Tag Archive | "Seksi"

Amboi seksinya Khairul Fahmi muka depan majalah Glam


Amboi seksinya Khairul Fahmi muka depan majalah Glam. Penjaga Gol utama Harimau Malaya ni ‘macho’ sungguh jadi muka depan Majalah ni, jom tengok!

khairul fahmi seksi majalah Amboi seksinya Khairul Fahmi muka depan majalah Glam

Ok lah, tak ada la seksi pun kan. Tak ada benda yang nak digosipkan atau patut jadi bahan bualan pun.

Cuma kongsi mana tau ada gadis-gadis di luar sana yang berminat, bukan kah ramai yang minat gila pada Khairul Fahmi Che Mat?

Mungkin lepas ni boleh tengok pemain Harimau Malaya yang lain pula keluar bergaya ‘macho’, ‘cute’, seksi di muka depan majalah? Nazmi Faiz mungkin? Nak? Nak? Nak?

p/s : Asalkan belum keluar bergambar berseluar dalam tepi kolam macam majalah Mangga sudah, eh.

Sumber : @TeamMalaysiaFC

 

Posted in EntertainmentComments (0)

Masalah pelik lelaki bernafsu dengan gadis purdah


Macam-macam sekarang ni, kalau dah lelaki, sampai perempuan berpurdah tutup litup pun boleh bernafsu juga. Amaran : ini bukan entri lucah!

Ini sebenarnya entri pesanan semata-mata. Kadang-kadang ni, orang lain-lain citarasanya. Nak cerita pasal kes mesej di Facebook di bawah ni, cuba tengok dulu,

bernafsu purdah Masalah pelik lelaki bernafsu dengan gadis purdah

Ada la seorang manusia ni, yang cuba luahkan masalah yang dihadapi kepada seorang Ustaz terkenal di Facebook, Ustaz Azhar Idrus namanya.

Ini apa yang cuba diluahkan,

ustaz.. kalo org puang tu paka purdoh do pahtu labuh molek belake tapi ambe jadi syok tgk lame2 guane ustaz? nampok ye makin cantik jelita bila berpurdoh berbanding mase ye berpakaian biase.. sapa kelu lidoh nok ucap subhanallah ke astaghfirullah

Alih bahasa : Ustaz, kalau orang perempuan tu berpurdah labuh lengkap, tapi saya jadu syok tengok lama-lama macam mana ustaz? nampak makin cantik bila berpurdah berbanding ketika berpakaian biasa. Sampai terkelu nak ucap Subhanallah atau Astaghfirullah

Lepas tu, nasib baik penulis asal tulis ianya cuma situasi yang direka, dan cuma mengharapkan nasihat Ustaz Azhar bagaimana kalau menghadapi situasi ini.

Jawab Ustaz Azhar sangat mudah, katanya, “Bila dah berpurdah, kita masih lagi suka, tu bukan salah yang berpurdah, tapi salah kita yang tengok dengan nafsu”.

Agak-agak, situasi sebegini wujud tak sebenarnya? Pelik la macam ni, wanita berpurdah untuk berlindung dari pandangan nafsu lelaki, tetapi ada pula lelaki yang bernafsu lain dari yang lain? Agaknya pakai purdah ni seksi bagi dia kot?

Posted in IslamicComments (0)

Sayur pun boleh jadi seksi?


‘The Fantasies Of Chinese Cabbage’, Itulah nama projek seni yang diperkenalkan oleh artis dari China yang mempamerkan sayur menyerupai model seksi.

Ju Duoqi, berasal dari Beijing, China, mempunyai caranya tersendiri untuk mempamerkan bakat seni beliau dengan mengukir dan membentukkan sayur-sayuran.

Beliau ‘mengukir’ bentuk-bentuk yang menarik pada sayuran, dan yang paling mendapat perhatian adalah ukiran-ukiran sayur beliau yang menyerupa model perempuan.

Malah, ada antaranya menyerupai artis-artis terkenal seperti Marilyn Monroe dan juga Lady Gaga.

marilyn monroe cabbage sexy Sayur pun boleh jadi seksi?

Jom tengok hasil seni ukiran beliau :

gambar sayur seksi lucah 2 Sayur pun boleh jadi seksi?gambar sayur seksi lucah 3 Sayur pun boleh jadi seksi?gambar sayur seksi lucah 4 Sayur pun boleh jadi seksi?gambar sayur seksi lucah 5 Sayur pun boleh jadi seksi?gambar sayur seksi lucah Sayur pun boleh jadi seksi?

