Tag Archive | "Tiket"

LEGOLAND Malaysia dibina di Iskandar Malaysia, Johor!


Taman Tema bertaraf antarabangsa bernilai lebih RM720 Juta ini bakal dibina di Iskandar Malaysia, Johor. LEGOLAND Malaysia dijangka siap pada penghujung tahun 2012.

legoland malaysia LEGOLAND Malaysia dibina di Iskandar Malaysia, Johor!

Taman tema seluas 76 ekar ini mempunyai lebih dari 40 jenis landasan dan litar roller-coaster, dan secara keseluruhan taman tema LEGOLAND Malaysia ini mempunyai 7 bahagian taman tema yang berlainan tema!.

LEGOLAND Malaysia merupakan LEGOLAND pertama dibina di Asia selepas beberapa lagi LEGOLAND di  Denmark, Britain, Jerman, dan Florida dan California di Amerika Syarikat!.

Pihak pengurusan LEGOLAND Malaysia kini begitu giat sedang membuat promosi bukan sahaja bagi penduduk tempatan, malah juga penduduk luar negara lebih-lebih lagi di negara rantau Asia seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand dan juga Australia!.

Cuba tengok beberapan paparan ‘slideshow’ dari YouTube ini :

Harga Tiket :

Tiket sehari :
Dewasa : RM140
Kanak-kanak (3-11 Tahun) :  RM110

Tiket Tahunan :
Promosi Pra-Pelancaran
Dewasa : RM195
Kanak-kanak (3-11 Tahun) :  RM150

Harga Sebenar
Dewasa : RM275
Kanak-kanak (3-11 Tahun) :  RM210

*Pemegang MyKad mampu mendapat diskaun sebanyak RM30 setiap seorang.

Berbaloi? Nampak macam berbaloi ni! Tak puas satu hari kalau nak main semua ni!

Tapi yang pasti, taman tema ini sudah pasti akan menjadi tarikan pengunjung dan pelancong dari luar, dan juga pengunjung tempatan apabila Wilayah Iskandar Malaysia ini telah maju dibangunkan sepenuhnya menjelang 2020 nanti.

Tak sabar rasanya nak kesini~

legoland malaysia johor LEGOLAND Malaysia dibina di Iskandar Malaysia, Johor!

Posted in Malaysia, NewsComments (0)

Gadis jual dara demi tiket konsert Justin Bieber


Amboi melampau betul. Di Konsert Justin Bieber di Mexico baru-baru ini, ada gadis yang sanggup jual dara untuk dapatkan sekeping tiket konsert JB ni! Murah betul dik,

Malah, apabila tiket Justin Bieber diumumkan ‘Sold Out’, atau habis dijual, ramai peminat yang masih beratur di luar stadium tapak konsert Justin Bieber naik histeria dan menangis-nangis melampau!

Tak percaya? cuba tengok video dibawah siap dengan sari kata lagi.

Yang mampu faham cuma ‘Por favor, por favor..’, Alamak, sampai merayu-rayu menangis minta Justin Bieber datang lagi ke Mexico.

Dalam media Mexico melaporkan pula, ada sindiket pasaran gelap yang menjual tiket konsert Justin Bieber dengan tawaran yang pelik, contohnya, Tiket Justin Bieber untuk sehari bersama lelaki tidak dikenali.

Dan mengenai gadis jual dara untuk tiket Justin Bieber pula, akhbar Mexico El Norte melaporkan bahawa terdapat gadis yang menawarkan daranya semata-mata demi tiket Justin Bieber.

“Mi virginidad por un boleto para Justin Bieber, ¡me urgeee!”, escribió una usuaria la red social Facebook. - El Norte

Kalau rasa itu tak cukup gila lagi, cuba tengok ni, 5 Peminat Justin Bieber paling Gila!

Oh, dalam berita lain, Selena Gomez dah putuskan hubungan dengan Justin Bieber? Alamak, itu la, dah pesan Justin Bieber tu budak-budak lagi. Lepas ni siapa pula yang naik jadi teman wanita Justin Bieber ni, Jasmine Villegas?

jual dara justin bieber Gadis jual dara demi tiket konsert Justin Bieber

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (1)

Gambar rupa baru stesen bas Puduraya Kuala Lumpur


Ingat lagi entri April tahun lepas berkenaan hentian Puduraya yang dinaiktaraf? Nampaknya naiktaraf ini sudah berbulan sempurna dan mula beroperasi. Jom tengok hasilnya.

