Entri kali ni agak istimewa, disebabkan NK dipilih sebagai Media Collaborators ICN UTP 2011, NK berpeluang saksikan latihan ICN, sambil-sambil mencuba rakaman Video Cam Nexus S.
Apa lagi, sementara sedang menikmati beberapa persembahan latihan, ingin juga membuat beberapa cubaan rakaman HD menggunakan Google Nexus S pemberian Maxis10 ini.
Kalau menurut spesifikasi yang diberikan, kamera 5 Megapixel milik Nexus S ini mampu memberikan paparan video sehebat 720p. Video HD tu! (Pembetulan : Video Kamera Nexus S cuma hasilkan video dengan kualiti 480p sahaja, dan ianya bukan HD, tetapi Enhanced Definition (ED))
Namun mungkin oleh sebab keadaaan sekeliling penggambaran yang tidak cukup terang, mungkin itu sebabnya kualiti video yang terhasil kurang memuaskan.
Apa komen anda tentang kualiti video Nexus S? Nantikan lebih review mengenai hasil gambar dari Nexus S dalam kiriman akan datang.
Apa-apa pun, jangan lupa untuk datang ke International Culture Night (ICN) UTP 2011! Video di atas hanya teaser latihan persembahan ICN, untuk dapatkan pengalaman dan persembahan yang lebih memuaskan, jemput datang ke ICN UTP di Dewan Kanselor Universiti Teknologi PETRONAS malam ini!.
Bagaimana nak dapatkan tiket ICN anda? Sila rujuk pada entri sebelum ini.
Ingat lagi entri NK mengenai International Culture Night 2011 yang bakal berlangsung di Universiti Teknologi PETRONAS nanti? Jom tengok bagaimana nak dapatkan tiket anda.
Kalau anda masih lagi belum dapatkan tiket anda, teruskan membaca bagaimana cara mudah untuk anda dapatkan tiket anda.
International Culture Night (ICN) ini yang akan berlangsung lewat petang esok (1 April 2011), di Dewan Kanselor Universiti Teknologi PETRONAS, merupakan acara istimewa yang menampilkan persembahan dari pelbagai negara seperti, Vietnam, Afrika Selatan, Indonesia, Thailand, Nigeria, Mesir, Sudan, Mozambique dan lain-lain negara lagi.
Yang menarik, dikatakan terdapat lebih 13 negara dan lebih 21 persembahan akan ditampilkan!
Semua ini dengan tiket yang cuma berharga RM10 sahaja! Bagi pelajar UTP pula, anda boleh dapatkan Tiket ICN dengan harga cuma RM5!!
Apa yang anda perlu buat cuma hubungi mereka-mereka di bawah ini, dan tempah tiket anda untuk malam esok!
Dah tempah? Bagaimana nak dapatkan tiket anda? Jangan risau, anda cuma perlu hadirkan diri ke tempat berlangsungnya majlis gilang-gemilang ini, dan hubungi mereka-mereka di atas untuk dapatkan tiket anda.
P/s : Nak dapatkan tiket secara percuma? Nantikan pengumuman di Notakosong.com ataupun di http://www.facebook.com/Notakosong untuk maklumat lanjut. Ada beberapa tiket terhad untuk diberi PERCUMA!!
Berita baik bagi semua peminat naib juara American Idol musim kelapan, Adam Lambert!! Adam Lambert yang terkenal dengan lagu hit single nya ‘Whataya Want From Me‘, akan mengadakan konsert sulungnya di Malaysia!
Konsert ini yang pernah dikatakan pada April awal tahun ini pada mulanya kelihatan seperti tidak menjadi, namun, pengumuman rasmi telah dibuat di laman web rasmi Adam Lambert mengesahkan konsert ini akan diteruskan.
Antara Lokasi lain yang telah dirancang bagi siri konsert jelajah Asia ini, selain Kuala Lumpur, ialah, Hong Kong, Manila, Australia dan New Zealand.
Oleh kerana Kuala Lumpur merupakan lokasi yang berada di tengah-tengah Asia Tenggara, kemungkinan besar peminat-peminat dari Indonesia, Singapura, Brunei malah Thailand akan turut hadir!
Namun demikian, meskipun tarikh untuk Konsert di Kuala Lumpur telah ditetapkan, lokasi persembahan beliau masih belum dapat ditentukan. Mungkinkah di Bukit Jalil seperti Konsert Paramore??
“I hope the audience will be able to escape for a few hours and fall into a world full of glam, drama and excitement. I am confident we have put together a show FAR beyond the price of the ticket. I am looking forward to connecting with fans all across the world with this show.”
- Adam Lambert
Adakah ini bermakna, konsert Adam Lambert akan menawarkan harga Tiket yang berbaloi?? Nantikan pengumuman rasmi dari Marctensia dan Sony Music~
Recent Comments