Tag Archive | "World"

Bapak panjang kucing ni!!!


Seekor kucing yang diberi nama Stewie telah dicatatkan sebagai memecahkan Guinness world record dengan meletakkan dirinya sebagai kucing paling panjang dalam dunia.

Stewie telah diukut dan dicatatkan mempunyai panjang dari hujung hidung hingga ke hujung ekor dengan panjang 48.5 inci ataupun 123.14 cm!

Wah, kalau kucing ni boleh berdiri, tinggi dah nak sama dengan seorang kanak-kanak berumur 7 tahun!

Sebelum ini rekod kucing paling panjang di dunia adalah dipegang oleh seekor kucing bernama Moggy dengan panjang 48 inci.

Pemilik Stewie, Robin Hendrickson dan Erik Brandsness dari Reno, Nevada, USA, berkata, mereka berhajat untuk cuba masuk dalam rekod dunia Guinness selepas ramai orang menyatakan kekaguman melihat panjang Stewie.

Stewie adalah kucing dari baka Maine Coon, yang selama ini memang terkenal sebagai baka Kucing-kucing gergasi.

Longest Cat in the World : Stewie

longest cat in the world Bapak panjang kucing ni!!!

Posted in LOL, RandomComments (3)

Indonesia kirim surat damai isu konflik Malaysia


Diplomasi hubungan dua hala Indonesia-Malaysia terjejas selepas insiden serangan Demonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia oleh Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) baru-baru ini.

Namun Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, telah mengirim surat rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk mengajak menyelesaikan konflik ini secara damai.

Dikatakan juga bahawa, dalam kandungan surat itu turut menyatakan bahawa, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono turut mengundang Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berbincang untuk mengelak berlakunya ketegangan yang menggugat hubungan damai Indonesia-Malaysia.

Negara Indonesia dan Malaysia yang dianggap seperti abang dan adik ini, telah sepakat untuk mengadakan pembicaraan perbatasan pada 6 September 2010.

Dalam isu lain, surat kiriman Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dianggap menunjukkan Indonesia lemah oleh Ketua Dewan Direktur Sabang-Merauke Circle (SMC), Syahganda.

indonesia bakar bendera malaysia Indonesia kirim surat damai isu konflik Malaysia

Posted in Malaysia, News, WorldComments (6)

Konflik Indonesia hina Malaysia – Respon pemuda Umno


Hari ini pemuda Umno mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan ‘bertindak balas’ keatas tindakan rakyat Indonesia yang menghina Malaysia.

Kenyataan ini adalah berhubungan dengan situasi dimana kedutaan besar Malaysia di Jakarta, Indonesia, telah diserang oleh sekumpulan rakyat Indonesia yang menghina Malaysia. Malah, kumpulan ini turut membaling najis pada bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan juga ke laman kedutaan besar Malaysia tersebut.

Tunjuk perasaan di kedutaan Malaysia ini dipercayai didalangi oleh kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) yang sebelum ini pernah mengugut untuk membunuh rakyat Malaysia di Indonesia.

Najis yang dilempar ke kedutaan Malaysia itu dikatakan sebagai ‘hadiah’ kepada Malaysia yang selama ini telah banyak kali memberi najis ke Indonesia.

Dipercayai bahawa serangan ini berlaku disebabkan konflik insiden perairan Bintan pada 13 Ogos yang lalu.

Setakat ini, tindakan yang telah diambil oleh Pemuda Umno ialah dengan menghantar memorandum tidak puas hati ke kedutaan Indonesia di Malaysia, petang tadi.

Antara kandungan memorandum tersebut ialah, menggesa supaya pihak yang terbabit akan diambil tindakan keras oleh kerajaan Indonesia. Malah media juga harus tidak bertindak menjadi kayu api konflik Malaysia-Indonesia ini.

Ini adalah bagi menjamin keharmonian dalam hubungan kedua-dua negara.

indonesia hina malaysia Konflik Indonesia hina Malaysia   Respon pemuda Umno

Apa pendapat anda?

Posted in Malaysia, News, WorldComments (6)

Lembu berkepala dua lahir di Serbia


Seekor anak lembu yang mempunyai dua kepala telah lahir di Serbia pada awal bulan lepas, dan kini selepas sebulan hidup, nampaknya lembu tersebut masih didapati sihat.

Pemilik anak lembu tersebut yang merupakan seorang petani, Radomir Timotijevic, pada awal kelahiran anak lembu tersebut sebenarnya telah diminta oleh pakar veterinar supaya anak lembu tersebut patut di bunuh sahaja kerana khuatir ia akan membawa kepada lebih banyak masalah pada lembu tersebut kelak.

Radomir Timotijevic yang kini telah menggangap anak lembu tersebut sebagai haiwan peliharaan, berkata beliau tidak sampai hati untuk melihat anak lembu tersebut menderita, kerana ketika ini beliau lihat anak lembu itu seronok hidup dengannya.