Puduraya merupakan stesen bas yang menjadi hubungan utama bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia dan juga pekan-pekan di setiap negeri. Pelbagai golongan masaarakat menggunakannya tidak kira, pelajar, profesional, sehingga warga emas.

Memang canggih pembangunan yang dibuat pada Hentian Puduraya ini. Apa-apa pun, diharap masalah-masalah utama pada Hentian Puduraya yang dahulu dapat diselesaikan dan dihindarkan sama sekali.

Terutama masalah melibatkan keselesaan dan keselamatan penumpang. Ulat-ulat tiket juga diharap dapat dibendung dengan wujudnya kaunter tiket elektronik.

Jom tengok gambar-gambar dibawah yang menampilkan perubahan baru pada Hentian Puduraya.

puduraya baru 1 Gambar rupa baru stesen bas Puduraya Kuala Lumpurpuduraya baru 2 Gambar rupa baru stesen bas Puduraya Kuala Lumpurpuduraya baru 3 Gambar rupa baru stesen bas Puduraya Kuala Lumpurpuduraya baru 4 Gambar rupa baru stesen bas Puduraya Kuala Lumpurpuduraya baru 5 Gambar rupa baru stesen bas Puduraya Kuala Lumpurpuduraya baru 6 Gambar rupa baru stesen bas Puduraya Kuala Lumpurpuduraya baru 7 Gambar rupa baru stesen bas Puduraya Kuala Lumpurpuduraya baru 8 Gambar rupa baru stesen bas Puduraya Kuala Lumpur

Maklumat tambahan, Hentian sementara Bukit Jalil juga sudah mula dihentikan operasinya.

Posted in Malaysia, NewsComments (6)

Maxis10 : Contoh Video Cam Nexus S dan Teaser ICN UTP 2011


Entri kali ni agak istimewa, disebabkan NK dipilih sebagai Media Collaborators ICN UTP 2011, NK berpeluang saksikan latihan ICN, sambil-sambil mencuba rakaman Video Cam Nexus S.

Apa lagi, sementara sedang menikmati beberapa persembahan latihan, ingin juga membuat beberapa cubaan rakaman HD menggunakan Google Nexus S pemberian Maxis10 ini.

Kalau menurut spesifikasi yang diberikan, kamera 5 Megapixel milik Nexus S ini mampu memberikan paparan video sehebat 720p. Video HD tu! (Pembetulan : Video Kamera Nexus S cuma hasilkan video dengan kualiti 480p sahaja, dan ianya bukan HD, tetapi Enhanced Definition (ED))

Namun mungkin oleh sebab keadaaan sekeliling penggambaran yang tidak cukup terang, mungkin itu sebabnya kualiti video yang terhasil kurang memuaskan.

International culture Night UTP 20111 Maxis10 : Contoh Video Cam Nexus S dan Teaser ICN UTP 2011

Apa komen anda tentang kualiti video Nexus S? Nantikan lebih review mengenai hasil gambar dari Nexus S dalam kiriman akan datang.

Apa-apa pun, jangan lupa untuk datang ke International Culture Night (ICN) UTP 2011! Video di atas hanya teaser latihan persembahan ICN, untuk dapatkan pengalaman dan persembahan yang lebih memuaskan, jemput datang ke ICN UTP di Dewan Kanselor Universiti Teknologi PETRONAS malam ini!.

Bagaimana nak dapatkan tiket ICN anda? Sila rujuk pada entri sebelum ini.

Posted in Events, Maxis10Comments (2)

Jom dapatkan tiket International Culture Night UTP 2011


Ingat lagi entri NK mengenai International Culture Night 2011 yang bakal berlangsung di Universiti Teknologi PETRONAS nanti? Jom tengok bagaimana nak dapatkan tiket anda.

Kalau anda masih lagi belum dapatkan tiket anda, teruskan membaca bagaimana cara mudah untuk anda dapatkan tiket anda.

