Tag Archive | "Undi"

Jom undi Khairul Fahmi Che Mat sebagai penjaga gol terbaik Asia!


Kalau Safee Sali terpilih sebagai antara penyerang terbaik Asia, Khairul Fahmi Che Mat pun layak sebagai penjaga gol terbaik Asia! Jom Undi!

Khairul Fahmi Che Mat, muncul dan menyerlah sebagai tonggak utama pertahanan pasukan bola sepak Malaysia dengan berjaya mengekalkan posisinya selaku penjaga gol nombor 1 Harimau Malaya, meskipun pada awal kariernya, beliau hanya muncul sebagai penjaga gol pilihan ke-3.

khairul fahmi che mat terbaik asia Jom undi Khairul Fahmi Che Mat sebagai penjaga gol terbaik Asia!

Khairul Fahmi disenaraikan sebagai pilihan undian pembaca disamping Ali Al Habsi (Oman), Mark Schwarzer (Australia), Yang Zhi (China), dan Mohammed Saqr (Qatar).

Apa tunggu lagi, jom naikkan nama Malaysia dengan mengundi penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat sebagai penjaga gol terbaik ASIA!

Turunkan undian anda di sini : http://www.goal.com/en/news/1675/goalcom-polls/2012/01/03/2827965/who-should-be-the-asian-best-xi-goalkeeper-for-2011

Jom undi!!

Posted in News, SportComments (1)

Rakyat Bangladesh, kini Rakyat Malaysia juga


Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, mengeluarkan kenyataan mengenai rakyat Bangladesh, kini ada juga merupakan warganegara Malaysia. Terkejut?!

Kenyataan itu pada awalnya ditulis di laman ‘NGO Affairs Bureau’ Bangladesh, namun kemudiannya telah hilang, berkemungkinan ditarik keluar kerana mempunyai kenyataan yang kontroversi.

Berikut merupakan salinan asal kenyataaan penuh yang sempat disalin, turut disertakan adalah cetakan skrin kenyataan tersebut,

BANGLADESHI Prime Minister Sheikh Hasina told that she has been in Malaysia during her 6-day visit to South Korea and Malaysia last year.

At the last leg of her six-day tour, Hasina arrived in Malaysia on May 18 to attend the 66th World Islamic Economic Forum [WIEF] in Kuala Lumpur, the next day where she delivered a special speech. During her stay in Kuala Lumpur, she held bilateral talks with her Malaysian counterpart Mohammed Najib bin Tun Abdul Razak when some long standing issues, including legalizing Bangladeshi workers in Malaysia, were prominently discussed.

Highly placed sources claimed that during the meeting, the Malaysian prime minister assured Hasina of considering the issue of legalizing Bangladeshi workers to his country with utmost sincerity.

Today, Prime Minister’s office has allegedly received a confirmation from some of our citizens those working in several sectors in Malaysia since last year that they were given more than citizenships from Malaysian Government. In fact they now have been given a right to be a voter in upcoming Malaysian’s general election. 

Another highly placed source from prime minister’s office has confirmed that Bangladeshi workers may easily conferred Malaysian citizenship with the condition to vote for party that represents the government in power.

Honorable Prime Minister, Sheikh Hasina urges people to take this opportunity in order to lower the national poverty in line with government’s initiative and numerous measures to solve all major problems, including power and gas crises.

Prime Minister Sheikh Hasina also urged Malaysian entrepreneurs to invest more in Bangladesh, particularly in labor-intensive industries including readymade garment, textile, light engineering, electronics, agro-based products, ICT, power and infrastructure.

bangla jadi rakyat malaysia Rakyat Bangladesh, kini Rakyat Malaysia juga

Terkejut? Yang paling mengejutkan, kerakyatan dan kewarganegaraan khas Malaysia untuk warga Bangladesh ini, diberi atas sebab, warganegara Bangladesh ini mesti mengundi untuk parti kerajaan yang berkuasa ketika ini.

Mungkin ini tindakan drastik yang melampau diambil oleh kerajaan. Seberapa benar kenyataan ini belum dapat dipastikan. Namun demikiaan, pelbagai tanda-tanda ini akan berlaku semakin nyata. Sehinggakan Perdana Menteri Bangladesh sendiri yang umumkan!

Adakah ini tindakan terpaksa bagi memancing undi pada pilihanraya akan datang? ‘Bangla’ pun boleh mengundi? Lepas ni apa? Bangla terima biasiswa kerajaan? Tak faham betul pemikiran orang politik ni.

Url yang menyiarkan artikel kenyataan tersebut kini mengeluarkan ayat ‘No Item to show!’ bermakna artikel tersebut mungkin telah dibuang bagi mengelakkan kontroversi yang berlanjutan. http://www.ngoab.gov.bd/Main.php?Id=66

Cuba saksikan gambar dibawah, ada kaitan dengan isu ini?

bangla jadi rakyat malaysia 1 Rakyat Bangladesh, kini Rakyat Malaysia juga

Posted in Malaysia, NewsComments (0)

Promosi ‘Crazy Sale’ Plaza Lowyat, harga runtuh!


