saga tersebut kerana saya tetap pemandu.”
Siti Inshah Mansor merupakan salah seorang penerima anugerah pengetua cemerlang negeri Johor, dan beliau baru sahaja berpindah ke sekolah berkenaan.
Turut menjadi dakwaan ialah dimana beliau mengeluarkan kenyataan yang teramat memalukan dan berunsurkan perkauman dimana beliau berkata pelajar Cina tidak diperlukan di sini (Malaysia) dan boleh pulang ke China di samping menyamakan gelang yang dipakai penganut agama Hindu yang dipakai oleh pelajar India seperti rantai anjing dan amat menjijikkan.
Sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan bagi mengkaji mengenai kes ini.
Sebuah video klip khas turut dihasilkan oleh “rapper” penuh kontroversi yang pernah didakwa kerana menghina lagu kebangsaan, Namewee.
Namewee atau nama sebenar beliau, Wee Meng Chee, telah menghasilkan sebuah video klip lagu yang menghina tindakan Siti Inshah Mansor yang dikatakan keterlaluan dan beliau sangat menentang kenyataan perkauman pengetua “racist” tersebut.
Video klip tersebut berjudul “Nah!! Sucks Banana” <– (Amaran, lirik sangat sensitif)
Recent Comments