Posted on 08 October 2010. Tags: Airbag, Automotif, Campro, Campro CPS, Cloc Spring, CPS, Gen2, Global, Harga, Hon, Kereta, Kualiti, Model, Percuma, Promosi, Proton, Proton After Sales, PROTON Holdings Bhd, Pusat Servis, Rosak, Satria, Satria Neo, Satria Neo CPS, Servis, Sukarela
Proton melancarkan panggilan sukarela bagi kesemua model Gen2 dan Satria Neo yand dikeluarkan antara tahun 2004 hingga 2008 hari ini.
Kedua-dua model tersebut didapat mempunyai masalah dengan komponen ‘clock spring’ yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan pemandu.
Namun, dikatakan tidak kesemua kereta akan mengalami masalah tersebut, mungkin kerana cara pemanduan yang baik dapat mengelak dari komponen tersebut dari gagal berfungsi. Oleh itu, panggilan ini diadakan secara sukarela, terpulang kepada pemandu untuk melakukan semakan kerosakan.
Komponen ‘clock spring’ tersebut menyambungkan beberapa suis dan beg udara kepada peralatan seperti radio, hon dan kawalan ‘cruise’.
Antara masalah yang bleh berpunca dari kerosakan ‘clock spring’ :
- Steering Wheel mengeluarkan bunyi ketika berpusing.
- Bunyi Hon secara tiba-tiba.
- Kerosakan butang kawalan audio pada Steering Wheel.
- AirBag akan keluar secara tiba-tiba.
- Kereta tak boleh dihidupkan.
Panggilan sukarela itu adalah sebahagian daripada program jaminan kualiti global Proton. Malah, Kos untuk melakukan semakan terhadap komponen tersebut, dan menggantikan komponen tersebut kesemuanya ditanggung oleh Proton tanpa sebarang bayaran.
Namun pemilik kenderaan yang terbabit perlu menghubungi mana-mana pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji bagi mendapatkan pemeriksaan percuma, sebelum terus ke pusat Servis.
Maklumat lanjut, pengguna boleh layari http://www.protonaftersales.com/ untuk melakukan semakan secara online dan juga melakukan pertanyaan lanjut.

Posted in Automotive, Malaysia, News
Posted on 16 July 2010. Tags: /k, Aduan, Bahaya, Brek, Car, Complaint, Harga, Honda, Honda Accord, Honda City, Honda Civic, Honda Jazz, Honda Malaysia, Kemalangan, Kereta, Komen, LOL, Lowyat.net, lyn, Malaysia, Pemandu, Rosak, Sistem
Nampaknya kemarahan seorang pemilik kenderaan jenis Honda, model Accord sampai ke kemuncak apabila beliau tekad untuk melakukan perkata ekstrem bagi menunjukkan marah kepada Honda Malaysia.
Kenderaan Honda Accord milik beliau ini penuh dengan hiasan pelekat sticker yang menunjukkan kemarahan beliau dengan kata-kata seperti, ” MY HONDA TAK GUNA”


Antara lain aduan yang dipaparkan dengan pelekat di kenderaan beliau ialah seperti,
- Brakes Locked While Driving (Brek terkunci ketika memandu)
- Screeching sounds from tires (Tayar mengeluarkan bunyi nyaring)
- Brake Pads wear out very fast (Brek cepat haus)
- Brake disc replaced after 9 months (Disc Brek diganti selepas 9 bulan)
Wah, tak sangka kenderaan sedan premium seperti Honda Accord ini mempunyai begitu banyak masalah. Paling tidak sangka, kesemua masalah ini adalah berkenaan dengan keselamatan pemandu!
Bayangkan jikalau sistem brek tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik ketika sedang laju memandu? Nahas nyawa pemandu dan penumpang!



Harap-harap ianya cuma kes satu dalam sejuta, berkemungkinan besar masalah yang sama terdapat juga pada model lain seperti Honda City, Honda Civic, Honda Jazz yang mana Harga setiap kereta mencecah RM100,000 malah lebih!
Mungkin Honda Malaysia ada penjelasan lebih lanjut?
Credit to Lyn FNF
Posted in LOL, Malaysia
Recent Comments