Posted on 31 May 2011. Tags: Amerika Syarikat, Anak, Bayi, Beli, Britain, Eve Hasty, Gila, Hidup, Hilan, Hilang, Jual, Koleksi, Laris, Leukaemia, Mati, Nyawa, Patung, Patung Bayi, Perasaan, Perempuan, Reborn Babies, Sakit, Sebenar, Siuman
Patung bayi seumpama bernyawa, ‘Reborn Babies’ yang amat menyerupai bayi sebenar ini begitu laris dijual di Amerika Syarikat dan Britain, kononnya sebagai alat koleksi.
Namun sebenarnya patung-patung ini dibeli oleh mereka yang kehilangan anak mereka sebagai pengganti rasa kehilangan anak itu.
Menurut Eve Hasty, seorang ibu warganegara Amerika Syarikat, beliau sanggup ke Britain semata-semata untuk membeli anak patung pilihan beliau, sebagai ganti mengenangkan anak perempuan beliau yang meninggal kerana sakit Leukaemia pada umur 7 tahun.

Malah ada yang inginkan anak kecil, tetapi tidak sanggup untuk memberikan sepenuh komitmen dan memilih untuk membeli anak patung bayi ini.
Koleksi anak patung bayi ini mempunyai rupa fizikal yang amat realistik dimana rambut, kening mata hinggakan kuku sekalipun dibuat menggunakan bahan yang amat menyerupai rambut dan kuku sebenar. Malah, terdapat juga kesan air liur pada bibir bayi-bayi tersebut, menjadikan ianya lebih realistik.

Kononnya, perasaan dimana sedar dan tahu bahawa patung bayi tersebut tidak akan berasa sakit dan tidak akan mati dapat menghilangkan tekanan yang dialami jika membesarkan bayi yang sebenar.
Menakutkan atau ianya sesuatu yang baik? Nampaknya ianya lebih membuatkan orang menjadi tidak siuman berbanding menenangkan jiwa!

Posted in Random, Weird
Posted on 21 May 2011. Tags: Berat, Chi, China, Feng Hu, Henan, Kanan, Kung Fu, Luoyang, Mata, Paku, Sakit, Saraf, Tenaga
Seorang pengamal Kung Fu di China, Feng Hu, membuat persembahan dengan cara menyangkut paku pada mata, dan kemudiannya menggunakannya untuk angkat berat!.
Beliau yang berasal dari Luoyang, Henan, China, membuat persembahan mengejutkan tersebut sebagai salah satu cara mengamalkan dan berlatih seni Kung Fu beliau.
Cara beliau melakukannya ialah dengan menggunakan seketul paku besi, yang disangkutkan pada kening mata kanan beliau, dan kemudiannya menggunakan dawai yang disangkut pada paku tersebut, untuk mengangkat sebuah baldi yang dipenuhi air.

Menakutkan!
Feng berkata, beliau mampu menyalukan tenaga ‘Chi’ beliau ke sebahagian anggota badan dan menyebabkan hilangnya deria rasa pada saraf dan menyebabkan beliau mampu menahan rasa sakit.
Macam-macam, ke sebab dah terlalu bosan, dan tak ada nak buat kerja lain? Jangan cuba di rumah ya,
Posted in LOL, Random
Posted on 17 April 2011. Tags: Acute Cerebral Meningitis, Audit, Auditor, Demam, Doktor, Kerja, Mati, Maut, Musim, Pan Jie, PricewaterhouseCoopers, PwC, PwC Malaysia, Sakit, Sakit Kepala, Shanghai, Tubuh Badan, Virus
Seorang auditor muda PricewaterhouseCoopers (PwC) maut disebabkan ‘Acute Cerebral Meningitis’, dan jangkitan virus.
Pan Jie, 25 Tahun, dipercayai mempunyai beberapa tanda-tanda penyakit tersebut sebelum itu seperti sakit kepala dan demam berterusan.