Radomir Timotijevic berkata beliau sangat terharu setiap kali memberi makan kepada lembu tersebut menggunakan botol, dan tidak berniat untuk menghantar lembu tersebut untuk disembelih.

Untuk pengetahuan semua, ini bukan pertama kali anak lembu berkepala dua dilahirkan di dunia.

two headed cow in serbia Lembu berkepala dua lahir di Serbialembu kepala dua Lembu berkepala dua lahir di Serbia

Posted in LOL, Weird, WorldComments (8)

Hiroshima selepas 65 tahun bom Nuklear


Pada 6 Ogos 1945, sebuah bom nuklear diberi nama “Little Boy” telah dijatuhkan ke bandaraya Hiroshima, Empayar Jepun, dibawah arahan Presiden Amerika Syarikat, Harry Truman.

Dan hari ini, 6 Ogos 2010, genaplah 65 Tahun selepas letupan Nuklear bersejarah tersebut.

hiroshima bombing 65 anniversary Hiroshima selepas 65 tahun bom Nuklear

Rakyat jepun dilihat berkumpul dan berkabung bagi merenung kembali peristiwa sedih yang mengorbakan puluhan ribu manusia di wilayah tersebut

Jepun sejurus selepas itu mengeluarkan kenyataan menyeru semua negara di seluruh dunia untuk menghapuskan penggunaan senjata nuklear, sebaliknya lebih fokus kepada pembangunan kemanusiaan dan ekonomi.

Majlis tersebut turut dihadiri Setiausaha PBB,Ban Ki-moon dan juga duta AS di juepun, John Roos. Kehadiran ini merupakan kali pertama jawatan tinggi di PBB dan Duta AS hadir ke majlis berkabung Hiroshima ini.

Semestinya segala yang terjadi itu ada sebabnya dan setiap orang perlu mempelajari dan mengenang sejarah agar ianya tidak akan berulang lagi.

bomb hiroshima nuclear Hiroshima selepas 65 tahun bom Nuklear

Posted in Events, News, WorldComments (7)

Ranking FIFA Terkini selepas FIFA World Cup


Nampaknya, selepas memenangi FIFA World Cup 2010 South Africa, juara dunia Spain melonjak naik dari tempat kedua ke tempat Pertama dalam Ranking FIFA. Manakala Naib Juara World Cup 2010, Netherlands, melonjak naik dari tempat keempat ke tempat kedua.

Bekas juara dunia 2006, Italy, pula selepas cabaran yang amat mendukacitakan, skuad kuda tua Italy kini turun ke ranking yang ke-11! Malah Brazil yang kecundang di suku akhir Piala Dunia 2010 turut turun dari tempat pertama ke tempat ketiga.

Ranking Fifa Ranking FIFA Terkini selepas FIFA World Cup

Kebanyakan pasukan yang menyertai FIFA World Cup 2010 South Africa, berjaya melonjak naik. Contohnya negara Jepun yang melonjak 13 anak tangga dan kini menduduki tempat 32, Paraguay dan Uruguay juga masing-masing melonjak naik 15 dan 10 anak tangga menjadikan kepada tempat ke-16 dan ke-6.

Ranking Malaysia Terkini? Malaysia di tangga ke-142, melonjak 4 anak tangga dan mendahului Myanmar yang berada di tempat ke-143.

Boleh tahan la kan?

Sumber : Fifa.com

Posted in Sport, WorldComments (11)

FIFA World Cup 2010 : Spain Juara Dunia!


iniesta FIFA World Cup 2010 : Spain Juara Dunia!

Dengan jaringan cantik dari Iniesta pada masa tambahan minit ke 116, terus melenyapkan harapan Netherlands untuk menjulang Piala Dunia 2010 ini. Ini merupakan kekalahan buat kali ketiga Netherlands di Perlawanan Akhir World Cup.

Bagi yang masih memikirkan apa yang tertulis pada baju Iniesta tersebut, ianya ialah “DANI JARQUE SIEMPRE CON NOSOTROS” membawa maksud, “Dani Jarque sentiasa bersama kami”, dedikasi khas seluruh pasukan Spain kepada bekas Kapten Spain, Dani Jarque.

Spain, sebuah pasukan yang buat pertama kali tiba ke perlawanan akhir Piala Dunia, turut menjulang trofi Piala Dunia buat pertama kalinya, merupakan negara kedua yang berjaya menjulang Piala Eropah dan Piala Dunia berturut-turut selepas Jerman.

Perlawanan akhir kali ini yang turut dikatakan perlawanan paling kontroversi, merupakan perlawanan akhir yang mempunyai paling banyak kad dilayangkan. Sebanyak 14 kad dilayangkan pengadil Howard Webb.

Man of the Match bagi perlawanan akhir kali ini, semestinya Andres Iniesta, penjaring gol kemenangan Spain. Namun bagi NK, Iker Casillas adalah lebih layak.

Netherlands sememangnya cukup hebat kerana berjaya menampan banyak cubaan menarik dari pemain-pemain Spain, contohnya cubaan menarik Fabregas pada masa tambahan.

