Tag Archive | "Ucapan"

Kad Raya 1Malaysia dari Najib Razak


Anda pernah tengok kad ucapan raya kiriman Dato’ Sri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sempena Hari Raya? Jom tengok,

kad raja 1malaysia Najib Razak Kad Raya 1Malaysia dari Najib Razak

Kad Ucapan Raya ini nampaknya dikirimkan kepada kesemua ahli Kelab Penyokong 1Malaysia, yang sudah pasti dinaungi oleh Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Anda ada terima?

Posted in RandomComments (3)

Indonesia – “Kami risaukan Maria Ozawa di Jepun”


Gempa bumi dan Tsunami yang melanda Jepun 2 hari lalu, membawa kesan yang besar dengan begitu banyak respon dari pelbagai laman media sosial. Lagi-lagi di laman Twitter.

Di Twitter sahaja, Trending Topic dengan hashtag #prayforjapan sudah lebih 2 hari berada diantara topik paling hangat di sebarkan.

Namun, situasi yang lain dari yang lain berlaku di Indonesia yang sememangnya terkenal dengan majoriti penggunanya di ‘Twitterverse’ atau dunia Twitter.

Kebanyakan tweet yang datang dari Indonesia sememangnya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan Jepun, dan ditambah pula dengan doa dan ucapan selamat kepada pelakon-pelakon filem dewasa dan filem pornografi dari Jepun, contohnya Maria Ozawa.

Pelbagai tweet seperti,

“Moga2 kamu baik2 shj”

“Smoga kmu bisa menyelamatkan diri”

“Tuhan selamatkan Maria Ozawa”

dan pelbagai lagi Tweet lain yang sememangnya ditujukan khas kepada akaun Twitter artis filem porno tersebut.

maria ozawa japan earthquake Indonesia   Kami risaukan Maria Ozawa di Jepun

Yang menarik, Maria ‘Miyabi’ Ozawa yang mempunyai darah kacukan Perancis dan Kanada ini memberi makluman kepada orang Indonesia dengan memberi kenyataan beliau selamat dan sedang berada di Kem pemulihan.

Miyabi sememangnya terkenal di Indonesia dengan hasil filem beliau disana seperti, “Menculik Miyabi” dan “Hantu Tanah Kusir“.

Alamak, kesiannya orang Jepun, dalam ramai-ramai orang yang ditimpa bencana disana nampaknya Maria Ozawa lebih terkenal.

Posted in Celebrity, EntertainmentComments (0)

Video ucapan Raya “Salam Perantauan dari Tronoh”


Ramai yang sudah menghantar kiriman Ucapan serta Salam sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tak kurang juga yang membuat video rakaman Ucapan Salam Aidilfitri.

Itulah yang banyak dilakukan oleh pelajar-pelajar malah warga internet kini, Video Ucapan Salam menjadi pengganti diri untuk menyampaikan Salam Aidilfitri.

Kebanyakan yang berbuat demikian sudah pasti pelajar-pelajar Malaysia yang sedang sibuk menuntut ilmu di luar negara, dengan harapan, dapat merasa kesoronokan berhari raya meskipun jauh dari kampung dan juga keluarga.

Namun, Video ucapan Salam Aidilfitri kini bukan hanya menjadi fenomena untuk pelajar di luar negara, malah tak kurang juga pelajar tempatan yang mengada-ngada nak membuat video ucapan Salam Perantauan. icon razz Video ucapan Raya Salam Perantauan dari Tronoh

Sebagai contoh, sekumpulan pelajar-pelajar dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) ini, dengan harapan dapat berkongsi kegembiraan tibanya Syawal yang cuma hadir setahun sekali.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin, Berhati-hati di jalan raya, Pandu Cermat Jiwa Selamat.

Screenshot Video ucapan Raya Salam Perantauan dari Tronoh

Posted in Internet, VideoComments (1)

Koleksi Pantun, SMS dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri


Dah tentu-tentu hari terakhir dalam bulan Ramadhan ni, semua umat islam dah tak sabar nak menyambut kedatangan bulan Syawal yang bermaksud, Selamat Hari Raya Aidilfitri!!

Apa lagi, semua orang pun dah puas sibuk membeli-belah, tak kurang juga yang sedang dalam perjalanan balik ke kampung masing-masing, malah ada yang sedang meletup-letup dengan bermain mercun.

Tapi kiriman kali ni khas untuk mereka yang sibuk memberi ucapan Hari Raya pada saudara-mara dan sahabat handai.

Disini ada beberapa koleksi Pantun, SMS dan Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang agak-agak menarik, mana tahu anda nak pakai silakan la jangan malu-malu~

For things I did wrong,
For words which might hurt,
For jokes u can’t take
& For advise u can’t accept,
1001 apologies…
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN

Ketupat Pulut di atas para,
Hendak direbus diatas Bara,
SMS dihantar pengganti Kad Raya,
Tanda Ingatan Dihari Raya… ”
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Salam Aidilfitri,
SMS pengganti diri,
Kad-Kad dah tak main lagi,
Ampun dan maaf dipohoni,
Salah dan silap harap di maafi.

Uno rendek kadel guli,
Kadel gulik kunji naiir,
Amma apak kari gedik,
Dey tambi happy aidilfitri..

Anak jaws main gitar,
Anak sotong main tabla,
Kad raya malas nak hantar
Send sms jer sudahla
Semoga ingatan tak akan pudar, Terimalah ucapan Selamat Hari Raya.

Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya

Masuk paya pakai pelampung
Jemput ar singgah ke kampung
Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas

Andai Ramadan dapat ku tahan
Ingin sekali ku pohon lanjutan
Rasa tak cukup ampunan mu Tuhan
Buat diriku yang tandus amalan
Namun Syawal tanda kemenangan
Rahmat Ya Rabbi untuk setiap insan
Justeru ayuh kita raikan
Dengan doa dan kesyukuran

1 2 3 4
Raya nanti chek nak makan ketupat
5 6 7 8
Mohon maaf atas segala kesilapan!

Kambing tua naik LRT,
Katak pisang tercekik tulang,
Walau sms saja yang diberi,
Itu tandanya ingatan tak hilang.
Selamat hari raya aidilfitri
Maaf zahir & batin.

Menarik kan? itu baru sikit je tu, ada bermacam-macam lagi! Kalau ada yang menarik yang anda terima, silakan la berkongsi di ruang komen di bawah, nanti NK update kiriman ni~

Apa-apa pun, dalam keseronokan berhari raya, jangan lupa bayar zakat, ingat juga pada mereka yang kurang bernasib baik, malah, ingat juga pada mereka yang telah lebih awal meninggalkan kita. Sama-sama doakan kesejahteraan mereka.

P/s : Ini belum ucapan raya lagi ni, tunggguuuuuu

Posted in Internet, Islamic, LOL, MalaysiaComments (1)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com