Pernahkah anda dengar tentang Komuniti Jejaka Jambu dan Gadis Cute? Pelik tapi benar.
Facebook Fanpage yang telah beroperasi lebih dari 3 bulan ini nampaknya semakin mendapat sambutan di kalangan pengguna Facebook.
KOMUNITI JEJAKA JAMBU DAN GADIS CUTE, itulah nama yang digunapakai oleh admin facebook fanpage ini. Agak sensitif mungkin? atau ianya terlalu ekstrem?
Yang menarik, komuniti facebook ini juga mengadakan pertandingan dimana pengguna boleh bersaing untuk menjadi Jejaka paling Jambu dan juga Gadis paling Cute di laman Facebook.
Caranya mudah, pengguna facebook cuma perlu ‘Like’ fanpage tersebut dan upload gambar yang anda ingin turut sertakan ke wall fanpage tersebut.
Dan sebagai pemenang, gambar jejaka jambu dan gadis cute tersebut akan terpampang pada profile picture fanpage tersebut selama sebulan.
Hmm, apa pendapat anda? adakah ini lagi satu cubaan mengarut dan pelik pengguna facebook? Tapi kan, sehingga kini, sudah terdapat 6,889 yang sudah like facebook fanpage ini!
Apa-apa pun, sangat berharap agar tidak ada salah guna oleh pengguna facebook lain dengan gambar peminat-peminat facebook fanpage tersebut.
Mana la tau gambar-gambar jejaka jambu dan gadis cute tersebut diedarkan dan disalahguna atau disalahtafsir oleh pengguna-pengguna internet yang lain kan.
Maklumlah, internet semakin bahaya sekarang ini, mungkin tidak kepada jejaka jambu kan, tapi kesian la kepada gadis cute.
Siapa yang tak kenal dengan Justin Bieber kan? Artis muda yang amat terkenal dengan lagu Hit Single beliau iaitu ‘Baby’.
Tapi kenalkah anda dengan gadis yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Justin Bieber, Jasmine Villegas?
Jasmine V. , atau nama sebenar beliau Jasmine Marie Villegas merupakan seorang lagi artis muda yang dipaparkan sebagai teman wanita Justin Bieber didalam video klip muzik lagu Baby.
Terbaru, gambar skandal Justin Bieber dengan Jasmine Villegas telah tersebar luas di internet dimana gambar tersebut memaparkan Justin Bieber dan Jasmine Villegas sedang bercium dan berpeluk didalam sebuah kereta Honda.
Adakah ini bermakna Girlfriend atau Teman Wanita Justin Bieber ialah Jasmine Villegas???
Boleh tahan juga ye, Jasmine Villegas = JV, Justin Bieber = JB, jadi “JV and JB”???
Macam-macam Justin Bieber ni, sebelum ni pernah jugak dikaitkan dengan Artis Wanita seksi dan cantik lain contohnya seperti Kim Kardashian. Ish ish ish,
Habis la, lepas ni Jasmine Villegas pun akan kena ugutan bunuh dari peminat Justin Bieber yang terkena BieberFever ni.
Guo Qingpo, lelaki berusia 53 tahun dari China menghidap penyakit yang dikenali dengan nama gynecomastia. Penyakit ini menyebabkan beliau mempunyai payudara bersaiz ekstrem.
Payudara beliau yang didapat mula membesar sejak dari tahun 2008 dikatakan mendapat perhatian 20 orang Doktor Pakar dari 8 jabatan berlainan di sebuah Hospital di Dezhou, Shandong.
Pembedahan yang mengambil masa lebih 6 jam itu akhirnya berjaya mengeluarkan sepasang payudara tersebut yang mempunyai berat dianggarkan lebih 5 kilogram.
Gynecomastia merupakan simptom kepada berlakunya ketumbahan tumor yang berkait dengan hormon pada dada, hati dan juga organ badan lain.
Ada antara anda yang layan lagu dangdut tak? Mungkin tak dengar lagu, tapi lebih perhatikan pada penyanyi tersebut kan? Haha,
Sebuah video klip yang dilengkapi dengan lagu dangdut berjudul Keong Racun menjadi fenomena baru di Indonesia, apabila 2 orang gadis remaja dari Bandung, Jovita Adityasari dan Shinta Nuriansyah merakamkan sebuah video menayangkan aksi mereka bernyanyi mimik bibir lagu Dangdut tersebut.
Lagu Keong Racun yang dinyanyikan oleh penyanyi popular Dangdut indonesia, Lissa, yang suatu ketika dahulu pernah popular pada tahun 2008, secara tiba-tiba kini sudah melonjak naik kembali popularitinya disebabkan video dari Youtube tersebut.
Berikut merupakan video YouTube Keong Racun ciptaan Jovita Adityasari dan Shinta Nuriansyah tersebut,
Hebat kan? walaupun hanya dinyanyikan dengan mimik bibir, video tersebut laku ditonton ramai orang.
Nampaknya rakyat dari negara jiran kita memang hebat dan berbakat menghasilkan video, atau populariti video ini disebabkan dua gadis cantik yang menghasilkan video tersebut?
