Frenz United Football Academy (FUFA) merupakan sebuah akademi bola sepak remaja baru yang ditubuhkan awal tahun ini, dengan kelengkapan bertaraf antarabangsa.
Akademi bola sepak ini dibina dalam kawasan seluas 5 ekar di lot tanah persendirian bertempat di Janda Baik, Pahang. Ianya akan menempatkan 50 orang pelajar berumur diantara 12 hingga 15 tahun yang mempunyai bakat tinggi dalam permainan bola sepak.
Kesemua pelajar-pelajar tersebut akan ditanggung dengan biasiswa bernilai lebih RM80,000 setiap orang, termasuk dengan tanggungan penginapan, latihan profesional bola sepak, kelengkapan permainan dan latihan, pakaian dan alat sukan, kos pengangkutan dan juga bayaran yuran persekolahan.
Kesemua pelajar-pelajar yang menerima biasiswa itu akan dihantar ke sekolah persendirian SM Saleha di Genting Highlands.
Antara nama besar yang terlibat dalam pembangunan bola sepak remaja ini adalah Pengarah Tekninal, Omar Ali, jurulatih skuad remaja bola sepak Selangor yang pernah melatih pemain bola sepak negara seperti Amri Yahya. Ahmad Fairuz Yunus sebagai Ketua Jurulatih, yang pernah melatih bakat besar bola sepak negara di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
Yang pasti, pembinaan akademi bola sepak ini sepenuh dimodelkan kepada akademi bola sepak bertaraf antarabangsa. Seperti Akademi La Masia di Barcelona yang banyak menyalurkan bintang besar kepada juara Piala Dunia, Sepanyol, dan juga Akademi Clairefontaine di Perancis yang pernah menghasilkan bintang besar bola sepak seperti Zinedine Zidane.
Tahniah dengan usaha murni ini, dan semoga dengan ini dapat menaikkan bakat bola sepak Malaysia di persada dunia menyerlahkan Malaysia di arena bola sepak dunia pada masa akan datang.
HAHAHAHA ni sah lawak! Agak-agaknya, kalau murid sekolah lupa buat kerja sekolah, apa yang dia akan buat? Jom tengok ni, memang terbaik alasan dia!
Cikgu,
Terimalah pengakuan ikhlas ini sesungguhnya bukan saya tidak siapkan kerja sekolah,
Tetapi kucing jiran kepada jiran saya sudah makan kertas latihan saya,
Dan utuk itu….
Cikgu,
Dapatkah cikgu memaafkan kucing jiran kepada jiran saya?
HAHAHHAHA, aduhai, bukan surat minta maaf untuk diri dia, tapi surat minta maaf untuk kucing jiran dia.
Makin pelik penjenayah sekarang ni, kes ini berlaku di Ipoh, penceroboh yang menggelar dirinya Raja Rizduan tinggalkan seluar dalam selain dari surat tulisan tangan.
Aduhai, ape kejadahnya yang bermain di kepala otak penceroboh rumah ni? Nak kata orang gila, pandai menulis dengan tangan, siap ada tandatangan lagi. Nak kata waras, tinggal seluar dalam merata-rata, lepas tu curi baju sekolah kanak-kanak pula!.
Raja Rizduan? Siapa la pula ‘keturunan raja’ yang kononnya nak menumpang tidur di rumah mangsa tu. Lepas tu tinggalkan pesan minta mangsa jangan kunci pintu pula!
Mana la ada orang yang ‘cerdik’ sangat nak tinggalkan pintu terbuka kalau dah rumah diceroboh betul tak?
Apa-apa pun, menurut pihak polis itu bukan kes pertama berlaku, diharap mereka yang tinggal di sekitar Gunung Rapat, Ipoh lebih berhati-hati dengan kes pelik yang berlaku ini.
Ini dah pasti pengaruh pengaruh dari filem-filem dan berita muka depan mengenai pinjam dan berhutang duit Along ni, budak-budak sekarang ni pun dah pandai berhutang!
