Sebagai tanda protes dengan kenaikan harga tiket Pusingan Akhir Piala Malaysia bernilai RM50, kali ini Laman web FAM pula kena Hack! Cepat tengok,
Pusingan Akhir Piala Malaysia pasukan negeri Terengganu menentang pasukan Negeri Sembilan pada 29 Oktober esok, di cemari dengan pelbagai insiden lain dimana peminat bola sepak negara begitu marah dengan tindakan FAM yang mengenakan harga tinggi untuk tiket masuk stadium.
Selain dari limpahan cat merah di ibu pejabat FAM kelmarin, pelbagai bantahan secara aman turut dibuat oleh pengikut Kelab Penyokong Bola Sepak negeri masing-masing.
Jom tengok laman web FAM yang kena hack dengan penghinaan melampau ini, http://www.fam.org.my/
Klik pada gambar untuk paparan lebih besar.
Alamak!, kena ‘deface’ sampai gambar babi pun dipampangkan di muka depan!
Maaf la FAM, sebagai peminat bola sepak negara, tak kisah la kalau nak terlebih jual jumlah tiket pun, tapi janganlah sampai naikkan harga tiket!
Betul ke ni? Laman web Tentera Udara Di-Raja Malaysia (TUDM) telah kena Hack? Macam mana la laman web rasmi tentera Malaysia boleh kena Hack ni ya? Jom Tengok.
Berdasarkan apa yang ditulis, laman web TUDM ini telah di-hack oleh Hacker-Newbie.
Bagi yang ingin cuba lihat sendiri, mungkin laman web yang telah kena deface ini masih wujud, boleh cuba lihat di http://www.airforce.gov.my/
Pelik, macam mana la laman web ketenteraan boleh kena hack, mana la tahu ada maklumat penting atau sulit ke, bahaya tu kalau terdedah pada umum.
Apa-apa pun, harap-harap webmaster laman web tersebut lebih berjaga-jaga. Takut juga kalau Notakosong.com pun kena Hack!,
Seperti yang ramai dari anda sudah tahu, Laman Web Wikileaks.org sedang diserang dan semua server yang mempunyai file Wikileaks sedang dibuang.
Bagi membolehkan wikileaks terus kekal di muka internet dan menyukarkan lagi serangan keatasnya, Wikileaks.org mempunyai banyak mirrors yang mempunyai file yang sama dan segala isi yang sama seperti Wikileaks.org yang dahulu.
Ada juga antara server yang disenaraikan bukan server penuh untuk laman web tersebut, namun menyimpan bahagian penting iaitu Cablegate Wikileaks.org
Antara beberapa senarai Server yang masih hidup (tertakluka kepada waktu tertentu).
Malah, sesetengah dari Mirrors ini juga tidak online sepanjang hari dalam tempoh 24 jam, namun hanya dibuka pada tempoh tertentu bergantung kepada lokasi server tersebut.
Sekumpulan aktivis internet yang bergelar Operation Payback dikatakan merupakan Hackers disebalik ugutan terhadap sesiapa yang menyekat Wikileaks.
Minggu lepas, sebuah bank dari Switzerland, PostFinance telah membekukan simpanan wang bernilai lebih $41,000 USD milik pengasas Wikileaks, Julian Assange yang dipercayai digunakan untuk menyokong Wikileaks.
PostFinance membekukan akaun tersebut dengan alasan Julian Assange tidak tinggal menetap di Geneva, Switzerland, sebagaimana yang dinyatakan ketika akaun tersebut dibuka.
Dan lewat petang hari yang sama, laman web utama bank tersebut diserang oleh Hackers Anonymous dan ianya tidak dapat diakses untuk beberapa ketika menyebabkan kerugian kepada bank tersebut.
Sejurus dengan selepas itu, Anonymous dari Operation Payback mengeluarkan sebuah video di Youtube menyampaikan mesej mereka kepada orang ramai.
Antara kenyataan dalam video tersebut adalah mendakwa bahawa, Internet adalah milik semua orang, jadi jikalau ada pihak yang cuba menyekat kebenaran sesuatu dari internet, mereka akan bertindak.
Berikut merupakan kenyataan dalam video tersebut.
Operation Payback (is a bitch), this is the Internet, we run this. An open message from Anonymous to the governments of the world and their legal leeches regarding the motivation of the cyber protests.
