Tag Archive | "Sexy"

Kenapa ada Komuniti Jejaka Jambu dan Gadis Cute???


Pernahkah anda dengar tentang Komuniti Jejaka Jambu dan Gadis Cute? Pelik tapi benar.

Facebook Fanpage yang telah beroperasi lebih dari 3 bulan ini nampaknya semakin mendapat sambutan di kalangan pengguna Facebook.

KOMUNITI JEJAKA JAMBU DAN GADIS CUTE, itulah nama yang digunapakai oleh admin facebook fanpage ini. Agak sensitif mungkin? atau ianya terlalu ekstrem?

Yang menarik, komuniti facebook ini juga mengadakan pertandingan dimana pengguna boleh bersaing untuk menjadi Jejaka paling Jambu dan juga Gadis paling Cute di laman Facebook.

Caranya mudah, pengguna facebook cuma perlu ‘Like’ fanpage tersebut dan upload gambar yang anda ingin turut sertakan ke wall fanpage tersebut.

Dan sebagai pemenang, gambar jejaka jambu dan gadis cute tersebut akan terpampang pada profile picture fanpage tersebut selama sebulan.

Hmm, apa pendapat anda? adakah ini lagi satu cubaan mengarut dan pelik pengguna facebook? Tapi kan, sehingga kini, sudah terdapat 6,889 yang sudah like facebook fanpage ini!

Apa-apa pun, sangat berharap agar tidak ada salah guna oleh pengguna facebook lain dengan gambar peminat-peminat facebook fanpage tersebut.

Mana la tau gambar-gambar jejaka jambu dan gadis cute tersebut diedarkan dan disalahguna atau disalahtafsir oleh pengguna-pengguna internet yang lain kan.

Maklumlah, internet semakin bahaya sekarang ini, mungkin tidak kepada jejaka jambu kan, tapi kesian la kepada gadis cute.

komuniti jejaka jambu dan gadis cute Kenapa ada Komuniti Jejaka Jambu dan Gadis Cute???

Posted in Internet, LOL, RandomComments (7)

Jasmine Villegas dan Justin Bieber?


Siapa yang tak kenal dengan Justin Bieber kan? Artis muda yang amat terkenal dengan lagu Hit Single beliau iaitu ‘Baby’.

Tapi kenalkah anda dengan gadis yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Justin Bieber, Jasmine Villegas?

Jasmine V. , atau nama sebenar beliau Jasmine Marie Villegas merupakan seorang lagi artis muda yang dipaparkan sebagai teman wanita Justin Bieber didalam video klip muzik lagu Baby.

Terbaru, gambar skandal Justin Bieber dengan Jasmine Villegas telah tersebar luas di internet dimana gambar tersebut memaparkan Justin Bieber dan Jasmine Villegas sedang bercium dan berpeluk didalam sebuah kereta Honda.

Adakah ini bermakna Girlfriend atau Teman Wanita Justin Bieber ialah Jasmine Villegas???

Boleh tahan juga ye, Jasmine Villegas = JV, Justin Bieber = JB, jadi “JV and JB”???

Macam-macam Justin Bieber ni, sebelum ni pernah jugak dikaitkan dengan Artis Wanita seksi dan cantik lain contohnya seperti Kim Kardashian. Ish ish ish,

Habis la, lepas ni Jasmine Villegas pun akan kena ugutan bunuh dari peminat Justin Bieber yang terkena BieberFever ni.

Jasmine Villegas gambar Jasmine Villegas dan Justin Bieber?

Posted in Celebrity, WorldComments (10)

Lelaki berpayudara sebesar bola sepak dibedah


Guo Qingpo, lelaki berusia 53 tahun dari China menghidap penyakit yang dikenali dengan nama gynecomastia. Penyakit ini menyebabkan beliau mempunyai payudara bersaiz ekstrem.

Payudara beliau yang didapat mula membesar sejak dari tahun 2008 dikatakan mendapat perhatian 20 orang Doktor Pakar dari 8 jabatan berlainan di sebuah Hospital di Dezhou, Shandong.

Pembedahan yang mengambil masa lebih 6 jam itu akhirnya berjaya mengeluarkan sepasang payudara tersebut yang mempunyai berat dianggarkan lebih 5 kilogram.

Gynecomastia merupakan simptom kepada berlakunya ketumbahan tumor yang berkait dengan hormon pada dada, hati dan juga organ badan lain.

lelaki berpayudara sebesar bola sepak Lelaki berpayudara sebesar bola sepak dibedah

Posted in LOL, Weird, WorldComments (10)

Aishwarya Rai mengamuk di KLIA


Artis Bollywood terkenal dunia, Aishwarya Rai mengamuk di KLIA setelah beg yang dipercayai mengandungi alat kosmetik beliau hilang tidak dapat dicari.