International Culture Night (ICN) ini yang akan berlangsung lewat petang esok (1 April 2011), di Dewan Kanselor Universiti Teknologi PETRONAS, merupakan acara istimewa yang menampilkan persembahan dari pelbagai negara seperti, Vietnam, Afrika Selatan, Indonesia, Thailand, Nigeria, Mesir, Sudan, Mozambique dan lain-lain negara lagi.

Yang menarik, dikatakan terdapat lebih 13 negara dan lebih 21 persembahan akan ditampilkan!

Semua ini dengan tiket yang cuma berharga RM10 sahaja! Bagi pelajar UTP pula, anda boleh dapatkan Tiket ICN dengan harga cuma RM5!!

tiket international culture night utp 2011 Jom dapatkan tiket International Culture Night UTP 2011

Apa yang anda perlu buat cuma hubungi mereka-mereka di bawah ini, dan tempah tiket anda untuk malam esok!

Nor Atiqah – 017 277 2141
tqaz90@gmail.com

Khairulanwar – 017 513 7156
nuarbudakbaik@gmail.com

Dah tempah? Bagaimana nak dapatkan tiket anda? Jangan risau, anda cuma perlu hadirkan diri ke tempat berlangsungnya majlis gilang-gemilang ini, dan hubungi mereka-mereka di atas untuk dapatkan tiket anda.

International culture Night UTP 2011 Jom dapatkan tiket International Culture Night UTP 2011

Maklumat lengkap International Culture Night 2011 UTP :

Masa : 7.45PM – 12.00AM
Tempat : Dewan Kanselor, Universiti Teknologi PETRONAS, Tronoh, Perak
Harga Tiket : RM10 (RM5 untuk pelajar UTP)

Dapatkan makluman terkini dari http://www.facebook.com/icnutp.

Jumpa anda disana!

P/s : Nak dapatkan tiket secara percuma? Nantikan pengumuman di Notakosong.com ataupun di http://www.facebook.com/Notakosong untuk maklumat lanjut. Ada beberapa tiket terhad untuk diberi PERCUMA!!

Posted in EventsComments (1)

Bola Sepak | Malaysia VS Hong Kong


Esok (9 Februari) bakal menyaksikan perlawanan persahabatan antarabangsa antara Malaysia dan Hong Kong di Stadium Shah Alam, Selangor. Jom saksikan!

Perlawanan persahabatan ini adalah diadakan bagi meningkatkan lagi kedudukan pasukan Malaysia di persada antarabangsa selain menguji teknik dan perubahan pada jentera pasukan Harimau Malaya ini.

Tiket perlawanan ini sudah mula dijual di Wisma FAM di Kelana Jaya sejak pagi tadi (Selasa) bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Jualan tiket juga diadakan esok hari (Rabu) bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari juga di Wisma FAM di Kelana Jaya.

Tiket perlawanan juga akan dijual mulai jam 4 petang, di Stadium Shah Alam.

Harga tiket mungkin agak mengejutkan, harga tiket adalah RM20. Ada sesetengah peminat berpendapat harga tiket ini adalah mahal, namun, ianya mungkin adalah langkah FAM bagi menjaga mutu perlawanan agar ianya tidak kelihatan terlalu remeh.

Perlawanan akan bermula pukul 8.30 malam.

Berdasarkan skuad yang dipanggil untuk latihan, ditolak dengan beberapa pemain yang mempunyai masalah kesihatan dan kecederaan, yang tinggal adalah :

Penjaga Gol : Mohd Farizal Marlias, Khairul Fahmi Che Mat

Pertahanan : Mohd Sabree Mat Abu, Mohd Asaruddin Putra Omar, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, Mahali Jasuli, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadli Shas, Mohd Faizal Mohd

Pemain tengah : Mohd Amirulhadi Zainal, Safiq Rahim, G. Mahathevan, S. Kunalan, Mohd Ashaari Shamsuddin. K. Gurusamy, Shahrizal Saad

Penyerang : Mohd Safee Sali, Ahmad Fakri Saarani

Jom ramai-ramai saksikan!

malaysia vs hong kong Bola Sepak | Malaysia VS Hong Kong

Posted in News, SportComments (0)

Konsert Maroon 5 Live in Kuala Lumpur


Hebat, Baru sahaja Justin Bieber sah akan datang ke Malaysia, kini band terkemuka Maroon 5 pula disahkan akan mengadakan konsert mereka di Kuala Lumpur.

