Tag Archive | "School"

BookFest @ Malaysia di KLCC


BookFest @ Malaysia memperkenalkan majalah-majalah dan buku-buku yang diterbitkan dari China, Taiwan , Hong Kong , Malaysia & Singapore di pameran buku antarabangsa ini.

Pameran buku yang terbesar di Asia Tenggara ini bukan sahaja memperkenalkan buku dan majalah, malah turut mempamerkan produk keluaran baru dari penerbit contohnya alat penulisan.

Pameran tahunan yang berlangsung semenjak tahun 2006 lagi ini merekodkan lebih 320,000 pelawat pada tahun pertama ianya berlangsung, dan ianya kian meningkat dari tahun ke tahun menyaksikan bahawa pameran ini telah diterima umum dan akan terus berkembang.

Maklumat mengenai Pameran BookFest @ Malaysia ini adalah seperti berikut :

Tarikh : 4 – 12 September 2010
Tempat : Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE), the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Masa : 10am-10pm
Harga Tiket : RM2 setiap orang / PERCUMA bagi pelajar 18 tahun kebawah dan warga emas 60 tahun ke atas

Pameran yang berlangsung selama 8 hari ini bertujuan untuk menarik semua peminat buku, ulat buku hadir bersama-sama dan meluangkan masa bersama buku-buku keluaran antarabangsa.

Malah, ianya turut dapat memupuk minat membaca bagi golongan yang baru sahaja menanam minat untuk membaca.

Semua warga Pelajar, warga Pendidik dijemput untuk beramai-ramai hadirkan diri ke Pameran ini.

Maklumat lanjut, sila hubungi 1300 88 6333 atau layari http://www.bookfestmalaysia.com/

bookfest malaysia 2010 BookFest @ Malaysia di KLCC

Posted in Education, EventsComments (3)

Sekolah jenayah : Kawasan rogol dan Kongsi Gelap


n 01grafitti Sekolah jenayah : Kawasan rogol dan Kongsi Gelap

Sebuah Sekolah Menengah di Rawang, huru-hara apabila seorang dari pelajarnya melaporkan dirinya dirogol dalam kawasan sekolah dan diugut untuk tidak melaporkan perbuatan rogol tersebut. Setelah dibuat siasatan, sebenarnya terdapat banyak lagi jenayah melibatkan pelajar sekolah yang berleluasa di Sekolah Tersebut selain dari Kes Rogol pelajar perempuan berusia 14 tahun tersebut.

Antara Kes lain yang dilaporkan telah berlaku berulang-kali ialah, vandalisme, gangguan seksual, peras ugut, kongsi gelap malah penganiayaan guru. Semuanya melibatkan pelajar antara usia 13 hingga 18 tahun. Malah terdapat juga kes rogol berkumpulan apabila pelajar tersebut enggan membayar ‘duit perlindungan’.

gang Sekolah jenayah : Kawasan rogol dan Kongsi Gelap

Click image to view larger

Lebih mengejutkan, menurut laporan, ada antara pelajar yang mengikuti kongsi gelap ini yang menghisap dadah dan makan pil khayal, turut mengejutkan ada pelajar yang menjadi pengedar bagi bahan haram tersebut.

Pihak polis telah mengambil tindakan atas laporan mengenai kes rogol pelajar perempuan 14 tahun tersebut. Didapati terdapat banyak kes lain yang tidak dilaporkan ke pihak polis. Justeru itu, pihak polis menyeru orang awam agar melaporkan segala perkara buruk yang berlaku disekeliling dengan segera.

Ish ish ish, kenapa la perkara macam ni boleh berlaku dalam kawasan sekolah, salah siapa? Ingat lagi kes Geng Kapak di sekolah dulu?

Sumber : The Star Online

Posted in Malaysia, NewsComments (18)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com