Tag Archive | "UK"

Penggunaan Vuvuzela haram di sisi agama


SOUTH AFRICA URUGUA 121600f Penggunaan Vuvuzela haram di sisi agama

Bunyi yang terhasil dari penggunaan Vuvuzela difatwa haram di DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), ini kerana ia dikatakan menghasilkan bunyi yang terlalu menyakitkan telinga orang ramai.

Vuvuzela turut diharamkan di Dubai oleh kerana bunyi Vuvuzela yang melebihi 100 decibels – iaiu lebih kurang bunyi sebuah kereta api yang bergerak!  Dan Bunyi Vuvuzela pula dikatakan menghasilkan sebanyak 127 Decibels!

Sebuah suratkhabar nasional di Abu Dhabi mengesahkan berita pengeluaran fatwa tersebut setelah Jabatan Agama disana mendapati banyak Vuvuzela yang di import masuk ke Ibu Negara itu sepanjang demam FIFA World Cup 2010. Adalah dikhuatiri ianya akan digunakan ketika perlawanan bola sepak tempatan di sana.

Vuvuzela diharamkan atas fakta bahawa ianya mampu merosakkan pendengaran manusia, dan segala yang memudaratkan adalah haram.

Sumber : AP

Posted in LOL, WorldComments (16)

World Cup Street Party @ Jalan Telawi 3 Bangsar


World Cup street party World Cup Street Party @ Jalan Telawi 3 Bangsar

World Cup Street Party @ Jalan Telawi 3 Bangsar. Jom join nak?

Akan ada cabutan bertuah bagi semua pengunjung yang datang, cuma datang duduk, lihat, dan nikmati kemeriahan menonton  perlawanan akhir Piala Dunia, Netherlands menentang Spain!

Antara hadiah-hadiah cabutan bertuah ialah iPod Touch, Kamera Digital, PSP, Telefon Bimbit, Jersi Bla, MP3 Players, dan lain-lain! Malah anda mungkin berpeluang membawa pulang sebuah Kereta Lotus Elise!

Masuk adalah PERCUMA, namun untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja ye. Semakan Kad Pengenalan akan diadakan di pintu masuk.

Sambil-sambil tu, jom undi pasukan mana yang akan menang Piala Dunia FIFA tahun ini! Netherlands atau Spain! UNDI DI SINI

Kalau anda ada Vuvuzela, jangan lupa bawa VUVUZELA anda ye!

Siapa yang datang bersama pun boleh~

Credit to lowyat.net

Posted in Events, Malaysia, SportComments (9)

FIFA World Cup 2010 Final : Netherlands vs Spain


FIFA WORLD CUP FINAL Netherland Spain FIFA World Cup 2010 Final : Netherlands vs Spain

Dengan Keputusan terkini FIFA World Cup 2010 pada pusingan Separuh Akhir ini,
SPAIN 1-0 Germany
Uruguay 2-3 NETHERLANDS

Ini bermakna pasukan SPAIN akan bertemu dengan pasukan NETHERLANDS pada pusingan Akhir FIFA World Cup 2010. Manakala pasukan Uruguay pula akan bertemu dengan pasukan Germany bagi merebut tempat Ketiga perlawanan.

Pasukan Spain yang pada ketika ini merupakan pasukan ranking kedua dunia selepas Brazil akan menentang dengan pasukan Netherlands yang berada pada ranking keempat.

Kedua-dua pasukan ini juga tidak pernah bertemu sesama sendiri dalam apa-apa perlawanan World Cup sebelum ini. Juara Eropah 2008, Spain sebelum ini tidak pernah berpeluang ke pusingan akhir bagi merebut Piala Dunia.

