Tag Archive | "Thailand"

Rawatan tampar payudara untuk lebih cantik dan besar


Tahukah anda, wujudnya teknik rawatan menampar payudara untuk jadikan payudara anda lebih cantik dan besar? Saksikan video rawatan yang dibuat di Thailand ini,

Kalau selama ini ramai yang sanggup membuat pembedahan ribuan ringgit untuk besarkan payudara, kini ini menjadi alternatif lain yang jauuh lebih murah dan selamat untuk besarkan payudara.

Rawatan ini yang dibuat di Bangkok, kini menjadi salah satu tarikan pelancong sebagai khidmat Pelancongan-perubatan yang dipromosikan oleh kerajaan Thailand.

Video rawatan tamparan payudara Thailand

Rawatan tradisional ini dakwa pengamalnya, Khemmikka Na Songkhla atau lebih dikenali sebagai Khunying Tobnom, merupakan warisan turun temurun nenek moyangnya, dan sudah diamalkan lebih dari 2 dekad.

Yang menarik, teknik rawatan unik yang diamalkan Khunying ini, mendapat kelulusan rasmi oleh Kementerian Kesihatan Thailand.

‘Urutan’ ekstrem ini, didakwa pengamalnya mampu memberikan penambahan saiz payudara sekurang-kurangnya 5 cm selepas rawatan selama 10 minit.

Dan kos untuk rawatan ‘tamparan payudara’ ini untuk 10 minit adalah USD $380 atau lebih kurang RM1,000!

Berminat? Boleh la ke Thailand lepas ni.

Tak lama lagi bukan lelaki je yang selalu datang ke Bangkok, bukan sekadar untuk pembedahan tukar jantina atau kahwin siam, tapi perempuan pun akan ke Bangkok nak besarkan payudara!.

Posted in RandomComments (0)

Perodua Myvi Baru – Gambar dan Harga


Baru sahaja tadi Perodua Myvi generasi baru 2011 dilancarkan di Putra World Trade Center (PWTC). Dan kini ianya secara rasmi mula dijual dan diiklankan Perodua.

Laman web rasmi Perodua juga telah mula memaparkan variasi model yang baru sahaja dilancarkan iaitu Perodua Myvi Standard. Perodua Myvi Premium dan juga Perodua Myvi Elegance.

Screen shot 2011 06 16 at 10.17.05 PM Perodua Myvi Baru   Gambar dan HargaScreen shot 2011 06 16 at 10.16.25 PM Perodua Myvi Baru   Gambar dan Harga

Harga untuk model yang dilancarkan pula adalah seperti berikut :

Myvi 1.3 Standard
Manual – RM43,900 (Solid), RM44,400 (Metallic), RM44,800 (Special Metallic)
Automatic –  RM46,900 (Solid), RM47,400 (Metallic), RM47,800 (Special Metallic)

Myvi 1.3 Premium
Manual – RM46,900 (Solid), RM47,400 (Metallic), RM47,700 (Special Metallic)
Automatic –  RM49,900 (Solid), RM50,400 (Metallic), RM50,800 (Special Metallic)

Myvi 1.3 Elegance
Manual – RM53,900 (Solid), RM54,400 (Metallic)
Automatic –  RM56,900 (Solid), RM57,400 (Metallic)

Setakat ini model yang ditawarkan masih menggunakan enjin D54T 1.3L sahaja, manakala model yang dinantikan dan masih menjadi tanda-tanya, model Myvi Ekstrem dengan enjin 1.5L masih belum diumumkan.

Model yang sama juga akan dieksport ke negara luar seperti Singapore, Brunei, Mauritius, Nepal dan Fiji. Dan penjualan model Perodua ini juga akan dieksport ke Indonesia dan diperkenalkan sebagai Daihatsu Sirion.

Pertimbangan untuk dieksport ke Thailand dan juga Afrika Selatan kini masih dibincangkan.

Boleh dikatakan, dengan pelancaran model generasi baru Perodua Myvi ini, Perodua akan cuba melebarkan industri automotifnya ke luar negara dengan lebih rancak lagi.

Apa-apa pun, Jom ke laman web Perodua untuk maklumat lanjut model baru Myvi ini.

Posted in Automotive, NewsComments (1)

Remaja tertinggi di dunia makin membesar!


Malee Duangdee, 19 tahun, mempunyai ketinggian yang melampau bagi seorang remaja yang belum lagi mencecah umur 20 tahun! Remaja tertinggi di dunia!

