Tag Archive | "The Star"

Petronas temui lubuk minyak baru di Sarawak, harga minyak turun?


Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menurut laporan sudah menemui sumber baru bagi komoditi terbesar dunia iaitu petroleum di persisiran pantai di Sarawak.

Menurut laporan, penemuan sumber baru minyak mentah dan gas asli ini mampu memanjangkan lagi tempoh simpanan bekalan bahan api Malaysia kepada 24 tahun lagi untuk minyak mentah, dan 38 tahun lagi bagi bekalan Gas Asli.

Nampaknya keputusan Petronas untuk lebih mengfokuskan usaha carigali di Malaysia membuahkan hasil. Petronas juga berkata dalam usaha untuk berkerjasama dengan anak syarikat tempatan bagi meluaskan lagi usaha penggalian dan penemuan lubuh sumber asli tersebut.

Adakah ada kemungkinan dengan penemuan sumber asli baru ini, harga minyak di Malaysia akan turun? Hingga kini, Malaysia masih lagi diiktiraf sebagai negara pengeluar minyak mentah.

Apa-apa pun, tahniah Petronas, semoga penemuan ini mampu menaikkan lagi nama syarikat Petronas sebagai syarikat pembekal tenaga antarabangsa.

Laporan penuh di http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/2/15/nation/8067767&sec=nation

pelantar minyak petronas Petronas temui lubuk minyak baru di Sarawak, harga minyak turun?

Posted in Malaysia, NewsComments (2)

Harga rokok naik 70 sen mulai esok


Harga rokok akan dinaikkan sebanyak 70 sen mulai esok. Ini merupakan kenaikan tertinggi yang pernah dibuat semenjak beberapa tahun yang lalu.

Sekotak rokok yang mengandungi sebanyak 20 batang rokok, dahulunya berharga RM9.30, namun selepas kenaikan ini ia akan berharga RM 10 sekotak.

Malah, ada sesetengah rokok premium akan dinaikkan harga sehingga RM14!

Menurut kajian, dengan kenaikan harga rokok ini, jualan rokok seluruh negara akan berkurangan sebanyak 10 peratus, namun, ini juga akan menjadikan penyeludupan rokok lebih giat dan radikal.

Menurut sumber, setiap kotak mengandungi 20 batang rokok seludup dijual dengan lingkungan harga cuma RM3.00 hingga RM3.50 sahaja.

Menurut statistik, kes penyeludupan rokok cuma 14.4% pada tahun 2004, namun sehingga kini, kes penyeludupan rokok telah meningkat hingga setinggi 150% setahun! Dan ini turut dijangka akan lebih meningkat lagi dari tahun ke tahun akan datang.

Mungkinkah kenaikan harga rokok ini akan meningkatkan lagi kes rokok seludup? Serahkan saja pihak berkuasa.

Mungkinkah kenaikan harga rokok ini akan mengurangkan lagi tabiat rokok perokok? Serahkan saja pada perokok untuk memikirkannya.

Sumber : China Press

perokok Harga rokok naik 70 sen mulai esok

Posted in Malaysia, NewsComments (4)

10 Artis YouTube dengan pendapatan lebih USD$100,000 setahun


Sebuah syarikat pengiklanan, TubeMogul, telah menjalankan satu kajian pengiraan mengenai hasil pendapatan artis YouTube dengan kerjasama YouTube.

Kiraan hasil pendapatan ini adalah berdasarkan jumlah paparan yang diterima oleh kesemua video milik Artis YouTube tersebut bermula dari Julai 2009 hingga Julai 2010.

