Posted on 01 June 2010. Tags: Belanja, Blog, Duit, Government, Harga Minyak, Harga Petrol, Isu Subsidi, Kenaikan Harga Minyak, Kerajaan, Kereta, Malaysia, Minyak, Naik, News, Online, Panas, Pemandu, Petrol, RM, Rugi, Subsidi, The Star, Undi
Sebelum ni NK pernah buat kiriman mengenai sebuah laporan cadangan dari PEMANDU untuk menaikkan harga minyak petrol, dengan mengurangkan subsidi kerajaan bagi menampung kerugian lebih RM 50 bilion setahun kerajaan. Kerajaan juga telah berjanji akan mengambil kira pendapat dari rakyat sebelum membuat keputusan apa-apa.
Harga minyak Petrol sudah pasti akan meningkat, dan pengurangan subsidi secara berperingkat tetap perlu dilakukan. Apa yang menjadi persoalan mungkin, kemana wang hasil dari pengurangan subsidi itu akan disalurkan?
Mungkin boleh dikatakan ianya bagi menampung kerugian yang ditanggung oleh kerajaan, namun, rakyat mahukan kenyataan yang lebih jelas mengenai penggunaan wang tersebut.
Bagi mendapatkan respon dan pendapat dari rakyat, kerajaan telah mengadakan undian bagi membuat keputusan. Anda boleh mengundi secara online beramai-ramai di laman web PEMANDU, dan juga muka depan The Star Online.

Kalau tanya NK, NK setuju pengurangan subdisi secara berperingkat dilakukan, namun ianya perlu dilakukan dengan jelas dengan segala jumlah dan perbelanjaan menggunakan wang pengurangan subsidi itu dinyatakan kepada rakyat. Malah dengan kenaikan harga minyak petrol, kerajaan perlu menaiktaraf segala macam pengangkutan awam di Malaysia, dari segi keselesaan, muatan, keselamatan, malah juga nilai.
Ini kerana, sudah sampai waktunya rakyat belajar untuk tidak terlalu bergantung pada subsidi. Mungkin ada yang mengatakan kita belum bersedia, kalau begitu sampai bila pun tak bersedia.

Walau apa pun, sila beri pendapat dan cadangan anda ke saluran yang betul, segala cadangan dan pendapat malah masalah boleh di beri kepada PEMANDU, iaitu badan yang bertanggungjawab membantu kerajaan mengubah dasar mengenai subsidi.

Jangan lupa beri undi anda, keputusan di tangan anda.
Posted in Malaysia, News
Posted on 31 May 2010. Tags: Askar, Bahaya, Berita Harian, Gaza, Indonesia, Israel, Komando, Konvoi, Lifeline4Gaza, Malaysia, Mati, Mavi Marmara, Palestin, Perang, Sedih, The Star

Salah satu dari antara kapal yang mengikuti konvoi misi bantuan ke Gaza, Mavi Marmara telah diserang olah pasukan komando Israel. Kapal Mavi Marmara yang turut menempatkan 11 orang sukarelawan Malaysia, dan ramai lagi sukarelawan termasuklah dari Indonesia.
Menurut laporan sekurang-kurangnya 10 orang yang telah terbunuh, manakala ramai penumpang lain cedera dengan serangan tentera komando Israel tersebut. Berdasarkan maklumat dari Astro Awani, dikatakan juga 2 orang rakyat Malaysia mungkin antara mereka yang telah terbunuh dalam misi bantuan tersebut.
“If you ignore this order and enter the blockaded area, the Israeli navy will be forced to take all the necessary measures in order to enforce this blockade,”
Begitulah antara bunyi ugutan dari Israel yang cuba untuk menghalang misi bantuan ke Gaza ini. Konvoi ke Gaza ini memuatkan segala keperluan asas bagi rakyat Palestin disana, malah turut memuatkan segala bahan binaan seperti simen.
Sumber : The Star

