Tag Archive | "Tol"

Senarai sekatan jalan, maklumat trafik KL, dan perhimpunan #Bersih


Berikutan demonstrasi BERSIH 2.0 yang diadakan hari ini (9 Julai), Pihak Polis mengadakan sekatan jalan mulai semalam dan berikut beberapa maklumat untuk dikongsi.

Beberapa senarai sekatan jalan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang disampaikan melalui email :

Beberapa senarai Sekatan Jalan pihak Polis mulai semalam hingga hari ahad :

Putrajaya ke Kuala Lumpur, menghala Tol Kajang dari Bangi,
Jalan Enggang menghala AU2 danAU3,
Dari Damansara menghala Penchala,
Selepas Bukit Jelutong/Shah Alam trafik ke Kampung Subang,
Tol Damansara ke Kayu Ara,
Jalan sekitar Lapangan Terbang Subang,
Jalan Haji Sirat menghala ke  Taman Sri Pekan, Klang,
Di hadapan Monash University, menghala ke Cyberjaya,
Jalan Kampung Pandan menghala ke Kuala Lumpur.

Bagi yang merancang untuk keluar dari Kuala Lumpur atau masuk ke kawasan Kuala Lumpur, anda boleh semak laporan trafik secara online di beberapa Lebuhraya melalui http://www.llmtrafik.gov.my/traffic.aspx dan jika anda mempunyai akaun Twitter, dapatkan maklumat melalui http://twitter.com/kltrafficupdate.

Bagi maklumat mengenai beberapa kawasan yang dikawal ketat oleh pihak polis, anda boleh semak pada http://twitter.com/insider_latest dan untuk beberapa ketika, maklumat juga boleh didapatkan melalui maklumat berita yang disampaikan agensi berita terkenal, Al-Jazeera http://english.aljazeera.net/watch_now/.

Jika anda berminat untuk melihat situasi di sekitar Kuala Lumpur, boleh lihat pada gambar-gambar yang di ambil oleh wartawan MalaysiaKini di http://bit.ly/oULoHy.

Ikut juga laporan secara langsung wartawan MalaysiaKini mengenai perhimpunan BERSIH 2.0 di http://www.malaysiakini.com/bm/.

Pihak Polis mengeluarkan kenyataan agar anda tidak menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 ini dan semua orang dinasihatkan untuk tidak keluar dan berada di rumah masing-masing.

kawasan jagaan polis bersih Senarai sekatan jalan, maklumat trafik KL, dan perhimpunan #Bersih

Kawalan ketat pihak Polis di KL Sentral

Jikalau anda mempunyai lebih maklumat mengenai kawasan kawalan polis, maklumat trafik, dan sekatan jalan di sekitar Kuala Lumpur, harap dapat kongsikan bersama.

 

Posted in Malaysia, NewsComments (0)

Tol Lebuhraya Percuma sempena Hari Raya!


Kementerian Kerja Raya hari ini mengumumkan laluan Tol tidak akan dikenakan sebarang bayaran pada tempoh yang telah ditetapkan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Tol Percuma yang membabitkan semua kelas kenderaan yang melalui Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur 1, kesemuanya berada di bawah pengurusan MTD Prime.

Tempoh masa dan tarikh laluan Tol tersebut secara Percuma adalah seperti berikut :

Bermula
7 September 2010 : 9 Malam

Berakhir
8 September 2010 : 6 Pagi

Bermula
15 September 2010 : 9 Malam

Berakhir
16 September 2010 : 6 Pagi

Terima Kasih diucapkan kepada pihak terbabit atas pengecualian bayaran Tol ini walaupun hanya sementara.

Apa-apa pun, kita sebagai pengguna Jalan Raya diminta berhati-hati di jalan raya, Ingatlah orang tersayang~

malaysia tol Tol Lebuhraya Percuma sempena Hari Raya!

Posted in Malaysia, News, TravelComments (5)

Tol percuma dan diskaun sempena Hari Merdeka


Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Malaysia, Datuk Shaziman Abu Mansor, mengumumkan bahawa akan adanya perkhidmatan Tol secara percuma dan juga diskaun bagi Tol-tol tertentu seluruh Malaysia sempena Hari Kemerdekaan 31 Ogos.