Corrupt governments of the world, we are anonymous. For some time now, voices have been crying out in unison against the new ACTA laws. The gross inadequacies of the new laws being passed internationally have been pointed out repeatedly. Our chief complaint is that such measures would restrict people’s access to the internet.
In these modern times access to the internet is fast becoming a basic human right. Just like any other basic human right, we believe that it is wrong to infringe upon it. To threaten to cut people off from the global consciousness as you have is criminal and abhorrent. To move to censor content on the internet based on your own prejudice is at best laughably impossible, at worst, morally reprehensible.
The unjust restrictions you impose on us will meet with disaster and only strengthen our resolve to disobey and rebel against your tyranny. Such actions taken against you, and those you out source your malignant litigation too, are inevitable, unavoidable and unstoppable.
We Are Anonymous,
We Are Legion And Divided By Zero.
We Do Not Forgive Internet Censorship
And We Do Not Forget Free Speech.
We Are Over 9000,
Expect Us!
Video Operation Payback – Anonymous Message About ACTA Laws, Internet Censorship and Copyright
Selepas wujudnya laporan dimana satu fail sulit berhubung kerajaan Malaysia terdedah di wikileaks.org, nampaknya laman web tersebut sudah disekat oleh streamyx.
Mungkin ramai yang sudah tahu, Wikileaks merupakan sebuah laman web yang mengumpulkan dokumen-dokumen peribadi berkenaan pelbagai kerajaan dalam dunia sama ada berkaitan teknologi, ekonomi, mahupun ketenteraan, dan diletakkan di dalam satu arkib internet.
Kerajaan Amerika Syarikat, sehingga kini masih memburu pemilik Wikileaks, dan juga sedang berusaha untuk mengesan dimana kedudukan server yang menyimpan data Wikileaks ini.
Lebih menyukarkan apabila server Wikileaks sentiasa berubah-ubah dan tidak kekal di satu tempat yang sama, menjadikan ianya sukar untuk dikesan.
Antara maklumat yang dikatakan dibocorkan oleh wikileaks ialah berkenaan penglibatan 2 syarikat milik Malaysia yang dikawal oleh Iran untuk membekalkan mereka teknologi senjata ketenteraan dari China.
Lain maklumat yang tidak pasti kebenarannya ialah berkenaan dengan hubungan Malaysia dengan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dimana Malaysia pernah menolak pelawaan PBB untuk terlibat dalam memorandum hak manusia.
Laman Web Wikileaks.org : http://cablegate.wikileaks.org/ : nampaknya tidak dapat diakses dengan normal, namun terdapat beberapa sahabat NK mendakwa dapat melayarinya dengan penggunaan beberapa proxy di internet.
Namun ada juga yang mendakwa dapat akses ke laman web tersebut secara normal tanpa sebarang masalah.
Macam-macam website kena hack sekarang ni, kali ni giliran website Sekolah Memandu Terkenal pula yang kena, Metro Driving Academy.
Hacker atau penggodam website tersebut turut meninggalkan trademark sendiri iaitu dengan menggunakan gelaran ‘Gerandong’?
Berdasarkan imej yang ditinggalkan, antara kata-kata yang diletakkan sebagai pesanan ialah,
No System Perfect
“Audit Security Website sebagai Warning bagi semua orang,
Web Admin maupun Pemilik Website serta semua pihak yang berkomitmen
agar lebih SADAR bahwa Security Website itu sangat penting…!!!”
GERANDONG 007
Macam-macam, apa agaknya tindakan Webmaster website tersebut nanti.
Apa-apa pun, mungkin Hacker tersebut berniat baik?
Nampaknya Laman Web Kelantan FA, theredwarriors.com kena Hack lagi. Baru sahaja minggu lepas kena hack, nampaknya kena lagi pula minggu ni.
Lagi beberapa minit akan berlangsung final Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dengan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Boleh pula kena hack masa macam ni.
Nampaknya kali ini giliran Hacker dari Indonesia pula yang menceroboh laman The Red Warriors (TRW) ini. Ini berdasarkan gambar laman wordpress yang disertakan pada muka depan yang telah dihack tersebut.
Adakah kelemahan sistem pertahanan Laman Web Kelantan FA ini melambangkan kelemahan pertahanan Kelantan FA di final nanti? mungkin tidak,
Apa-apa pun, Diharap Webmaster laman tersebut dapat pulihkan kembali laman web tersebut dengan segera.
Jadi, Hobin Jang Hobin ke Gomo klate Gomo malam ni?
