Tag Archive | "Taiwan"

Gaya meniarap “Planking” gaya baru bergambar


Agaknya mungkin dah habis gaya untuk bergambar, menyebabkan wujudnya gaya pelik yang baru untuk bergambar, dengan gaya meniarap yang dipanggil ‘Planking’.

Berikut merupakan gambar yang melibatkan dua orang pelajar di Taiwan, yang sangat meminati bidang fotografi, malah sehinggakan berjaya mempopularkan gaya baru ‘posing’ bergambar yang sangat mudah, meniarap.

Jinyu (25 tahun) dari Taipei dan Karren (28 tahun) dari Taichung, kedua-duanya amat meminati fotografi.

Berikut merupakan gambar mereka yang dikatakan,

planking pose taiwan 1 Gaya meniarap Planking gaya baru bergambarplanking pose taiwan 2 Gaya meniarap Planking gaya baru bergambarplanking pose taiwan 3 Gaya meniarap Planking gaya baru bergambarplanking pose taiwan 4 Gaya meniarap Planking gaya baru bergambarplanking pose taiwan 5 Gaya meniarap Planking gaya baru bergambarplanking pose taiwan 6 Gaya meniarap Planking gaya baru bergambarplanking pose taiwan 7 Gaya meniarap Planking gaya baru bergambarplanking pose taiwan 8 Gaya meniarap Planking gaya baru bergambar

Menarik dan pelik bukan? Apa kata anda pula yang cuba, dan cipta sensasi baru fotografi di Malaysia pula?

Posted in LOL, Picture, RandomComments (5)

Namewee ada aplikasi iPhone tersendiri?


Wah, Namewee atau nama sebenar beliau Wee Meng Chee nampaknya mempunyai aplikasi sendiri dalam Apple iTunes untuk Apple iPhone.

Aplikasi tersebut yang boleh didapati dan dimuat turun dengan percuma tersebut turut boleh digunakan untuk Apple iPod Touch.

Aplikasi ini dihasilkan oleh sebuah syarikat digital The Octagonal Production, dan hasil karya penciptanya iaitu Hung Hing Wong.

Nampaknya aplikasi ini masih lagi baru didapati di iTunes, dimana tarikh keluarannya adalah 9 November 2010.

Berikut merupakan keterangan yang didapati pada Aplikasi ini.

Download this app to stream & listen to high quality Namewee 黄明志 music audios & videos. Visit Namewee’s facebook page to understand his latest status with this apps, all at your finger tips.

A real time chat room is embedded to allow listeners from around the world to share experience about Namewee music.

This is an unofficial Namewee’s app developed to pay tribute to Namewee, a young Malaysian music talent.

http://itunes.apple.com/my/app/namewee/id400451633?mt=8

Wah, hebat betul.

Walaupun Namewee ni merupakan artis yang penuh dengan kontroversi dan didakwa sebagai ‘racist’, namun tetap ada mereka yang sanggup untuk menghasilkan aplikasi sebegini khas untuk beliau.

Tak kenal siapa itu Namewee? boleh rujuk kiriman lama NK : http://notakosong.com/1814/news/malaysia/biodata-siapa-itu-namewee-wee-meng-chee-yang-sebenarnya/

Hmm, agaknya tak lama lagi ada ke aplikasi khas untuk Notakosong.com pula? icon razz Namewee ada aplikasi iPhone tersendiri?

namewee iphone apps Namewee ada aplikasi iPhone tersendiri?

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (1)

BookFest @ Malaysia di KLCC


BookFest @ Malaysia memperkenalkan majalah-majalah dan buku-buku yang diterbitkan dari China, Taiwan , Hong Kong , Malaysia & Singapore di pameran buku antarabangsa ini.

Pameran buku yang terbesar di Asia Tenggara ini bukan sahaja memperkenalkan buku dan majalah, malah turut mempamerkan produk keluaran baru dari penerbit contohnya alat penulisan.

Pameran tahunan yang berlangsung semenjak tahun 2006 lagi ini merekodkan lebih 320,000 pelawat pada tahun pertama ianya berlangsung, dan ianya kian meningkat dari tahun ke tahun menyaksikan bahawa pameran ini telah diterima umum dan akan terus berkembang.

Maklumat mengenai Pameran BookFest @ Malaysia ini adalah seperti berikut :

Tarikh : 4 – 12 September 2010
Tempat : Meetings, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE), the Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
Masa : 10am-10pm
Harga Tiket : RM2 setiap orang / PERCUMA bagi pelajar 18 tahun kebawah dan warga emas 60 tahun ke atas

Pameran yang berlangsung selama 8 hari ini bertujuan untuk menarik semua peminat buku, ulat buku hadir bersama-sama dan meluangkan masa bersama buku-buku keluaran antarabangsa.