Menurut doktor yang memeriksa beliau, terdapat jumlan bilangan sel darah putih yang amat sedikit dalam badan beliau, menyebabkan badan beliau tidak mampu melawan penyakit.
Dipercayai sistem imun badan beliau menjadi lemah berpunca dari beban dan tekanan di tempat kerja yang melampau.
Namun, kenyataaan tersebut ditolak oleh wakil rasmi PwC Shanghai.
Berdasarkan kenyataan dari teman sekerja Pan Jie, Pan Jie sebelum ini berkerja lebih kurang 18 jam sehari dan lebih dari 120 jam seminggu!.
Turut menjadi perhatian adalah kenyataan PwC dimana kerja lebih 100 jam seminggu adalah kebiasaan bagi kalangan pekerja disana oleh kerana ketika ini adalah waktu puncak bagi musim audit.
Walau apa sekali pun, jangan lupa untuk jaga tubuh badan anda, dan dapatkan rehat yang secukupnya sebelum meneruskan kerja.
Harap-harap perkara begini tidak berlaku di PwC Malaysia.
Posted in Internet, Random
Posted on 03 October 2010. Tags: Bahaya, Berita, China Press, Daun, Dunhill, Harga, Kanser, Lelaki, Mahal, Mati, Naik, News, Perokook, Rokok, Rokok Seludup, Sakit, Salem, Seludup, The Star
Harga rokok akan dinaikkan sebanyak 70 sen mulai esok. Ini merupakan kenaikan tertinggi yang pernah dibuat semenjak beberapa tahun yang lalu.
Sekotak rokok yang mengandungi sebanyak 20 batang rokok, dahulunya berharga RM9.30, namun selepas kenaikan ini ia akan berharga RM 10 sekotak.
Malah, ada sesetengah rokok premium akan dinaikkan harga sehingga RM14!
Menurut kajian, dengan kenaikan harga rokok ini, jualan rokok seluruh negara akan berkurangan sebanyak 10 peratus, namun, ini juga akan menjadikan penyeludupan rokok lebih giat dan radikal.
Menurut sumber, setiap kotak mengandungi 20 batang rokok seludup dijual dengan lingkungan harga cuma RM3.00 hingga RM3.50 sahaja.
Menurut statistik, kes penyeludupan rokok cuma 14.4% pada tahun 2004, namun sehingga kini, kes penyeludupan rokok telah meningkat hingga setinggi 150% setahun! Dan ini turut dijangka akan lebih meningkat lagi dari tahun ke tahun akan datang.
Mungkinkah kenaikan harga rokok ini akan meningkatkan lagi kes rokok seludup? Serahkan saja pihak berkuasa.
Mungkinkah kenaikan harga rokok ini akan mengurangkan lagi tabiat rokok perokok? Serahkan saja pada perokok untuk memikirkannya.
Sumber : China Press

Posted in Malaysia, News
Posted on 18 September 2010. Tags: Al-Fatihah, Allahyarham, Ampang, Artis, Barah, Barah Otak, Filem, Hospital, Hospital Ampang, Jenazah, Kanser, Keramat, Kinoterapi, Kuala Lumpur, M Rajoli, Mati, Meninggal, Movie, Otak, Pelakon, Pelawak, Rahmatullah, Rajoli, Sakit, Selebriti, Takziah, Zohor
Pelakon dan pelawak, M Rajoli, baru sahaja meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, pada jam 10.45 malam, 17 September 2010.
Beliau yang berumur 64 tahun telah lama terlantar sakit di Hospital semenjak setahun yang lalu.
Beliau sebelum ini disahkan menghidap penyakit kelenjar kanser otak atau Lymphoma, dan telah dibedah. Beliau juga telah beberapa kali mendapat rawatan Kinoterapi.
Sebelum itu, beliau telah disahkan beransur pulih, namun oleh keran ajal yang telah tiba, beliau telah kembali ke rahmatullah.
M. Rajoli atau nama sebenar beliau Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain merupakan seorang pelakon veteran. Dan beliau merupakan seorang pelakon yang terkenal yang dikatakan sangat hebat membawa watak dalam apa saja lakonan beliau.
Antara Lakonan beliau yang terkenal adalah di dalam Filem :
- Cicakman The Movie
- Impak Maksima
- Idola
- Mr Cinderella 1 dan 2
Kini negara telah kehilangan seorang lagi seniman hebat dalam industri perfileman dan hiburan negara.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat, sebelum Zohor esok.
Takziah kepada keluarga Allahyarham dan mari bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk Arwah.