Tapi nasib baik bijak budak sekarang ni, berhutang pun dah jadi perkara serius, perlu buat surat pinjaman dan siap ada cagaran lagi. Tak percaya? Cuba lihat surat perjanjian budak berhutang gaya Along ni.
Perjanjian RM3
Dengan ini, saya berjanji akan membayar duit pinjaman sebanyak RM3 pada hari esok bersamaan 23 September 2011 kepada Imran Hanif.
Jika saya gagal membayar kepada Imran Hanif, saya berjanji akan memberi salah satu kasut Supra yang saya miliki kepada Imran Hanif.
Yang Benar,
Imran Hanif / Daniel Haziq / Mohd Syaqir
Ha, ini la baru betul sah cara meminjam wang. Siap ada tajuk besar lagi surat ni, PERJANJIAN RM3.
Pinjam RM3, siap ada tarikh perlu dipulangkan, dan juga cagaran apa berlaku kalau tak dipulangkan. SAH! Siap ada tandatangan saksi lagi!
Lepas ni kalau ada orang pinjam wang nak buat macam ni juga la, pinjam pen, pinjam baju, pinjam selipar, semua pakai surat macam ni, cagaran pun besar-besar juga.
Hebat!, tak sangka walaupun masih kecil dan agaknya baru berumur 7-8 tahun, tetapi gadis kecil ini mampu mengagumkan ramai orang dengan suara merdunya.
Jom tengok video budak kecil berbakat besar menyanyi ini,
Video YouTube bertajuk ‘Kecik-kecik dah ade suara sedap’ ini menarik perhatian ramai apabila ianya mula ‘viral’ dan tersebar setelah dikongsikan oleh ramai orang di laman internet dan media sosial termasuk Facebook.
Gadis kecil ini dirakam menyanyikan lagu ‘Awan yang terpilu’, nyanyian asal oleh Ning Baizura.
Masih berpakaian seragam sekolah, video itu dirakam di dalam suasana bilik darjah di sebuah sekolah yang tidak dapat dikenalpasti.
Menurut beberapa maklumat, kononnya dah ada produser lagu yang menghubungi gadis kecil ini. Amboi,..
Berdasarkan keterangan pada video itu pula, katanya gadis kecil itu berasal dari Brunei.
Apa kebenaran mengenai maklumat itu, sama-sama kita nantikan.
Sedih baca kualiti penulisan karangan Bahasa Malaysia pelajar sekolah rendah sekarang. Kali ni karangan mengarut ni lagi tak boleh faham, lawak pun ada.
Tulisan tangan dah cantik dah, tapi susunan ayat, tatabahasa semuanya mengarut. Tak boleh nak faham langsung apa yang nak disampaikan.
Katanya, ianya ditulis oleh seorang pelajar india dalam kelas Bahasa Malaysia sekolah rendah tahun 4.
Boleh baca? Boleh faham? TAK BOLEH!!
Sedih… Darjah 4, Tulisan cantik, tapi, tapi… apa ni? Salah siapa la agaknya?
Sekolah rendah mana? Tak perlu la nak di hebahkan agaknya…
Sebuah video mengejutkan tersebar di YouTube dan telah dibuang, memaparkan Video pelajar perempuan SMK Raja Abdullah dibuli dalam kelas. Video tersebut ada dipaparkan di bawah.
Tindakan melampau yang melibatkan sekumpulan pelajar perempuan berbangsa cina ini dilihat bertindak kejam ke atas salah seorang pelajar perempuan lain dalam kelas yang sama.
Seperti yang dapat dilihat dalam video dibawah, sekumpulan pelajar perempuan tersebut bertindak memukul kepala pelajar tersebut. Pembulian tersebut bukan sekadar memukul, malah sehingga bertindak menggunting rambut mangsa.
Terdapat juga pukulan di kepala yang menggunakan buku teks dan tamparan tangan. Selain itu, mangsa juga dijerut kepala dengan objek dipercayai tali leher pelajar lelaki.