Senarai 10 Artis YouTube dengan pendapatan lebih USD$100,000 setahun :

  1. Shane Dawson – $315,000
    Views: 431,787,450
    Artis Komedi
  2. The Annoying Orange – $288,000
    Views: 349,753,047
    Kisah mengenai buah Oren yang boleh bercakap di dapur bersama rakan-rakan buah yang lain
  3. Philip DeFranco – $181,000
    Views: 248,735,032
    Video Blogger yang amat terkenal, sering bercerita mengenai Budaya dan juga Politik
  4. Ryan Higa – $151,000
    Views: 206,979,909
    Video Blogger yang banyak membuat tutorial
  5. Fred – $146,000
    Views: 200,656,150
    Artis Komedi
  6. Shay Carl – $140,000
    Views: 192,309,247
    Seorang DJ Radio dan juga Artis Komedi
  7. Mediocre Films – $116,000
    Views: 159,030,703
  8. Smosh – $113,000
    Views: 154,936,876
  9. The Young Turks – $112,000
    Views: 153,807,362
    Sebuah Talk Show Politik
  10. Natalie Tran– $101,000
    Views: 138,871,829
    Video Blogger dan Artis Komedi

Jadi ada sesiapa yang nak cuba jadi jutawan dengan buat video do YouTube?

Posted in Celebrity, Internet, VideoComments (3)

Harga minyak Petrol Ron 95 naik 5 sen mulai esok


Harga minyak Petrol Ron 95 naik 5 sen mulai esok, 16 Julai 2010.

Usul mengenai kenaikan harga minyak Petrol ini baru sahaja diluluskan dalam kabinet pada hari ini. Bukan sahaja Minyak Petrol, malah harga gula akan meningkat 25  sen sekilogram dan harga diesel naik 5 sen seliter.

Ini menjadikan harga terkini Minyak Petrol Ron 95 kepada RM1.85 seliter. Manakala Harga bagi minyak Petrol Ron 97 pula masih dikekalkan buat masa ini.

Keputusan ini berdasarkan perbincangan terkini mengenai rasionalisasi pengsubsidian kerajaan.

Sumber : BHarian

Harga minyak Petrol Ron 95 naik 5 sen mulai esok Harga minyak Petrol Ron 95 naik 5 sen mulai esok

Hmm, nampaknya malam ni penuh la Stesen Minyak orang nak Pam bagi minyak Ron 95 dengan harga lama RM1.80 seliter. Naik basikal je la pergi kerja nanti…

Posted in Malaysia, NewsComments (8)

Dua Rakyat Malaysia akan berbasikal kelilingi dunia


Abdul Khalib Zakaria, 39, and Mohd Aswad Zainal, 24, dua rakyat malaysia ini berbekalkan dengan semangat ‘Malaysia Boleh, Malaysia Gemilang’ akan memulakan ekspedisi berbasikal sejauh 30,042km untuk mengelilingi dunia.

Ekspedisi yang akan bermula Khamis (15 Julai 2010) ini, dijangka akan memakan masa selama hanya 288 hari, iaitu tamat pada 26 April tahun hadapan.

Mentor pasangan ini, iaitu Datuk Hasan Nawawi, sebelum ini pernah melakukan ekspedisi tersebut pada tahun 2001-2002, dan ianya memakan masa lebih satu tahun iaitu 389 hari.

Abdul Khalib dan Mohd Aswad, sebelum ini pernah berbasikal sejauh 4,547km seluruh Malaysia dalam masa sebulan. Mereka juga merupakan pemegang rekod “Malaysia’s Longest Distance Cycling by A Duo”.

Sumber : TheStar

basikal lawak Dua Rakyat Malaysia akan berbasikal kelilingi dunia

Apa-apa pun, mari kita doakan keselamatan mereka dan dipermudahkan segala cabaran dan dugaan mereka sepanjang ekspedisi tersebut. Berhati-hati ye, jangan berlumba-lumba sudah. Hehe,

Posted in Malaysia, WorldComments (4)

Maklumat pemberian Biasiswa kerajaan


senarai biasiswa Maklumat pemberian Biasiswa kerajaanAdalah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz, mengatakan bahawa lebih 1,500 pemberian biasiswa adalah berdasarkan 4 kategori.

Kategori Pertama, pemberiaan biasiswa berdasarkan Merit pelajar, sebanyak 300 biasiswa ini telah ditawarkan tahun ini. Ianya dibahagikan kepada 20% pelajar bumiputra, dan baki 80% untuk pelajar bukan bumiputra.

Kategori Kedua yang berdasarkan komposisi bangsa, 900 biasiswa ditawarkan. 557 daripada itu diberi kepada bumiputra dimana 480 darinya ialah pelajar melayu.

