Tag Archive | "Sistem"

Laman Facebook tolak email 1Malaysia cecah 25K dalam masa 24 jam


Lebih kurang 24 jam kerajaan umumkan mengenai email 1Malaysia, sebuah laman Fanpage Facebook dicipta dan kurang 24 jam penggunanya sudah mencecah 25,000!

Laman Facebook tersebut dicipta khas bagi memprotes rancangan kerajaan untuk menghasilkan sebuah sistem email pusat bagi segala urusan melibatkan kerajaan. Sistem email ini akan menggunakan nama email 1Malaysia, dan dikatakan juga contoh alamat email adalah menggunakan nombor kad pengenalan, contohnya – 8*031114****@1Malaysia.com.my. Namun kebenaran maklumat tersebut masih belum dapat dipastikan.

facebook reject 1 malaysia email Laman Facebook tolak email 1Malaysia cecah 25K dalam masa 24 jam

Ketika entri ini ditulis, terdapat 24,555 pengguna yang menyokong laman tersebut, namun dipercayai jumlah ini akan mencecah 25,000 pengguna dalam jangka masa kurang dari satu jam.

Berdasarkan kenyataan pada laman tersebut :

Malaysians against 1 Malaysia email account which will cost taxpayers RM50 million

https://www.facebook.com/SayNoTo1MsiaEmail

Namun, Datuk Seri Najib Razak berkata bahawa pembangunan sistem tersebut tidak akan menggunakan duit rakyat tetapi menggunakan dana yang dijana oleh syarikat korporat. Maklumat sebenar masih belum dapat dijelaskan.

Nantikan entri akan datang mengenai maklumat penuh sistem Email 1Malaysia (1MY Email) ini.

p/s : lepas ni apa pula ya? 1Malaysia klon Facebook/Twitter?

Posted in Malaysia, NewsComments (4)

Honda Accord tak guna, komen pemandu


Nampaknya kemarahan seorang pemilik kenderaan jenis Honda, model Accord sampai ke kemuncak apabila beliau tekad untuk melakukan perkata ekstrem bagi menunjukkan marah kepada Honda Malaysia.

Kenderaan Honda Accord milik beliau ini penuh dengan hiasan pelekat sticker yang menunjukkan kemarahan beliau dengan kata-kata seperti, ” MY HONDA TAK GUNA”

Honda tak guna Honda Accord tak guna, komen pemanduHonda tak guna 2 Honda Accord tak guna, komen pemandu

Antara lain aduan yang dipaparkan dengan pelekat di kenderaan beliau ialah seperti,

  • Brakes Locked While Driving (Brek terkunci ketika memandu)
  • Screeching sounds from tires (Tayar mengeluarkan bunyi nyaring)
  • Brake Pads wear out very fast (Brek cepat haus)
  • Brake disc replaced after 9 months (Disc Brek diganti selepas 9 bulan)

Wah, tak sangka kenderaan sedan premium seperti Honda Accord ini mempunyai begitu banyak masalah. Paling tidak sangka, kesemua masalah ini adalah berkenaan dengan keselamatan pemandu!

Bayangkan jikalau sistem brek tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik ketika sedang laju memandu? Nahas nyawa pemandu dan penumpang!

Honda tak guna 3 Honda Accord tak guna, komen pemanduHonda tak guna 4 Honda Accord tak guna, komen pemanduHonda tak guna 5 Honda Accord tak guna, komen pemandu

Harap-harap ianya cuma kes satu dalam sejuta, berkemungkinan besar masalah yang sama terdapat juga pada model lain seperti Honda City, Honda Civic, Honda Jazz yang mana Harga setiap kereta mencecah RM100,000 malah lebih!

Mungkin Honda Malaysia ada penjelasan lebih lanjut?

Credit to Lyn FNF

Posted in LOL, MalaysiaComments (28)

Projek Monorel Melaka dijangka siap hujung bulan ini


monorel Projek Monorel Melaka dijangka siap hujung bulan ini

Sistem Monorel Melaka yang dibina sejak tahun 2008 telah mendapat tangguhan sehingga hujung bulan ini, dan ianya dijangka siap dan berfungsi pada tempoh itu.

Projek Monorel Melaka itu yang pada asalnya diberi tempoh sehingga akhir bulan Mei 2010 itu, diberi tengguhan tempoh lagi oleh kerana masalah sebuah stesen dinamakan Stesen Hang Tuah tidak dapat disiapkan.

Punca Stesen ini tidak dapat disiapkan adalah dikatakan berpunca dari bantahan penduduk yang tidak ingin menerima pampasan yang diberi oleh kerajaan negeri. Setelah melalui beberapa perbincangan, akhirnya kerajaan negeri Melaka terpaksa bersetuju untuk menambahkan jumlah pampasan tanah kepada penduduk disitu.

Sistem Monorel ini yang dibina sepanjang sungai Melaka akan turut menjadi tarikan disamping Eye On Melaka. Ianya dijangka dapat menarik pelancong dan pengunjung yang lebih ramai hadir ke Bandaraya Melaka.

Dikatakan juga, ia akan menjadi sebuah Taman Tema Bandar umpama Disneyland.

Wah, Seronok la orang Melaka macam ni ye, bestnye, lepas ni kalau nak bercuti boleh ke Melaka Bandaraya Bersejarah je la ye.

Namun begitu, kerajaan kena la cari langkah untuk mengelakkan berlakunya jenayah dan aktiviti tidak sihat di sekitar kawasan perlancongan itu ye.

dn 03.1 Projek Monorel Melaka dijangka siap hujung bulan ini

Posted in Malaysia, TravelComments (2)








Partly powered by CleverPlugins.com