Ikutan kisah dan perkembangan konvoi misi bantuan ke Gaza ini di Lifeline4Gaza.Org
Posted in News
Posted on 26 May 2010. Tags: Bahaya, Censored, Girl, Girls, Guru, Kes, Kes rogol, Kongsi Gelap, Malaysia, News, Panas, Pelajar, Perempuan, Rape, Rawang, Rogol, School, Sekolah, Sex, Sexual Harassment, Sexy, The Star, Vandalisme

Sebuah Sekolah Menengah di Rawang, huru-hara apabila seorang dari pelajarnya melaporkan dirinya dirogol dalam kawasan sekolah dan diugut untuk tidak melaporkan perbuatan rogol tersebut. Setelah dibuat siasatan, sebenarnya terdapat banyak lagi jenayah melibatkan pelajar sekolah yang berleluasa di Sekolah Tersebut selain dari Kes Rogol pelajar perempuan berusia 14 tahun tersebut.
Antara Kes lain yang dilaporkan telah berlaku berulang-kali ialah, vandalisme, gangguan seksual, peras ugut, kongsi gelap malah penganiayaan guru. Semuanya melibatkan pelajar antara usia 13 hingga 18 tahun. Malah terdapat juga kes rogol berkumpulan apabila pelajar tersebut enggan membayar ‘duit perlindungan’.

Click image to view larger
Lebih mengejutkan, menurut laporan, ada antara pelajar yang mengikuti kongsi gelap ini yang menghisap dadah dan makan pil khayal, turut mengejutkan ada pelajar yang menjadi pengedar bagi bahan haram tersebut.
Pihak polis telah mengambil tindakan atas laporan mengenai kes rogol pelajar perempuan 14 tahun tersebut. Didapati terdapat banyak kes lain yang tidak dilaporkan ke pihak polis. Justeru itu, pihak polis menyeru orang awam agar melaporkan segala perkara buruk yang berlaku disekeliling dengan segera.
Ish ish ish, kenapa la perkara macam ni boleh berlaku dalam kawasan sekolah, salah siapa? Ingat lagi kes Geng Kapak di sekolah dulu?
Sumber : The Star Online
Posted in Malaysia, News
Posted on 16 May 2010. Tags: Bahaya, Barisan Nasional, Berita, BN, DAP, Malaysia, News, Parlimen, Pilihan raya, Pilihanraya, Sibu, SPR, The Star, Undi
Kerusi Parlimen Sibu menjadi milik DAP setelah calonnya, Wong Ho Leng, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew, dan calon Bebas, Narawi Haron, pada pilihan raya kecil hari ini.
Nampaknya walaupun berlakunya banjir, Pilihanraya kecil ini tidak terjejas dan didapati ramai penduduk yang keluar untuk mengundi.


