Tag Archive | "UK"
Posted on 13 April 2011. Tags: Agama, Bangsa, British, Fatine, Gay, Homoseksual, Hubungan, Ian Young, Isteri, Kahwin, Kerajaan, Kes, KLCC, Kuala Lumpur, Malaysia, Mohammed Fazdil bin Bahari, Negara, Nyawa, Pondan, Pound Sterling, Starbucks, Suami, The Daily Mail, Transeksual, UK, United Kingdom, Visa
Fatine atau nama sebenarnya Mohammed Fazdil bin Bahari, pernah mendapat perhatian media berkenaan dikenakan tindakan imigresen di UK (United Kingdom), beliau tidak mahu pulang ke Malaysia.
Kes beliau yang berlaku pada hujung tahun 2009 dahulu, mendapat perhatian media antarabangsa dan tempatan, apabila beliau, yang secara terang-terang mengadakan hubungan homoseksual tidak mahu pulang ke Malaysia kerana takut pada undang-undang negara dimana transeksual diharamkan, dan takut penghinaan dari masyarakat.
Beliau kemudiannya tinggal di UK setelah mengahwini ‘suaminya’ Ian Young, seorang rakyat British yang ditemuinya di Starbucks KLCC ketika Young sedang bertugas di Kuala Lumpur sebagai seorang pengawal keselamatan.

Setelah hampir 2 tahun menghabiskan masa dengan proses menguruskan isu imigresen beliau, beliau akhirnya diberi Visa untuk tinggal menetap di UK 2 minggu yang lalu. Yang mengejutkan beliau kemudianya membuat keputusan untuk meninggalkan suami beliau dan putuskan hubungan.
Menurut The Daily Mail, UK, Young ketika ditemui menyatakan beliau telah menghabiskan lebih £12,000 Pound Sterling ( lebih kurang RM60,000) untuk mendapatkan visa bagi Fatine.
Katanya, “Saya menggunakan setiap sen dan saya sudah kehilangan segala-galanya, saya sudah kehilangan rumah dan akhirnya saya hilang isteri saya.” “Merenung (apa yang berlaku), (saya merasakan) dia menggunakan saya untuk mendapatkan visa,”.
Dalam permohonan Fatine yang dikemukakan untuk memohon Visa, beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak boleh pulang ke negara asal ekoran ugutan yang diterima beliau jikalau beliau pulang, mengancam nyawa beliau.
Macam-macam, orang dah lupakan kes dia ni, tapi kini timbul kes lain pula. Apa la agaknya anggapan warga British pada Kerajaan Malaysia lepas ni, tindakan beliau ni seumpama menghina agama, negara dan bangsa.
Posted in LOL, Random
Posted on 06 February 2011. Tags: England, Gloucester City, Gloucester City A.F.C, Harimau Malaya, Lambang, Logo, Malaysia, Otai, Rekaan, Teori, Tiru, UK
Eh, terkejut tiba-tiba apabila terdapat satu maklumat ni mengatakan lambang kelab penyokong skuad kebangsaan Harimau Malaya ditiru Gloucester City A.F.C dari UK.
Apabila disemak akan kebenarannya, nampaknya memang hampir serupa dan boleh dikatakan 99% sama. Dan 1% lagi pun sangat la susah untuk dikesan kesahihannya.
Cuba anda lihat lambang Gloucester City A.F.C dibawah ni,

Menurut laman Wikimedia, http://en.wikipedia.org/wiki/File:Gloucestercitybadge.jpg , Logo tersebut hanya mula digunakan oleh Gloucester City A.F.C bermula tahun 2008.
Berikut pula logo lambang kelab penyokong skuad kebangsaan Harimau Malaya.

Lambang kelab penyokong rasmi ini pula didapati telah mula digunakan sejak awal tahun 2007 lagi.
Maka dengan ini boleh dikatakan bahawa lambang Harimau Malaya telah digunakan terlebih dahulu dan berkemungkinan besar Gloucester City A.F.C hanya meniru dan mengubah sedikit sebanyak rekaan logo tersebut.
Atau, mungkin anda ada teori lain, mungkin yang sebenarnya Harimau Malaya pula yang meniru logo Gloucester City A.F.C?
Yang mana yang benar tidak dapat dipastikan, mungkin ada otai Harimau Malaya boleh cuba terangkan?
Posted in News, Sport
Posted on 11 November 2010. Tags: BBC, BBC UK, Business Administration, Dr, Dr Fazley, European Business School, Fazley, Fazley International College, Fazley International College (FICO), Fazley Yaakob, FICO, Irish International University, UK, University of Wales
Fazley Yaakob atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Fazley dikatakan sebelum ini memiliki sijil master dan doctor dalam bidang ‘Business Administration’.
Namun artis yang memiliki 4 Album terkenal ini didakwa cuma memiliki sijil palsu (European Business School (Cambridge)) dari Universiti tiruan dari Irish International University.
Beliau yang juga merupakan pengasas dan pemilik kepada Fazley International College (FICO), menghadapi masalah apabila sijil tawaran dari kolej tersebut yang sebelum ini mendapat pengiktirafan University of Wales, ditarik balik.
University of Wales turut mendakwa telah menarik kembali segala penglibatan dengan Fazley International College (FICO), dan siasatan mengenai perkara ini telah dilakukan.
Berita lanjut mengenai perkara dilaporkan oleh BBC UK : http://www.bbc.co.uk/news/uk-wales-11712992