Beliau mempunyai ketinggian 2.12m dan mempunyai berat badan 127kg!

Namun demikian, berat dan ketinggian fizikal tersebut menyebabkan beliau menjadi sunyi oleh kerana dipinggirkan rakan-rakan sebaya dan beliau sendiri berkata bahawa peluang beliau untuk berkahwin teramatlah mustahil.

Tallest Teenager in The World from Thailand, Malee Duangdee

Malee Duangdee tallest Remaja tertinggi di dunia makin membesar!

Fizikal beliau mula berubah setelah beliau disahkan mempunyai ketumbuhan (Tumor) pada bahagian otak, menyebabkan hormon badan beliau tidak stabil, dan kesukaran dalam penglihatan. Sehingga kini, beliau masih lagi membesar dan belum menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.

Amboi tingginya! Tapi sedih, beliau ni dipinggirkan sebab lebih tinggi dari orang lain.

Macam-macam, tinggi pun masalah, rendah pun masalah. Apa-apa pun, asalkan beliau gembira bersama keluarga cukuplah.

Malee Duangdee tallest thailand teenager Remaja tertinggi di dunia makin membesar!

Posted in Random, WeirdComments (0)

Video kisah inspirasi pasukan bola sepak Panyee


Panyee Football Club (FC), berasal dari Koh Panyee, iaitu sebuah perkampungan nelayan yang kurang daratan, namun mempunyai cara tersendiri untuk bermain bola sepak.

koh panyee fc true story Video kisah inspirasi pasukan bola sepak Panyee

Dengan semangat yang begitu tinggi untuk bermain bola sepak, sekumpulan kanak-kanak di kampung tersebut sanggup membuat sebuat platform menggunakan kayu sebagai tapak kawasan untuk mereka bermain bola sepak.

Mereka dah buktikan tanpa tanah daratan sekalipun mereka masih boleh bermain bola sepak!

Malah, yang menarik mereka merupakan antara pasukan bola sepak yang paling berjaya dalam sejarah di Selatan Thailand!

Jom saksikan video kisah inspirasi ini,

Posted in Internet, RandomComments (0)

Budu Kelantan merupakan makanan kesihatan


Tahukah anda Budu, makanan tradisional masyarakat di Kelantan dan selatan Thailand merupakan makanan yang penuh dengan zat dan khasiat untuk kesihatan?

Siapa sedar makanan yang agak mudah pembuatannya dengan campuran ikan bilis dan garam ini mempunyai kandungan Protein yang sangat tinggi dan mempunyai pelbagai khasiat lain yang baik untuk kesihatan.

Budu yang berasal dari Kelantan, mempunyai banyak persamaan dengan resepi pembuatan makanan lain berasaskan ikan bilis di negara lain seperti, patis di Filipina, ketjap-ikan di Indonesia, ngapi di Myanmar, nuoc mam di Vietnam, ishiru atau shottsuru di Jepun, colombo-cure di India dan Pakistan, yeesu di China, dan aekjeot di Korea.

Tahukah anda Budu Cap Ketereh merupakan budu pertama yang diberi pengiktirafan sebagai Harta Intelek negara pada 2007?

budu cap ketereh kesihatan Budu Kelantan merupakan makanan kesihatan

Budu mengandungi kimia Glutathione yang bertindak sebagai antioksidan, mampu membuang toksik dalam badan, dan meningkatkan imuniti badan kepada penyakit merbahaya seperti kanser.

Malah, Budu juga dikira sebagai produk kecantikan kerana kandungan antioksidannya mampu memberikan awet muda pada penggemarnya.

Nantikan entri akan datang berkenaan Budu yang telah dijadikan sebagai kandungan dalam produk kosmetik.

Posted in Food, HealthComments (5)

Maxis10 : Contoh Video Cam Nexus S dan Teaser ICN UTP 2011


Entri kali ni agak istimewa, disebabkan NK dipilih sebagai Media Collaborators ICN UTP 2011, NK berpeluang saksikan latihan ICN, sambil-sambil mencuba rakaman Video Cam Nexus S.

Apa lagi, sementara sedang menikmati beberapa persembahan latihan, ingin juga membuat beberapa cubaan rakaman HD menggunakan Google Nexus S pemberian Maxis10 ini.