Kejadian yang dikatakan berlaku pada pagi semalam, dilaporkan bahawa beliau berada dalam keaadaan tertekan sebelum 2 jam kemudian beg putih kesayangan beliau dipulangkan kembali.

Orang ramai mengatakan bahawa, walaupun beliau dilihat begitu tertekan, namun beliau tetap kelihatan anggun. Biasala, bekas Miss World la katakan.

Aishwarya Rai juga turut meluahkan kata-kata bahawa beliau tertekan dengan staf KLIA yang tidak henti-henti mengambil gambar beliau, kata beliau “Berapa banyak lagi gambar mereka nak ambil?”.

Beliau kemudian dilihat meninggalkan KLIA menaiki sebuah Mercedez Benz hitam, dan dipercayai menuju ke Putrajaya.

Kehadiran beliau ke Malaysia adalah untuk melancarkan filem BlockBuster baru beliau di Putrajaya International Convention Centre (PICC) malam semalam.

Aishwarya Rai mengamuk 300x225 Aishwarya Rai mengamuk di KLIA

Posted in Celebrity, LOLComments (14)

Mari dengar suara seksi dari Komputer Windows anda~


Tahukah anda bahawa setiap komputer anda yang menggunakan sistem operasi (Operating System) Windows mempunyai personaliti sendiri?

NK punya suara gadis remaja seksi yang ayu anggun lagi memikat personaliti suaranya~

Cara-caranya adalah :

  1. Mula-mula buka aplikasi Notepad di komputer Windows anda.
  2. Taip perkataan ”  CreateObject(“SAPI.SpVoice”).Speak”I love YOU so much” “.
  3. Kemudian klik save as, ‘” i love you.vbs ”  ke desktop anda.
  4. Dan klik!
  5. Cuba dengar suara kasar lelaki ataupun suara awek gadis cun merdu?, hehe

Mungkin dah lama dah trick ni wujud, tapi NK baru dapat peluang untuk berkongsi dengan anda, selamat mencuba~

gadis comel ayu ketawa di notakosong Mari dengar suara seksi dari Komputer Windows anda~

Posted in LOL, Tutorial, WebsitesComments (8)

“Pornografi punca kes rogol” – Tun Dr Mahathir


Oleh kerana akses yang terlalu mudah bagi memperoleh bahan Pornografi melalui laman web di internet, Dr Mahathir berkata, ia menjadi punca mengapa kesalahan melibatkan kes jenayah seksual semakin meningkat di Malaysia.

Mudahnya untuk para remaja mendapatkan bahan pornografi seperti gambar-gambar lucah dan video-video lucah dari internet, menyebabkan berlakunya kes penyeksaan seksual yang mungkin turut berlaku terhadap golongan tua malahan bayi!

tun dr mahathir mohamad berucap Pornografi punca kes rogol   Tun Dr Mahathir

Dr Mahathir turut mengeluarkan kenyataan ketika beliau berucap di ‘Asian Bloggers Social Media Conference 2010′, ketika Multimedia Super Corridor dilancarkan, kerajaan negara sudah berjanji tidak akan mengehadkan penapisan terhadap kebebasan internet. Namun kini beliau hampa dan berharap akan ada penapisan terhadap bahan di internet lebih-lebih lagi bahan pornografi.

Pada Asian Bloggers and Social Media Conference 2010 tersebut juga, beliau berkata bahawa kini dengan kelebihan yang terdapat pada internet, masyarakat dapat memperoleh maklumat berita-berita bukan sahaja melalui media utama, malah juga melalui penulisan para blogger.

Melalui cara ini, masyarakat turut dapat membezakan yang mana konspirasi dan propaganda, dan yang mana satu fakta yang sebenar.

Sumber : AsiaOne

Posted in Malaysia, NewsComments (3)

Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkahwin pada 10 Oktober


Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor ataupun dikenali ramai dengan panggilan Dr SMS telah mengumumkan bahawa beliau akan berkahwin dengan wanita pilihan beliau, Dr Halina Mohd Yunos pada tarikh 10 Oktober 2010.

Tarikh 10 Oktober dipilih kerana ia merupakan tarikh ulangtahun ketiga Dr Sheikh Muszaphar ke angkasa lepas menaiki Soyuz TMA-11 menuju ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) dari pelancaran di Rusia.

Sheikh Muszaphar Shukor dan dr halina Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkahwin pada 10 Oktober

Perkahwinan yang bertema ‘Pahlawan Melayu di Istana Kayangan’ pada waktu pagi akan berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya pernikahannya dimana orang ramai dijemput hadir, dan pada waktu malamnya di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Wah, akhirnya tamat juga zaman bujang Dr SMS yang kini dah berumur mencecah 38 tahun.

Tahniah diucapkan kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr Halina Mohd Yunos!

Posted in Celebrity, MalaysiaComments (4)

Ustaz gila seks dan sunnah songsang!