Kategori Ketiga diberikan kepada Malaysia timur, dimana 75 kepada Sarawak dan 75 kepada Sabah.

Kategori Keempat, diberikan berdasarkan kekurangan sosial. 77 diberikan kepada Bumiputra (73 Melayu), 35 kepada bangsa cina, 18 kepada bangsa india dan 2 lagi lain-lain.

Begitulah laporan mengenai pemberian biasiswa kerajaan pada tahun ini, maklum Datuk Seri Nazri Abd Aziz pada sidang parlimen semalam.

Sumber : The Star

Untuk melihat semua senarai biasiswa lain yang terdapat di Malaysia, sila tekan URL ini.

Posted in Education, MalaysiaComments (0)

Ujian kemasukan ke MRSM dikekalkan


mrsm1 Ujian kemasukan ke MRSM dikekalkan

Meskipun baru-baru ini kementerian pendidikan mengumumkan kemungkinan bahawa UPSR dan PMR akan dibubarkan sebagai peperiksaan awam, ujian kemasukan ke MRSM bagi pelajar lepasan PMR akan tetap dikekalkan.

Malah pada tahun hadapan, ujian kemasukan yang sama akan digunapakai bagi pelajar yang memohon kemasukan ke tingkatan satu di MRSM.

Ini membuktikan bahawa, walaupun tanpa PMR dan UPSR sekalipun, ianya tidak akan menjejaskan peluang pelajar untuk melanjutkan pengajian ke sekolah-sekolah berasrama penuh. Malah setiap pelajar mempunyai peluang yang sama.

Fakta tambahan turut menyatakan, terdapat lebih daripada 9,000 pelajar memohon untuk kemasukan ke MRSM pada setiap tahun, dan angka tersebut dijangka bertambah dengan wujudnya lebih MRSM.

Sumber : Berita Harian

Nampaknya kenyataan terbaru ini dengan jelas dengan apa yang NK sasarkan pada kiriman sebelum ini.

Posted in Education, Malaysia, NewsComments (11)

UPSR dan PMR akan dilupuskan


08052008056 UPSR dan PMR akan dilupuskan

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan berkemungkinan untuk dilupuskan dari sistem peperiksaan awam. Begitulah apa yang dikatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga merupakan Menteri Pendidikan.

Dikatakan juga bahawa, UPSR dan PMR tidak digunakan lagi untuk meminta pekerjaan kerana kebanyakan majikan ketika ini hanya cenderung kepada kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

UPSR dan PMR hanya digunakan ketika untuk memohon tempat ke sekolah-sekolah elit contohnya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan juga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Maka lebih baik jika UPSR dan PMR dijadikan sebagai penilaian peringkat sekolah.

pmr johor UPSR dan PMR akan dilupuskan

Dengan dilupuskan UPSR dan PMR dari sistem peperiksaan awam, guru-guru dan pelajar sendiri dapat lebih menfokuskan kepada peningkatan kreativiti diri pelajar, aktiviti kesukanan dan aktiviti kokurikulum.

Ini dapat turut mengelakkan dari peperiksaan di Malaysia lebih menfokuskan kepada keputusan peperiksaan semata-mata.

Walaubagaimanapun, keputusan ini masih belum ditentukan dan pelbagai kajian akan dilakukan sebelum ianya dilaksanakan. Kementerian akan menunggu pendapat dari orang awam termasuk ibu-bapa, guru-guru, dan juga pelajar sendiri

Sumber : The Star

Pada pendapat NK, NK setuju 80% dengan idea ini.

Apa yang NK fikirkan, jika UPSR dan PMR sememangnya hanya menjadi penentu ke sekolah mana anda selepas ini, kenapa tidak sekolah itu sendiri yang mengadakan peperiksaan kelayakan masuk ke sekolahnya? Apa yang NK tahu, MRSM memang mempunyai peperiksaan sebelum layak ke MRSM, namun ianya perlu lebih diperhalusi.

Mengenai fokus pada aktiviti tambahan pelajar, kementerian perlu memikirkan apa lain aktiviti tambahan untuk pelajar. Mungkin pelajar boleh belajar lebih mengenai Kesenian dan juga Kebudayaan? Alat Muzik dan juga Bahasa Tambahan mungkin?

