Satu kejadian rompakan berlaku ketika waktu sahur di sebuah restoran mamak iaitu Restoran Subur di Seksyen 15, Shah Alam. Jom saksikan video CCTV dan laporan rompakan.
Maklumat rompakan :
Lokasi : Restoran Subur, Seksyen 15, Shah Alam.
Tarikh dan waktu : 28 Ogos 2011 /03:55 pagi hingga 04:05 pagi
8 suspek (5 masuk ke premis / 3 tunggu di pintu masuk)
Kesemua suspek merupakan bangsa India (Umur linkungan 18 – 23)
1 Honda EX-5
2 Yamaha 125Z
1 Yamaha 135LC
2 memakan helmet hitam LTD
1 memakan helmet hitam Apollo
1 memakan helmet putih LTD
1 memakan helmet putih tidak diketahui jenama
Barang yang dirompak : 1 mesin juruwang dengan jumlah yang dirahsiakan, 3 laptop (Komputer riba), Beberapa telefon bimbit.
Beberapa gambar dari sedutan rakaman CCTV :
Saksikan pula rakaman video CCTV ketika berlakunya kejadian rompakan tersebut, video tersebut mempunyai rakaman dari pelbagai sudut kedai tersebut. :
Barang siapa yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian rompakan ini, sila hubungi talian 03-55191022, 03-55145222, 03-55102222, 016-3634045, 012-6213503 atau 016-4552340.
Berdasarkan video rakaman CCTV tersebut, rompakan tersebut berlaku pada ketika restoran mamak tersebut masih mempunyai pelanggan, dipercayai sedang bersahur.
Perompak bertindak rakus dengan menggunakan tindakan kasar terhadap pelanggan dan mempunyai senjata yang dipercayai adalah sebilah parang.
Ada-ada je, yang terkini, Iklan Ramadhan TV9 mengenai ibadah bersahur pula didakwa mempunyai unsur penghinaan kepada agama Islam. Jom tengok,
Pemuda PAS Selangor mendakwa bahawa Iklan Ramadan TV9 itu menghina Islam apabila ianya dilihat mempersenda-sendakan ibadah bersahur dan memberi pandangan terpesong dari maksud sebenar ibadah tersebut.
Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, “Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah didalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat,”.
Iklan tersebut memaparkan suasana apabila dua orang jiran saling mendengki dan bersaing dalam menyiapkan juadah sahur. Pada penghujungnya, memaparkan dimana salah seorang jiran tersebut terlalu asyik bersaing, sehingga apabila azan berkumandang dia tidak sempat untuk bersahur, dan jiran yang seorang lagi pula sedang membasuh pinggan sambil mentertawakan jirannya itu.
“Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah,”, itulah kenyataan yang telah ditambah oleh Ketua Pemuda Pas tersebut.
Sila saksikan video yang diperkatakan dibawah :
Video Iklan Ramadan TV9 yang didakwa menghina Islam
Esok secara rasminya akan bermula 1 Ramadhan, tiba masa untuk umat islam seluruh dunia menjalani ibadah berpuasa. Jom baca tips mudah menjalani ibadah puasa ramadhan.
TIPS KETIKA BERSAHUR
Jangan lupa bersahur dengan makanan berkhasiat cukup mengandungi protein, lemak, karbohidrat, vitamin, dan mineral.
Lebihkan makanan berserat atau ‘fiber’, sebab makanan berserat lebih lama untuk dihadam menyebabkan rasa kenyang sentiasa. (Buah-buahan, sayuran hijau)
Kurangkan pengambilan makanan bergaram dan makanan pedas ketika sahur, untuk mengurangkan rasa haus ketika berpuasa.
Elakkan rasa lapar dengan kurangkan makanan berlemak.
Amalkan memakan kurma kerana nutrien pada kurma amat penting untuk berpuasa.
Amalkan meminum air kosong pada malam sebelum berpuasa dan ketika sahur bagi mengelakkan dehidrasi.