DAP’s Wong Ho Leng won the by-election by 398 votes, garnering 18,845 votes to beat BN’s Robert Lau Hui Yew (18,447). Independent Narawi Haron polled 232 votes.
Ho Leng menang dengan majoriti 398 undi. Beliau memperoleh 18,845 undi manakala Hui Yew mendapat 18,447 undi. Narawi pula hanya meraih 232 undi dan hilang wang deposit. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, pada jam 10.57 malam tadi di Dewan Suarah di sini.
Seramai 32,742 atau 59.86 peratus daripada 54,695 pemilih berdaftar keluar mengundi hari ini.
Bilangan itu lebih rendah berbanding 36,379 atau 67.77 peratus daripada 53,679 pemilih berdaftar yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu.
Pada pilihan raya umum lalu, Hoi Chew mengekalkan kerusi Sibu dengan majoriti 3,235 undi, mengalahkan Ho Leng dan Lim Chin Chuang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), juga dalam pertandingan tiga penjuru.
Source : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DAPrampaskerusiParlimenSibu/Article
Source : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/5/16/sibu/20100516080352&sec=sibu
Posted in Malaysia, News, Picture
Posted on 13 May 2010. Tags: Asian, Britain, Chef, Food, Malay, Malaysia, The Star, UK
Hebat Chef Wan atau nama sebenar beliau Datuk Redzuawan Ismail ni, kepakaran beliau dalam bidang memasak nampaknya telah membawa beliau satu tahap lagi ke hadapan, setelah lama bergiat dalam bidang masakan antarabangsa, akhirnya Chef Wan telah diberi peluang untuk menjadi Hos kepada rancangan masakannya sendiri di Britain! Tahniah Chef Wan,
Read the full story
Posted in Malaysia, News, Picture
Posted on 05 May 2010. Tags: Bola, Bola Sepak, Britain, Cardiff City FC, EPL, Malaysia, News, The Star, UK
Ingat lagi dulu masa hampir satu musim Norwich City ditaja oleh Proton UK.Malaysia? Masa tu semua orang kata Norwich City dah jadi hak milik Malaysia, walau hakikat sebenar ianya hanya perjanjian tajaan. Tapi Kali ni, Cardiff City FC, Kelab yang masih dalam Liga Juara Coca-cola pula yang akan menjadi milik salah seorang rakyat Malaysia. Dikatakan bahawa kelab ini akan membawa pulangan yang besar jika dapat melayakkan diri ke Liga Perdana EPL.
Read the full story
Posted in Malaysia, News, Picture
Posted on 22 April 2010. Tags: Bahaya, Bunuh, Kemalangan, Lelaki, Mati, Pelajar, Pontian, Student, Suicide, The Star
Sedih apabila NK baca berita ni. Seorang pelajar yang berumur 13 tahun bunuh diri selepas dimarahi ayahnya. Beliau yang dikatakan dimarahi ayahnya kerana pulang lewat, kemudian memasuki bilik air, lalu bunuh diri didalamnya.
NK tak faham kenapa perlu sampai bunuh diri hanya kerana dimarahi ayah, sudah tentu setiap perbuatan yang dimarahi itu ada sebab baik dan buruknya. Dan masalah pada keluarga pula, anak lelaki kot, kenapa perlu dikongkong sebegitu rupa? NK sendiri pun masa kanak-kanak ada juga balik lewat, sebab terlalu asyik leka bermain di padang.
Read the full story
Posted in LOL, Picture
Posted on 21 April 2010. Tags: Alex Ferguson, Barclays Premier League, EPL, Manchester United, The Star, The Sun, UK

Nampaknya Alex Ferguson, pengurus bagi pasukan bola sepak Manchester United sekarang telah mengumumkan beliau akan bersara selepas satu lagi musim. Musim 2010/2010 akan menjadi penutup tirai bagi pengurusan Alex Ferguson yang sudah 25 tahun di Manchester United.
Old Trafford belum menyatakan siapa yang bakal menggantikan empayar Alex Ferguson tersebut, namun telah timbul beberapa spekulasi mengenainya. Antara mereka yang dikaitkan ialah Pep Guardiola, Jose Mourinho, Fabio Capello, Guus Hiddink, Martin O’Neill dan Arsene Wenger.Malah yang terbaru David Moyes pengurus Everton juga telah disenaraikan.
Lagi laporan dibawah,

