Tag Archive | "Wanita"

Video rompakan di The Body Shop, The Curve Mutiara Damansara


Video mengenai rompakan di The Curve Mutiara Damansara ini nampaknya telah tersebar di internet dimana rakaman CCTV rompakan itu telah diletakkan di dalam YouTube.

Rompakan yang dipercayai berlaku di sebuah kedai produk kecantikan dan kesihatan, The Body Shop itu melibatkan 3 Orang lelaki dimana berdasarkan video tersebut didapati ketiga-tiga orang lelaki tersebut merupakan keturunan melayu.

Namun dikatakan tiada mangsa yang dicederakan kerana cuma jurujual wanita di kaunter sahaja yang ada di dalam kedai tersebut ketika rompakan itu berlaku.

Wanita itu juga berkemungkinan besar selamat tanpa sebarang kecederaan. Namun masih terdapat spekulasi kemungkinan besar wanita jurujual berketurunan Cina tersebut telah dirogol ketika rompakan berlaku.

Diharap jika terdapat sebarang saksi yang ternampak atau terlihat tindakan curiga mengenai rompakan ini, sila laporkan ke pihak berkuasa dengan kadar segera.

Dahsyat sungguh kejadian rompakan ini kerana lelaki yang merompak tersebut kelihatan membawa sebuah senjata tajam yang kelihatan seperti sebilah parang.

Semoga pihak berkuasa dapat segera mengambil tindakan dan menangkap penjenayah tersebut.

Berdasarkan video tersebut, sudah pasti Pihak Berkuasa dapat mengecam rupa paras perompak tersebut, dan juga dapat mengambil segala cap jari yang terdapat di kaunter bayaran tersebut.

Video rompakan di The Body Shop The Curve Mutiara Damansara Video rompakan di The Body Shop, The Curve Mutiara Damansara

Posted in Malaysia, VideoComments (0)

Mari dengar suara seksi dari Komputer Windows anda~


Tahukah anda bahawa setiap komputer anda yang menggunakan sistem operasi (Operating System) Windows mempunyai personaliti sendiri?

NK punya suara gadis remaja seksi yang ayu anggun lagi memikat personaliti suaranya~

Cara-caranya adalah :

  1. Mula-mula buka aplikasi Notepad di komputer Windows anda.
  2. Taip perkataan ”  CreateObject(“SAPI.SpVoice”).Speak”I love YOU so much” “.
  3. Kemudian klik save as, ‘” i love you.vbs ”  ke desktop anda.
  4. Dan klik!
  5. Cuba dengar suara kasar lelaki ataupun suara awek gadis cun merdu?, hehe

Mungkin dah lama dah trick ni wujud, tapi NK baru dapat peluang untuk berkongsi dengan anda, selamat mencuba~

gadis comel ayu ketawa di notakosong Mari dengar suara seksi dari Komputer Windows anda~

Posted in LOL, Tutorial, WebsitesComments (8)

Tren elektrik KL-Ipoh mulai bulan ini


ktm Tren elektrik KL Ipoh mulai bulan ini

Perkhidmatan tren elektrik (ETS) KTMB yang mampu untuk mencapai kelajuan 140 kilometer sejam ini dijangka akan beroperasi pada pertengahan-penghujung bulan ini.

Perkhidmatan tren ini yang disasarkan khusus kepada golongan profesional dan ahli perniagaan ini dikatakan mampu menyingkatkan tempoh perjalanan KL-Ipoh dari selama 3 jam kepada 2 jam sahaja.

Turut menjadi tambahan ialah khidmat layanan pramugari dan pramugara yang diadakan khusus bersama-sama dengan perkhidmatan tren. Bermakna anda akan menerima layanan seumpama anda menaiki Kapal Terbang.

Tren ini yang diperbuat khas oleh Hyundai mampu untuk membawa sehingga 350 penumpang pada satu-satu perjalanan. Tren ini turut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) sebagai jaminan keselamatan penumpang.

Perkhidmatan tren elektrik (ETS) KTMB ini yang akan berkhidmat dari pukul 5 pagi hingga 11 malam masih dalam perbincangan dengan kementerian pengangkutan mengenai harga untuk setiap perjalanan. Kemungkinan besar harga yang ditentukan adalah antara RM30 hingga RM35.

ktmb tren baru Tren elektrik KL Ipoh mulai bulan ini

Tren ini buat masa ini akan hanya berkhidmat dari KL ke Ipoh, namun pada masa akan datang, khidmatnya akan diperluas sehingga ke Seremban. Buat masa ini juga, hanya 16 perjalanan KL-IPOH akan diwujudkan sehari.

Maka lepas ni lebih jimatla naik tren ye, cepat pun cepat.

Posted in Malaysia, News, TravelComments (15)

Koc (gerabak) KTM untuk perempuan


ktm komuter Koc (gerabak) KTM untuk perempuan

Bermula dari semalam, 28 April 2010. KTM Berhad telah memperkenalkan Koc (gerabak) Khas untuk penumpang Wanita. Koc ini diwujudkan adalah bagi memenuhi permintaan penumpang Komuter KTM sendiri yang kebanyakannya terdiri dari Wanita, dimana berdasarkan statistik, menunjukkan 60% penumpang Komuter adalah Wanita.

Bagus juga ada Koc Khas begini, dapat la mengelakkan dari berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti diambil kesempatan diraba ke, penyeluk saku dan sebagainya. Bermakna sekarang penumpang wanita boleh berlega hati dengan kemudahan terbaru dari KTM Berhad ni. Satu usaha yang amat Murni dari KTM Berhad. Tapi kanak-kanak lelaki bawah 12 tahun dibenarkan jikalau ada pengiring wanita bersama.

Berikut adalah kenyataan dari Laman Web KTM Berhad,

Koc Wanita Pertama Di Malaysia Bermula Pada 28hb April 2010

27 April 2010 – Bertindak atas keperluan semasa, KTM Komuter mengambil inisiatif memperkenalkan koc wanita yang pertama di Negara ini yang memulakan operasi untuk laluan Sentul – Pelabuhan Klang, sepanjang hari bermula hari ini.

Pelaksanaan Koc Wanita ini berpandukan statistik yang menunjukkan 60% pengguna perkhidmatan KTM Komuter adalah terdiri daripada kaum wanita.

Menggunakan tema ‘Wanita Sahaja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’ koc wanita ini berada di gerabak yang tengah dan dibezakan dengan pelekat khas koc wanita yang berwarna merah jambu (pink).

Para pelanggan akan dapat mengenali koc ini melalui pelekat khas yang dipamerkan di tingkap, pintu dan di dalam koc. Manakala di stesen, penumpang boleh mengenal pasti lokasi pemberhentian Koc Wanita ini melalui kain rentang yang dipamerkan di platform dan tiang yang diwarnakan dengan warna merah jambu.

Secara ringkasnya kedudukan Koc Wanita bagi setiap tren Komuter yang mempunyai tiga (3) koc (gerabak) adalah seperti berikut:

- Koc Hadapan – Koc Biasa (lelaki dan wanita)

    - Koc Tengah - Koc Wanita (wanita sahaja)

    - Koc Belakang – Koc Biasa (lelaki dan wanita)

Posted in Malaysia, News, PictureComments (2)







Partly powered by CleverPlugins.com