Posted in LOL, RandomComments (1)

Strategi Indonesia (Julia Perez) dan sebab gol bolos (Bukan Laser)


Sudah terang dan nyata, skuad didikan Alfred Riedl (Pengurus pasukan bola sepak Indonesia) perlu lakukan sesuatu pada pusingan kedua perlawanan akhir ini, apa agaknya strategi sesuai?

Apa-apa pun, mestilah ianya tidak akan didedahkan terlebih dahulu bukan?

Meskipun belum ada kenyataan rasmi dari Alfred Riedl, namun, Aktres seksi terkenal Indonesia, Julia Perez, sudah pun menyatakan strategi beliau untuk menyekat Malaysia dari menjuarai AFF Suzuki Cup 2010 ini.

Julia Perez tekad untuk memakai pakaian seksi, menelanjangkan dada beliau sebagai mengganggu fokus pemain dan jurulatih Malaysia, K Rajagobal.

“Saya akan pakai baju belahan dada supaya mereka buta. Ini adalah laser ciptaan saya,”

Alamak, bahaya ni, tengok dada Julia Perez boleh buta, habis la penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

julia perez seksi Strategi Indonesia (Julia Perez) dan sebab gol bolos (Bukan Laser)

Dalam berita lain, terbaru, Presiden Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) Nurdin Halid, menyatakan Malaysia bermain dengan taktik kotor lagi apabila mendakwa terdapat Serbuk Gatal yang disebarkan di gawang gol Indonesia.

Ini menyebabkan penjaga gol Indonesia, Markus Haris Maulana dan pemain-pemain pertahanan Indonesia mengalami gatal dan hilang fokus ketika bermain.

Turut diungkap adalah sikap Malaysia yang tidak mempunyai semangat kesukanan dengan menggunakan laser, dan menggunakan Serbuk Gatal.

Eh, tapi lain pula kata Alfred Riedl sejurus selepas perlawanan tamat ahad lepas ya?

Menurut Alfred Riedl, ianya adalah kesilapan pertahanan Indonesia, dan semangat Malaysia yang semakin membuak selepas Gol Pertama.

“Setelah permainan dihentikan dan dimulai lagi, kami juga bermain bagus. Namun, setelah gol pertama, keadaan berbalik melawan kami. Malaysia semakin percaya diri dan pertahanan kami kacau,”

“Ini bukan soal laser, melainkan kesalahan individual dari satu pemain. Saya tidak tahu apa yang terjadi dengan pemain setelah gol pertama, tetapi itu titik baliknya. Saya akan mendiskusikan itu dengan pemain besok,”

Alfred Riedl – Jurulatih Pasukan Indonesia (26/12/2010)

Apa yang berlaku ni???

team timnas indonesia garuda Strategi Indonesia (Julia Perez) dan sebab gol bolos (Bukan Laser)

Macam-macam, kalau kes mengenai laser lagi, sila la baca entri mengenai #malaysiacheatlaser ya

Posted in News, SportComments (2)

Alamak pakcik miang meraba-raba di KLIMS 2010


Alamak, tersebar pula gambar pakcik miang dengan model seksi di Kuala Lumpur International Motorshow (KLIMS 2010) yang berakhir semalam.

Tapi tahukah anda? Acara Motorshow menjadi medan tempur untuk peminat fotografi untuk beradu dalam mendapatkan foto yang terbaik.

Namun kebanyakannya bukan kenderaan-kenderaan permotoran tersebut yang menjadi tarikan, namun model atau peragawati bagi kereta tersebut yang lebih menjadi tarikan.

Apabila ini berlaku, tidak kurang juga mereka-mereka yang cuba mengambil kesempatan atas ketidak-paksa-rela-an model-model ini, contohnya ada yang cuba bersentuh-sentuhan dengan para model tersebut.

Sudahlah perlu bekerja dari pagi hingga ke petang, perlu berdiri lebih 5-6 jam, perlu senyum sentiasa sambil menjaga mekap, ini terpaksa pula melayan kerenah mereka-mereka yang gatal tangan ni.

Mentang-mentang la model-model ni bukan main cantik, muda, bergaya, comel, seksi-meksi lagi!