By SHAUN CUSTIS
MANCHESTER UNITED have begun the search for their next manager after Alex Ferguson told the board: “One more season and I’m out.”
Fergie will go in the summer of 2011, six months before his 70th birthday.
But Old Trafford sources insist his replacement has yet to be decided. United are canvassing opinion among leading football figures about who would be the best man for the job and Fergie will also have an input. Jose Mourinho, currently in charge of Inter Milan, is the favourite.
However, there are those at United who are not convinced that he is the right man. On the one hand the former Chelsea boss has a proven track record for winning titles and could clinch a second Champions League this season. However he is seen as a short-term type of boss who is always looking to the next job.
Ferguson has built a dynasty at Old Trafford stretching over 25 years. The ideal next manager would be a man who could put in another long shift and give the club stability.
Mourinho is just about to complete his second season at Inter but has been making noises about leaving. He wants to try his luck in Spain because it is his big ambition to win titles in the three major leagues in world football.
And he is driven to show those at Barcelona who nicknamed him “The Interpreter” from his time as Bobby Robson’s assistant that he has what it takes to win La Liga. Ironically Barca boss Pep Guardiola is one of those who will be on United’s radar along with the likes of England boss Fabio Capello, Guus Hiddink, Martin O’Neill and Arsene Wenger.
Ferguson wants Moyes to succeed him at Man United
London, Apr 21 (ANI): Manchester United boss Sir Alex Ferguson wants Everton boss David Moyes to succeed him at Old Trafford. Ferguson, 68, is convinced that Moyes can provide the continuity that United craves for to keep them challenging for top honours.
Jose Mourinho, however, is the bookies favourite and enjoys a close relationship with Ferguson from his time as coach with Chelsea.
But the United hierarchy, including the influential Sir Bobby Charlton, are not convinced, The Sun reports.
Ferguson knows fellow Glaswegian Moyes, 46, well and has constantly championed his achievements at Preston, and now Everton.
He also believes it is right to give a good British manager the chance to take one of the big jobs in England football.
Posted in News, Picture
Posted on 11 April 2010. Tags: Bera, Diraja, Lelaki, LOL, Malaysia, Pahang, Palsu, PLKN, Royal, Sekolah, SPM, Tengku Mahkota, The Star
Pandai betul pelajar seorang ni, berjaya menipu ramai orang besar berjawatan tinggi dalam kerajaan dengan menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang. Pelajar ini berjaya menceroboh dua Kem PLKN dengan menyamar sebagai kerabat diraja Pahang. Malah beliau juga berjaya memalsukan dokumen dengan menyatakan surat yang kononnya dari Istana untuk membuat lawatan rasmi ke kem PLKN tersebut.
Pelajar ini yang berjaya memperoleh 9A dan 1B dalam keputusan SPM baru-baru ini merupakan pelajar terbaik dalam Sekolah Menengh beliau di Bera.
Ish ish ish, kesian juga kat pelajar ni, rugi betul jadi pelajar pintar, tapi salah guna untuk menipu orang ramai.
Read the full story
Posted in LOL, Malaysia, Picture
Posted on 30 March 2010. Tags: Berita Harian, Lelaki, Malaysia, MCA, News, Picture, Pilihanraya, Politik, Presiden, The Star, Undi
Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Beliau telah memenangi kerusi Presiden dalam Pilihanraya MCA yang diadakan baru-baru ini.
Beliau mendapat 901 undi, berbanding dua bekas Presiden, Tan Sri Ong Ka Ting yang memperoleh 833 undi, manakala Datuk Seri Ong Tee Keat, 578 undi.
NK berharap, dengan pemilihan Presiden MCA yang baru ini, akan wujudnya perubahan ketara dalam komuniti masyarakat 1Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa ini.
Persaingan bagi jawatan Timbalan Presiden pula menyaksikan calon favourite, Datuk Seri Liong Tiong Lai mendapat kepercayaan perwakilan apabila memperoleh 1,171 undi sekali gus menyingkirkan pencabar tunggalnya yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Kong Cho Ha dengan majoriti 65 undi. Kong mendapat 1,106 undi.
Pengumuman keputusan pada kira-kira jam 6.50 petang itu melakar era baru kepemimpinan MCA apabila gabungan Dr Chua dan Liow akan bersama menerajui MCA sehingga tempoh penggal ini berakhir pada 2011.
Malah, kepemimpinan mereka akan menentukan hala tuju parti berkenaan terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Kemenangan Dr Chua mencatatkan sejarah peribadinya dalam politik apabila berjaya membuat ‘comeback’ walaupun menang tipis pada pertandingan tiga penjuru itu.
Petikan dari Berita Harian : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SoiLek901_KaTing833_TeeKeat578/Article/

The former MCA deputy president polled 901 votes. His nearest challenger was Tan Sri Ong Ka Ting, who received 833 votes while incumbent party president Datuk Seri Ong Tee Keat garnered 578 votes.
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek celebrates with his wife Datin Seri Wong Sek Hin after winning the MCA presidency.
Dr Chua says he would be “inclusive” and practise collective leadership as the new party president.
Source : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/28/mcaelection2010/20100328094618&sec=mcaelection2010
Posted in Malaysia, News, Picture
Recent Comments