Posted in Celebrity, Education
Posted on 15 September 2010. Tags: 2010, Automotive, Baru, Bike, Digital, Ekzos, Fast, Gambar, Harga, Hyosung, Hyosung GT250R EFI, Kereta, Laju, Malaysia, Model, Motobike, Motor, Motosikal, Naza, Naza Bikes, Naza Blade, Naza Blade 250N, Naza Blade 250R, Naza.com.mt, Ogos, Picture, Price, Speed, Sport, Supebike, UK, Yoshimura
Naza Bikes baru-baru ini (Ogos 2010) melancarkan model baru bagi model motosikal Naza Blade, iaitu Naza Blade 250N dan Naza Blade 250R.
Model yang berdasarkan Motosikal Hyosung GT250R EFI ini dilengkapi dengan Fuel Injection dan yang menariknya ia turut dilengkapi dengan meter speedometer Digital.
Berikut merupakan spesifikasi model Naza Blade 250N/250R tersebut.
Engine : DOHC 8 valve oil cooled
Starter : Electric
Displacement : 249cc
Fuel System : Electronic Fuel Injection
Power Output : 21.5kW (28.8hp) @ 10000rpm
Max Torque : 22.68Nm (16.7lbs-ft) @ 8000rpm
Cylinders : 2
L x W x H : 2060 x 655 x 1125mm
Wheelbase : 1445mm
Ground Clearance : 130mm
Dry Mass : 171kgs
Gears : 1 down 4 up
Brakes : Front double disc, rear disc
Tyres : 110/ 70-17 54H front
150/ 70-17 69H rear
Fuel Tank: 17 litre
Seat Height: 780mm
Hyosung.com
Manakala harga yang ditawarkan oleh Naza Bikes pula ialah seperti berikut.
NAZA BLADE 250N dengan sistem ekzos YOSHIMURA
OTR Cash Price All Rider – RM 13,245.50
NAZA BLADE 250N
OTR Cash Price All Rider – RM 12,619.25
NAZA BLADE 250R dengan sistem ekzos YOSHIMURA
OTR Cash Price All Rider – RM 15,198.00
NAZA BLADE 250R
OTR Cash Price All Rider – RM 14,584.88
Gambar-gambar Naza Blade 250N /250R Baru 2010.


Posted in Automotive
Posted on 04 September 2010. Tags: 3G, Apple, Apple Fall Event 2010, Apple ipad, Apple iPhone, Apple Store Malaysia, Baru, Gizmodo, Harga, HD, Image, iOS, iPhone 3GS, iPhone 4, Iphone 4G, iPhone HD, iPhone OS 4.0, Ipod, iPod 4, iPod Nano, iPod Shuffle, Ipod Touch, iPod Touch 4, Nano, New, News, Online, Picture, Price, Shuffle, Steve Jobs, Technology, UK
Baru sahaja beberapa hari Steve Jobs mengumumkan barisan baru bagi produk terkenal Apple, iPod, kini iPod Touch, iPod Nano, dan juga iPod Shuffle baru boleh dimiliki di Malaysia!
Kesemua barisan produk tersebut diumumkan ketika Apple Fall Event 2010. Turut diumumkan adalah keterangan mengenai spesifikasi setiap Apple iPod dan juga harga yang ditawarkan.
Malah kesemua barisan keluarga baru Apple iPod ini telah diletakkan dalam senarai pilihan di Online Apple Store Malaysia bersama-sama dengan maklumat mendalam serta harga!
Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai kesemua barisan baru Apple iPod ini.
Apple iPod Touch 4
- Retina Display dengan skrin 3.5 inci
- Kamera depan dan belakang dengan rakaman 720p HD
- Menggunakan cip Apple A4 baru seperti iPhone 4
- Mempunyai Speaker dan Mikrofon
- Dilengkapi iOS 4.1
- Harga bermula RM829
Apple iPod Nano 6th Gen
- 46% lebih kecil dan 42% lebih ringan berbanding sebelumnya
- Skrin dengan teknologi multitouch
- Bateri tahan selama 24 jam
- Harga bermula RM549
Apple iPod Shuffle
- Terdapat pilihan warna Biru, Merah Jambu, Hitam, Hijau dan Kuning
- Bateri tahan selama 15 jam
- Simpanan sebanyak 2GB
- Harga bermula RM179
*Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Apple Malaysia




