Tag Archive | "Tutorial"

Tutorial pasang widget waktu solat di blog anda


Berikut merupakan tutorial pasang widget waktu solat di blog anda. Widget waktu solat ini teramatlah berguna lagi-lagi di bulan puasa ni, maklumlah nak tahu waktu imsak dan berbuka.

Widget ini cuma menggunakan iframe dan tidak memerlukan coding yang panjang untuk dipasang. Lebih mudah jikalau anda sememangnya mempunyai pengalaman dengan menggunakan web programming seperti HTML.

Widget yang akan digunakan ini diambil dari laman e-solat milik JAKIM.

selamat berpuasa ramadhan Tutorial pasang widget waktu solat di blog anda

Langkah-langkah dan cara-cara memasang kod waktu solat, waktu imsak, dan berbuka bagi tempat tinggal masing-masing :

  1. Mula dengan pergi pada laman untuk mengubahsuai atau menambah kod HTML pada blog anda. (WordPress : Pergi pada Appearance -> Editor, atau pada ruang Widgets, Blogspot : Pergi pada Design -> Page Elements -> Add a Gadget -> Add HTML, atau letakkan di ruang Edit HTML)
  2. Ambil Kod iframe di bawah,
    <iframe src="http://www.e-solat.gov.my/solat.php?kod=KOD&amp;lang=LANG&amp;url=URL" frameborder="0" width="320" height="240"></iframe>
  3. Ubah KOD kepada kod kawasan tempat tinggal anda, kod bagi Kuala Lumpur ialah sgr03. Rujuk disini untuk kod kawasan yang berlainan untuk setiap negeri : http://www.e-solat.gov.my/e-solat.php?PageNo=5.
  4. Ubah LANG kepada BM atau ENG, ubah URL kepada http://www.islam.gov.my.
  5. Kemudiannya tekan pada SAVE atau SUBMIT atau PUBLISH pada blog anda.
  6. SIAP! Mudah je kan?

Ada apa-apa pertanyaan boleh tanya pada ruang komen dibawah ya. Selamat Mencuba dan Selamat menjalani Ibadah Puasa!

Sumber : http://www.e-solat.gov.my

Posted in Ekslusif, Islamic, TutorialComments (2)

Cara lepasi sekatan internet di UTP


Entri khas untuk pelajar di Universiti Teknologi Petronas (UTP) yang sehingga kini begitu kecewa dengan pelbagai sekatan laman web dan akses internet, jom tengok.

Apa yang anda perlu buat cuma pergi ke http://esiontelracs.appspot.com/ dan masukkan alamat laman web yang anda inginkan ke ruang yang telah disediakan.

appspot Cara lepasi sekatan internet di UTP

Menurut Jacky, setakat ini proxy online yang digunakan ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk melayari beberapa laman web yang telah disekat oleh UTP.

Agak kecewa sebelum ini kerana banyak laman web telah disekat di UTP termasuk beberapa laman blog dan tutorial lain.

Selamat mencuba!

Posted in Internet, RandomComments (6)

Cara semak nombor rakan Maxis atau tidak


Pernahkah anda terfikir, bagaimana untuk semak nombor telefon rakan anda yang masih mengekalkan talian Maxis atau sudah bertukar ke Talian lain?

Semenjak Mobile Number Portability (MNP) diperkenalkan pada 2 tahun yang lalu, 2008, setiap syarikat telekomunikasi di Malaysia bersaing sengit untuk mendapatkan lebih ramai pelanggan, dan mengekalkan pelanggan yang sedia ada.

Dengan wujudnya MNP, pelanggan boleh bertukar ke mana-mana khidmat talian syarikat telekomunikasi dengan cara semudah menggunakan SMS.

Malah, kadang-kadang MNP ini menyukarkan para pelanggan untuk mengenal pasti sama ada rakan-rakan masih lagi kekal dengan khidmat talian yang lama, atau sudah beralih ke syarikat telekomunikasi lain, ini kerana nombor telefon yang digunakan masih lagi dikekalkan.

Kini, Maxis/Hotlink telah memperkenalkan khidmat untuk semak sama ada rakan ada masih lagi menggunakan talian Maxis/Hotlink, atau sudah bertukar ke khidmat talian lain.

Apa yang anda perlu buat, cuma hantar SMS seperti dibawah ke  nombor 22011.

CHECK<space><10 digit nombor telefon>
contoh:  CHECK 012XXXXXXX

dan hantar ke 22011

Jikalau teman anda tersebut masih menggunakan talian Maxis/Hotlink, anda akan dapat SMS status mengenai khidmat talian rakan anda.

Paling menarik, khidmat ini adalah PERCUMA!

How to check your Friends number still in Maxis/Hotlink network?

mobile number portability Cara semak nombor rakan Maxis atau tidak

Posted in TutorialComments (4)

Mari dengar suara seksi dari Komputer Windows anda~


Tahukah anda bahawa setiap komputer anda yang menggunakan sistem operasi (Operating System) Windows mempunyai personaliti sendiri?

NK punya suara gadis remaja seksi yang ayu anggun lagi memikat personaliti suaranya~

Cara-caranya adalah :

  1. Mula-mula buka aplikasi Notepad di komputer Windows anda.
  2. Taip perkataan ”  CreateObject(“SAPI.SpVoice”).Speak”I love YOU so much” “.
  3. Kemudian klik save as, ‘” i love you.vbs ”  ke desktop anda.
  4. Dan klik!
  5. Cuba dengar suara kasar lelaki ataupun suara awek gadis cun merdu?, hehe

Mungkin dah lama dah trick ni wujud, tapi NK baru dapat peluang untuk berkongsi dengan anda, selamat mencuba~

gadis comel ayu ketawa di notakosong Mari dengar suara seksi dari Komputer Windows anda~

Posted in LOL, Tutorial, WebsitesComments (8)

Tutorial : Cara mudah letak Facebook Profile Badge di Website


Pernah ternampak tak kalau buka blog-blog orang, ada ternampak Badge Profile Facebook pada sidebar, atau bahagian widget blog tersebut? Malah ada juga beberapa Laman web, website individu tertentu yang turut memasang Facebook Profile Badge.