Malah, ianya turut dapat memupuk minat membaca bagi golongan yang baru sahaja menanam minat untuk membaca.

Semua warga Pelajar, warga Pendidik dijemput untuk beramai-ramai hadirkan diri ke Pameran ini.

Maklumat lanjut, sila hubungi 1300 88 6333 atau layari http://www.bookfestmalaysia.com/

bookfest malaysia 2010 BookFest @ Malaysia di KLCC

Posted in Education, EventsComments (3)

Siapa itu Namewee = Wee Meng Chee?


Wee Meng Chee, atau lebih dikenali di seluruh negara dengan panggilan Namewee, merupakan seorang Artis, Ahli Muzik dan juga Direktor Filem  yang berasal dari Muar, Johor.

Beliau pernah menjadi punca berlakunya kekecohan seketika pada tahun 2007 mengenai lagu ciptaan beliau “Negarakuku” yang dipaparkan di laman YouTube. Lagu tersebut dikatakan menghina Negara Malaysia, Kerajaan Malaysia, dan juga Rakyat Malaysia.

Namun, beliau kemudiannya telah membuat pengumuman maaf secara terbuka.

Bekas pelajar dalam bidang Komunikasi massa di Universiti Ming Chuan, Taiwan, ini juga pernah melancarkan album beliau yang berjudul “Namewee” pada 3 September 2007.

Pada tahun 2008, sejurus selepas kembali ke Tanah Air, Namewee telah dipanggil oleh Polis Diraja Malaysia untuk membuat siasatan mengenai video klip “Negarakuku” beliau.

Pada 23 September 2010, Namewee dimaklumkan polis bahawa kes tersebut telah ditutup, dan beliau mendakwa tiada tindakan akan diambil terhadap beliau. Namun, Polis Diraja Malaysia berkata kes tersebut masih dalam siasatan dibawah akta Hasutan dan Derhaka.

Antara lain perkara yang mendapat perhatian mengenai Namewee ialah, apabila beliau membuat sebuah video klip mengkritik dan mengutuk tenaga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB). Video klip yang dibuat pada Oktober 2009 memaparkan Namewee yang marah dengan masalah ‘blackout’ di seluruh Muar, cuba mendapat penjelasan di Ibu Pejabat TNB Daerah, namun dihalau pulang oleh petugas di sana.

Terkini, Namewee telah membuat sebuah Video Klip mengkritik dan mengutuk tindak tanduk pengetua yang bersikap perkauman, Siti Inshah dengan sebuah video berjudul “Nah!!” . Maklumat lanjut di http://notakosong.com/1785/malaysia/isu-pengetua-siti-inshah-mansor-dan-video-klip-namewee/ .

Dan, Namewee nampaknya baru sahaja selesai dengan satu lagi penahanan polis untuk membuat keterangan dan penjelasan. http://notakosong.com/1805/malaysia/namewee-ditahan-polis-untuk-beri-keterangan-mengenai-video/ .

Facebook : Namewee 黃明志 Official Page
Blogspot   : http://www.namewee.blogspot.com/

NAMEWEE Wee Meng Chee malaysia gambar 768x1024 Siapa itu Namewee = Wee Meng Chee?

Posted in Celebrity, Malaysia, MusicComments (7)

Modenas Elegan 200 Baru – Gambar


Modenas Elegan 200 baru skuter Modenas Elegan 200 Baru   Gambar

Nampaknya Teaser dari Facebook Fanpage Modenas memang benar! Modenas hari ini telah melancarkan model baru yang dikenali dengan nama Modenas Elegan 200!

Model Skuter Elegan 200 ini telah dianggarkan akan diletakkan tanda harga RM8,500 tanpa insuran dan cukai jalan.

Harga tersebut NK anggar amat berbaloi dengan segala teknologi yang dilengkapi oleh model Modenas Elegan 200 ini. Model Elegan 200 ini datang dengan 3 pilihan Warna iaitu warna Putih, Merah dan juga Hitam.