Posted in Celebrity, Malaysia
Posted on 12 August 2010. Tags: Bahaya, Bedah, Boobs, China, Dezhou, Doktor, Ekstrem, Gambar, Guo Qingpo, Guy, Gynecomastia, Hormon, Hospital, Kilogram, Lelaki, LOL, Man, Pakar, Payudara, Penyakit, Picture, Sakit, Seksi, Sexy, Shandong, Tetek
Guo Qingpo, lelaki berusia 53 tahun dari China menghidap penyakit yang dikenali dengan nama gynecomastia. Penyakit ini menyebabkan beliau mempunyai payudara bersaiz ekstrem.
Payudara beliau yang didapat mula membesar sejak dari tahun 2008 dikatakan mendapat perhatian 20 orang Doktor Pakar dari 8 jabatan berlainan di sebuah Hospital di Dezhou, Shandong.
Pembedahan yang mengambil masa lebih 6 jam itu akhirnya berjaya mengeluarkan sepasang payudara tersebut yang mempunyai berat dianggarkan lebih 5 kilogram.
Gynecomastia merupakan simptom kepada berlakunya ketumbahan tumor yang berkait dengan hormon pada dada, hati dan juga organ badan lain.

Posted in LOL, Weird, World
Posted on 28 February 2010. Tags: Haiwan, Kartun, Kuda, Lelaki, News, Penyakit, Sakit, Selebriti, Stephen Hawkings, The Big Bang Theory, The Simpsons, The Star

Pakar dalam Bidang Fizik, dan juga Direktor Kajian bahagian Matematik dan Fizik Universiti Cambridge ini Dikatakan amat meminati kartun The Simpsons. Sehinggakan beliau ada watak ‘cameo’ dalam siri kartun tersebut!
Beliau yang kini berumur 68 tahun menyimpan niat untuk menulis lebih banyak buku tentang minat beliau, antara minat beliau juga adalah rancangan Siri The Big Bang Theory, yang mana NK minat sangat-sangat tengok watak-watak NERD/GEEKS dalam cerita tu berbalah sesama sendiri. Malah direktor filem untuk dikatakan cuba untuk menampilkan cerita The Big Bang Theory berdasarkan kisah hidup Hawkings semasa beliau masih muda.
Sukar untuk dipercayai dengan rupa beliau yang sentiasa berada di atas kerusi roda, semasa muda beliau sangat meminati menunggang kuda.

He has also told the media in an interview that he loves watching TV crime series and The Simpsons.
A figurine of him sitting in a wheel chair, specially made for him as a gift by the producers of the TV cartoon show, sits proudly on his table. It is one of his favourite ornaments. There are more caricatures of him with the Simpsons characters. Hawking has appeared in cameo roles in the series.
There is also a picture on the wall of a grinning and delighted Hawking with a super-imposed visual of a very sexy Marilyn Monroe. The late actress remains one of his idols.
Dalam keratan artikel yang NK baca, ada juga mengatakan bahawa Hawkings menunjukkan rupa gembira yang amat semasa dapat mengalami sendiri ‘Zero Gravity’,
There are also photographs of Hawking at a zero-gravity excursion at Zero Gravity Corporation in the US in 2007. For the first time in 40 years, the quadriplegic could move freely without his wheelchair. The child-like delight on his face is clearly captured in the pictures on the walls at the entrance of his office.
Selepas melakukan sedikit googling, NK terjumpa gambar yang dimaksudkan itu. Lihatlah betapa gembiranya beliau!


“Perhaps, one day I will go to space,” <- itulah kata-kata Stephen Hawkings selepas seronok dengan ‘Zero-Gravity’ tersebut.
The english quote sourced from : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/2/28/focus/5765749&sec=focus
Posted in LOL, News, Picture
Recent Comments