Laluan percuma bermakna tiada cas bayaran tol akan diberi pada pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Lebuhraya PLUS, Elite, Linkedua, dan Seremban-Port Dickson pula akan menawarkan diskaun sebanyak 20% pada 31 Ogos dan 1 September.

Namun diskaun ini akan hanya diberi kepada pengguna yang menggunakan laluan tersebut pada waktu 12 tengahmalam sehingga 7 pagi. Dimana kebiasaanya pengguna pada waktu tersebut hanya menerima diskaun sebanyak 10%.

Ini bermakna, bagi pengguna yang sering menggunakan Lebuhraya PLUS misalnya, laluan tol dari Tol Juru hingga Tol Jalan Duta mengenakan cas sebanyak RM43.30, namun pada tempoh diskaun tersebut, cas yang dikenakan hanya RM35.

Berkenaan dengan Diskaun Tol pada tempoh sepanjang sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri pula, beliau berkata ianya akan diumumkan pada 2 September akan datang.

malaysia tol Tol percuma dan diskaun sempena Hari Merdeka

Posted in Malaysia, News, TravelComments (1)

Isu subsidi dan kenaikan harga minyak petrol Malaysia


Dikatakan bahawa harga minyak petrol Ron 95 yang kini berada pada RM 1.80 seliter akan dinaikkan sebanyak 15 sen menjadi RM 1.95 di antara Jun hingga Disember 2010. Dan harga minyak Petrol akan terus meningkat sepanjang 5 tahun yang akan datang bagi mengurangkan kebergantungan rakyat Malaysia terhadap subsidi. Ini bagi membolehkan kerajaan menyalurkan wang subsidi tersebut kepada fokus bidang luar yang lain.

Begitulah cadangan PEMANDU, sebuah badan yang bertindak sebagai penasihat utama kerajaan Malaysia mengenai isu subsidi Minyak.

800px Petrol pump mp3h0355 Isu subsidi dan kenaikan harga minyak petrol Malaysia

Menurut laporan yang dicadangkan kepada Kerajaan lagi, mula Januari 2011, harga minyak Petrol akan terus meningkat sebanyak 10 sen bagi setiap tempoh 6 bulan. Berikut merupakan salinan dari laporan tersebut mengenai anggaran harga petrol dari tahun 2011 hingga 2015 :

  • RM 2.16 pada tahun 2011
  • RM 2.20 pada tahun 2012
  • RM 2.34 pada tahun 2013
  • RM 2.52 pada tahun 2014
  • RM 2.60 pada tahun 2015

Ini berdasarkan ramalan harga minyak dunia yang akan meningkat sepanjang tahun akan datang. Sumber

Berdasarkan cadangan dalam laporan PEMANDU tersebut, harga bagi setiap Pintu Tol utama juga akan dinaikkan, dikatakan pada tahun 2010 ini, ianya akan dinaikkan dengan kemungkinan dalam anggaran 10 ke 67 Peratus.

Wah, memang sudah dijangka yang harga petrol akan naik lagi. Tapi tak sangka pula harga Tol pun akan naik. Pendapat NK, Harga petrol memang sudah sampai masanya untuk dinaikkan secara perlahan-perlahan, tetapi perlu berlandaskan peningkatan ekonomi negara.

Sebabnya, rakyat perlu belajar untuk tidak bergantung kepada subsidi kerajaan lagi. Dan bagi NK, kenaikan harga minyak akan mendorong kepada wujudnya alternatif bagi penjimatan, contohnya kenderaan elektrik malah juga sistem pengangkutan awam. Dan Kerajaan perlu mengambil tindakan segera dengan memperbaikkan sistem pengangkutan awam sebelum bertindak menaikkan harga minyak.

Mungkin ini yang dikatakan dengan, “Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian” ?.

Tapi jangan risau, rancangan ini masih belum diluluskan kerajaan, dan kerajaan akan mengambil pendapat dari segenap lapisan masyarakat Malaysia. Yang Penting, Hapuskan Korupsi.

Posted in Malaysia, NewsComments (9)








Partly powered by CleverPlugins.com