Hari ni NK nak tunjukkan cara mudah untuk letak atau pasang Facbook Profile Badge pada blog ataupun website anda.

  1. Mula-mula, anda pergi ke url Facebook Widget : http://www.facebook.com/facebook-widgets/
  2. Pastikan anda sudah login ke Facebook anda. (Jangan tersilap pakai Profile orang lain ye)
  3. Kemudian Klik pada Profile Badge.
  4. fbbadges Tutorial : Cara mudah letak Facebook Profile Badge di Website

  5. Bagi pengguna Blogger atau Blogspot, teruskan baca langkah seterusnya. Atau bagi pengguna WordPress ataupun pereka laman web sila ke langkah yang ke-7
  6. Anda akan tiba ke page seperi dibawah, klik pada butang Blogger seperti yang telah dibulatkan seperti dibawah, dan anda akan dikehendaki untuk log-masuk ke akaun blogger anda.
  7. fbblogger Tutorial : Cara mudah letak Facebook Profile Badge di Website

  8. Tentukan di bahagian mana anda hendak letak Facebook Profile Badge widget anda pada layout manager dan, SIAP! Badge tersebut akan kelihatan seperti contoh dibawah. Untuk ubah rupa dan keterangan pada Badge anda sila ke langkah yang ke-9
  9. fbbloggercontoh Tutorial : Cara mudah letak Facebook Profile Badge di Website

  10. Bagi pengguna WordPress atau pereka laman web lain, anda hanya perlu klik pada butang Other seperti yang dibulatkan, dan copy/ctrl+c kod yang ditunjukkan.
  11. fbwordpress Tutorial : Cara mudah letak Facebook Profile Badge di Website

  12. Kemudian, jangan lupa untuk paste/ctrl+v pada ruang widget WordPress atau bahagian sidebar pilihan anda! Mudah kan? Apa la sangat susahnya bagi pengguna WordPress dan pereka Laman web kan, mudah je.
  13. Untuk Tentukan keterangan atau details pada Facebook Profile Badge anda, anda boleh tekan pada butang ayat Edit this badge berhampiran butang Other.
  14. fbedit Tutorial : Cara mudah letak Facebook Profile Badge di Website

  15. Anda akan tiba di page seperti dibawah dan boleh la pilih apa yang anda mahukan terpapar pada Facebook Profile Badge anda. Jangan lupa tekan Save ye.
  16. fbeditrupa Tutorial : Cara mudah letak Facebook Profile Badge di Website

  17. Itu sahaja! Mudah kan? Enjoy~

Demikian lah cubaan yang kedua NK untuk buat tutorial selepas  Tutorial mudah mengenai GengBlogger.

Komen la kalau ada silap dan salah ye, mintak tunjuk ajar. Terima Kasih~

Posted in Picture, TutorialComments (13)

Geng Blogger : Sumber trafik untuk blogger


Pos NK kali ni adalah untuk membantu para blogger diluar sana yang selalu kata rasa kurang trafik yang datang ke blog mereka. Maka dalam pos NK kali ni NK nak kongsi cara yang paling mudah untuk dapatkan trafik. Dan mungkin akan datang, NK akan buat segmen khas untuk berkongsi dengan para blogger lain diluar sana untuk jana trafik yang lebih banyak dan dengan cara yang lebih sofistikated. Mahupun direct traffic, organic traffic, ataupun referral traffic. Sebelum itu NK nak katakan, ini untuk jana trafik sahaja, dan bukan untuk jana wang masuk ke pengiklanan anda contoh ; Nuffnang, Adsense. Namun, Trafik turut membantu untuk anda jana wang ke akaun pengiklanan anda itu, bergantung kepada betapa bertuahnya anda.

Ok, mula-mula sekali sila pergi ke http://gengblogger.com,   dan klik Connect di bahagian hujung atas sebelah kanan page tersebut. anda boleh login menggunakan akaun Facebook, dan anda akan turut diregisterkan berdasarkan akaun Facebook anda. Akan keluar popup windows untuk anda login ke Facebook anda.

1 Geng Blogger : Sumber trafik untuk blogger

Click image for larger view

Kemudian, pergi ke url http://gengblogger.com/rumah untuk ping pos baru anda. Klik pada perkataan rumah di bahagian hujung atas sebelah kanan page tersebut. Kemudian klik pada perkataan sini yang terdapat dalam box seperti gambar di bawah.

2 Geng Blogger : Sumber trafik untuk blogger

Click image for larger view

Anda akan dibawa ke page berikut untuk ping pos baru blog anda. Jika anda tiada pos baru, page seperti berikut akan dipaparkan,

3 Geng Blogger : Sumber trafik untuk blogger

Click image for larger view

Namun, anda akan dapat page dengan maklumat lain jika anda ada pos baru untuk di ping. Pilih kategori apa untuk pos baru, dan klik Ping.

Dan pos baru anda akan keluar ke muke depan GengBlogger (GB) untuk bacaan umum.

4 Geng Blogger : Sumber trafik untuk blogger

Click image for larger view

Rajin-rajin la balas pos di forum GB http://gengblogger.com/sembang untuk dapatkan lebih ramai orang ke blog anda.

Nantikan tutorial lain-lain lagi dari NK~, Sori la, NK pkai MSPaint je~

Posted in LOL, PictureComments (14)








Partly powered by CleverPlugins.com