Sememangnya aksi Final yang akan dinanti-nanti. Jangan lupa saksikan Perlawanan merebut tempat ketiga pada 2.30 pagi 11 Julai, dan Perlawanan Akhir pada 2.30 pagi 12 Julai.

worldcup FIFA World Cup 2010 Final : Netherlands vs Spain

Apa pendapat anda? Siapa yang akan menang Piala FIFA World Cup tahun ini? Sila la undi ye~

Who will win? SPAIN or HOLLAND?
SPAIN
HOLLAND
Don’t Care
pollcode.com free polls

Posted in Sport, WorldComments (19)

Layan Vuvuzela sambil layan YouTube


1276497689438 Layan Vuvuzela sambil layan YouTube

Kalau sebelum ni NK pernah kirim tentang cara untuk layan bunyi monotone Vuvuzela sambil melayari internet, kali ni NK nak kongsi cara untuk layan Vuvuzela sambil layan YouTube pula.

Sangat senang, tak perlu buat apa pun, cuma tekan lambang bola yang terdapat pada timeline video di Youtube. Macam yang NK tunjuk pada gambar di bawah.

vuvuzela Layan Vuvuzela sambil layan YouTube

Contoh video yang NK tengan layan tadi, video YouTube mengenai Gol Lampard ketika menentang Germany tempohari. Link Youtube.

Jadi sambil layan video YouTube, boleh la anda yang minat bunyi Vuvuzela layan bunyi monotone tu sekali ye.

VuuuuuVUuuvuuuuuuuuuuuVUuuuuu

Posted in Sport, Technology, VideoComments (5)

Referee Uruguay disuruh pulang


fifa logo Referee Uruguay disuruh pulang

Ingat lagi tentang kontroversi Gol Lampard (England) terhadap Germany tempohari?

Selepas Presiden FIFA meminta maaf mengenai insiden tersebut, Referee yang bertugas pada perlawanan itu telah disuruh pulang dan tidak dibenarkan mengadili bagi baki perlawanan World Cup 2010.

Jorge Larrionda, telah menafikan gol lampard, malah sebelum ini pada tahun 2004, beliau turut pernah menafikan Gol dari Adriano pada perlawanan kelayakan Piala Dunia. Gol itu turut dijaringkan dengan cara yang sama seperti Lampard dimana bola terkena tiang gol dan terpantul masuk, namun dinafikan referee.

Turut menemani beliau juga ialah Roberto Rosetti, pengadil yang telah membenarkan gol Carlos Tevez ketika Argentina menentang Mexico. Carlos Tevez dengan terang dan nyata berada pada kedudukan Offside ketika itu.

Massimo Busacca turut dihantar pulang setelah keputusan beliau melayangkan kad merah kepada Goalkeeper South Africa dianggap tidak munasabah dan tidak adil.

Presiden FIFA, Sepp Blatter memohon maaf kepada England dan Mexico, malah beliau turut menyatakan amat dukacita dengan keputusan terhadap Skuad England yang dikatakan sebagai generasi Emas.

Menurut beliau segala insiden dan tingkah laku Referee adalah terbuka kepada awam sebagai dijadikan perdebatan.

Sumber : Bettor.com

Kalau ada yang nak tengok bukti Gol England dan Germany, boleh rujuk kiriman NK sebelum ini.

Posted in LOL, Sport, WorldComments (5)

Layan Vuvuzela sambil melayari internet


1276497689438 Layan Vuvuzela sambil melayari internet

Berminat ke dengan bunyi Vuvuzela yang monotone ni? Apakata anda cuba layan bunyi Vuvuzela ni sambil layari internet, buat-buat macam anda tengah dengar lagu la kan kononnya.

Langkah pertama, pastikan volume speaker anda telah dipasang pada nada yang sekuat mungkin ye, kalau perlahan nanti macam mana jiran sebelah nak marah. Pasang kuat baru jiran marah kan,.

Untuk contoh laman web NK yang berlatarkan bunyi Vuvuzela ni, Klik pada URL di INI

Menarik kan? Ke menyakitkan hati? Haha, itulah bunyi yang didengari setiap hari oleh penonton stadium untuk FIFA World Cup 2010 di Afrika Selatan.