Kelemahan Netherlands dapat dilihat pada jentera serangannya yang diterajui oleh Robin Van Persie yang sememangnya dapat dilihat sepanjang FIFA World Cup ini sebagai kurang menyerlah.

Iker Casillas FIFA World Cup 2010 : Spain Juara Dunia!

Kita tunggu dan lihat berjayakah Spain mempertahankan kejuaraaan mereka di EURO 2012 di Poland-Ukraine.

Jumpa anda lagi di World Cup 2014 di Rio de Janeiro, Brazil.

Posted in Sport, WorldComments (3)

Penggunaan Vuvuzela haram di sisi agama


SOUTH AFRICA URUGUA 121600f Penggunaan Vuvuzela haram di sisi agama

Bunyi yang terhasil dari penggunaan Vuvuzela difatwa haram di DUBAI, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), ini kerana ia dikatakan menghasilkan bunyi yang terlalu menyakitkan telinga orang ramai.

Vuvuzela turut diharamkan di Dubai oleh kerana bunyi Vuvuzela yang melebihi 100 decibels – iaiu lebih kurang bunyi sebuah kereta api yang bergerak!  Dan Bunyi Vuvuzela pula dikatakan menghasilkan sebanyak 127 Decibels!

Sebuah suratkhabar nasional di Abu Dhabi mengesahkan berita pengeluaran fatwa tersebut setelah Jabatan Agama disana mendapati banyak Vuvuzela yang di import masuk ke Ibu Negara itu sepanjang demam FIFA World Cup 2010. Adalah dikhuatiri ianya akan digunakan ketika perlawanan bola sepak tempatan di sana.

Vuvuzela diharamkan atas fakta bahawa ianya mampu merosakkan pendengaran manusia, dan segala yang memudaratkan adalah haram.

Sumber : AP

Posted in LOL, WorldComments (16)

World Cup Street Party @ Jalan Telawi 3 Bangsar


World Cup street party World Cup Street Party @ Jalan Telawi 3 Bangsar

World Cup Street Party @ Jalan Telawi 3 Bangsar. Jom join nak?

Akan ada cabutan bertuah bagi semua pengunjung yang datang, cuma datang duduk, lihat, dan nikmati kemeriahan menonton  perlawanan akhir Piala Dunia, Netherlands menentang Spain!

Antara hadiah-hadiah cabutan bertuah ialah iPod Touch, Kamera Digital, PSP, Telefon Bimbit, Jersi Bla, MP3 Players, dan lain-lain! Malah anda mungkin berpeluang membawa pulang sebuah Kereta Lotus Elise!

Masuk adalah PERCUMA, namun untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas sahaja ye. Semakan Kad Pengenalan akan diadakan di pintu masuk.

Sambil-sambil tu, jom undi pasukan mana yang akan menang Piala Dunia FIFA tahun ini! Netherlands atau Spain! UNDI DI SINI

Kalau anda ada Vuvuzela, jangan lupa bawa VUVUZELA anda ye!

Siapa yang datang bersama pun boleh~

Credit to lowyat.net

Posted in Events, Malaysia, SportComments (9)

FIFA World Cup 2010 Final : Netherlands vs Spain


FIFA WORLD CUP FINAL Netherland Spain FIFA World Cup 2010 Final : Netherlands vs Spain

Dengan Keputusan terkini FIFA World Cup 2010 pada pusingan Separuh Akhir ini,
SPAIN 1-0 Germany
Uruguay 2-3 NETHERLANDS

Ini bermakna pasukan SPAIN akan bertemu dengan pasukan NETHERLANDS pada pusingan Akhir FIFA World Cup 2010. Manakala pasukan Uruguay pula akan bertemu dengan pasukan Germany bagi merebut tempat Ketiga perlawanan.

Pasukan Spain yang pada ketika ini merupakan pasukan ranking kedua dunia selepas Brazil akan menentang dengan pasukan Netherlands yang berada pada ranking keempat.

Kedua-dua pasukan ini juga tidak pernah bertemu sesama sendiri dalam apa-apa perlawanan World Cup sebelum ini. Juara Eropah 2008, Spain sebelum ini tidak pernah berpeluang ke pusingan akhir bagi merebut Piala Dunia.

Sememangnya aksi Final yang akan dinanti-nanti. Jangan lupa saksikan Perlawanan merebut tempat ketiga pada 2.30 pagi 11 Julai, dan Perlawanan Akhir pada 2.30 pagi 12 Julai.

worldcup FIFA World Cup 2010 Final : Netherlands vs Spain

Apa pendapat anda? Siapa yang akan menang Piala FIFA World Cup tahun ini? Sila la undi ye~

Who will win? SPAIN or HOLLAND?
SPAIN
HOLLAND
Don’t Care
pollcode.com free polls

Posted in Sport, WorldComments (19)

Subscribe to Notakosong.com :

Langgan Notakosong! Masukkan Email anda :







Partly powered by CleverPlugins.com