Apa-apa pun, hebat pakcik ni, sambil-sambil bergaya dengan kereta dapat juga ‘pegang-pegang’ kan? enjoice je muka, ish-ish-ish.

Sambil-sambil tengok rupa model tu, cuba perhatikan posisi badan model tersebut dan dimana terletaknya tangan-tangan gatal tu.

klims raba Alamak pakcik miang meraba raba di KLIMS 2010klims raba 2 Alamak pakcik miang meraba raba di KLIMS 2010klims raba 3 Alamak pakcik miang meraba raba di KLIMS 2010klims raba 4 Alamak pakcik miang meraba raba di KLIMS 2010klims raba 5 Alamak pakcik miang meraba raba di KLIMS 2010

p/s : nantikan lebih gambar aksi miang terlampau pakcik-pakcik ni, ada masalah internet sikit.

Posted in LOL, PictureComments (20)

Daphne Iking jatuh cinta dengan jejaka Melayu?


Siapa yang tak kenal dengan selebriti terkenal Daphne Iking, atau nama penuh beliau Daphne Eleanor Iking, yang pernah kecoh dengan masalah rumahtangga beliau.

Menurut media berita, Daphne dikatakan kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang jejaka melayu, namun sehingga kini masih belum dapat diketahui siapakah jejaka tersebut.

Malah Daphne turut merahsiakan perkara tersebut, namun tidak menafikan beliau sedang bercinta.

Menurut kata-kata beliau,

“Dia bukan hanya kekasih tetapi teman yang sentiasa bertolak ansur dan memahami diri saya. Kami sedang melalui fasa percintaan yang matang, bukan lagi didorong nafsu atau keinginan semata-mata. Lelaki berkualiti sepertinya tidak ramai namun saya tidak mahu terlalu memberikan tekanan. Saya cuma mengikut arus waktu. Dia juga tidak pernah memaksa, membuatkan saya bertuah kerana dipertemukan dengannya,”

Daphne sebelum ini pernah hidup berumahtangga berkongsi hidup dengan Ryan Chong, namun hubungan tersebut terputus ditengah jalan.

Daphne menekankan beliau bukanlah terlalu tergesa-gesa dalam menjalinkan hubungan baru, namun beliau percaya bahawa segala yang terjadi kepada beliau adalah untuk masa depan yang lebih baik.

Saksikan rancangan yang dihoskan oleh Daphne, The Breakfast Show di siaran ntv7.

Apa-apa pun, Daphne Iking baru berumur 31 tahun, semoga makin murah rezeki beliau yang baru sahaja dinobatkan Pelakon Wanita Harapan pada Festival Filem Malaysia Ke-23, Oktober lepas.

Daphne Iking Daphne Iking jatuh cinta dengan jejaka Melayu?

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (9)

Kenapa ada Komuniti Jejaka Jambu dan Gadis Cute???


Pernahkah anda dengar tentang Komuniti Jejaka Jambu dan Gadis Cute? Pelik tapi benar.

Facebook Fanpage yang telah beroperasi lebih dari 3 bulan ini nampaknya semakin mendapat sambutan di kalangan pengguna Facebook.

KOMUNITI JEJAKA JAMBU DAN GADIS CUTE, itulah nama yang digunapakai oleh admin facebook fanpage ini. Agak sensitif mungkin? atau ianya terlalu ekstrem?

Yang menarik, komuniti facebook ini juga mengadakan pertandingan dimana pengguna boleh bersaing untuk menjadi Jejaka paling Jambu dan juga Gadis paling Cute di laman Facebook.

Caranya mudah, pengguna facebook cuma perlu ‘Like’ fanpage tersebut dan upload gambar yang anda ingin turut sertakan ke wall fanpage tersebut.

Dan sebagai pemenang, gambar jejaka jambu dan gadis cute tersebut akan terpampang pada profile picture fanpage tersebut selama sebulan.

Hmm, apa pendapat anda? adakah ini lagi satu cubaan mengarut dan pelik pengguna facebook? Tapi kan, sehingga kini, sudah terdapat 6,889 yang sudah like facebook fanpage ini!

Apa-apa pun, sangat berharap agar tidak ada salah guna oleh pengguna facebook lain dengan gambar peminat-peminat facebook fanpage tersebut.

Mana la tau gambar-gambar jejaka jambu dan gadis cute tersebut diedarkan dan disalahguna atau disalahtafsir oleh pengguna-pengguna internet yang lain kan.