Ketika album pertama ‘Songs about Jane’ dihasilkan, semua orang tergilakan dengan lagu ‘She will be loved’ yang begitu memukau suatu masa dahulu. Tidak lupa juga lagu hit singles yang lain seperti ‘This Love’.

Lagu ‘Makes me wonder’ dari album kedua, ‘It Won’t Be Soon Before Long’ juga menarik begitu ramai peminat kepada band dari California ini.

Dan apabila terdengar ura-ura bahawa Maroon 5 akan dibubarkan, tiba-tiba mereka tiba pula dengan album ketiga, dimana dinyatakan sebagai album terakhir sebelum dibubarkan terhasil, ‘Hands All Over’, dengan lagu hit seperti, ‘Misery’.

Apa-apa pun, bagi semua peminat Maroon 5, jangan lupa untuk dapatkan peluang anda ke konsert Maroon 5 ini. Harga Tiket bermula dengan serendah RM115 hingga ke RM485.

Konsert tersebut akan berlangsung pada 29 April 2011 dan lokasi konsert sudah pasti Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tiket boleh didapati dari Ticketpro.com.my.

maroon 5 live in kuala lumpur Konsert Maroon 5 Live in Kuala Lumpur

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (0)

5 Peminat Justin Bieber paling Gila!


Anda peminat Justin Bieber? Anda tidak cukup BieberFever kalau anda belum dapat menewaskan peminat Justin Bieber yang lain ni.

Jessica Mazon dari Santa Carina, Brazil. Buat Tattoo ukiran sendiri pada tangan beliau untuk Justin Bieber

justinbiebercuttingarm 5 Peminat Justin Bieber paling Gila!Menurut apa yang tertulis pada Blog beliau,

My name Jessica Mazon, 15 from Santa Catarina. I am somewhat complicated and somewhat confusing. I’m sincere too, have many quirks, my love of music is indescribable. I always want to get what I want and dream high, love to write about everything, especially feelings. I like using all-star and jeans. I do not like clothes too much. Sometimes I like to stay at home watching film, sometimes I like to hang out with my friends. One of my dreams is to go Paris. I do not like people shoved?, nobody is better than anyone. I’m passionate about children, dogs and shot?. I tell myself. I do not like guys who do everything to show off, I believe everyone has something special inside, waiting to fit into someone else.

I think love is the foundation of everything that can transform people and change the world. I’m shy, but outrageous. I am confident, discreet and indiscreet. I need friends around me, sometimes I feel lonely even when surrounded by people. I often keep my feelings just for me, I hide the tears drop. I Love teddy bears in particular “Fufi” (my bear), high heels, food and dancing wildly, scream, jump and do whatever I want. I want to go further back, love to travel, I love perfumes, and voices calms me.

And finally I can say that the most important person to me in the world is, yes it’s Justin Bieber, my greatest inspiration, which makes me believe, my biggest dream, my fantasy, the one guy can make me lose reason, make my heart race, make me able to have the courage to face everything in life .. Yes he is not the average boy but I love him, And he is so much more than that.

When the PAIN inside is too BIG, we need to make it better in any way..

That’s me, full of defects and failures.

Emah Hira Matiu dan Beki Diamon, dari New Zealand. Curi topi ungu Justin Bieber sebagai ugutan terhadap Justin Bieber.

Tapi akhirnya pulangkan topi tersebut selepas meminta Justin Bieber untuk memeluk setiap sorang dari mereka dan mengambil gambar bersama.

bieber hat thief 5 Peminat Justin Bieber paling Gila!

Louise, seorang Ibu sanggup dapatkan tatu “Tramp Stamp” untuk dapatkan Tiket Konsert Justin Bieber.

Ini semua kerana kempen Y100 FM “Tatts For Tickets” sorang radio DJ dari Miami.