Mudah je caranya, anda perlu ke laman http://www.vuvuzela-time.co.uk/

vuvuzelaaaaaa Layan Vuvuzela sambil melayari internet

Masukkan URL yang anda kehendaki, kemudian tunggu je mamat kat sebelah tu bunyikan Vuvuzela untuk anda ye,

Selamat berVuvuzela~

Posted in LOL, Sport, Weird, WorldComments (9)

Apple iPad bersalut coklat!


Sempena sambutan hari lahir isteri kesayangan beliau seorang rakyat London yang menetap di Afrika Selatan telah memikirkan hadiah yang unik sebgai hadiah hari jadi. Sebuah Apple iPad yang bersalut Coklat, ianya berfungsi dengan biasa!

Stefan Magdalinski, pengasas syarikat penghasilan kad moo.com itu telah berkerjasama dengan sahabatnya di London untuk mengirimkan Apple iPad yang masih belum dilancarkan di Afrika. Ianya dikirim setelah disaluti coklat.

Apple Ipad Apple iPad bersalut coklat!

Sahabat beliau di London, Paul A Young, merupakan seorang pakar terkenal dalam penghasilan coklat. Di atas permintaan istimewa Magdalinski tersebut. Paul berjaya menyalutkan Apple iPad tersebut tanpa merosakkan komponen alat elektronik tersebut tersebut.

Ipad Apple iPad bersalut coklat!

Coklat yang dikirim tersebut mengalami sedikit masalah ketika tiba di Kastam Afrika Selatan, bukan masalah pada iPad tersebut, tetapi masalah dengan prosedur Kastam. Setelah menceritakan segalanya, Magdalinski berjaya meyakinkan pihak Kastam tersebut.

Ipad2 Apple iPad bersalut coklat!

Paul A Young menjangkakan beliau akan menerima lebih banyak tempahan untuk menyaluti coklat pada alat elektronik lagi pada masa akan datang.

Source : Metro.uk

Macam-macam manusia, sebelum ni NK pernah buat kiriman mengenai Apple iPad yang disaluti emas tulen dan dijual dengan harga RM700,000!

Posted in LOL, Technology, WeirdComments (0)

Justin Bieber diugut bunuh


Miley Bieber 9jun10 300 Justin Bieber diugut bunuh

Penyanyi 16 tahun dari Kanada ini telah diugut bunuh oleh Miley Cyrus setelah Justin mengaku telah menganggu Miley beberapa kali dengan gangguan panggilan telefon.

Miley yang sedang lena tidur dikatakan menerima gangguan panggilan telefon itu pada jam 3 Pagi dan setelah mendengar jeritan marah Miley, Justin Bieber telah mengaku bahawa yang menelefon itu ialah beliau.

Source : SIFY.com

Mungkin Justin Bieber ni tak tahu yang Miley Cyrus ni sedang berada di London kot, dah tu pula, tak tahu pula beza waktu di Kanada dan London. Teruk betul la budak kecik ni… ish ish ish..

Justin Bieber dah jadi Stalker! “Baby, baby baby noooooo, tot chu owes be main….

Posted in Celebrity, LOL, MusicComments (9)

Apple iPhone 4 : 4 kali hebat iPhone 3GS


Iphone 4 Apple iPhone 4 : 4 kali hebat iPhone 3GS

Setelah beberapa bulan yang penuh kontroversi dan khabar angin. Akhirnya iPhone 4 telah bersedia untuk dipasarkan. Seperti biasa, ianya akan hanya mula dipasarkan di pasaran US terlebih dahulu. Dan seperti yang dijangkakan, kemungkinan iPhone 4 ini akan dipasarkan dengan Harga seperti iPhone 3GS sekarang ini. Dan iPhone 3GS pula akan diturunkan harga.