Jumaat yang lalu, 24 September 2010, DiGi telah melancarkan pakej dan plan untuk pembelian produk terbaru mereka dari Apple iPhone 4.
Sekali imbas, sekali pandang, kelihatan seperti Harga yang ditawarkan untuk pembelian Apple iPhone 4 dari DiGi jauh lebih murah berbanding apa yang ditawarkan oleh Maxis.
Yang menarik, buat masa singkat ini, anda dapat mendaftar plan panggilan dan data dari DiGi khas untuk Apple iPhone 4 dengan harga serendah hanya RM58 sebulan!
Malah, untuk pakej paling murah iaitu RM58 sebulan selama 2 tahun, anda boleh dapatkan Apple iPhone 4 32GB dengan harga cuma RM2,490 dan Apple iPhone 4 16GB cuma RM2,090! RM200 lebih murah berbanding harga pasaran yang dicadangkan oleh Apple!
Tapi bukan itu sahaja, jikalau anda memilih pilihan diatas bermakna anda memilih untuk membayar secarai tunai atau kad kredit, yang menariknya, DiGi turut menawarkan pembelian melalui bayaran ansuran atau easy payment!
Sudah pasti, bayaran easy payment ini akan menarik lebih ramai pembeli dengan bayaran bulanan yang serendah RM102.16 sebulan!
Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk Harga Plan dan pakej dibawah, atau layari laman web DiGi.
Maxis telah mula menawarkan penjualan Apple iPhone 4 di kebanyakan Maxis Centre, dan pelanggan kini boleh mula menempah pembelian Apple iPhone 4 dari Maxis.
Maklumat mengenai Apple iPhone 4 akan mula ditawarkan di Maxis Centre terpilih di Lembah Klang mulai 26 September 2010 (Ahad).
Berikut merupakan Maxis Centre terpilih yang akan menawarkan Apple iPhone 4 pada 26 September.
Dimana untuk dapatkan Apple iPhone 4?
Maxis Centre KLCC
Ground Floor,
Menara Maxis,
50088 Kuala Lumpur.
Maxis Centre TTDI
43, Jalan 2/71,
Off Jalan Tun Mohd Fuad,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.
Maxis Centre Pavillion
Lot 1.31, Level 1,
The Pavillion Kuala Lumpur,
Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
Maxis Centre Sunway Pyramid
Lot F1.99, First Floor,
Sunway Pyramid Phase 2,
No.3, Jalan PJS 11/15,
Bandar Sunway,
46150 PJ, Selangor.
Maxis Centre MidValley Gardens
Lot T-231, 3rd Floor,
The Gardens,
Mid Valley City,
Lingkaran Syed Putra,
59200 Kuala Lumpur.
Manakala bagi penjualan di Maxis Centre lain seluruh negara maklumat mengenai penjualan Apple iPhone 4 akan ditawarkan bermula 27 September 2010 (Isnin).
Menurut Maxis, Harga cadangan bagi Apple iPhone 4 32GB adalah RM 2,690 manakala bagi model Apple iPhone 4 16GB ialah RM 2,290.
Berikut pula merupakan Harga untuk setiap Pakej dan Plan Data dan harga Apple iPhone 4 dari Maxis.
Nampaknya DiGi Telco telah menyemarakkan lagi semangat peminat Apple iPhone dengan menngeluarkan satu teaser iklan mengenai pelancaran Apple iPhone 4 dari DiGi.
Poster Teaser itu telah dikeluarkan di laman Facebook Rasmi DiGi Telecommunications.
Menurut kenyataan dari DiGi, ia hanya membiarkan peminat-peminat berteka-teki dengan iklan tersebut.
We’re kind of puzzled. What do you think this means?
(Kami agak keliru, apa maksudnya ini?)
Setelah merujuk beberapa sumber dan maklumat dari orang ramai, nampaknya terdapat maksud tersirat pada teaser tersebut.
4 biji buah Apple berwarna merah = Apple iPhone 4 (warna merah mungkin? tidak kot,)
Seekor Kambing = kambing~coming~akan datang (bunyi hampir serupa)
Angka 24.09.10 = Menandakan tarikh pelancaran, 24 September 2010, Jumaat minggu ini
Logo DiGi = Plan data dan panggilan istimewa dari DiGi?
Namun masih belum ada sebarang petanda mengenai harga (Official Price) iPhone 4 dari DiGi ini,
Menarik bukan? apa-apa pun, kita sama-sama nantikan kejutan dari DiGi Jumaat nanti~
Recent Comments