Beberapa minggu yang lalu, satu kejutan berlaku dengan penemuan telur palsu di Pulau Pinang. Adakah telur palsu kini telah sampai ke Kuala Lumpur?
Seorang forumer di Kopitiam, anonymous telah menemui telur yang dikatakan sebagai telur palsu ini setelah membeli bekalan telur dari kedai runcit di Setapak.
Menurut beliau, beliau menemui telur tersebut ketika sedang bersedia untuk menyediakan sarapan pagi. Namun telur lain yang dipecahkan dalam bekas yang sama tidak mengeluarkan hasil yang sama.
Beliau mendakwa bahawa telur tersebut amat menyerupai dengan ciri-ciri telur palsu dimana, telur yang tidak mempunyai bau seperti telur biasa, dan telur putih dan kuning yang bercampur aduk apabila dipecahkan. Ciri-ciri ini adalah kerana telur tersebut dihasilkan menggunakan bahan kimia yang amat merbahaya.
Namun, dalam gambar dibawah, kelihatan seperti telur tersebut telah membentuk seketul ketulan jeli kuning tanpa sebarang pembentukan telur putih. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.
Apa pendapat anda?










Pingback: Telur rebus air kencing (Virgin Eggs) | NotaKosong