Kalau menurut spesifikasi yang diberikan, kamera 5 Megapixel milik Nexus S ini mampu memberikan paparan video sehebat 720p. Video HD tu! (Pembetulan : Video Kamera Nexus S cuma hasilkan video dengan kualiti 480p sahaja, dan ianya bukan HD, tetapi Enhanced Definition (ED))

Namun mungkin oleh sebab keadaaan sekeliling penggambaran yang tidak cukup terang, mungkin itu sebabnya kualiti video yang terhasil kurang memuaskan.

International culture Night UTP 20111 Maxis10 : Contoh Video Cam Nexus S dan Teaser ICN UTP 2011

Apa komen anda tentang kualiti video Nexus S? Nantikan lebih review mengenai hasil gambar dari Nexus S dalam kiriman akan datang.

Apa-apa pun, jangan lupa untuk datang ke International Culture Night (ICN) UTP 2011! Video di atas hanya teaser latihan persembahan ICN, untuk dapatkan pengalaman dan persembahan yang lebih memuaskan, jemput datang ke ICN UTP di Dewan Kanselor Universiti Teknologi PETRONAS malam ini!.

Bagaimana nak dapatkan tiket ICN anda? Sila rujuk pada entri sebelum ini.

Posted in Events, Maxis10Comments (2)

Jom dapatkan tiket International Culture Night UTP 2011


Ingat lagi entri NK mengenai International Culture Night 2011 yang bakal berlangsung di Universiti Teknologi PETRONAS nanti? Jom tengok bagaimana nak dapatkan tiket anda.

Kalau anda masih lagi belum dapatkan tiket anda, teruskan membaca bagaimana cara mudah untuk anda dapatkan tiket anda.

International Culture Night (ICN) ini yang akan berlangsung lewat petang esok (1 April 2011), di Dewan Kanselor Universiti Teknologi PETRONAS, merupakan acara istimewa yang menampilkan persembahan dari pelbagai negara seperti, Vietnam, Afrika Selatan, Indonesia, Thailand, Nigeria, Mesir, Sudan, Mozambique dan lain-lain negara lagi.

Yang menarik, dikatakan terdapat lebih 13 negara dan lebih 21 persembahan akan ditampilkan!

Semua ini dengan tiket yang cuma berharga RM10 sahaja! Bagi pelajar UTP pula, anda boleh dapatkan Tiket ICN dengan harga cuma RM5!!

tiket international culture night utp 2011 Jom dapatkan tiket International Culture Night UTP 2011

Apa yang anda perlu buat cuma hubungi mereka-mereka di bawah ini, dan tempah tiket anda untuk malam esok!

Nor Atiqah – 017 277 2141
tqaz90@gmail.com

Khairulanwar – 017 513 7156
nuarbudakbaik@gmail.com

Dah tempah? Bagaimana nak dapatkan tiket anda? Jangan risau, anda cuma perlu hadirkan diri ke tempat berlangsungnya majlis gilang-gemilang ini, dan hubungi mereka-mereka di atas untuk dapatkan tiket anda.

International culture Night UTP 2011 Jom dapatkan tiket International Culture Night UTP 2011

Maklumat lengkap International Culture Night 2011 UTP :

Masa : 7.45PM – 12.00AM
Tempat : Dewan Kanselor, Universiti Teknologi PETRONAS, Tronoh, Perak
Harga Tiket : RM10 (RM5 untuk pelajar UTP)

Dapatkan makluman terkini dari http://www.facebook.com/icnutp.

Jumpa anda disana!

P/s : Nak dapatkan tiket secara percuma? Nantikan pengumuman di Notakosong.com ataupun di http://www.facebook.com/Notakosong untuk maklumat lanjut. Ada beberapa tiket terhad untuk diberi PERCUMA!!

Posted in EventsComments (1)

Malaysia dan Thailand tuan rumah AFF Suzuki Cup 2012


Malaysia dan Thailand telah dilantik sebagai tuan rumah bagi pusingan kelayakan AFF Suzuki Cup 2012 pada mesyuarat badan AFF di Kuala Lumpur pagi tadi.

AFF Suzuki Cup 2010 yang sebelum ini berlangsung menampilkan kejayaan Indonesia dan Vietnam sebagai tuan rumah perlawanan ternama peringkat Asia Tenggara itu.