Punca pembulian ini tidak dapat dipastikan, tetapi mangsa kelihatan amat menyeksakan dan menangis sepanjang dalam video tersebut. Manakala pelajar yang membuli kelihatan seperti sedang gembira dan suka ria, seumpama ianya cuma permainan.
Berdasarkan maklumat yang diterima, kejadian pembulian kejam ini berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Abdullah, yang terletak di Jalan Kepong, Kuala Lumpur.
Diharap barang siapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini, melaporkan kes ini kepada pihak sekolah dan juga pihak polis.
Video pelajar perempuan cina SMK Raja Abdullah dibuli dalam kelas
UPDATE : Pembetulan mengenai beberapa fakta kes ini telah diwarnakan biru. Pembunuh merupakan kawan rapat sejak darjah enam. Kepala tidak dikerat, tetapi Tiffany dimasukkan kedalam plastik hitam
Tiffany Wong, seorang pelajar perempuan lepasan SPM yang baru sahaja menerima keputusan SPM beliau kelmarin, pagi tadi dijumpai dibunuh dengan kejam.
Beliau yang merupakan bekas pelajar di Sekolah Menengah St Joseph, Miri, ditemui terbunuh dengan kejam selepas pembunuh beliau menyerah diri kepada pihak polis selepas melakukan perbuatan keji tersebut.
Pembunuh beliau, juga merupakan bekas teman lelaki beliau (Kawan rapat sejak darjah enam), merupakan seorang remaja berusia 19 tahun, dan menurut sumber, merupakan seorang pelajar di ‘Curtin University of Technology’ di Sarawak.
Berikutkan dengan kes itu, sebuah Facebook Page berkaitan kes pembunuhan tersebut telah dibina oleh teman-teman rapat beliau. Facebook R.I.P, My dear Tiffany.
Gambar diatas ialah gambar Tiffany Wong yang dibunuh kejam sehari selepas menerima keputusan SPM. (Kredit kepada Facebook)
Berdasarkan laporan polis, pembunuh tersebut mengaku bahawa sebelum berlakunya pembunuhan tersebut, berlakunya pergelutan antara beliau dan Tiffany, dimana beliau cuba untuk memaksa Tiffany melakukan hubungan seks, tetapi ditolak dan ditentang oleh Tiffany.
Berikutan dengan itu, pembunuh tersebut bertindak kasar dan menyebabkan Tiffany pengsan dan tidak sedar. Beliau kemudian mengerat kepala Tiffany dan meletakkannya kedalam sebuah beg plastik. Badan Tiffany yang terpisah dicampak berjauhan dengan kepala Tiffany. (Kepala tidak dikerat, tetapi Tiffany dimasukkan kedalam plastik hitam)
Ketika mayat Tiffany ditemui, ianya dalam keadaan yang sangat kejam namun masih lengkap berpakaian.
Pembunuh menyatakan bahawa beliau tidak bertindak kejam dengan merogol Tiffany sebelum membunuh mangsa, namun pihak Polis berkata segalanya hanya akan diketahui selepas keputusan autopsi dikeluarkan.
Diharap kes ini dapat diselesaikan pihak polis dan pembunuh tersebut menerima hukuman yang setimpal.
Sebuah video telah tersebar di internet dimana seorang pelajar sekolah yang dibuli, tetapi pembuli tersebut menerima padah apabila, pelajar tersebut mengamuk!
Video yang menjadi viral ini hangat dibincangkan di Reddit 2-3 hari yang lalu, malah video mengenai pembulian ini telah beberapa kali dimuatnaik ke YouTube, tetapi atas sebab polisi YouTube, ianya segera dipadamkan.
Video tersebut memaparkan seorang budak berbadan besar, dibuli seorang budak lain. Budak yang lebih gemuk tersebut diejek dan dibuli oleh sebab saiz fizikal badan beliau.
Namun, sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila budak berbadan besar tersebut mengamuk dan mencederakan pembuli tersebut.
Saksikan situasi yang berlaku dalam video dibawah.
Recent Comments