Ibu tersebut dikendaki mendapatkan Tatu dengan muka DJ Radio tersebut, “Mack At Nite”, untuk dapatkan dua tiket dan memberi peluang anak perempuanya untuk menonton konsert Justin Bieber secara Live!.

Mick Follers dari Condell Park, Australia.

Sanggup bayar lebih 440$ AUD untuk dapatkan nombor plet kereta dengan perkataan “BIEBER”.

Beliau menyatakan beliau merupakan peminat No.1 Justin Bieber. Kemudian beliau berkata bahawa mungkin mampu untuk dapatkan lebih wang dengan menjual nombor plet tersebut kepada sesiapa yang berminat.

nombor plet justin bieber 5 Peminat Justin Bieber paling Gila!

Peminat Justin Bieber dari New Zealand.

Seorang peminat sanggup membeli botol air minuman bekas buangan dari Justin Bieber, yang dilelong dengan harga 683$!. Pembeli tersebut tidak diketahui namanya.

Yang menarik, duit hasil lelongan tersebut, menurut penjualnya akan didermakan kepada persatuan amal kanser, “Canteen”

MzY2N2JhY2Y5MmRiMjgmb2Y9MA== 5 Peminat Justin Bieber paling Gila!

Jadi, cukup gilakah anda sebagai peminat Justin Bieber??

Nantikan ketibaan Justin Bieber di Malaysia, mana tahu anda pula yang gila, “BieberFever”!

Sumber : JustinBieberzone.com

Posted in LOL, Random, WeirdComments (3)

Rock The World 10 : RTW 10


Rock The World kembali lagi untuk tahun 2010! Rock The World 10 atau RTW 10 merupakan festival acara muzik yang terbesar diadakan di Malaysia.

Acara tahunan yang setiap kali sentiasa dijayakan oleh Fat Boy Records menampilkan ramai artis malaysia yang sudah terkenal dan juga yang masih sedang menggapai kegemilangan.

Setiap kali diadakan, festival ini sentiasa dapat menarik ribuan peminat muzik di serata Malaysia.

Maklumat mengenai Rock The World 10.

Masa: 10pagi
Tarikh: 26 Disember 2010
Tempat: Carpark A, Stadium Bukit Jalil
Harga Tiket: RM30
Senarai Artis : Massacre Conspiracy, Skudap Skudip, Dichi Michi, Couple, One Buck Short, Azlan & The Typewriter, Sevencollar T-Shirt, Bleeding Mascara, Bunkface, Republic of Brickfields, Dragon Red, They Will Kill Us All, Love Me Butch, Pop Shuvit, Bittersweet, Disagree, Lo, The Pilgrims, Gerhana Ska Cinta

Dapatkan Tiket anda di Rock Corner, Music Valley dan juga TicketPro. Malah tiket juga boleh di beli di Pintu Masuk ketika festival berlangsung.

rock the world 2010 Rock The World 10 : RTW 10

Posted in Entertainment, Events, MusicComments (4)

Tempat duduk percuma tiket RM0 promosi Air Asia!


Air Asia kembali lagi dengan promosi gila-gila! Kali ini promosi Harga Tempat Duduk RM0, atau dengan kata lain PERCUMA!

Promosi ini adalah berkesan keatas semua destinasi AirAsia sama ada dalam negara mahupun luar negara.

Jadi sesuai la bagi mereka-mereka yang bercadang nak melepaskan tekanan perasaan di bandar, mahupun mereka yang baru sahaja berkahwin, dan mahu berbulan madu.

Maklumat mengenai promosi ini adalah seperti berikut :

Tempoh tempahan : 9 November 2010 – 14 November 2010
Waktu perjalanan : 1 Julai 2011 – 10 November 2011

Setakat ini, NK dapati masih banyak lagi tempat duduk kosong yang ada dalam promosi gila-gila ini. Tapi kemungkinan besar kesemuanya habis dijual 2 atau 3 hari lagi.

Jadi apa tunggu lagi? Segera ke laman web AirAsia untuk buat tempahan!

Airasia promotion free seats Tempat duduk percuma tiket RM0 promosi Air Asia!

Posted in Promotion, Random, TravelComments (1)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com