Kali terakhir Malaysia dilantik sebagai tuan rumah adalah pada tahun 2004, dimana ketika itu tuan rumah bersama ialah Vietnam. Thailand pula kali terakhir sebagai tuan rumah apabila digandingkan bersama dengan Indonesia pada tahun 2006.

Turut dibincangkan adalah pencalonan jawatankuasa tertinggi badan AFF. Malaysia mempunyai satu perwakilan, iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah, sebagai salah seorang pencalonan bagi Presiden AFF.

Tahniah buat Malaysia, semoga kita mampu untuk mengekalkan prestasi cemerlang pada AFF Suzuki Cup 2010 dan Piala AFF kekal di Malaysia.

Malaysia and Thailand to co-hosts for AFF Suzuki Cup 2012 preliminary round

aff suzuki cup Malaysia dan Thailand tuan rumah AFF Suzuki Cup 2012

Posted in News, SportComments (0)

Tempat duduk percuma tiket RM0 promosi Air Asia!


Air Asia kembali lagi dengan promosi gila-gila! Kali ini promosi Harga Tempat Duduk RM0, atau dengan kata lain PERCUMA!

Promosi ini adalah berkesan keatas semua destinasi AirAsia sama ada dalam negara mahupun luar negara.

Jadi sesuai la bagi mereka-mereka yang bercadang nak melepaskan tekanan perasaan di bandar, mahupun mereka yang baru sahaja berkahwin, dan mahu berbulan madu.

Maklumat mengenai promosi ini adalah seperti berikut :

Tempoh tempahan : 9 November 2010 – 14 November 2010
Waktu perjalanan : 1 Julai 2011 – 10 November 2011

Setakat ini, NK dapati masih banyak lagi tempat duduk kosong yang ada dalam promosi gila-gila ini. Tapi kemungkinan besar kesemuanya habis dijual 2 atau 3 hari lagi.

Jadi apa tunggu lagi? Segera ke laman web AirAsia untuk buat tempahan!

Airasia promotion free seats Tempat duduk percuma tiket RM0 promosi Air Asia!

Posted in Promotion, Random, TravelComments (1)

Malaysia Career and Training Fair 2010 Jobstreet.com


Malaysia Career & Training Fair 2010 akan diadakan pada awal oktober tahun ini dan kali ini dengan kehadiran lebih ramai syarikat dan lebih banyak tawaran kerja.

Malaysia Career & Training Fair 2010 ini diadakan atas usaha dari Jobstreet.com yang merupakan laman web portal bagi memberi maklumat mengenai kerjaya kepada semua pengguna sama ada dari Malaysia, malah dari luar negara seperti Singapore, Filipina, Indonesia, India, Japan dan Thailand.

Antara Syarikat terkemuka yang terlibat ialah :

  1. Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd (Silver Sponsor)
  2. RBC Dexia I.S (M) Sdn Bhd (Silver Sponsor)
  3. ING Insurance Berhad (Silver Sponsor)
  4. IRIS Corporation Bhd
  5. INTEL Technology Sdn Bhd
  6. Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd
  7. Hewlett-Parkard
  8. Certis CISCO Security Pte Ltd
  9. Maxis Mobile Sdn Bhd
  10. Contact Singapore (Sembcorp Marine Ltd)
  11. Government Agencies
  12. Western Digital (Malaysia) Sdn Bhd
  13. Hong Leong Assurance Berhad
  14. RHB Banking Group
  15. Public Bank Berhad
  16. MCIS ZURICH Insurance Berhad
  17. KFC Holdings (Malaysia) Berhad
  18. Honda Malaysia Sdn Bhd
  19. Perodua Sales Sdn Bhd
  20. Taylor’s Education Sdn Bhd

Dan lain-lain lagi.

Maklumat mengenai Pameran Kerjaya ini adalah seperti berikut :

Tarikh : 8 Oktober 2010 hingga 10 Oktober 2010
Masa : 10 Pagi hingga 7 Petang
Tempat : Mid Valley Convention Centre, Kuala Lumpur

Jadi kepada semua lepasan Universiti mahasiswa mahasiswi yang masih mencari peluang pekerjaan, mahupun mereka-mereka yang berminat untuk bertukar haluan kerjaya, jemput hadir ke Pameran Kerjaya ini ye.

Maklumat lanjut sila layari Malaysia Career & Training Fair 2010

Malaysia Career and Training Fair 2010 Malaysia Career and Training Fair 2010 Jobstreet.com

Posted in Events, MalaysiaComments (2)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com