Posted in Malaysia, Picture, Technology
Posted on 03 August 2010. Tags: Bank, Barclays Premier League, Bola, Bola Sepak, British, China, Club, Duit, England, EPL, FC, FIFA, Football, George Gillett, Harga, Hutang, Kenny Huang, Lelaki, Liverpool, Liverpool FC, Manager, News, Pengurus, RBS, Roy Hodgson, Royal Bank of Scotland, Scotland, Soccer, Sport, Sukan, Tom Hicks, UK

Kenny Huang, ketua eksekutif syarikat pelaburan sukan China dikatakan sudah mengutarakan tawaran untuk membeli kelab dari Barclays Premier League, Liverpool FC, kepada Royal Bank of Scotland (RBS).
Pemilik kelab Liverpool FC sekarang, Tom Hicks dan George Gillett, sememangnya hendak menjual kelab tersebut semenjak dari April 2010 lagi.
Kenny Huang dikatakan menawarkan sebanyak £237 juta untuk membeli Liverpool FC, namun demikian, ianya masih rendah berbanding hutang kelab terkemuka tersebut yang dianggarkan melebihi £350 juta!
Huang turut dikaitkan dengan kerjasama bersama seorang lagi rakan kongsi untuk membeli kelab tersebut. Ini merupakan sebab mengapa beliau ingin mempercepatkan pembelian kelab ternama tersebut.
Antara sebab lain juga adalah kerana beliau ingin mengeluarkan dana untuk membantu pengurus kelab tersebut yang baru iaitu, Roy Hodgson untuk membuat pembelian pemain bagi menguatkan skuad tersebut.
Huang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pembelian kelab tersebut pada tahun 2008, namun ketika itu harga yang diminta adalah terlalu tinggi. Mungkin kerana kegagalan Liverpool untuk memperoleh sebarang trofi kemenangan menyebabkan harga kelab tersebut telah menurun.

Posted in Sport, World
Posted on 23 July 2010. Tags: Animasi, Animation, Buzz Lightyear, Movie, Nama, Name, Pixar, Telegraph, Telegraph.co.uk, Toy Story, UK, Weird, West Bromwich

Seorang peminat tegar filem animasi Toy Story 3 yang berasal dari West Bromwich, Steve Bolton, telah menukarkan nama beliau kepada Buzz Lightyear.
Beliau berkata, beliau akan rasa seronok dapat menggembirakan Teman Wanita beliau yang juga merupakan peminat bagi filem animasi Toy Story. Beliau menjangkakan, apabila orang bertanya siapa yang teman wanita beliau sedang bersama, teman wanita beliau akan menjawab Buzz Lightyear!
Beliau turut berkata beliau berharap untuk menjadi lebih popular dikalangan kanak-kanak, dan akan rasa seronok untuk menurunkan tandatangan kepada mana-mana kanak-kanak yang inginkannya.
Posted in LOL, Movie, Weird
Posted on 17 July 2010. Tags: 2010, 2012, 2014, Africa, Afrika, Afrika Selatan, Bola, Bola Sepak, Brazil, Cup, Euro, FIFA, Fifa.com, Final, Football, Hadiah, Holland, Italy, Jabulani, Jadual, Juara, Lelaki, Live, LOL, Malaysia, Menang, Mexico, Myanmar, Naib Juara, Netherlands, Piala, Ranking, Ranking FIFA, Sepanyol, Soccer, South Africa, Spain, Stadium, UK, USA, World, World Cup
Nampaknya, selepas memenangi FIFA World Cup 2010 South Africa, juara dunia Spain melonjak naik dari tempat kedua ke tempat Pertama dalam Ranking FIFA. Manakala Naib Juara World Cup 2010, Netherlands, melonjak naik dari tempat keempat ke tempat kedua.
Bekas juara dunia 2006, Italy, pula selepas cabaran yang amat mendukacitakan, skuad kuda tua Italy kini turun ke ranking yang ke-11! Malah Brazil yang kecundang di suku akhir Piala Dunia 2010 turut turun dari tempat pertama ke tempat ketiga.