Maklumlah, internet semakin bahaya sekarang ini, mungkin tidak kepada jejaka jambu kan, tapi kesian la kepada gadis cute.

komuniti jejaka jambu dan gadis cute Kenapa ada Komuniti Jejaka Jambu dan Gadis Cute???

Posted in Internet, LOL, RandomComments (7)

Jasmine Villegas dan Justin Bieber?


Siapa yang tak kenal dengan Justin Bieber kan? Artis muda yang amat terkenal dengan lagu Hit Single beliau iaitu ‘Baby’.

Tapi kenalkah anda dengan gadis yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Justin Bieber, Jasmine Villegas?

Jasmine V. , atau nama sebenar beliau Jasmine Marie Villegas merupakan seorang lagi artis muda yang dipaparkan sebagai teman wanita Justin Bieber didalam video klip muzik lagu Baby.

Terbaru, gambar skandal Justin Bieber dengan Jasmine Villegas telah tersebar luas di internet dimana gambar tersebut memaparkan Justin Bieber dan Jasmine Villegas sedang bercium dan berpeluk didalam sebuah kereta Honda.

Adakah ini bermakna Girlfriend atau Teman Wanita Justin Bieber ialah Jasmine Villegas???

Boleh tahan juga ye, Jasmine Villegas = JV, Justin Bieber = JB, jadi “JV and JB”???

Macam-macam Justin Bieber ni, sebelum ni pernah jugak dikaitkan dengan Artis Wanita seksi dan cantik lain contohnya seperti Kim Kardashian. Ish ish ish,

Habis la, lepas ni Jasmine Villegas pun akan kena ugutan bunuh dari peminat Justin Bieber yang terkena BieberFever ni.

Jasmine Villegas gambar Jasmine Villegas dan Justin Bieber?

Posted in Celebrity, WorldComments (10)

Lelaki berpayudara sebesar bola sepak dibedah


Guo Qingpo, lelaki berusia 53 tahun dari China menghidap penyakit yang dikenali dengan nama gynecomastia. Penyakit ini menyebabkan beliau mempunyai payudara bersaiz ekstrem.

Payudara beliau yang didapat mula membesar sejak dari tahun 2008 dikatakan mendapat perhatian 20 orang Doktor Pakar dari 8 jabatan berlainan di sebuah Hospital di Dezhou, Shandong.

Pembedahan yang mengambil masa lebih 6 jam itu akhirnya berjaya mengeluarkan sepasang payudara tersebut yang mempunyai berat dianggarkan lebih 5 kilogram.

Gynecomastia merupakan simptom kepada berlakunya ketumbahan tumor yang berkait dengan hormon pada dada, hati dan juga organ badan lain.

lelaki berpayudara sebesar bola sepak Lelaki berpayudara sebesar bola sepak dibedah

Posted in LOL, Weird, WorldComments (10)

Video YouTube Keong Racun jadi fenomena


Ada antara anda yang layan lagu dangdut tak? Mungkin tak dengar lagu, tapi lebih perhatikan pada penyanyi tersebut kan? Haha,

Sebuah video klip yang dilengkapi dengan lagu dangdut berjudul Keong Racun menjadi fenomena baru di Indonesia, apabila 2 orang gadis remaja dari Bandung, Jovita Adityasari dan Shinta Nuriansyah merakamkan sebuah video menayangkan aksi mereka bernyanyi mimik bibir lagu Dangdut tersebut.

Lagu Keong Racun yang dinyanyikan oleh penyanyi popular Dangdut indonesia, Lissa, yang suatu ketika dahulu pernah popular pada tahun 2008, secara tiba-tiba kini sudah melonjak naik kembali popularitinya disebabkan video dari Youtube tersebut.

Berikut merupakan video YouTube Keong Racun ciptaan Jovita Adityasari dan Shinta Nuriansyah tersebut,

Hebat kan? walaupun hanya dinyanyikan dengan mimik bibir, video tersebut laku ditonton ramai orang.

Nampaknya rakyat dari negara jiran kita memang hebat dan berbakat menghasilkan video, atau populariti video ini disebabkan dua gadis cantik yang menghasilkan video tersebut?

Jovita Adityasari dan Shinta Nuriansyah Video YouTube Keong Racun jadi fenomena

Posted in Internet, Technology, Video, WorldComments (7)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com