Artis Bollywood terkenal dunia, Aishwarya Rai mengamuk di KLIA setelah beg yang dipercayai mengandungi alat kosmetik beliau hilang tidak dapat dicari.
Kejadian yang dikatakan berlaku pada pagi semalam, dilaporkan bahawa beliau berada dalam keaadaan tertekan sebelum 2 jam kemudian beg putih kesayangan beliau dipulangkan kembali.
Orang ramai mengatakan bahawa, walaupun beliau dilihat begitu tertekan, namun beliau tetap kelihatan anggun. Biasala, bekas Miss World la katakan.
Aishwarya Rai juga turut meluahkan kata-kata bahawa beliau tertekan dengan staf KLIA yang tidak henti-henti mengambil gambar beliau, kata beliau “Berapa banyak lagi gambar mereka nak ambil?”.
Beliau kemudian dilihat meninggalkan KLIA menaiki sebuah Mercedez Benz hitam, dan dipercayai menuju ke Putrajaya.
Kehadiran beliau ke Malaysia adalah untuk melancarkan filem BlockBuster baru beliau di Putrajaya International Convention Centre (PICC) malam semalam.
Sebuah cubaan untuk mengadakan perkhidmatan seks telah dikesan di kawasan Miri. Perkhidmatan seks atau pelacuran yang sememangnya haram di negara ini dilihat semakin sebagai semakin diberkas, semakin aktif pula promosi yang berlaku.
Apa yang berlaku di Miri pula ialah, Bapak ayam atau agen pelacuran ini tanpa segan silu mempromosikan perkhidmatan seks dengan mengedarkan flyers dan kertas promosi di tempat awam.
Malah ada antara kertas promosi ini yang diselitkan ke dalam Peti Bos kawasan perumahan. Bermakna kertas promosi ini kemungkinan besar akan terdedah kepada kanak-kanak bawah umur dan mungkin akan berlaku salah faham.
Ibu bapa diminta berjaga-jaga terhadap segala kemungkinan kertas promosi ini sampai ke tangan kanak-kanak.
Apa yang lebih menarik, perkhidmatan seks atau pelacuran yang punya promosi secara besar-besaran ini berlainan dengan lain-lain khidmat pelacuran.
Pelanggan hanya perlu menelefon bapak ayam tersebut, dan khidmat seks akan dilakukan secara bergerak didalam kenderaan yang disediakan, iaitu Toyota Alphard. Harga yang dikenakan pula ialah RM350/sejam.
Berdasarkan laporan, pelacur-pelacur ini kebanyakannya ialah warga asing dari China malah juga Filipina.
Pihak polis telah mengeluarkan amaran agar orang awam tidak sesekali mendekati khidmat haram ini yang akan menjadi punca lebih banyak masalah sosial. Pihak polis turut sedang menggiatkan usaha untuk membanteras kegiatan pelacuran dalam negara.
Aaaaaa… NK terfikir sebenarnya nak letak atau tidak post kiriman ni, dah simpan dalam draft selama 3 hari. Oleh kerana hari ni kurang sikit berita yang agak-agak menarik, NK kongsi je la ye, niat sebagai pengetahuan semua. Haha,
Perempuan dari Peru ni sudah terperap diatas katil selama 6 bulan, oleh kerana tidak dapat bangun dari katil oleh kerana payudara (buah dada) yang terlalu besar! Julia Manihuari, 29 tahun, dikatakan mengalami penyakit dimana hormon beliau mengalami peningkatan mendadak selepas melahirkan anak ketiga beliau. Peningkatan hormon ini telah menyebabkan payudara beliau membesar hingga ke tahap yang menyukarkan beliau berdiri!
Kes yang jarang-jarang berlaku ni berlaku secara semulajadi ye, bukan disebabkan pengambilan ubatan ataupun suntikan hormon tambahan. Ish ish ish, jadi tak perlula perempuan diluar sana terlalu mengejar-ngejar nak dapatkan bentuk badan yang menyusahkan diri ni ye. Semulajadi je cukup, jadikan pengajaran~
A MUM-OF-FOUR was trapped in her bed for SIX MONTHS by her massive boobs.
Julia Manihuari’s chest grew to a gigantic N cup after the birth of her third son seven years ago – leaving her unable to move.
The 29-year-old said: “It was awful. If I tried to get up I would faint because my breasts were so heavy.”
The pint-sized farmer’s wife, who lives in northern Peru, was finally helped when local media paid for her to take a three-day boat trip to the nearest town for medical help.
Doctors diagnosed an extreme form of Bilateral Gynecomastia – an illness where the mammary gland keeps growing.
They had to cut TWO AND HALF STONE of flesh from Julia’s boobs fearing they could squash her lungs and kill her.
Julia emerged a 34B cup after the six-hour op.
The 5ft patient said: “Before the operation I couldn’t do anything, I just had to live with it, it got so bad that my breasts were touching my legs.
“I have always had a small build, and the stress on the rest of my body was agony.”
She added: “My breasts were growing by the day. I couldn’t move because my boobs and belly were the same size. My breasts became so huge my skin had sores and I had trouble breathing.”
Recent Comments