Kebanyakan pasukan yang menyertai FIFA World Cup 2010 South Africa, berjaya melonjak naik. Contohnya negara Jepun yang melonjak 13 anak tangga dan kini menduduki tempat 32, Paraguay dan Uruguay juga masing-masing melonjak naik 15 dan 10 anak tangga menjadikan kepada tempat ke-16 dan ke-6.
Ranking Malaysia Terkini? Malaysia di tangga ke-142, melonjak 4 anak tangga dan mendahului Myanmar yang berada di tempat ke-143.
Boleh tahan la kan?
Sumber : Fifa.com
Posted in Sport, World
Posted on 12 July 2010. Tags: 3G, Apple, Apple ipad, Apple iPhone, Baru, China, Digi, Gizmodo, Google, Harga, HD, Image, iPhone 3GS, iPhone 4, Iphone 4G, iPhone HD, iPhone OS 4.0, Ipod, iPod 4, Ipod Touch, iPod Touch 4, Maxis, New, News, Online, Panas, Picture, Price, Steve Jobs, Technology, UK, USA, Wifi

Baru sahaja Apple iPhone 4 dilancarkan, nampaknya Apple sedang bersedia untuk mengeluarkan sebuah lagi produk terbarunya, Apple iPod Touch generasi seterusnya, iaitu Apple iPod Touch 4.
Berdasarkan khabar angin yang sibuk disebarkan di serata Internet, Apple iPod Touch 4 ini akan dilengkapi dengan segalanya seumpama yang dilengkapi pada Apple iPhone 4. Kamera 5MP bersama dengan keupayaan merakam video HD 720p.
Dengan teknologi Paparan Retina (Retina Display) diperkenalkan, adalah tidak mustahil untuk anda memainkan Video-video kegemaran anda dalam HD!

Segalanya yang ada pada Apple iPhone 4 akan turut ada pada Apple iPod Touch 4 kecuali kebolehan untuk telefon dan masalah kelemahan talian telefon.
Apa-apa pun, nantikan kenyataan rasmi dari Apple mengenai perkara ini. Kemungkinan besar, generasi seterusnya Apple iPod Touch akan keluar dalam bulan Ogos.
Sumber : ThumbPress
Posted in Internet, Technology
Posted on 12 July 2010. Tags: 2010, 2012, 2014, Africa, Afrika, Afrika Selatan, Astro, Bola, Bola Sepak, Brazil, Bunyi, Cup, Euro, Facebook, FIFA, Fifa.com, Final, Football, Hadiah, Holland, Jabulani, Jadual, Juara, Lagu, Lelaki, Lepak, Live, LOL, Malaysia, McDonald's, Menang, Mexico, Netherlands, Piala, RTM, Sepanyol, Siaran, Soccer, South Africa, Spain, Stadium, TV, TV1, TV2, UK, URL, USA, Vuvuzela, World, World Cup

Dengan jaringan cantik dari Iniesta pada masa tambahan minit ke 116, terus melenyapkan harapan Netherlands untuk menjulang Piala Dunia 2010 ini. Ini merupakan kekalahan buat kali ketiga Netherlands di Perlawanan Akhir World Cup.
Bagi yang masih memikirkan apa yang tertulis pada baju Iniesta tersebut, ianya ialah “DANI JARQUE SIEMPRE CON NOSOTROS” membawa maksud, “Dani Jarque sentiasa bersama kami”, dedikasi khas seluruh pasukan Spain kepada bekas Kapten Spain, Dani Jarque.
Spain, sebuah pasukan yang buat pertama kali tiba ke perlawanan akhir Piala Dunia, turut menjulang trofi Piala Dunia buat pertama kalinya, merupakan negara kedua yang berjaya menjulang Piala Eropah dan Piala Dunia berturut-turut selepas Jerman.
Perlawanan akhir kali ini yang turut dikatakan perlawanan paling kontroversi, merupakan perlawanan akhir yang mempunyai paling banyak kad dilayangkan. Sebanyak 14 kad dilayangkan pengadil Howard Webb.
Man of the Match bagi perlawanan akhir kali ini, semestinya Andres Iniesta, penjaring gol kemenangan Spain. Namun bagi NK, Iker Casillas adalah lebih layak.
Netherlands sememangnya cukup hebat kerana berjaya menampan banyak cubaan menarik dari pemain-pemain Spain, contohnya cubaan menarik Fabregas pada masa tambahan.
Kelemahan Netherlands dapat dilihat pada jentera serangannya yang diterajui oleh Robin Van Persie yang sememangnya dapat dilihat sepanjang FIFA World Cup ini sebagai kurang menyerlah.

Kita tunggu dan lihat berjayakah Spain mempertahankan kejuaraaan mereka di EURO 2012 di Poland-Ukraine.
Jumpa anda lagi di World Cup 2014 di Rio de Janeiro, Brazil.
Posted in Sport, World
Recent Comments