Tapi ianya sudah pasti memerlukan lebih kerjasama dari guru-guru dan juga ibu-bapa.

Apa pendapat anda?

Posted in Education, Malaysia, NewsComments (17)

Khidmat pelacuran bergerak


Sebuah cubaan untuk mengadakan perkhidmatan seks telah dikesan di kawasan Miri. Perkhidmatan seks atau pelacuran yang sememangnya haram di negara ini dilihat semakin sebagai semakin diberkas, semakin aktif pula promosi yang berlaku.

Apa yang berlaku di Miri pula ialah, Bapak ayam atau agen pelacuran ini tanpa segan silu mempromosikan perkhidmatan seks dengan mengedarkan flyers dan kertas promosi di tempat awam.

Malah ada antara kertas promosi ini yang diselitkan ke dalam Peti Bos kawasan perumahan. Bermakna kertas promosi ini kemungkinan besar akan terdedah kepada kanak-kanak bawah umur dan mungkin akan berlaku salah faham.

Ibu bapa diminta berjaga-jaga terhadap segala kemungkinan kertas promosi ini sampai ke tangan kanak-kanak.

no prostitution prostitutes sign Khidmat pelacuran bergerak

Apa yang lebih menarik, perkhidmatan seks atau pelacuran yang punya promosi secara besar-besaran ini berlainan dengan lain-lain khidmat pelacuran.

Pelanggan hanya perlu menelefon bapak ayam tersebut, dan khidmat seks akan dilakukan secara bergerak didalam kenderaan yang disediakan, iaitu Toyota Alphard. Harga yang dikenakan pula ialah RM350/sejam.

Berdasarkan laporan, pelacur-pelacur ini kebanyakannya ialah warga asing dari China malah juga Filipina.

Pihak polis telah mengeluarkan amaran agar orang awam tidak sesekali mendekati khidmat haram ini yang akan menjadi punca lebih banyak masalah sosial. Pihak polis turut sedang menggiatkan usaha untuk membanteras kegiatan pelacuran dalam negara.

Source : The Star

Posted in LOL, Malaysia, NewsComments (2)

Rakyat Malaysia di kapal Mavi Marmara selamat



Malaysia Gaza Flotilla Aid Rakyat Malaysia di kapal Mavi Marmara selamat

Menteri Luar Datuk Anifah Aman mengesahkan kesemua 12 orang rakyat Malaysia yang berada di atas kapal Mavi Marmara ketika diserang selamat. Usaha bagi membawa pulang kesemua rakyat malaysia melalui udara atau jalanraya giat dijalankan, dan usaha ini akan dibantu oleh Filipina dan Ireland yang sedang menjalankan misi di Tel Aviv, malah Jordan dan Turki turut menyuarakan hasrat untuk membantu. Kedutaan Malaysia di Turki turut memohon secara rasmi kepada kerajaan Turki bagi usaha membawa pulang Rakyat Malaysia.

Datuk Anifah berkata Wisma Putra telah mewujudkan satu bilik operasi yang beroperasi 24 jam bagi mendapatkan maklumat tepat dan terkini berkaitan penahanan rakyat Malaysia itu. “Kita akan hubungi misi kita di Angkara dan negara-negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Tel Aviv bagi mendapatkan maklumat terkini dari masa ke masa,” katanya. Bilik operasi itu boleh dihubungi di talian 03-88874570.

Sumber : Bernama

Berikut merupakan senarai nama rakyat Malaysia yang ditahan dalam serangan Israel ke atas kapal Mavi Marmara itu :

  1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin, HALUANPalestin
  2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal, HALUANPalestin
  3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad, HALUANPalestin
  4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi, HALUANPalestin
  5. Mohd Nizam bin Mohd Awang, HALUANPalestin
  6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus, Aqsa Syarif
  7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias, Yayasan Amal
  8. Dr Selamat bin Aliman, Jemaah Islah Malaysia (JIM)
  9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
  10. Mustafa bin Mansur, MAPIM
  11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
  12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO

Sumber : LifeLine4Gaza

Posted in Malaysia, NewsComments (2)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com