Posted on 06 September 2010. Tags: Antarabangsa, Asia, Baca, Book, BookFest, BookFest @ Malaysia, Buku, China, Cikgu, Events, Guru, Hong Kong, Ilmu, KLCC, Malaysia, MICE, Pelajar, Percuma, School, Sekolah, Singapore, Student, Study, Taiwan, United Kingdom
BookFest @ Malaysia memperkenalkan majalah-majalah dan buku-buku yang diterbitkan dari China, Taiwan , Hong Kong , Malaysia & Singapore di pameran buku antarabangsa ini.
Pameran buku yang terbesar di Asia Tenggara ini bukan sahaja memperkenalkan buku dan majalah, malah turut mempamerkan produk keluaran baru dari penerbit contohnya alat penulisan.
Pameran tahunan yang berlangsung semenjak tahun 2006 lagi ini merekodkan lebih 320,000 pelawat pada tahun pertama ianya berlangsung, dan ianya kian meningkat dari tahun ke tahun menyaksikan bahawa pameran ini telah diterima umum dan akan terus berkembang.
Maklumat mengenai Pameran BookFest @ Malaysia ini adalah seperti berikut :
Tarikh : 4 – 12 September 2010
Tempat : Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE), the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Masa : 10am-10pm
Harga Tiket : RM2 setiap orang / PERCUMA bagi pelajar 18 tahun kebawah dan warga emas 60 tahun ke atas
Pameran yang berlangsung selama 8 hari ini bertujuan untuk menarik semua peminat buku, ulat buku hadir bersama-sama dan meluangkan masa bersama buku-buku keluaran antarabangsa.
Malah, ianya turut dapat memupuk minat membaca bagi golongan yang baru sahaja menanam minat untuk membaca.
Semua warga Pelajar, warga Pendidik dijemput untuk beramai-ramai hadirkan diri ke Pameran ini.
Maklumat lanjut, sila hubungi 1300 88 6333 atau layari http://www.bookfestmalaysia.com/

Posted in Education, Events
Posted on 21 July 2010. Tags: 2010, Admission, Club, Convo Fest, Dance, Food, Kelab, Konvokesyen, Longest, Malaysia, Malaysian Book of Records, Marathon, Menari, MMU, Record, SAKTI, Student, Study, Universiti Multimedia Malaysia, University

Sempena sambutan Konvokesyen (ConvoFest) akan datang, kelab SAKTI Universiti Multimedia Malaysia (MMU) akan mengadakan sebuah Marathon Tarian Paling lama 15 jam tanpa henti untuk mencatat rekod didalam Malaysian Book of Records.
Obejktif Marathon ini adalah untuk menyemai semangat keharmonian sesama pelajar MMU disamping dapat memperkenalkan kepelbagaian tarian pelajar MMU dan juga orang awam.
Yuran Penyertaan :
- Berkumpulan (Minimum 6 orang, Maksimum 8 orang) – RM75
- Individu – RM 12
Anda akan dapat memperoleh,
- Sijil disahkan oleh Malaysian Book of Records.
- Baju T Longest Dance Marathon.
- Makanan akan dibekalkan ketika acara berlangsung.
Rebutlah peluang keemasan ini untuk menunjukkan bakat anda!
Sebarang pertanyaan boleh hubungi,
Faiz Hafizin (Direktor) – 013 9783564
Rein Sazali (Bahagian Penyertaan) – 012 3496921
Posted in Events, Malaysia
Posted on 14 July 2010. Tags: 2009, Agensi Kelayakan Malaysia, Bijak, Curtin University of Technology Sarawak, Education, International Islamic University Malaysia, International Medical University, LAN, Malaysia Campus, Malaysian Qualifications Agency, Management and Science University, MMU, Monash University Sunway Campus, MQA, Pelajar, Sarawak Campus, SETARA, Student, Study, Sunway University College, Swinburne University of Technology, Taylor's University College, The University of Nottingham, UITM, UKM, UniKL, Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Kuala Lumpur, Universiti Malaya, Universiti Multimedia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Teknologi Petronas, University, USM, UTM, UTP
Baru-baru ini, Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) telah mengeluarkan keputusan Sistem Penarafan Institut Pengajian Tinggi (SETARA) bagi tahun 2009.
Sebanyak 58 buah Universiti Tempatan termasuk Universiti Awam dan Universiti Swasta yang memberi penyertaan.
Sebanyak 18 buah Universiti diberi taraf “Tier-5″ atau Cemerlang, 25 buah Universiti diberi taraf “Tier-4″ atau Sangat Baik, dan 4 buah Universiti menerima taraf “Tier-3″ atau Baik.
Berikut merupakan senarai 18 buah Universiti yang menerima taraf “Tier-5″ iaitu Cemerlang, berdasarkan turutan alphabet.
- Curtin University of Technology Sarawak
- International Islamic University Malaysia
- International Medical University
- Management and Science University
- Monash University Sunway Campus
- Sunway University College
- Swinburne University of Technology, Sarawak Campus
- Taylor’s University College
- The University of Nottingham, Malaysia Campus
- Universiti Kebangsaan Malaysia
- Universiti Kuala Lumpur
- Universiti Malaya
- Universiti Multimedia
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Sains Malaysia
- Universiti Teknologi Malaysia
- Universiti Teknologi Mara
- Universiti Teknologi Petronas
Manakala bagi senarai Universiti lain yang menerima penarafan tersebut boleh dirujuk pada Gambar dibawah.

Click image to view larger
Sumber : MQA.gov.my
Posted in Education, Malaysia
Recent Comments