Jangan terus tidur selepas sahur, ambil sedikit masa untuk biarkan makanan hadam terlebih dahulu
Rasulullah saw. bersabda: Makan sahurlah kalian, karena pada makan sahur itu terdapat keberkahan. (Shahih Muslim)
TIPS KETIKA BERBUKA
Jangan mula berbuka dengan minum air yang mengandungi ais, mulakan dengan air yang kurang sejuk.
Cuba mulakan berbuka dengan 3 butir kurma dan sejumlah makanan ringan lain terlebih dahulu.
Solat Maghrib dan kemudiannya rehat seketika sebelum sambung dengan hidangan lain bagi memberi ruang untuk penghadaman yang seimbang.
Berbuka puasa secara bertahap-tahap dan tidak terlalu gelojoh bagi mengelakkan letih dan perut kembung.
Dari Sulaiman Ibnu Amir Al-Dlobby bahwa Nabi SAW bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu berbuka, hendaknya ia berbuka dengan kurma, jika tidak mendapatkannya, hendaknya ia berbuka dengan air karena air itu suci.” Riwayat Imam Lima. Hadits shahih menurut Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Hakim.
Cukup tak dengan beberapa Tips-tips mudah itu? Banyak lagi tips lain, mungkin masing-masing ada petua sendiri untuk menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang lebih sihat. Silakan berkongsi.
Tapi, jangan pula bila berpuasa ni jadi semakin malas, jangan lupa untuk terus amalkan gaya hidup sihat dan bersukan.
Apa-apa pun, Selamat Datang Ramadhan, dan Selamat menjalani ibadah Puasa bagi semua umat Islam seluruh dunia.
Sebanyak 24 Restoran dan Hotel telah disenaraikan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai tidak memenuhi keperluan pensijilan halal Malaysia.
Restoran dan Hotel yang menawarkan bufet berbuka Ramadan ini antaranya merupakan bertaraf sehingga 5 bintang.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata bahawa senarai tersebut dikeluarkan setelah pemeriksaan dilakukan terhadap 34 Restoran dan Hotel pada minggu pertama Ramadhan.
24 Restoran dan Hotel dikatakan menggunakan bahan mentah berasaskan alkohol, bahan diragui dan bahan mentah yang tiada pengesahan halal dalam masakan bufet yang disediakan.
Senarai Restoran dan Hotel yang tidak mempunyai sijil Halal :
One World Hotel First Avenue (Petaling Jaya)
Bistro & Theatre Restaurant, Pusat Pelancongan Malaysia (Kuala Lumpur)
Impiana KLCC Hotel & Spa (Kuala Lumpur)
Hotel Equatorial (M) Sdn Bhd (Kuala Lumpur)
Putrajaya Shangri-La
Hotel Nikko Kuala Lumpur
Shah’s Village Hotel (Petaling Jaya)
Prescott Inn Kajang
Lagenda Cuisine Sdn Bhd (Prescott Inn Kajang)
Oriental Cyrstal Kajang
Restoran Tupai-Tupai (Kajang)
Eastin Hotel Petaling Jaya
Concorde Hotel KL
Novotel KL City Center (Concierge-Dept)
Bangi Golf Restaurant
Cititel Mid Valley (Kuala Lumpur)
Kanpei Restaurant (Kuala Lumpur)
The Zon All Suites Residences (Kuala Lumpur)
The Royale Bintang Kuala Lumpur
R & B Services Berjaya Times Square Hotel (KL)
The Saujana Kuala Lumpur
Hilton Kuala Lumpur
Le Meridien (Kuala Lumpur)
The Regency Hotel (Kuala Lumpur)
Jadi para pembaca yang bercadang untuk berbuka di Restoran dan Hotel, berhati-hati dengan makanan yang dihidangkan ye, nak selamat berbuka sahaja di rumah atau masjid.
Recent Comments