Dijangka akan mula dipasarkan di US pada 24 june, mengikut jangkaan NK, paling awal pun akan tiba di Malaysia mungkin November tahun ini. Mungkin juga ianya akan mula dijual seawal Oktober, apabila wujudnya pengimport tempatan yang mula menjualnya seperti Apple iPad. Tarikh pasaran masih belum pasti.

Lebih menarik, segala spekulasi mengenai iPhone 4 (sebelum ini dipanggil iPhone 4G atau iPhone HD) nampaknya menyerupai khabar angin sebelum ini.

iPhone 4 ini akan mempunyai unit Processor yang lebih laju, ditambah pula dengan kehebatan iOS (sebelum ini dipanggil iPhone OS 4.0) yang mampu menjalankan pelbagai tugas dalam satu masa (multi-tasking). Nampaknya iPhone 4 ini sudah pasti akan lebih hebat dari 3GS!

Seperti yang dinyatakan oleh Steve Jobs, semuanya 4 kali ganda hebat dari iPhone 3GS! 4 kali lebih laju!, 4 kali lebih kuasa bateri!, 4 kali ganda lebih pixel skrin!

iphone 4 camera Apple iPhone 4 : 4 kali hebat iPhone 3GS

Seperti yang dijangka, kamera iPhone 4 ini akan mampu mengambil gambar dengan saiz 5 megapixel! dan terbaru, ianya turut akan dilengkapi led flash dan kemampuan ISO yang lebih tinggi! nampaknya tiada lagi la masalah mengambil gambar dalam gelap ye.

iphone 4 video call Apple iPhone 4 : 4 kali hebat iPhone 3GS

Kehebatan iPhone 4 ini bertambah dengan wujudnya kamera VGA di bahagian hadapan! Bermakna pengguna akan mampu untuk mengadakan Video Conference atau FaceTime seperti apa yang dinyatakan Apple. Walau demikian, untuk masa ini, ianya hanya mampu digunakan melalui Wi-fi, dan belum lagi untuk 3G.

Source and Credit : Gizmodo.com

Jadi ada yang tengah simpan duit nak beli iPhone? mungkin boleh simpan lama sikit kot.. haha

Posted in Picture, Technology, WorldComments (16)

Jadual perlawanan dan siaran TV FIFA World Cup 2010


Lebih kurang seminggu lagi akan bermula lah sepak mula bagi perlawanan Bola Sepak yang dinanti-nanti oleh semua peminat Bola Sepak. FIFA World Cup 2010 South Africa, bermulalah musim Gila Bola, Makan Bola, Tidur Bola, Mandi Bola dan apa macam jenis Bola lagi, yang pasti bola yang hanya digunapakai hanyalah Bola Jabulani tu ye.

Undian untuk pembahagian pasukan untuk setiap Grup telah dilakukan, dan berikut ialah Jadual Susunan Grup tersebut,

table Jadual perlawanan dan siaran TV FIFA World Cup 2010

Dan berikut pula ialah Jadual Tarikh Perlawanan bagi setiap pasukan, dan juga tarikh bagi setiap perlawanan selepas perlawanan kumpulan.

table2 1024x722 Jadual perlawanan dan siaran TV FIFA World Cup 2010

Click image to view larger

Bagi peminat-peminat yang sudah pasti akan melekat di hadapan TV untuk saksikan perlawanan antara pasukan kegemaran anda, anda boleh download jadual waktu siaran dan tarikh siaran bagi TV1 dan TV2 yang telah dikeluarkan secara rasmi. URL untuk download jadual penuh perlawanan FIFA World Cup 2010 ialah RTM.

Bagi yang tak suka menonton siaran tertunda, cepat-cepat la langgan Astro ye, Habis je World Cup terus hentikan Astro semula, ok?

Sumber : Fifa.com

Posted in News, Picture, WorldComments (5)







Partly powered by CleverPlugins.com