Wah! Plaza Lowyat akan mengadakan promosi jualan barangan elektronik dengan harga runtuh! Promosi ‘Crazy Sale’ dengan jualan barang bermula RM1 sahaja!

Tak percaya? Cuba tengok kepingan risalah iklan yang diiklankan di surat khabar tempohari.

lowyat crazy sale 718x1024 Promosi Crazy Sale Plaza Lowyat, harga runtuh!

Promosi ‘Crazy Sale’ Plaza Lowyat ini akan bermula hari ini, 15 September 2011 sehingga 18 September 2011, bermula jam 1 tengahari dan selanjutnya!

Yang dah pasti menjadi perhatian sudah pasti jualan murah pelbagai alatan elektronik berjenama pada barisan pertama risalah itu! Antaranya, CSL Mi 700 Droid Pad boleh didapatkan dengan cuma RM11 sahaja! Samsung Galaxy Ace dengan RM450, Apple iPad 2 cuma RM750! Hebat kan?

promosi lowyat Promosi Crazy Sale Plaza Lowyat, harga runtuh!

Namun demikian, berdasarkan beberapa maklumat yang disampaikan, terdapat beberapa syarat-syarat dan langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum dapat membeli barangan itu dengan harga sedemikian. Sila rujuk dibawah :

  1. Membuat belian bernilai RM50 atau lebih dalam satu resit, di kedai-kedai yang turut serta.
  2. Setiap seorang dengan satu resit boleh membuat undian pada hari sama resit tersebut dikeluarkan.
  3. Undian ini akan menentukan barangan elektronik yang anda boleh beli dengan harga runtuh ‘Crazy Sale’ ini.

Alamak! Lecehnya! Berbaloi ke habiskan RM50 semata-mata untuk dapatkan diskaun membeli barangan yang belum tentu menjadi pilihan walaupun dengan harga murah?

Apa-apa pun, menarik ni! Jom ke Plaza Lowyat!

Posted in Promotion, RandomComments (3)

Isu Pilihan Raya Pelajar : Mahasiswa UTP Lemah


Beberapa hari sahaja lagi akan berlangsung sebuah Pilihanraya Kampus di Universiti Teknologi Petronas, dimana pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baru akan dipilih berdasarkan undian majoriti.

Namun, sebuah kiriman seorang pelajar di Universiti Teknologi Petronas (UTP), yang cuma ingin dikenali sebagai PENGUNDI SENYAP, membongkar fenomena sebenar yang berlaku setiap kali berlangsungnya Pilihanraya Kampus.

Beliau menceritakan bagaimana pengalaman beliau sepanjang 2 kali turut serta menjadi pengundi pada setiap Pilihanraya. Suasana setiap kali berlakunya pilihanraya dikatakan terlalu hambar, menunjukkan betapa pelajar UTP terlalu memandang remeh isu mengenai perwakilan pelajar.

Beliau mengibaratkan Pilihanraya Kampus UTP sebagai, “Bangkai yang hidup, mati segan, hidup tak mahu”.

Malah dikatakan bahawa, calon yang bertanding sebagai pimpinan baru pelajar untuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dikatakan begitu sedikit. Malah, promosi yang dibuat calon diibaratkan penulis hanya sebagai “bagai melepas batuk di tangga”.

Beliau turut menyatakan hasrat beliau yang kecewa dengan suasana Pilihanraya Kampus UTP.

Mesej kiriman PENGUNDI SENYAP diakhiri dengan kata-kata beliau mengenai pesanan sahabat beliau, “jangan nak jadi bisu kalau kita ini dah memang buta. Kalau tidak berminat nak memimpin, jangan sombong untuk dipimpin. Undi itu Wajib”

keratan paper student UTP Isu Pilihan Raya Pelajar : Mahasiswa UTP Lemah

Click image to view larger

Posted in Education, MalaysiaComments (8)

Perkembangan isu subsidi dan kenaikan harga minyak


Sebelum ni NK pernah buat kiriman mengenai sebuah laporan cadangan dari PEMANDU untuk menaikkan harga minyak petrol, dengan mengurangkan subsidi kerajaan bagi menampung kerugian lebih RM 50 bilion setahun kerajaan. Kerajaan juga telah berjanji akan mengambil kira pendapat dari rakyat sebelum membuat keputusan apa-apa.

Harga minyak Petrol sudah pasti akan meningkat, dan pengurangan subsidi secara berperingkat tetap perlu dilakukan. Apa yang menjadi persoalan mungkin, kemana wang hasil dari pengurangan subsidi itu akan disalurkan?

Mungkin boleh dikatakan ianya bagi menampung kerugian yang ditanggung oleh kerajaan, namun, rakyat mahukan kenyataan yang lebih jelas mengenai penggunaan wang tersebut.

Bagi mendapatkan respon dan pendapat dari rakyat, kerajaan telah mengadakan undian bagi membuat keputusan. Anda boleh mengundi secara online beramai-ramai di laman web PEMANDU, dan juga muka depan The Star Online.

subsidy banner3 en Perkembangan isu subsidi dan kenaikan harga minyak

Kalau tanya NK, NK setuju pengurangan subdisi secara berperingkat dilakukan, namun ianya perlu dilakukan dengan jelas dengan segala jumlah dan perbelanjaan menggunakan wang pengurangan subsidi itu dinyatakan kepada rakyat. Malah dengan kenaikan harga minyak petrol, kerajaan perlu menaiktaraf segala macam pengangkutan awam di Malaysia, dari segi keselesaan, muatan, keselamatan, malah juga nilai.

