Laman web dengan alamat yang agak pelik, mudah diingati kerana cuma satu baris susunan di keyboard komputer yang biasa anda gunakan.
Siapa sangka ada laman web asdfghjkl.org?
Posted on 25 February 2011.
Laman web dengan alamat yang agak pelik, mudah diingati kerana cuma satu baris susunan di keyboard komputer yang biasa anda gunakan.
Siapa sangka ada laman web asdfghjkl.org?
Posted in Internet, LOL, RandomComments (0)
Posted on 20 September 2010.
Semua pemilik blog dan laman web pagi ini dikejutkan dengan kebanyakan dari blog atau laman web mereka telah diberi amaran dari Google menyatakan terdapatnya Malware atau Malicious Software pada laman tersebut, termasuk juga Notakosong.com.
Beberapa laman web lain yang amat terkenal seperti Harian Metro dan Chedet turut terkena tempias amaran Malware dari Google ini.
Berdasarkan apa yang difahamkan, sebenarnya kesemua laman web tersebut bukanlah telah di hack atau terkena serangan Malware dan Virus, namun ianya cuma datang dari skrip syarikat pengiklanan yang terdapat pada laman web tersebut.
Skrip pengiklanan dari Innity mungkin telah disalah anggap oleh google sebagai kod yang mempunyai Virus atau Malware, dimana sebenarnya tiada satu pun Virus atau Malware pada Skrip tersebut. Berikut adalah petikan kod dari Innity tersebut.
<script type=”text/javascript” src=”http://cdn.innity.com/network.js”>
NK telah pun mengirim satu email ringkas kepada Innity untuk menerima maklumat mengenai respon mereka terhadap amaran palsu dari Google ini.
Perlu diingatkan, amaran Malware tersebut bukan hanya keluar pada laman web yang mempunyai skrip kod iklan dari Innity, malah turut juga diletakkan pada laman web dan blog yang meletakkan URL link laman web dan blog yang mempunyai kod skrip Innity.
Apa-apa pun, pembaca tak perlu risau, tiada sebarang Malware atau Virus yang ada pada laman web blog ini, ini cuma sedikit kesilapan teknikal.
Posted in Internet, WebsitesComments (9)
Posted on 16 June 2010.
Dari Malaysia, untuk Malaysia. Begitulah apa yang boleh dikatakan mengenai 1Tradezone.my.
Laman web baru yang berasaskan pengiklanan ini menawarkan pengguna untuk mengiklankan produk-produk yang ingin dijual, malah iklan untuk barang-barang terpakai anda. Yang menarik, pengguna tidak dikenakan sebarang bayaran untuk ruang iklan tersebut!
Ianya PERCUMA!
Seperti yang tertera pada nama laman web tersebut, 1Tradezone.my, ianya dengan jelas membawa maksud, sebuah ruang perniagaan maya bagi rakyat Malaysia. Dimiliki oleh rakyat Malaysia, diasaskan di Malaysia, khas untuk pasaran Malaysia!
Bermakna juga, laman web ini dapat diakses dengan lebih lancar dan pantas kerana ia turut dihoskan di Malaysia.
Berbekalkan ruang niaga yang lebih interaktif, 1Tradezone.my mempunyai kelebihan yang besar berbanding laman web lain yang menawarkan khidmat yang serupa. Ruang untuk pengiklanan, serta ruang carian iklan lebih mesra pengguna serta memaparkan rekaan grafik yang sangat menarik.
Yang menjadi keunikan bagi 1Tradezone.my ialah, laman web ini menyahut seruan Perdana Menteri kita, iaitu dengan menyahut seruan semangat kempen 1Malaysia. Ini dapat dilihat dengan wujudnya imej lambang 1Malaysia pada lambang 1Tradezone.my.
Apa-apa pun, cuba dulu baru tahu. Untuk mendapatkan lebih maklumat, sila ke laman web tersebut sendiri la ye. Apa yang pasti, laman web 1Tradezone.my ini mampu untuk memberi saingan pada laman web lain dengan caranya tersendiri.
Klik pada gambar di bawah untuk terus ke laman 1Tradezone.my!
Posted in Malaysia, Sponsors, WebsitesComments (3)
Recent Comments