Terkejut NK apabila baca berita tabloid di Harian Metro hari ini!

Seorang Ustaz juga pemilik sekolah tahfiz dikatakan mengamalkan hubungan seks songsang bersama dengan isteri-isteri beliau! Malah turut didakwa mengeluarkan dakyah serong mengenai sunnah Nabi!

Menurut kenyataan dari bekas-bekas isterinya sendiri, ustazah-ustazah ni diminta untuk melakukan hubungan seks dengan Ustaz ni pada waktu yang serentak! Bermakna 2-3 atau lebih isteri beliau pada waktu yang sama.

Paling menyedihkan, apabila ustazah-ustazah ini yang amat bergantung pada Ustaz ini untuk mendapatkan tunjuk ajar agama, ditipu dengan dikatakan bahawa, hubungan seks serentak dengan ramai isteri adalah sesuatu yang Nabi amalkan didalam poligami. Sungguh tidak benar!!

Sifat gila seks Ustaz ini yang dikatakan turut mempunyai sekolah tahfiz haram di Mesir, akhirnya tidak mampu ditahan deritanya oleh isteri-isteri beliau itu lagi.

Malahan dikatakan bahawa Ustaz ini turut gagal memberi nafkah zahir yang cukup pada isterinya dengan hanya memberi RM200 untuk menampung 5 orang anak! Mana cukup nak makan!

Rujuk pada sumber untuk lebih lanjut.

Sumber : HMetro

Imam Muda Astro Oasis Notakosong.com  Ustaz gila seks dan sunnah songsang!

Berbaik pada isu lain, NK amat berharap agar generasi baru yang lahir dari rancangan program realiti Imam Muda yang ditayangkan di Astro Oasis, betul-betul berkualiti untuk membimbing orang ramai.

Jangan sampai satu tahap anda boleh hanyut dengan duniawi sepertimana selebriti yang terhasil dari Lain Program Realiti.

Posted in MalaysiaComments (18)

Khidmat pelacuran bergerak


Sebuah cubaan untuk mengadakan perkhidmatan seks telah dikesan di kawasan Miri. Perkhidmatan seks atau pelacuran yang sememangnya haram di negara ini dilihat semakin sebagai semakin diberkas, semakin aktif pula promosi yang berlaku.

Apa yang berlaku di Miri pula ialah, Bapak ayam atau agen pelacuran ini tanpa segan silu mempromosikan perkhidmatan seks dengan mengedarkan flyers dan kertas promosi di tempat awam.

Malah ada antara kertas promosi ini yang diselitkan ke dalam Peti Bos kawasan perumahan. Bermakna kertas promosi ini kemungkinan besar akan terdedah kepada kanak-kanak bawah umur dan mungkin akan berlaku salah faham.

Ibu bapa diminta berjaga-jaga terhadap segala kemungkinan kertas promosi ini sampai ke tangan kanak-kanak.

no prostitution prostitutes sign Khidmat pelacuran bergerak

Apa yang lebih menarik, perkhidmatan seks atau pelacuran yang punya promosi secara besar-besaran ini berlainan dengan lain-lain khidmat pelacuran.

Pelanggan hanya perlu menelefon bapak ayam tersebut, dan khidmat seks akan dilakukan secara bergerak didalam kenderaan yang disediakan, iaitu Toyota Alphard. Harga yang dikenakan pula ialah RM350/sejam.

Berdasarkan laporan, pelacur-pelacur ini kebanyakannya ialah warga asing dari China malah juga Filipina.

Pihak polis telah mengeluarkan amaran agar orang awam tidak sesekali mendekati khidmat haram ini yang akan menjadi punca lebih banyak masalah sosial. Pihak polis turut sedang menggiatkan usaha untuk membanteras kegiatan pelacuran dalam negara.

Source : The Star

Posted in LOL, Malaysia, NewsComments (2)

Justin Bieber diugut bunuh


Miley Bieber 9jun10 300 Justin Bieber diugut bunuh

Penyanyi 16 tahun dari Kanada ini telah diugut bunuh oleh Miley Cyrus setelah Justin mengaku telah menganggu Miley beberapa kali dengan gangguan panggilan telefon.

Miley yang sedang lena tidur dikatakan menerima gangguan panggilan telefon itu pada jam 3 Pagi dan setelah mendengar jeritan marah Miley, Justin Bieber telah mengaku bahawa yang menelefon itu ialah beliau.

Source : SIFY.com

Mungkin Justin Bieber ni tak tahu yang Miley Cyrus ni sedang berada di London kot, dah tu pula, tak tahu pula beza waktu di Kanada dan London. Teruk betul la budak kecik ni… ish ish ish..

Justin Bieber dah jadi Stalker! “Baby, baby baby noooooo, tot chu owes be main….

Posted in Celebrity, LOL, MusicComments (9)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com