Berikut merupakan maklumat mengenai Spesifikasi Model :

Engine
Type 4-T/SN175J
Bore X Stroke 61.0 x 58.6 mm
Displacement 171.2 cubic cm
Compression Ratio 10:01
Carburetor KEIHIN CVK
Ignition System CDI
Starting System Kick & Electric Starter
Cooling System Liquid Cooled
Fuel Tank Capacity 7.6 L
Fuel Consumption 36.0 km/L @50km/h
Transmission
Type C.V.T auto speed change
Clutch Centrifugal
Chassis
Electrical System
Battery 12V 8Ah
Sumber : Modenas

Berikut merupakan gambar ketika pelancaran Model Modenas Elegan 200 tersebut,

pelancaran modenas elegan 200 Modenas Elegan 200 Baru   Gambar Modenas elegan 200 putih Modenas Elegan 200 Baru   Gambar Modenas elegan 200 hitam Modenas Elegan 200 Baru   Gambar Modenas elegan 200 merah Modenas Elegan 200 Baru   Gambar

Warna Putih amat menarik!! Mesti akan jadi pilihan warna yang paling laris!

Sumber Gambar : Autoshift

Posted in Automotive, MalaysiaComments (33)

Model Motorsikal 200cc Baru dari Modenas


Berdasarkan Maklumat yang NK perolehi dari laman Fanpage Facebook MODENAS sendiri, nampaknya MODENAS sedang bersedia untuk melancarkan model skuter baru.

Yang paling menarik, model motorsikal baru dari MODENAS ini dikatakan akan mempunyai sesaran (displacement) setinggi 200cc!

Berikut merupakan poster Teaser untuk Model Baru ini.

scooter baru modenas 200cc Model Motorsikal 200cc Baru dari Modenas

Menarik bukan?

Setelah membuat sedikit kajian dan menerusi pendapat-pendapat orang lain, dikatakan, berkemungkinan besar model baru MODENAS 200cc ini akan berdasarkan model 200cc keluaran syarikat Motorsikal dari Taiwan, SYM.

Dan model motorsikal yang dikatakan tersebut ialah Model Sym Joyride 200i Evo 2010.

sym joyride model modenas 200cc Model Motorsikal 200cc Baru dari Modenas

Berikut merupakan Spesifikasi motorsikal tersebut.

General information
Model: Sym Joyride 200i Evo
Year: 2010
Category: Scooter

Engine and transmission
Displacement: 175.00 ccm (10.68 cubic inches)
Engine type:Single cylinder, four-stroke
Valves per cylinder: 4
Fuel system: Injection. EFI
Fuel control: SOHC
Cooling system: Liquid
Gearbox: Automatic
Exhaust system: Euro 3

Chassis, suspension, brakes and wheels
Front suspension: Telescopic fork
Rear suspension: Unit swing
Front tyre dimensions: 110/90-13
Rear tyre dimensions: 130/70-12
Front brakes: Single disc
Front brakes diameter: 273 mm (10.7 inches)
Rear brakes: Single disc
Rear brakes diameter: 220 mm (8.7 inches)

Physical measures and capacities
Dry weight: 155.0 kg (341.7 pounds)
Weight incl. oil, gas, etc: 166.0 kg (366.0 pounds)
Overall height: 1,280 mm (50.4 inches)
Overall length: 2,010 mm (79.1 inches)
Overall width: 760 mm (29.9 inches)
Wheelbase: 1,440 mm (56.7 inches)
Fuel capacity: 8.00 litres (2.11 gallons)

Other specifications
Starter: Electric & kick
Color options: White, silver, gray, red, black
Comments: Bike made in Taiwan.

200cc tu! nantikan pengumuman rasmi dari MODENAS sendiri.

Posted in Automotive, MalaysiaComments (12)

Soket Elektrik kalis air (Waterproof)


Soket Elektrik Soket Elektrik kalis air (Waterproof)

Anda selalu cuai ketika menggunakan peralatan Elektrik? Selalu terkena kejutan Elektrik tapi anda bernasib baik masih hidup? Sekarang sudah ada produk yang akan menjadi penyelamat segala kesusahan anda itu.

Shohero Technologies, sebuah syarikat berasal dari Taiwan telah memperkenalkan produk terbarunya yang dinamakan Wet Circuits, iaitu merupakan sebuah soket elektrik yang kalis air!

Produk yang berharga USD35 ini dikatakan mempunyai banyak kelebihan selain kalis air berbanding soket elektrik biasa,

  • Water Resistant
  • Touch Protection
  • Overheat Protection
  • Spark Prevention
  • 4x Lifespan

Berikut merupakan Contoh eksperimen yang telah dilakukan bagi membuktikan kehebatan Soket Elektrik ini.

Hebat kan? Lepas ni boleh anda nak kenakan rakan-rakan anda ke kan, sambil basah-basah terus cucuk jari kat soket tu. Hehe

Apa-apa pun, boleh rujuk laman web diorang ye, http://www.wetcircuits.com/

Posted in LOL, Technology, Video, Weird, WorldComments (8)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com