Ini kerana, sudah sampai waktunya rakyat belajar untuk tidak terlalu bergantung pada subsidi. Mungkin ada yang mengatakan kita belum bersedia, kalau begitu sampai bila pun tak bersedia.

subsidysaving Perkembangan isu subsidi dan kenaikan harga minyak

Walau apa pun, sila beri pendapat dan cadangan anda ke saluran yang betul, segala cadangan dan pendapat malah masalah boleh di beri kepada PEMANDU, iaitu badan yang bertanggungjawab membantu kerajaan mengubah dasar mengenai subsidi.

subsidycut x Perkembangan isu subsidi dan kenaikan harga minyak

Jangan lupa beri undi anda, keputusan di tangan anda.

Posted in Malaysia, NewsComments (2)

Kerusi Parlimen Sibu milik DAP


Kerusi Parlimen Sibu menjadi milik DAP setelah calonnya, Wong Ho Leng, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew, dan calon Bebas, Narawi Haron, pada pilihan raya kecil hari ini.

Nampaknya walaupun berlakunya banjir, Pilihanraya kecil ini tidak terjejas dan didapati ramai penduduk yang keluar untuk mengundi.

015389641 Kerusi Parlimen Sibu milik DAP015389540 Kerusi Parlimen Sibu milik DAP

DAP’s Wong Ho Leng won the by-election by 398 votes, garnering 18,845 votes to beat BN’s Robert Lau Hui Yew (18,447). Independent Narawi Haron polled 232 votes.

Ho Leng menang dengan majoriti 398 undi. Beliau memperoleh 18,845 undi manakala Hui Yew mendapat 18,447 undi. Narawi pula hanya meraih 232 undi dan hilang wang deposit. Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, pada jam 10.57 malam tadi di Dewan Suarah di sini.

Seramai 32,742 atau 59.86 peratus daripada 54,695 pemilih berdaftar keluar mengundi hari ini.

Bilangan itu lebih rendah berbanding 36,379 atau 67.77 peratus daripada 53,679 pemilih berdaftar yang keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April lalu.
Pada pilihan raya umum lalu, Hoi Chew mengekalkan kerusi Sibu dengan majoriti 3,235 undi, mengalahkan Ho Leng dan Lim Chin Chuang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), juga dalam pertandingan tiga penjuru.

Source : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/DAPrampaskerusiParlimenSibu/Article

Source : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/5/16/sibu/20100516080352&sec=sibu

Posted in Malaysia, News, PictureComments (5)

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek – Presiden baru MCA


Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Beliau telah memenangi kerusi Presiden dalam Pilihanraya MCA yang diadakan baru-baru ini.

Beliau mendapat 901 undi, berbanding dua bekas Presiden, Tan Sri Ong Ka Ting yang memperoleh 833 undi, manakala Datuk Seri Ong Tee Keat, 578 undi.

NK berharap, dengan pemilihan Presiden MCA yang baru ini, akan wujudnya perubahan ketara dalam komuniti masyarakat 1Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa ini.

Persaingan bagi jawatan Timbalan Presiden pula menyaksikan calon favourite, Datuk Seri Liong Tiong Lai mendapat kepercayaan perwakilan apabila memperoleh 1,171 undi sekali gus menyingkirkan pencabar tunggalnya yang juga bekas Naib Presiden, Datuk Seri Kong Cho Ha dengan majoriti 65 undi. Kong mendapat 1,106 undi.

Pengumuman keputusan pada kira-kira jam 6.50 petang itu melakar era baru kepemimpinan MCA apabila gabungan Dr Chua dan Liow akan bersama menerajui MCA sehingga tempoh penggal ini berakhir pada 2011.

Malah, kepemimpinan mereka akan menentukan hala tuju parti berkenaan terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Kemenangan Dr Chua mencatatkan sejarah peribadinya dalam politik apabila berjaya membuat ‘comeback’ walaupun menang tipis pada pertandingan tiga penjuru itu.

Petikan dari Berita Harian : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SoiLek901_KaTing833_TeeKeat578/Article/

pix gal0 Datuk Seri Dr Chua Soi Lek   Presiden baru MCA

The former MCA deputy president polled 901 votes. His nearest challenger was Tan Sri Ong Ka Ting, who received 833 votes while incumbent party president Datuk Seri Ong Tee Keat garnered 578 votes.

soiwifein Datuk Seri Dr Chua Soi Lek   Presiden baru MCA
Datuk Seri Dr Chua Soi Lek celebrates with his wife Datin Seri Wong Sek Hin after winning the MCA presidency.

Dr Chua says he would be “inclusive” and practise collective leadership as the new party president.

Source : http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/28/mcaelection2010/20100328094618&sec=mcaelection2010

Posted in Malaysia, News, PictureComments (10)


Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com